Friday, December 31, 2010

Puisi Rindu dari Alharits Arsyad Poetra

Waktu
terus berlalu,
meninggalkan jejak kesepian
karena dirimu tak kunjung tiba dalam penantianku....
Diujung tanya,
entah kemana engkau pergi,
 dalam diri hanya mendawaikan rindu mengiris dada..... Tahun berganti, hampir lelah penantianku....
engkau hadir laksana salju dipadang sahara diujung penantianku
 bersama perginya tahun 2010 ini.... 
Tahun 2010,
kini engkau perlahan meninggalkan diriku,
 ku lepaskan kepergianmu dengan senyum kebahagiaan, karena akhir dari waktumu,
engkau menghadirkan kembali seorang
 bidadari yang selalu
ku rindui....

* Puisi indah ini hadiah dari ALHARITS ARSYAD POETRA seorang insan yang sangat teristimewa yang aku kenal melalui TAGGED diakhir tahun 2008.  Bahasa puisinya memang indah dan halus membuatkan aku rasa tersanjung setiap kali menatap  hasil nukilannya.  Dulu banyak puisi cinta yang dia hadiahkan untuk ku tapi hilang sewaktu akaun tagged ku corrupt.  Kami bertemu kembali di YM pada 31/12/2010 sewaktu dia sedang bercuti d Batam.  Sepanjang malam kami habiskan dengan berchatting mengenangkan masa-masa lalu.  Terlalu banyak rencana yang gagal terlaksana....atau mungkin aku tidak layak untuk merencanakan apa-apa.....  Maafkan aku b kerana hilang dari mata kamu selama ini.....tapi aku yakin.....aku akan selalu hadir dalam hati kamu walau gunung dan lautan memisahkan kita. kekuatan cinta  takkan pernah rapuh... terhapus ruang dan waktu.... percayakan kesetiaan itu.


My wish for New Year 2011









Things that I need for 2011

a new car
 a new house
lots of money

for bonus if i could have...i would love to have

**********
*********
********
*******
*****
****
**
*

a bf who look like this......huhu



HEHEHEHE......


HAPPY NEW YEAR 2011 EVERYBODY......


(>_<)

Wednesday, December 29, 2010

Bila bertemu kengkawan lama

Hari nih Encik M bagi aku cuti ganti selama setengah hari (sebelah petang) kerana bertugas lebih masa sempena Star Rating ari tu.   So dapat ler aku gunakan untuk bertemu dengan kawan-kawan lama yang datang ke Melaka sempena Persidangan Ketua Pembantu Tadbir seluruh Malaysia.  Tengahari Iezah menghantar aku ke Hotel Emperor dan aku pun menuju ke lobby hotel dan menunggu kedatangan kawan-kawan aku yang sedang berseminar kat Dewan Hotel.  Tak lama kemudian, Supinah kawan baik aku datang dan terus memeluk aku. Entah kenapa tiba-tiba aku jadi sebak.  Agaknya rindu kut dengan khabar tentang Tawau...dan kami berdua menuju ke coffee house untuk makan tengahari.  Aku hanya mengambil sepinggan kecil buah-buahan untuk mengalas perut.  Dah beberapa hari aku kehilangan selera untuk makan.  Bagus jugakan....semakin cepatlah aku dapat menurunkan berat badan aku ini....salah satu azam ku untuk tahun 2011 ialah untuk sihat dan fit.  Harap-harap dapat ler tercapai ek....(cross my finger)
Semasa menjamu selera, Supinah banyak bertanyakan khabarku.  Yer laa....dah setahun lebih aku menetap kat Melaka dan selama itulah kawan-kawan di Tawau kehilangan khabar ku kerana jarak membuatkan kami jarang berhubung.  Berborak dengan Supinah sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan ku terhadap kawan-kawan dan kenalanku di Tawau.
Selesai makan, kami ke lobby berehat sambil menunggu kawan-kawan yang masih belum habis berseminar.  Tak lama kemudian Anim, Dahlan, Reina, Maimunah dan beberapa orang teman yang aku kenal, datang dan bersalaman sambil memeluk aku bertanyakan khabar. Rasa happy bila bertemu dengan teman-teman lama.  Banyak cerita yang kami bualkan tentang kehidupan, kerja, anak-anak dan rumah tangga.  Mereka kerap bertanya belum ada kah calon teman hidupku sekarang...??  Aku hanya mampu tersenyum dan berkata "belum ada jodoh kali yah....." "Carilah...dan kalau jumpa cepat-cepat la bernikah....kau tu masih cantik...sayang kalau tidak berteman...." Ermmmm....menarik topik yang dorang bincangkan.  Dorang nak aku cari teman untuk aku jadikan pasangan hidupku.  Semudah itu kah yer...?? dan aku biarkan pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan......
Jam 3 petang, Supinah memaksa aku menyertai rombongan mereka yang akan membuat lawatan ke Perigi Hang Tuah di Duyong dan Ke Banda Hilir.  Sempat ler kami bergambar di Perigi Hang Tuah yang terkenal tu, di Dataran Pahlawan, Kota Famosa, Banda Hilir dan sempat juga menemankan mereka membeli belah di Medan Samudera.
Setelah itu kami kembali ke hotel dan berehat dibilik mereka sambil minum dan makan biskut.  Duduk bersimpuh diatas karpet hehehe....macam dirumah jer.  Pada mulanya mereka memujuk aku untuk bermalam bersama mereka kerana belum puas bersembang tapi aku menolak kerana mengenangkan esok hari kerja dan aku tidak ada membawa pakaian ekstra.
Lagi pun mereka ada Majlis Perasmian pada jam 8.30 malam dan aku pun meminta diri untuk pulang pada jam 7.30 malam.  Mereka melepaskan aku dengan hati yang berat. Saat untuk berpisah memang sedih.  Mereka memeluk ku erat.  Berpesan kalau balik Tawau jangan lupa call, tabah menghadapi segalanya, jaga diri baik-baik dan kalau ada jodoh kahwin lah cepat agar ada orang yang boleh menjaga aku.  Huhu....banyaknya pesanan dari penaja...hehehe....
Bila aku turun ke lobby, terserempak dengan kawan lama Dahlan yang baru balik dari bershopping, sempatlah berborak sebentar dengan dia dan bersalam sebelum aku balik dijemput oleh seseorang.  Bila terserempak dengan Dahlan tadi, aku tetiba terkenangkan seorang kawan baik ku yang telah meninggal dunia tahun lalu.  Biasanya bila ada Persidangan macam nih dia selalu ada.  Rindu sangat kat dia.  Semoga Allah akan menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beramal soleh.  Amin.
Sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar bersama mereka untuk dijadikan kenangan.

Di dalam bas bersama Supinah

Di Perigi Hang Tuah
Brsama Anim, Kak Mai & Supinah
Mak-mak orang sedang berposing
Supinah dengan posingnya
Bersama lembu batu
Amboi asyik shopping nampak
Peace kat Dataran Pahlawan
Ada gak muka nenek budak nih

Saturday, December 25, 2010

SAYAP ILLUSI




  • semakin jauh aku renungi diri
    semakin dekat kekasih di hati
    biar mentari akulah sinarnya
    dia lautan akulah airnya
    kalaulah ada selain dari mu
    biar ku hancur dan menjadi debu


    bila hadir cinta yang satu
    tidak ku peduli sejuta sepi mu
    menghukum aku dengan dusta
    teracap dunia hakimnya
    kerana cinta
    biar aku di anggap gila
    terbang dengan sayap illusi
    bertutur dalam bahasa hati

Thursday, December 23, 2010

Award dari Shizan....

Adik FB aku yang comel lote nih memang ada jak agendanya mahu aku join tau......nih suruh aku terima award L.O.V.E pulak.....Wokey ler adik FB ku Shizan yang cute miut.....
Thanx for this award....really touched........uwaaaa.....rasa nak berterais jer (berterais tu bahasa brunei yang bermaksud menangis wokey....)


tapi  macam biasa ler....dapat jer award mesti kena jawab beberapa soalan cepu perak dan cepu tembaga.  Kadang soalan yg mencabar minda dan perasaan...adusss....sedeynyaaaa.. 
wokey2......straight to the point (centre point...cosmo point...???) jom kita cuba jawab soalan yang menggugah jiwa ku ini.....

1. Siapa orang yang korang paling sayang?

Aku sangat sayang diri ku (kalau aku x sayang diri aku......siapa lagi yg nak sayang aku kan...kan...???),  kedua aku sayang family aku (anak2, menantu & cucu2 aku...doranglaa kekuatan dan nyawa aku....tanpa dorang aku da lama hilang dari dunia nih.....serius nih),  ketiga, kawan-kawan aku (yang sering menceriakan aku....menerima aku dengan segala kekurangan ku dan sanggup berkongsi suka dan duka dengan ku)  dan yang terakhir tentulah kucing-kucing peliharaan ku yang setia  menemani aku dalam apa jua keadaan.....)

2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tu?

alamak terlebih suda...terlampau excited sampai aku suda terjawab di soalan nombor 1....jadi sila ler check yer....malas ku kan ingau....

3. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.

Mungkin aku bukan yang terbaik yang pernah hadir untuk korang sayangi dan 
banggakan.....tapi yang pasti korang adalah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku....korang telah melengkapkan hidup aku dengan kehadiran korang....aku sangat berbangga kerana pernah menjadi sesuatu yang korang sayangi.  Terima kasih kerana sudi membahagiakan dan menceriakan hidup aku walau hanya seketika waktu.....(saat aku taip kata-kata nih...aku tengah menangis tau....sungguh...x tipu....kalau x percaya....korang tanya kucing-kucing aku....)

lepas tu, korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tu....
aduyaiiii.....bole tak kalau aku tag x sampai 15 orang....uwaaa.....kerana aku rasa aku x der kawan seramai itu kat blog nih....ada pon kengkawan....drg x minat berblog ler.....nak tag sebarangan orang,  takut nanti aku dikatakan syok sendiri....uwaaa....ciannya kat aku....bole la kan....kan....(dengan muka minta kesian...)





ini jer yang dapat aku tag buat masa nih.....harap korang berpuashati.....Janganlah
dinanti pada yang telah pergi....Hanya luka lamakan berdarah kembali....Kini kecewa....Tidak terkata.....Mengapakah itu disebut lagi........(wahhhh...aku menyanyi lagu rindu bayangan kau...huhu.....) 
wokey ler...aku bermohon diri dahulu......lain kali kita sambung ceritera kita k........

Wokey tak kalau muka aku cenggini

Wednesday, December 22, 2010

Tabah setabah karang di lautan

"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis, hati akan menjadi bosan " [Hamka]

Serangkap kata-kata ini begitu memberkas dalam jiwaku.  Terlalu ringkas tetapi penuh dengan makna-makna yang tersirat.  Dalam kita melalui jalur-jalur kehidupan ini, sering kita mengharapkan laluan-laluan yang akan kita jejaki penuh dengan keindahan....tapi harus kita sadari bahawa tak semua jalan yang akan kita lewati menjanjikan kita keindahan atau ketenangan.  Akan banyak jalan-jalan yang akan membuatkan kaki kita terguris oleh duri atau terhiris oleh lalang-lalang yang tajam.  

Dalam mengharungi detik-detik yang menghampiri kepenghujungnya ini......aku masih menyimpan harapan agar dihujung jalan nanti, akan ada tangan yang sudi menyambut ku dari jatuh....yang akan sudi mengubati luka-luka yang mengalirkan darah dan airmata....

Terkadang...aku mengharapkan yang hidup ini sebenarnya sebuah mimpi....bila aku terjaga...semua kedukaan...semua kelukaan sebenarnya hanya permainan tidur.....aku mengharapkan disaat aku membuka mata.....terpamir wajah-wajah yang aku kasihi...
yang aku rindui....wajah-wajah yang pernah aku sisihkan suatu ketika dulu kerana terlalu menurutkan kata hati.....

Ternyata apa yang aku kejar selama ini hanyalah fantasi....
yang tak mungkin akan menjadi realiti.....
kini aku kembali pada fitrah asalku....
menjalani kehidupan meneruskan perjuangan....
mengenggam sebuah harapan....
kerana aku pasti....
diakhir pencarian ku ini....
masih ada yang dinamakan kebahagiaan.........




Tuesday, December 21, 2010

Sometimes.....

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us .


Some things are beyond planning.
And life doesn’t always turn out as planned.
You don’t plan for a broken heart.
You don’t plan for an autistic child.
You don’t plan for spinsterhood.
You don’t plan for a lump in your breast.

You plan to be young forever.
You plan to climb the corporate ladder.
You plan to be rich and powerful.
You plan to be acclaimed and successful.
You plan to conquer the universe.
You plan to fall in love – and be loved forever.

You don’t plan to be sad.
You don’t plan to be hurt.
You don’t plan to be broke.
You don’t plan to be betrayed.
You don’t plan to be alone in this world You plan to be happy. You don’t plan to be shattered .

Make plans, but understand that we live by Allah’s grace.


Monday, December 20, 2010

Adab memotong kuku


Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.
Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.
Kaedah yang paling mudah ialah:-
KUKU TANGAN
  1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
  2. Jari Tengah tangan kanan
  3. Jari Manis tangan kanan
  4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
  5. Jari Kelingking tangan kiri
  6. Jari Manis tangan kiri
  7. Jari Tengah tangan kiri
  8. Jari Telunjuk tangan kiri
  9. Ibu Jari tangan kiri
  10. Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.
KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan .