Friday, February 25, 2011

Hikmah pelangi selepas hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba, seringkali tangisan peneman diri. Dugaan dan ujian datang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.  Kadangkala kita berasa sendirian, terasing dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan, penuh dengan kegelapan.  Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.  Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. 

Tetapi....

Pernahkah kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.  Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?  Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?  Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?  Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?  Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Setiap kepahitan....buahnya ialah kemanisan....setiap kepayahan...hasilnya kejayaan...setiap kekecewaan....Tuhan akan gantikan dengan kebahagiaan....

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insya Allah.

(1316 KL, Brisdale)



Wednesday, February 23, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri" (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

SEDETIK LEBIH ( Untuk seseorang yang amat aku cintai dalam hidupku ini...)



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Yg ke-27...sayang....

Hari ini 22/02/2011 genap anak sulungku Mohd Nur Abda berusia 27 tahun.  Sudah besar rupanya dia.  Terasa macam baru jer semalam aku memeluk dia dalam pelukan ku sewaktu membawa dia balik dari hospital.  Tak terasa masa terlalu cepat berlalu.  Mohd Nur Abda nama yang kami pilih untuk dia yang membawa erti YANG TERPUJI CAHAYA HAMBA ALLAH.  Nama panggilannya ialah IAN....Semasa kecil Ian adalah seorang anak yang sangat cergas dan cerdas.  Bijak, comel dan menjadi kesayangan atuk dan neneknya.  Dia pandai mengambil hati dan sangat rapat dengan bapa dan mamaku.  Sewaktu di bangku sekolah dia merupakan pelajar yang sangat pintar.  Sesungguhnya dia merupakan anugerah yang paling bermakna yang Tuhan  berikan untuk kami.  Selamat Hari Jadi sayang...semoga Ian akan jadi anak yang soleh...menjadi kebanggaan keluarga dan menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik Ian.  Mama sayang sangat dengan Ian.








                                                                           

Friday, February 18, 2011

Aktiviti Hari Jumaat

Hari nih terasa kenyang sangat....pepagi Ketua Sektor belanja Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah....sedapppp dan tengahari plak,  Fiza belanja makan kat Merry brown d Melaka Mall.  Memang aku sangat-sangat full....aku mampu habiskan seketul ayam jer....anyway thanx beb coz sudi belanja kita orang.  Semoga rezeki kau akan bertambah murah.  Jom tengok gambar yang sempat di upload.
Muka 3 anak dara ahaksss....
Nyummm....nyummm....inilah dia yang belanja kami...
Anak saper laa rajin sangat nih....nak amik jd menantu...
Tembamnya aku kat sini....uwaaaaa.....
amboi....sue bukan main suka lagi....kanak2 Ribena...

Ni pengantin nih sambil makan sambil ber  FB.....
Muka nenek budak....

Jijah...tak abes-abes lagi ker ber FB....
Happy time....with my beloved friends....
Perut da kenyang tapi sempat lagi  posing kat jejantas
da kenyang sume...jom balik ofis....
tatatititutu

Sorry, gambar ayam goreng lupa plak nak snap.......heheh....sampai jer ayam goreng terus serang sampai lupa nak amik gambar.....harap di maafkan yer.....
Selepas bersantap kita orang round-round Melaka Mall amik gambar....errrmmmm tak sabar nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa 10 Mac 2011 nanti....da siap booking Dak Syira ajak dia temankan aku menonton.....huhu....korang tentu pelik kan apesal tetiba aku cerita pasal wayang plak nih...sebenarnya kan kat Melaka Mall nih kan  ada Cinema...tu yang aku terkenang tu....hehehe....



Thursday, February 17, 2011

LUKA D SINI


Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi perasaan seperti dulu
Kini tiada lagi kisah
Cinta ku telah musnah sudah
Hancur hati ku, telah kau sakiti perasaan ku
**
Biarkan ku pergi..
Jangan kau tanyakan lagi..
Ku yakin ini yang terbaik untuk kau dan diri ku
Biarkan berlalu, rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa untuk menahan, aku luka di sini

Wednesday, February 16, 2011

Apa yang aku rasakan saat ini.....

Dalam hidup ini aku selalu dipertemukan dengan berbagai jenis orang, berbagai peluang, berbagai ruang dan berbagai kesempatan.  Ada ketikanya aku selalu menduga yang datang pada aku ketika itu adalah yang terbaik sehinggakan aku lupa bahawa satu ketika nanti aku akan disakiti...akan di lukai.  Paling menyedihkan bila orang yang pernah menyayangi aku akhirnya menjadi orang yang paling membenci aku.  Sesungguhnya hidup ini penuh dengan misteri. Apa yang akan berlaku pada hari esok tiada siapa yang mengetahui.
Untuk tidak bersikap ramah juga adalah tidak mungkin kerana sudah menjadi fitrah kita sebagai seorang manusia harus bergaul dan bersosial cuma ada batas-batas yang tertentu.
Hidup ini tidaklah sesukar mana seandainya kita tahu bagaimana untuk menjalaninya. Dalam menjalani kehidupan bersendirian ini banyak mengajar aku untuk mengenali watak-watak manusia disekelilingku.  Mengajar aku untuk lebih menyayangi diriku sendiri, lebih menghargai perasaan ku ini.  Ada kalanya aku rasa sunyi dan sedih....tapi bila mengenangkan betapa bertuahnya hidupku  dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangiku, aku rasa bersyukur sekali.
Dalam mencari seseorang untuk aku kasihi juga tidaklah semudah mencari kawan atau teman.  Keserasian, kesudian, keikhlasan dan kejujuran amat aku perlukan dan intipati dari semua itu akan lahirlah kesetiaan kerana kesetiaan adalah sebuah keputusan dan bukannya satu pilihan.
Aku inginkan seseorang yang boleh membimbing aku dan menegur aku bila aku melakukan kesilapan.  Menerima aku dengan segala kekurangan dan kelebihan ku.  Menyayangi dan mengasihi ku seikhlasnya.  Aku tertarik pada serangkap kata-kata ini....

Sesungguhnya mereka yang selalu mendapat kebahagiaan dalam hidup bukanlah mereka yang selalu mendapat yang terbaik dalam hidup mereka tetapi mereka sebenarnya menjadikan setiap yang hal yang hadir dalam hidup mereka itu sesuatu yang baik.
 
Indah kata-kata itu dan terlalu dalam makna yang tersirat didalamnya.
Aku sering menjadikan kata-kata itu sebagai kekuatan ku agar terus tabah menjalani kehidupan ini kerana aku yakin tak akan selamanya awan mendung menutupi mentari.  Akan tiba saatnya di mana angin akan hadir dan meniup awan mendung yang menutupi mentari dan mentari akan kembali bersinar lagi.  Aku yakin....
 
 

Tuesday, February 15, 2011

HARAPAN


Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

Wajah-wajah yang aku rindui

Dalam hidupku aku memiliki banyak kasih sayang....memiliki banyak cinta....yang tentunya datang dari insan-insan yang mengasihiku dan menyayangiku.....disini aku upload wajah insan-insan yang teristimewa dalam hidupku, yang memberikan aku kekuatan untuk terus mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan ini....yang sentiasa ada bersama ku dalam setiap suka dan duka....dalam senyum dan tangis ku......yang akan sentiasa mengingati aku dalam setiap doa-doa mereka......yang akan sentiasa memaafkan aku diatas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah aku lakukan....yang akan tetap menerima aku dalam apa juga keadaan.....Mereka inilah nyawa dan semangatku untuk terus tabah mengharungi apa pun juga keadaan....Terima kasih Tuhan kerana telah menganugerahkan aku sebuah kehidupan yang sangat indah.

Buahati no 2 bersama familynya

Semoga berbahagia selamanya

Cucu & menantuku

Aleesya & mama
Buahatiku yang no 3 "ERIE"
Buahatiku no 1 "IAN"
Buahatiku no 2 "Izie"
Buahatiku  yang bongsu "NANIQ"
Dia nih stylo sikit
Naniq & Erie
My youngest
My 5 lucky stars
Erie tgh beraksi....
Naniq & Barney kat Dataran Pahlawan
Bersama Erie & Naniq d Makam Hang Tuah
D Makam Hang Tuah
once upon a time
Naniq d Kubu Banda Hilir
Lagi posing
Ian d Kuala Kangsar
Bersama Ian d Taman Tasik Taiping
Bersama Erie
Buahati ku yang no 4 Ameng
Ian d Genting
Bersama Erie, Naniq & Aqeem
Me & my two handsome boys
Rindu sangat pada buahati aku nih
3 handsome siblings
Bersama my lovely Iman
Princess in our family....Iman
Nenda sayang Iman
Iman waktu berumur 4 bulan
Nice pose...hehehe....
My lovely DIL
My dearest son