17/09/2012 yang lalu sekali lagi aku terbang ke Bandung d temani oleh kawan baikku. Kali ini kepergianku ke Bandung bukanlah semata-mata untuk bershopping tapi lebih kepada berehat dan bersantai serta bersilaturrahim. Penerbangan kami dari LCCT ialah pada jam 6.25 minit petang waktu Malaysia dan penerbangan yang mengambil masa 2 jam 5 minit itu tiba d Bandara Husein Sastranegara International Airport tepat pada jam 7.30 waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Malaysia dengan Indonesia ialah satu jam. Setelah melalui pemeriksaan Kastam & Imigeresen dan mengambil bagasi, kami pun keluar dari balai ketibaan. Mataku tercari-cari pada seseorang yang seharusnya menunggu kedatangan kami. Dalam pada aku tercari-cari, terdengar sebuah suara "Lagi cari siapa buk.." bila aku menoleh rupanya orang yang aku cari itu telah berada d depan mata dengan senyumannya yang manis.
Kali ini kedatangan ku ke Bandung d tunggu dan d sambut oleh seorang teman bersama sepupunya. Kali ini sepanjang perjalananku akan d temani oleh Imron & sepupunya Supri sebagai pemandu & penunjuk jalan. Setibanya kami d Kota Bandung, kami d bawa muter-muter (berpusing-pusing) melihat Kota Bandung d waktu malam sambil mencari tempat untuk makan malam. Setelah beberapa kali memilih tempat akhirnya kami memilih Rumah Makan Dapur Bebek untuk makan malam. Restoran ini 2 tingkat dan kami memilih tingkat atas untuk makan malam dan d sediakan ruangan lesehan (ruangan bersila). Melihat pada menu yang d sediakan memang restoran nih menghidangkan makanan yang sedap dan restoran nih agak terkenal d Kota Bandung cuma mungkin nasib yang tidak menyebelahi kami kerana semua lauk & makanan sudah habis melainkan nasi putih, telur dadar, chicken fillet goreng dan nasi goreng. Maka bersantaplah kami dengan lauk yang tidak sepertinya itu. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan kami membelah kegelapan malam untuk ke Tegal, Jawa Barat. Tujuan untuk kesana ialah ingin beristirehat d Wisata Permandian Air Panas Guci. Guci Indah adalah Objek
wisata yang berada di Desa
Guci Kecamatan
Bumijawa Kabupaten
Tegal. Aku terpanggil untuk melawat ketempat ini apabila Imron sering menceritakan betapa menariknya tempat ini kerana memiliki Permandian Air Panas yang sangat baik untuk merawat sakit lenguh-lenguh, reumatik, penyakit kulit dan sebagainya.
Aku tertarik setelah membaca wikipedia mengenai tempat ini dimana, diceritakan air panas Guci adalah air yang diberikan Walisongo kepada orang yang mereka utus untuk menyiarkan agama Islam ke Jawa Tengah bagian barat di sekitar Tegal kerana air itu ditempatkan di sebuah guci (poci), dan berkhasiat mendatangkan berkat, masyarakat menyebut lokasi pemberian air itu dengan nama Guci. Tapi kerana air pemberian wali itu sangat terbatas, pada malam Jumat Kliwon, salah seorang sunan menancapkan tongkat saktinya ke tanah. Atas izin Tuhan, mengalirlah air panas tanpa belerang yang penuh rahmat ini.
Entahlah lately aku macam berminat pula untuk membaca dan melawat tempat-tempat yang ada kaitannya dengan perubatan Islam walau kadang agak mistik.
Perjalanan menuju ke Tegal memakan masa agak lama juga. Kalau tak silap dalam 4 atau 5 jam. Aku tak dapat memastikan berapa jam sebenarnya kerana kami banyak singgah. Memula singgah d Sumedang untuk merasakan ubi manis madu yang d kukus. Dalam suasana malam yang dingin memang sangat sesuai meratah ubi manis madu kukus yang sangat manis, lemak dan hangat itu, Salah satu hasil pertanian Sumedang yang terkenal dengan Ubi manis madu dan tapai ubi kayu. Ubi manis madu kukus itu d jual sangat-sangat murah hanya rp7.000 sekilo. Tapai ubikayunya pula dalam bentuk sebatang-sebatang dan d gantung serumpun. Cuma malam itu aku tak berkesempatan untuk mencicipinya kerana mata yang mula mengantuk dan badan yang letih. Setibanya kami d Cirebon, Imron mengajak kami untuk singgah makan Nasi Jamblang. Nasi Jamblang ini ialah makanan khas dari Cirebon d mana nasinya d bungkus menggunakan daun jati dan lauk yang d sediakan pula amat banyak dan kita bole memilih lauk yang mana satu. Memang sedap dan menyelerakan.
http://id.wikipedia.org/wiki/Sega_Jamblang. Sekali lagi aku tak mampu nak makan dengan penuh selera. Sebungkus pun payah untuk aku habiskan. Rasanya memang sedap cuma perut aku da d latih untuk tidak menerima makanan selepas jam 12 malam. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. D pertengahan perjalanan aku sudah mulai tertidur dan aku hanya terdengar Imron bertanya "kamu sudah tidur, Raihana...?" Tak lama kemudian, Imron pun memarkir kereta Xenia yang d pandunya d sebuah stesen minyak dan meminta izin untuk melelapkan mata sebentar. Akhirnya kami berempat tertidur dalam kereta. Malangnya aku pula da terjaga dan tak dapat tidur kerana keadaan yang agak panas dalam kereta. Aku hanya melayan mata sambil melihat kawasan persekitaran. Setelah hampir sejam melelapkan mata, Imron pun bangun dan kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Tegal. Sempatlah kami berhenti untuk menunaikan solat subuh yang d imamkan oleh Imron. Sepanjang perjalanan menuju ke Tegal, kami d sajikan dengan pemandangan yang indah suasana perkampungan yang aktiviti mereka sebagai penanam tebu, jagung, bawang dan sayur-sayuran. Memang indah pemandangan lereng-lereng bukit yang telah mereka tereskan untuk membuat batas-batas tanaman.
Kami sampai ke Guci pada sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Setelah melihat-lihat homestay yang ada d sana, kami memilih sebuah rumah yang agak besar dengan 5 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, ruang tamu & ruang dapur yang luas, Sewanya hanya Rp500.000 sehari semalam bersamaan RM150.00. Setelah menyimpan barang, kami terus keluar dengan hanya berjalan kaki kerana jarak d antara rumah dengan Permandian Air Panas tu sangat dekat. Sebelum mandi, kami makan d sebuah gerai yang berdekatan. Sempatlah aku merasa pecal yang sedap namun agak pedas dan meminum teh manis. Satu keistimewaan yang terdapat d kawasan ini ialah tehnya yang harum mewangi kerana d campurkan dengan bunga melati. Malangnya kawan baikku pula tak lalu nak minum teh yang menurutnya terlalu wangi sedangkan aku amat menyukai haruman bunga yang terdapat dalam teh tersebut. Terasa segar dan nyaman bila menghirup teh panas d tempat yang dingin ini. Setelah itu kami pun menuju ke tempat permandian air panas Guci. Walau pun hari itu bukan hujung minggu tapi ternyata ramai pengunjung yang mengambil kesempatan untuk menikmati mandi air panas d sebuah kolam yang telah d simenkan dan terdapat 13 buah pancuran yang d perbuat dari simen fero yang kelihatan seperti dahan pokok. Dari pancuran itu mengalir keluar air panas yang sangat nyaman. Aku cuba untuk menghidu andai terdapat bau belerang d air panas itu namun ternyata tiada terhidu bau belerang. Air panas yang mengalir itu air panas semata. Sempatlah aku merendamkan diri dalam kolam besar tu sambil menadah kepala d pancuran air yang mengalir hangat itu, memang nikmat sekali dan terasa nyaman bila badan kita d siram oleh limpahan air panas yang deras. Ada terdapat 13 buah pancuran air panas dan fungsi setiap pancuran berlainan. Pancuran pertama air yang keluar memang panas dan berikutnya pancuran kedua, ketiga dan seterusnya semakin berkurangan panasnya. Sambil mandi mata ku sempat memerhatikan keadaan d sekeliling. memang tempat itu indah cuma kurang terjaga. Pengunjung-pengunjung yang datang untuk mandi d pancuran air panas itu siap mandi dengan bersyampu rambut dan bersabun badan. Satu pemandangan yang pelik tapi bila aku tanyakan pada Imron, dia berkata itu sudah biasa d sana. Aku juga melihat ada seorang ibu muda sambil mandi selamba jer menyusukan anaknya. Satu pandangan yang mungkin biasa bagi mereka tapi tidak bagi aku, menyusukan bayi d tempat terbuka tanpa menghiraukan orang yang asyik mandi dan lalu lalang.
Lama juga aku berendam d kolam itu. Memang benar-benar terasa relax. Kemudian kami keluar dari kolam itu dan turun kesungai yang berhampiran. Air sungai itu terasa hangat dan bila semakin dekat menuju ke air terjun, mula terasa dingin. Sempatlah aku mengabadikan kenangan dalam bentuk potret. Setelah puas mandi sampai jari-jariku naik kecut semuanya dan puas ambil gambar, kami pun kembali ke homestay. Aku pun segera membilas badan dan bila selesai mandi, aku pun keluar dengan kawan baik ku ke warung depan homestay kami itu untuk membeli nasgor (nasi goreng), strawberry dan cemilan-cemilan untuk d jadikan ole-ole bila balik ke Malaysia nanti. Setelah membeli kami pun pulang dan menikmati nasi goreng yang sedap tapi pedas. Selesai makan aku pun tidur dalam bilik tanpa kipas dan aircond kerana udara pergunungan sangat sejuk. Semalaman dalam perjalanan kurang tidur dan kurang rehat dan setelah tidur dengan lena hampir 2 jam akhirnya aku terjaga bila terdengar suara azan dari musollah yang berhampiran. Badan terasa segar. Kemudian kami pun berjalan-jalan d sekitar kawasan pergunungan itu sambil melawat ladang strawberry, merakamkan pemandangan yang cantik dan akhirnya Imron mengajak kami bertamu d rumah saudaranya d Kampung Bojong. Tuan rumah yang sangat ramah, baik hati dan kami d pelawa untuk makan malam bersama mereka. Kami d hidangkan dengan nasi yang d masak dari beras baru. Harum dan sedap sekali. Tuan rumah juga menghidangkan kami tempe penyet, tahu goreng, keropok dan sambal. Memang benar-benar membuka selera cuma aku yang tak tahan makan pedas. Lama juga kami bertamu dan berbual-bual d rumah mereka. Kemudian kami meminta diri untuk kembali ke homestay. Sebelum balik sempat singgah d pekannya untuk membeli martabak manis. Suasana mula dingin dan angin yang bertiup sangat-sangat sejuk. Malam itu Imron mengajak aku ke tempat permandian air panas dan memang suasana d malam hari sangat meriah kerana ramai orang yang berkunjung sambil mandi manda. Kami duduk d lesehan sambil memakan siomay (sejenis makanan seperti "Dimsum" yang d campur dengan telur rebus, dan tauhu goreng dan d makan dengan kuah kacang seperti kuah gado-gado). Memang nikmat menikmati makanan yang panas d malam yang dingin. Sambil memerhatikan orang yang asyik mandi manda d malam yang dingin itu, telinga ku sempat menangkap lagu Siti Nurhaliza yang berkumandang d udara yang datangnya dari radio pengawal keselamatan yang bertugas d pondok jaga pada malam itu. terasa seperti aku berada d Malaysia....hehehe. Malam itu aku berbual-bual dengan Imron berkenaan dengan tempat Permandian Air Panas itu dan perancangan perjalanan kami seterusnya. Selesai menghabiskan siomay kami pun mula berjalan pulang dalam kegelapan malam dan kedinginan udara malam yang bertiup kencang.
Malam itu aku tidur dengan lena dan kedinginan malam tidak terasa kerana selimut tebal yang membungkus tubuhku berserta jaket dan stokin yang aku pakai. Keesokan harinya kami mula berkemas kerana perjalanan kami akan d teruskan lagi ke Cirebon untuk melawat adik kepada kawan baikku yang sedang belajar agama d Buntet Pesantren. Catatan perjalanan ku ke Cirebon akan bersambung d lain entri. Pada kunjungan ku kali ini aku berkesempatan melawat Keraton Kesepuhan dan melayat (menziarahi) ke makam Pengeran Raja Mochammad.
|
Dapur Bebek nama Restoran nih |
|
Ubi Manis Madu yang telah d jual panas-panas |
|
Dalam perjalanan menuju Tegal sempat aku 'snap" |
|
Tengah bersiap-siap nak g mandi kat Air Panas |
|
Kami jalan kaki jer dr Homestay ke Sungai Air Panas |
|
Sempat posing walaupun udara sangat sejuk |
|
sempat singgah untuk mengalas perut |
|
Pecal yang sedap tapi pedas |
|
Sempat lagi berposing |
|
Semoga aku berkesempatan utk datang kesini lagi |
|
Merakamkan saat2 yang manis |
|
Nikmatnya mandi air panas d sini...speechless!!! |
|
Sempat posing lagi tu...alahai... |
|
Memang sangat nyaman mandi air panas d sini |
|
Air sungai tu hangat tapi air terjun tu sejuk giler.....grrr |
|
berendam d sungai yang hangat...bestnyeee.... |
|
Rombongan Cik Kiah baru abes mandi...hehehe..... |
|
Air Terjun Guci |
|
Sejuk sangat.... |
|
Berendam d air sungai yang hangat...nyaman |
|
Landmark tempat ini |
|
Nama homestay tempat kami menginap |
|
Petang tapi suasana tetap sejuk berangin |
|
Aku suka picture nih....so sweet |
|
Posing dengan Sang Gajah...korang ada...??? |
|
Bertamu d rumah seorg teman d Kg Bojong. |
|
Ruang tamu Homestay yang kami tempati. Luas & bersih. |
|
Ada 5 bilik tidur tapi d ruang tamu ada tilam lagi d sediakan. |
|
Sempat lagi berposing d depan homestay |
|
Bersama seorang teman |
|
sempat mengabadikan kenangan |
|
Pemandangan indah sepanjang perjalanan |
|
Aku tak akan melupakan tempat ini. |
|
Kawasan lembah yang sangat indah |
|
Sempat posing sebelum berangkat ke Cirebon |
|
Indah, nyaman & dingin. |
|
Kau yang terindah. |
|
Posing dekat ladang strawberry. |
|
Memang cantik tempat nih |
|
posing...posing...dan posing.... |
|
Berlatarbelakangkan ladang kobis |
|
Cotel....lebih kurang motel...hotel kecil. |
|
Berlatar belakangkan pintu gerbang Guci. |
|
Inilah siomay....ada telur rebus, tahu, dimsum & kuah kacang |
|
Nasi Jamblang |
|
Lauk untuk nasi jamblang |