Tuesday, May 28, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Pertama "DANIEL RIEZKY"

19 Mei 2013 My lil sweet boyfriend menyambut ulangtahunnya yang pertama. DANIEL RIEZKY yang handsome, pintar & lasak. Kehadirannya benar-benar menceriakan hidup kami sekeluarga. Semoga Daniel Riezky akan menjadi anak yang soleh berbakti pada keluarga, agama & negara. 





Love U sayang !!!!!

Sunday, May 5, 2013

Mei bulan Hari Jadi

Bulan Mei ramai dalam family aku yang menyambut Hari Ulangtahun kelahiran. Anak sedara aku Muhd Nur Eilmaq menyambut hari lahirnya pada 3/5 (21 tahun), anak bujang aku Ameng Meng pada 17/5 (24 tahun), Cucu aku yang no 2 Amira Aleesya 20/5 (3 tahun) & Cucu aku yang no 3 Daniel Riezky 19/5 (1 tahun). In sha allah kalau ada rezeki nak buat majlis sambutan hari kelahiran buat mereka nih, sekali nak buat majlis kesyukuran. Semoga d permudahkan segala urusan ke arah kebaikan.

Saturday, May 4, 2013

Pilihan Raya Umum 2013 semakin menghampiri

Tik tok tik tok tik tok.....masa terus beredar seperti biasa, namun degup jantung rentaknya berbeza dari biasa.  Ada rasa teruja, ada rasa galau, ada rasa kalut, ada rasa risau...semuanya bercampur menjadi satu.  Wahhh lain bunyi entry aku malam nih kan..??? Suspen sekejap.  Sebenarnya aku nih sedang menghitung detik masa untuk masuk ke 5/5/2013. A very big day for us Malaysian.  Masih ada 40 minit lagi ( saat ini jam d lappy ku menunjukkan jam 11.10 malam). Dulukan sewaktu aku masih bertugas sebagai penjawat awam, saat-saat begini aku dah masuk tidur coz selama hampir 24 tahun aku bertugas aku merupakan salah seorang petugas setiap kali ada Pilihanraya Umum. Kalau tak silap ada 5 atau 6 kali aku pernah bertugas d hari pengundian.
Walau apa pun.....Aku mengharapkan kita sebagai rakyat Malaysia walau berlainan agama, adat, budaya & fahaman, kita tetap rakyat Malaysia dan bersama-samalah kita memohon pada Allah agar Pilihan Raya Ke 13 nih berlangsung secara aman.  Walau apa pun keputusannya yang akan d umumkan pada malam esok, kita terima dengan hati yang terbuka & ikhlas. Starting  hari Isnin... Parti apa pun yang akan memerintah samada parti yang menjadi favorite kita ataupun bukan, sama-samalah kita berikrar untuk berusaha memajukan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Kita doakan yang terbaik untuk negara kita kerana apabila negara kita maju, aman, damai & stabil, kita sebagai rakyat dapat merasakannya keamanan & kemakmuran.  So malam ini sebelum tidur, apa kata kita pakat beramai2 mendoakan semoga tiada kejadian yang tidak d ingini berlaku. Buat pilihan yang bijak.  Satu undi yang kita miliki mampu mengubah segalanya. 

*May the best Party Wins ! .... 05 May 2013 - Malaysia 13th General Election - Jom Kita Undi !

Thursday, May 2, 2013

Kau yang terindah


Duhai Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan kehilangan kewarasanku,
Maka biarlah aku menjadi begini seumur hidupku.

Duhai Tuhan,
Andai mampu aku meminta padaMu saat ini,
Kau ambillah seluruh cinta yang ada pada diriku biarlah aku hidup tanpanya.

Duhai Tuhan,
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna,
Biarkanlah cintaku tumbuh,
Biarkanlah dia semakin merekah dan mekar,

Meskipun aku telah layu dan mati.

Kek Lemon kegemaranku

Salah satu kek yang menjadi kegemaran aku ialah Lemon Cake. Suka akan rasanya yang masam dan haruman lemon yang menyegarkan. Jadi d sini aku ingin kongsikan resepi yang mudah ini untuk pembaca yang ingin mencubanya.

BAHAN-BAHAN yg d perlukan
260 gm tepung
200 gm gula castor
230 gm butter -suhu bilik
4 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil baking powder
parutan kulit dari 1 biji buah lemon 

50 ml jus lemon 

CARA MEMBUATNYA :
1-Panaskan oven pada suhu 180'C . Parut kulit sebiji buah lemon sampai nampak kulit putih dan perah ambil jusnya . Ayak tepung bersama baking powder.
2-Pukul gula bersama butter sehingga menjadi ringan , gebu dan bertukar menjadi warna pucat . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati . Masukkan parutan kulit lemon serta esen vanilla.
3-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan jus lemon sedikit demi sedikit . Gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Masak untuk 45 minit hingga 1 jam.

Sediakan TOPPING LEMON FROSTING
1 cawan gula icing
2 sudu besar jus lemon- Gaulkan gula dengan lemon jus

Sediakan pula TOPPING CREAM CHEESE:

200gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 sudu kecil jus lemon 
*Pukul cream cheese bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi gebu sebati kemudian boleh la d sapu ke atas kek yang telah pun sejuk.
Selamat menikmati Kek Lemon yang sedap.....yummyyyy...... :-)


Wednesday, May 1, 2013

Hari ini hari pekerja...


Selamat menyambut Hari Pekerja. Selamat bercuti dan jangan lupa kerja rajin2 yer.