Saturday, September 29, 2012

Kesedihanku (Sammy Simorangkir)


Sepinya hari yang ku lewati
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi ku rasa dalam hidupku
Tak mampu ku tuk melangkah

Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini

Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini

Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Yang seperti ini

Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Hampa kini yang ku rasa
Menangis pun ku tak mampu
Hanya sisa kenangan terindah
Dan kesedihanku

Wednesday, September 26, 2012

My sweetest smell

Happy sangat bila dapat hadiah perfume ini.  Baunya memang sangat-sangat wangi dan mempersonakan.  Teringat pesanan dari seseorang, teruskan pakai perfume nih....jangan tukar-tukar haruman lagi. Haruman ini sesuai sangat untuk kamu,  Terima kasih....setiap kali mengenakan haruman nih...aku akan terkenangkan kamu.  Thanx for being here beside me.

Saturday, September 22, 2012

Assalamualaikum......Agak lama juga aku tidak update blog aku inikan?? Rasa macam dah bertahun-tahun....perasan tahap gaban...huhu.....  Lately aku da kehilangan ilham nak menulis.  Entah tetiba rasa macam malas sangat nak update apa2.  Cuma nak bagitahu aku baru jer balik dari Indonesia. kali ini aku pergi ke Cirebon lagi (kerana ingin bertemu dgn Pak Kiai~ Keturunan ke~10 Sunan Gunung Jati), kemudian ke Tegal~Jawa Barat & ke Bandung.  nantilah bila aku ada mood aku update k....sewaktu d Cirebon aku sempat melayat (menziarahi) Makam Pangeran Raja Mochammad Pangeran Luhung dan Keraton Kesepuhan.  Ada banyak kisah yang menarik yang ingin aku kongsikan dengan korang semua. Tunggu tau.....

Tuesday, September 4, 2012

Sabah Snake Grass a.k.a Belalai Gajah

Assalamualaikum.....apa khabar korang semua...?? Lama juga aku x update blog aku nih kan....?? hehehe....lately aku tersangat-sangat busy (busylah sangat).  Bagaimana dengan sambutan raya korang semua...?? Best x...?? Aku tahun nih beraya sakan jugalah.....coz aku balik kampung dan aku beraya d Negara Brunei Darussalam.  Memang happening.  Nanti aku updatekan yer.  Sekarang aku nak cite pasal sejenis tumbuhan nih.  Khasiat DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS boleh mengubati penyakit Kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lung Cancer, Leukemia, Dialysis Patients, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi.  Setahu aku setakat nih tumbuhan nih cuma ada kat Sabah.  Aku x tahulah kalau ada yang menanamnya kat Semenanjung coz dah nama dia pun SABAH SNAKE GRASS.  Pada mereka yang ada menghidap kanser, bolelah mencuba tumbuhan ini.  Bersama ini aku kongsikan info mengenai tumbuhan ini yang aku dapat dari blog mereka2 yang telah mencuba tumbuhan ini.
Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :
Stage 1 : 30 daun setiap hari
Stage 2 : 50 daun setiap hari
Stage 3 : 100 daun setiap hari
Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari *Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun tersebut.

Cara-cara membuat jus daun belalai gajah @ Sabah Snake Grass
Masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia.  Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

* Perbanyakkan memakan buah betik dan nenas kerana buah2an ini banyak membantu semasa pemprosesan meminum jus daun belalai gajah, beet root, biji aprikot, daun durian belanda. Selamat mencuba dan yang penting pasang nawaitu dalam hati supaya lekas sembuh. InsyaAllah itu semua dgn izin-Nya.

Inilah rupanya Tumbuhan Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass
Sedap juga bila d buat sayur rebus.

Wednesday, August 15, 2012

Pengertian Hari Raya

Diam tak diam, lagi beberapa hari umat islam akan merayakan hari raya dan d sana sini sudah mula sibuk dengan manusia yang berpusu-pusu bershopping untuk raya. Namun bagi aku pula, semakin dekat Hari Raya semakin sayu hati ini. Bila hari raya semua akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu ayah & bonda....tapi bagi aku yang telah kehilangan ayah & bonda, hari raya sebenarnya biasa-biasa jer bagiku. Tiadalah perasaan teruja yang menggebu-gebu d dalam dada. Hari Raya mengingatkan aku pada arwah Bapa, Mama, Kakak, Abang & dua orang puteri kembarku yang telah kembali ke rahmatullah bertahun-tahun dahulu. Kerinduan pada saat-saat menjelang Hari Raya selalu mengimbau dalam ingatan dan membuatkan aku hanyut dalam selautan kenangan. Apa yang tersisa kini hanyalah kenangan masa lalu dan segunung harapan agar aku dapat membahagiakan anak-anak & cucu-cucuku. Biarlah d wajah mereka terukir senyuman manis meraihkan hari yang mulia itu. Itulah pengertian Hari Raya buatku.

Thursday, August 2, 2012

Spagetti Terbaek SMR

Kali nih aku nak kongsikan resepi Spagetti lah pulak. Wah....selera itali kita yer.  Yeye jer aku nih kan....hehehe.....alaaa....masa nih ler nak try skill memasak tu....Jom cuba resepi aku nih k...Senang jer....bahan-bahan dia pun mudah nak kita dapati.

Bahan-bahannya :
200 gram mee spagetti
250 gram daging hancur (minced meat)
1/2 tin tomato puri
3 ulas bawang putih
garam
gula
minyak zaitun (kalau x der...pakai minyak biasa pun bole)
parmesan cheese dan sedikit daun basil sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya :
Rebuskan mee spagetti kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya mee x melekat2. Toskan.
Potong bawang putih menjadi kecil2. (cincangkan).
Panaskan kuali yang d bubuh minyak zaiton dan masukkan bawang putih tadi.
Apabila bawang putih mula menjadi kuning, masukkan daging dan goreng sehingga masak.
Kemudian tambahkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah mendidih.
Setelah siap, hidangkan mee d dalam pinggan dan tuangkan sos spagetti yang telah d masak tadi. Taburkan parmesan cheese dan daun basil  menurut citarasa sendiri. Selamat mencuba. Sedap tau...hehe....


Monday, July 30, 2012

Peria Goreng Rangup

Nak kongsi satu resepi baru nih. Senang nak buat dan sedap pula tu.  Jom try resepi nih.

Peria Katak (x tahu ler aku naper peria nih d namakan peria katak...)
Serbuk Kunyit
Garam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk mengoreng

Cara membuatnya :
Peria d basuh dan d keringkan.  Lepas tu d hiris membulat. Boleh juga d biarkan bahagian tengahnya tapi aku suka pulak tengok peria tu bulat2 macam ring....hehehe.....lumur dengan garam, kunyit & serbuk perasa.  Panaskan minyak dalam kuali....mestilah dalam kuali...x kan dalam baldi pulak....pastu goreng sehingga garing.  toskan minyaknya.  Hidangkan dengan segera.  Selamat Mencuba.

Peria yang d hiris membulat
lumur dgn garam, serbuk kunyit & serbuk perasa, goreng
tadaaaa....siap d goreng rangup....nyummm...nyummm....

Khasiat Biji Selasih

Assalamualaikum....kita berjumpa lagi.....lama juga aku menyepikan diri.  Bukan apa...kesibukan benar2 membuatkan aku x cukup masa nak menulis untuk blog aku nih.....yer laa tu...banyak jer alasan kan.....hehehe.....
O.k hari nih aku nak bercerita pasal Biji Selasih....aku kadang asyik terkonpius nak sebut Biji Selasih ker atau Biji Sawi....hehehe.....korang tahukan biji selasih tu macamana...?? Alaaa...yang macam bijan hitam tu tapi bila d rendam dia akan kembang macam telur katak......
Nak kongsi dengan korang khasiat biji selasih nih.
1. Dapat mengurangkan panas badan.
2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3  Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan  cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.
Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Resipi mudah yang aku nak kongsikan dengan korang semua nih menggunakan biji selasih.  Resepinya mudah jer iaitu : 

Sirap Bandung Selasih Terbaik
Bahan2nya :
½ cawan sirap ros/sirap grenadine
½ gelas susu cair
1 gelas soda aiskrim
½ cawan selasih
1 cawan cincau
 Kiub ais secukupnya

Cara-cara menyediakannya :
1. Rendam biji selasih hingga kembang setaman
2. Cincau d potong comel-comel
3. Campur semua bahan dan kacau sebati
4. Masukkan ice kiub, hiaskan dalam gelas berkaki yang seksi dan bolehlah d hidangkan.



Sunday, July 22, 2012

Ramadhan kali ini

Hari nih merupakan hari kedua umat islam menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah rezeki tahun nih lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ramadhan bermula lagi tempahan biskut raya sudah mula d buat. 3 jenis kuih raya yang kami buat/promosikan hangat d pasaran. Kuih Makmur Shikam, Tart Nenas Shikam & Manisan Shikam (kurma bersalut coklat & berinti kacang badam) mula d tempah. Tempahan mula d terima dari seluruh Malaysia & Brunei. Alhamdulillah rezeki ramadhan kali ini. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan biskut raya, masih sempat juga melaksanakan solat terawih d Masjid yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah Allah memudahkan perjalananku.
Semoga tahun ini akan lebih bermakna berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Apa pun keadaan yang mendatang....hidup harus d jalani seadanya. Redha dengan segala apa ketentuan yang Allah berikan kerana aku yakin d setiap musibah yang d turunkan tersembunyi hikmah d sebaliknya untuk menguji aku agar menjadi lebih tabah dan lebih kuat dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Insyallah.
Sebelum ramadhan tempahan mula d terima
Manisan yang sedap & menyihatkan
Tart Nenas Shikam
Kuih Makmur Shikam
Manisan Shikam


Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bulan ramadhan akan menjelang tiba dan kita d Malaysia akan mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Ketibaan bulan yang penuh dengan keberkatan ini memang sangat-sangat d nantikan.
"Awalnya RAHMAT....pertengahannya MAGHFIRAH dan akhirnya PEMBEBASAN API NERAKA". Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini akan dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah S.W.T. Inilah kesempatan emas untuk kita meraih pahala sebanyak mungkin dan mendapat keampunan atas dosa-dosa yang pernah kita buat dengan memperbanyak ibadah / amalan sunnah tanpa meninggalkan yang wajib. Dengan mengerjakan ibadah puasa diharapkan dapat mensucikan diri, melakukan peleburan jiwa untuk menemukan kembali jati diri. Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.


Tuesday, July 17, 2012

Hari Kehilangan & Berduka Cita

Hari ini 17/07/2012 aku kehilangan seorang pakcik iaitu SYARIF AMIRULLAH BIN SYARIF MATAHIR yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi tadi.  Kebetulan hari ini juga merupakan hari pertemuan tahun ke10 kembalinya bonda ku ke rahmatullah. Semoga Allah akan menempatkan mereka d kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta d ampunkan semua dosa-dosa mereka. Innalillahiwainnalillahirajiun.....al~fatihah.

Wednesday, July 4, 2012

Mitos Mandi Malam

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.
Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau.
Kebaikan mandi
Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.
Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.
Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.

- Bernama

Tuesday, July 3, 2012

Selamat Datang Bulan Syaaban



Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Berpuasa sunat.
Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
Perbanyakkan amalan takwa.
Solat lima waktu secara berjemaah.
Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
Melakukan amal kebajikan.
Memohon keampunan ibu bapa.
Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

Puasa Syaaban Dan Fadilatnya
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:

1. Berpuasa sehari.
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan Nabi Daud a.s.

2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredhaan Allah SWT. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita dan menempatkan kita d dalam JANNAH. AAMIIN....

Sunday, July 1, 2012

Khasiat Kayu Manis



CINNAMON atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.
Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.
Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.
Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.
Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.
Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.
Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.
Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.
Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.
Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.
Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.
Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.
Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.
Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan.
Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi.
Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.
Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.
Penyelidik di Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E. coli dalam jus yang tidak dipasteur.
Jika dicampur bersama teh hijau, kayu manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara semula jadi.
Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.
Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimbangi hormon.
Kayu manis dipercaya dapat mengubati radang sendi, penyakit kulit, jantung dan perut kembung. Untuk mengatasi sakit perut, campurkan serbuk kayu manis dengan madu di dalam air suam lalu diminum. Sakit perut akan beransur-ansur hilang, cara ini juga boleh digunakan untuk menyembuhkan bisul.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.
Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.
Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya.
Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.
Kayu manis juga di kenali sebagai pengempur lemak yang paling efektif sekali.

Friday, June 29, 2012

9 jenis makanan untuk kulit yang cerah berseri


Makanan sangat mempengaruhi kepada kesihatan dan berat kita. Namun tahukah anda, makanan juga jika diambil dengan tepat dan jumlah yang mencukupi boleh mempengaruhi kecantikan kulit seseorang? Di sini disenaraikan 9 jenis makanan terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah secara menyeluruh. Bukan sahaja enak tapi boleh menjadikan kulit anda sihat dan cantik.

1. Tomato~Tiada makanan yang lebih baik dari tomato untuk kulit. Selain memberi kesan kecerahan, tomato yang kaya dengan beta karotin hebat dalam melawan kesan penuaan. Tomato bertindak meningkatkan kelembapan kulit, pengeluaran kolagen dan menguatkan sel-sel tisu kulit anda. Tomato enak di makan segar, sebagai salad atau di dalam masakan lain. Biasakan diri dengan makan separuh buah tomato dan separuh lagi digosok ke muka atau bahagian kulit yang lain. Mudah bukan?
2. Avocado~Buah avocado juga disenaraikan sebagai makanan untuk pencerahan kulit. Kandungan lemak yang tinggi di dalam buah menjadikan kulit lembap manakala vitaminnya sebagai anti radang. Tambahkan avocado di dalam salad atau hiris nipis-nipis untuk sandwich anda.
3.Teh hijau~Teh hijau sangat terbaik untuk kulit. Ia penuh dengan kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral. Dikatakan meminum teh hijau setiap hari menggantikan kopi mampu mencerahkan kulit dan mencegah kanser.
4. Salmon~Salmon mengandungi omega-3 dan 6. Asid lemak ini menolong melawan inflamasi pada kulit dan mempercepatkan proses pemyembuhan kulit terbakar dari sinar matahari. Apa kata cari resepi masakan salmon yang menggunakan lemon untuk menghilangkan bau salmon yang hanyir.
5. Telur~Telur merupakan sumber zink yang menjadikan ia makanan utama untuk kulit cerah. Sekiranya diet anda tidak mencukupi khasiat zink, anda cenderung untuk memiliki kulit yang kusam dan tidak bersinar. Zink juga bertindak menghalang kesan kulit oren dan jerawat.
6. Kacang walnut~Seperti salmon, walnut juga berkhasiat dengan lemak dan minyak yang meningkatkan kecerahan dengan menjadikan kulit anda lembut dan terpelihara. Manjakan diri anda selalu dengan scrub mandian walnut atau masukkan walnut dalam bijirin sarapan pagi anda.
7. Kacang~Kacang mengandungi serat yang tinggi dan penuh dengan selenium dan vitamin E. Kacang menghalang kulit menjadi kering dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
8. Strawberi~Strawberi kaya dengan anti oksidan dan menolong memperbaiki sel membran kulit. Sekiranya kulit anda mempunyai jerawat, kesan kulit terbakar dan kemerahan, jangan lupa masukkan strawberi dalam menu diet anda. Mungkin selepas ini anda bakal penggemar strawberi shortcake?
9. Dadih~Selain membantu pencernaan, dadih juga boleh digunakan sebagai masker sekiranya muka anda kusam. Memakai dadih sebagai masker selama 15 minit sudah mencukupi untuk mencerahkan muka anda sehingga 100 kuasa mentol! Bayangkan bersinar-sinarnya kulit muka dan badan anda nanti.
Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan cerah bukanlah satu tugas mudah. Namun dengan amalan rutin harian dan makanan yang mengandungi semua kebaikan vitamin dan mineral menjadikan impian anda tidak mustahil.

Tuesday, June 26, 2012

Diet Rasulullah

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya.  Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan.


Sunday, June 17, 2012

Aku & G6PD

Apakah G6PD?
G6PD adalah singkatan daripada Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase.

G6PD ialah sejenis enzim yg memang wujud dalam sel darah merah manusia. Sel darah merah, seperti yang kita ketahui, akan mengalami proses oksidasi, iaitu proses penggabungan oksigen dengan sel darah merah. Enzim G6PD ni sangat penting untuk mengelakkan sel darah merah daripada pecah akibat daripada proses oksidasi ni. Proses pemecahan sel darah merah ini dipanggil haemolysis. Haemolysis kebiasaannya berlaku apabila sel darah merah mencapai life span (jangka hayatnya), pecah dan membebaskan haemoglobin. Pecahan sel darah merah ini turut menghasilkan bilirubin.

Pecahan sel darah merah (haemolysis)

Dalam kes G6PD Deficiency ni, kekurangan enzim tersebut menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidapnya terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu serta makanan tertentu. Serius atau tidak G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim G6PD tersebut.
Bagaimana G6PD Deficiency dikesan
Masalah G6PD ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik sahaja bayi dilahirkan. Di Malaysia, ujian darah sudah menjadi satu amalan setiap kali seseorang bayi dilahirkan sebab G6PD sering menyebabkan masalah di kalangan bayi yg baru lahir. Kebiasannya, bayi yang menghidap G6PD akan ditahan di wad selama sekurang-kurangnya 5 hari.
Kesan G6PD Deficiency
Untuk bayi baru lahir, G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning).
Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan.
Secara umumnya, penghidap G6PD seperti saya akan menjalani kehidupan normal. Namun, mereka (dan saya juga) boleh mengalami Haemolytic Anaemia jika terdedah kepada bahan ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang menyumbang kepada proses haemolysis.
Haemolytic anaemia
Juga dikenali sebagai "acute hemolysis". Merupakan pemecahan sel darah merah yang berlaku secara tidak normal dan terlalu banyak. Haemolytic anaemia akan menyebabkan kebolehan sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan menurun. Sebab tu orang yg mengalami Haemolytic Anaemia ini akan kelihatan penat je.... sebab badan diorang x dapat bekalan oksigen yang cukup.
Mereka yang mengalami Haemolytic Anaemia akan mengalami tanda2 berikut:
- Berasa kepenatan
- Nafas pendek/ sesak nafas
- Dalam keadaan tertentu, mereka akan kelihatan pucat.
- Air kencing berwarna gelap (akibat kewujudan haemoglobin dalam air kencing).
Kaedah Rawatan
Masalah G6PD tidak dapat dirawat sepenuhnya. Apa yang penting, seseorang yang menghidap G6PD perlulah mengambil langkah berjaga-jaga berikut:
- Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan komplikasi (disenaraikan di bawah).
- Elakkan daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan komplikasi.
Adalah sangat penting untuk memberitahu doktor atau pakar perubatan bahawa anda merupakan penghidap G6PD untuk mengelakkan kemungkinan tindakbalas yang berbahaya daripada rawatan yang akan diberikan (mungkin ada ubatan yang tidak boleh diambil, tetapi diberi oleh doktor kerana beliau tidak tahu status G6PD anda).  Sebaik-baiknya, pastikan ada seseorang di sekitar anda yang tahu status G6PD anda supaya beliau dapat memberitahu kepada doktor apabila kita tidak dapat berbuat demikian. Kalau kat negara luar, mereka ada tag atau kad tertentu yang menandakan mereka ni penghidap G6PD, so doktor akan memberikan rawatan yang sewajarnya dan mengelakkan ubatan yang dilarang.

Penghidap G6PD tidak boleh dan tidak dibenarkan menderma darah. Mungkin disebabkan sel darah mereka (dan saya) yang lemah. Kalau derma pun, ia x boleh digunakan dan menjadi pembaziran... baik simpan sendiri kan?

Berapa kerapkah berlakunya kes kekurangan enzim G6PD?
Dianggarkan seramai 400 juta manusia seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD. Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian-bahagian tertentu Afrika, Asia dan Mediterranean.

Kawasan yang biasanya berlaku malaria juga mempunyai kes kekurangan enzim G6PD yang tinggi.

Di Malaysia pula dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah ini.

Bahan Yang Perlu Dielakkan:

Makanan:
- Gambar kiri iaitu Fava Beans (kacang parang)... ini termasuk tumbuhannya kerana pollen grain pada pokok kacang parang juga boleh menyebabkan komplikasi. 
Sesetengah penghidap turut menjauhi wine merah, blueberi (dan juga yogurt mengandungi blueberi), produk soya, minuman tonik dan kapur barus.
Bahan kimia:
Yang paling ketara tapi selalu kita jumpa ialah Naphthalene, iaitu ubat gegat. 
Seelok-eloknya, cuba jauhi ubat gegat dan elakkan tempat yg mempunyai unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Penghidap mungkin akan sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.
Sesetengah kandungan asap rokok juga boleh menyebabkan komplikasi kepada penghidap G6PD. So, hisap ler rokok jauh2 daripada mereka dan saya ye. =)
Ubat-ubatan: (Ubatan bertanda # adalah selamat diambil dalam dos yg minimum)
Analgesics/antipyretics:
Acetanilid
Phenacetin
Probenecid
Pyramidone
Amidopyrine
Aminopyrine #
Antipyrine #
Aspirin #
Cytotoxic/Antibacterial:
Chloramphenicol
Co-trimoxazole
Furazolidone
Furmethonol
Nalidixic acid
Neoarsphenamine
Nitrofurantoin
Nitrofurazone
Para-aminoslicylic acid
Sulfonamides / Sulfones: 
Dapsone,
Sulfacetamide,
Sulfamethoxyprimidine,
Sulfanilamide,
Sulfapyridine,
Sulfasalazine,
Sulfisoxazole
Cardiovascular drugs: 
Procainamide #
Quinidine #
Miscellaneous:
Alpha-methyldopa,
Ascorbic acid #
Dimercaprol (BAL),
Hydralazine,
Mestranol,
Methylene blue,
Nalidixic acid,
Naphthalene (ubat gegat)
Niridazole,
Phenylhydrazine,
Toludine blue,
Trinitroluene,
Urate oxidase,
Vitamin K (water soluble) #
Pyridium,
Quinine #
Antimalarials (but fortunately, penghidap G6PD mempunyai ketahanan kepada jangkitan malaria): 
Chloroquine #
Hydroxchloroquine,
Mepacrine (quinacrine),
Pamaquine,
Pentaquine,
Primaquine,
Quinine #
Quinocide
# Info ini aku dapat dari blog http://man91blog.blogspot.com terima kasih untuk info ini.  Semoga dapat memberi manafaat kepada penghidap G6PD seperti aku.

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Ulangtahun yang ke46


12 Jun 2012 genap usiaku 46 tahun.  Tahun nih aku menyambut Hari Ulangtahun ku dengan cara yang amat sederhana.  Lebih banyak merenung kedalam diri menatapi jejak-jejak yang telah aku tinggalkan.  Kini usia semakin bertambah dan seharusnya juga pemikiran semakin bertambah matang.  Semoga Tuhan akan selalu mempermudahkan setiap urusan ku kearah kebaikan, memberkati kehidupanku sekeluarga d dunia & akhirat. Melimpahkan rezeki dan kasih sayang untuk ku  dan yang paling utama memberikan aku hidayah dalam setiap langkah kakiku.  Aaamiin.
Celebrate besday 
Meraikan hari ulangtahun d tepi tasik
Kenangan d Tangkuban Perahu

Sunday, June 10, 2012

Berkunjung ke Makam Sunan Gunung Jati

Makam Sunan Gunung Jati
Papan tanda Makam Sunan Gunung Jati


Ini adalah Masjid
Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah, lahir sekitar 1450 M, namun ada juga yang mengatakan bahwa ia lahir pada sekitar 1448 M. Sunan Gunung Jati adalah salah satu dari kelompok ulama besar di Jawa bernama walisongo. Sunan Gunung Jati merupakan satu-satunya Walisongo yang menyebarkan Islam di Jawa Barat.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang tersurat dan tersirat. Sewaktu bff ku menempah tiket penerbangan Air Asia ke Bandung tahun lalu, dia memilih tarikh penerbangan kami pada 3 Jun 2012 dan tarikh kembali pada 9 Jun 2012. Aku pada mulanya tertanya-tanya juga jangka waktu yang lama berada d Bandung & Jakarta, apa pengisian yang kami akan lakukan kerana kalau hanya setakat pergi makan angin dan shopping, rasanya 5 hari sudah mencukupi. Tanpa kami sedari sesungguhnya Tuhan telah merencanakan sesuatu untuk kami. Kami juga tidak menyangka yang Ibu & adik kepada bff ku akan menyertai percutian kami kali ini. Sebenarnya adik kepada bff ku teringin untuk melanjutkan pengajian agamanya d Buntet Pesantren Cirebon. Kebetulan K.H Djaelani Imam yang menjadi Pengasas Pesantren itu sedang mengerjakan umrah bersama isteri beliau dan tarikh mereka kembali ke Cirebon ialah pada 5 Jun 2012. Pada 6 Jun 2012 kami melanjutkan lagi perjalanan kami ke Jakarta dari Bandung. Kali ini kami menaiki kereta api, kalau d Indonesia : kereta api d sebut kereta dan kereta d sebut mobil. Sepanjang perjalanan kami d sajikan oleh pemandangan alam yang sangat indah. Penanaman sayur-sayuran & padi d lereng-lereng bukit yang d tarah sangat-sangat menarik perhatian. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu akhirnya tiba d Stasiun Keretapi Gambir, Jakarta. Setelah menunaikan Solat Jama' d musollah (surau) stasiun itu, kami menaiki teksi blue bird untuk menuju ke Hotel Amaris d Mangga Dua dengan bayaran sebanyak Rp70.000. Hati-hati bila menaiki teksi Blue Bird d Kota Jakarta. Bila waktu-waktu macet elakkan penggunaan argo (meter). Harus pandai menawar harga. Kota Jakarta adalah sebuah kota yang sentiasa macet (jem). Kalau kita da terserempak dengan waktu macet......alamat tersengguk-sengguk ler kita dalam teksi.
Setelah sampai d Hotel Amaris, kami pun terus check in dan kami d tempatkan d lantai 7 (tingkat 7) dan nombor bilik kami 7026. Bilik hotel kami d Jakarta ini, sepenuhnya d taja oleh adik kepada my bff selama 3 hari dan dia menempah 3 bilik untuk rombongan kami yang seramai 6 orang. Adik my bff bersama Helmi anak saudara suaminya yang juga akan jadi penunjuk jalan untuk menemani kami sepanjang penjelajahan kami ke Cirebon, Helmi dulu juga merupakan seorang pelajar d Buntet Pesantren dan kini telah menjadi seorang Ustaz. Mereka sampai agak lewat kerana penerbangan dari Malaysia ke Jakarta menghadapi sedikit masalah sewaktu nak mendarat d sebabkan hujan lebat. Setelah check in aku dan bff ku terus meronda-ronda d mall bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap. Sempatlah menapaukan nasi goreng untuk ibunda my bff yang sedang berehat d bilik hotel. Malam itu aku tidur dengan lena sekali hingga x sedar dah pagi. Sarapan pagi termasuk dalam pakej penginapan dan sarapan yang d sediakan juga boleh tahan sedapnya. Selesai bersarapan, kami menaiki teksi ke Stasiun Kereta Api Gambir dan membeli karcis (tiket) keretapi untuk menuju ke Cirebon. Tiket keretapi ke Cirebon berharga Rp85.000 seorang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam itu kami habiskan dengan tidur. Sesekali aku terjaga d kejutkan oleh bffku yang meminta aku mengambil gambar pemandangan sepanjang perjalanan yang sangat cantik dan penuh kehijauan, pandangan mata d hidangkan dengan pemandangan indah kawasan perkampungan yang d hiasi dengan sawah-sawah padi yang saujana mata memandang. Keretapi yang kami naiki sampai d Stasiun Kereta api Cirebon lebih kurang pada jam 3.30 sore/petang waktu tempatan. Stesen kereta api Cirebon kelihatan moden dengan laluan d bawah tanah. Kami menaiki mobil Avanza (kereta sewa) untuk menuju ke Buntet Pesantren Cirebon yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai dengan bayaran sebanyak Rp70.000. Aku sempat bertanyakan pak supir apakah maksudnya "Cirebon", pak supir menjelaskan "Ci" itu bermaksud air dan "Rebon" adalah udang kecil. Cirebon terletak d pesisir laut Jawa dan kotanya agak panas d bandingkan dengan Kota Bandung.
Berdasarkan catatan sejarah, pada abad ke-15 dan 16 Masehi, Cirebon merupakan pangkalan penting dalam jalur perdagangan dan pelayaran antarpulau. Akibatnya, Cirebon menjadi "Jembatan" antara kebudayaan Jawa dan Sunda, sehingga tercipta suatu kebudayaan yang khas. Bukan Jawa dan bukan pula Sunda.
Dengan dukungan pelabuhan yang ramai dan sumber daya alam dari pedalaman, Cirebon kemudian menjadi sebuah kota besar. Cirebon pun pernah menjadi salah satu pelabuhan penting di pesisir utara Jawa untuk kegiatan pelayaran dan perdagangan, baik di Kepulauan Nusantara maupun bahagian dunia lainnya. Dalam naskah Carita Purwaka Caruban Nagari, disebutkan bahwa pendiri Kota Cirebon adalah Raden Walangsungsang, putra dari Prabu Siliwangi dan Nyi Mas Subalarang. Namun sumber lain menyebutkan bahwa Cirebon didirikan oleh Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah pada awal abad ke-16 dan berkembang menjadi kesultanan yang paling disegani di Pulau Jawa dan sekitarnya. Sampai akhirnya Kesultanan Cirebon terpecah menjadi tiga, sepeninggalan Sunan Gunung Jati.
Kami sampai ke Buntet Pesantren Cirebon yang terletak dalam sebuah kampung yang tenang dan aman damai. D sini terdapat banyak pesantren dan d naungi oleh sebuah Yayasan yang bernama Yayasan Al Hidayah. Kami d sambut oleh isteri Pak Kiai iaitu Ibu Nyai Afida. Kebetulan mereka baru sahaja kembali dari mengerjakan umrah. Pak Kiai Djaelani Imam & isteri sangat-sangat peramah dan kami d hidangkan dengan bermacam-macam juadah termasuklah buah kurma ajwa (kurma nabi), buah-buahan, cemilan, coklat, kacang, kismis & air zam-zam yang d bawa dari Tanah Suci. Memang langkah kanan kami hari tu. Pak Kiai & Isteri yang sangat ramah itu memujuk kami agar mahu bermalam d rumah mereka dan sudah tentulah kami menerima dengan tangan yang terbuka. Rumah Pak Kiai ini agak besar dan dapat menempatkan 40 orang pelajar (20 pelajar lelaki & 20 pelajar perempuan) yang datang dari seluruh tanah jawa semata-mata untuk mendalami pengajian agama islam. Rumah Pak Kiai ini juga menempatkan sebuah madrasah yang bersambung dengan ruang belakang rumah beliau d mana d madrasah inilah mereka mengerjakan solat berjemaah, ceramah-ceramah agama dan kelas-kelas mengaji. D rumah pak kiai itu aku terlihat gambar Sunan Gunung Jati dan gambar alMarhum Abdurrahman 'Gus Dur' Wahid. Sewaktu kami duduk bersembang aku sempat mengutarakan (memang akulah orang yang paling banyak bertanya kepada Pak Kiai) tentang keinginan ku untuk menziarahi (atau bahasa orang d Indonesia MELAYAT) makam Sunan Gunung Jati. Pak Kiai sedikit terkejut kerana dia tidak menyangka yang aku tahu tentang sejarah ulama besar itu. Pak Kiai berkata yang kami datang pada tempat yang betul kerana Pak Kiai merupakan generasi ke 10 kepada Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah ini. Pak Kiai berjanji akan membawa kami melayat ke makam tersebut selesai solat isyak nanti. Aku yang sedang dalam keadaan uzur itu bertanya kepada Pak Kiai boleh ker aku menziarahi dalam keadaan yang tidak bersih (uzur)? Pak Kiai menjelaskan sebenarnya tidak menjadi masalah menziarahi makam dalam keadaan uzur kerana yang penting adalah nawaitu kita dan sesuatu yang wajib kita ingat, bila kita menziarahi makam para ulama atau wali, berdoalah dan memintalah kepada Allah dan bukan kepada ulama atau wali tersebut. Jangan sampai kita tersilap akidah. Memohon dan meminta hanya pada Allah dan para wali atau ulama akan mengaminkan doa kita itu. Berbual dengan Pak Kiai ini memang sangat-sangat seronok. Pak Kiai ini seorang yang berfikiran terbuka dan suka bercanda (bergurau). Beliau banyak menceritakan tentang pengalaman mereka mengerjakan umrah kali ini kerana mereka memilih pakej lawatan ke Istanbul d mana mereka berpeluang melawat sebuah muzium yang menempatkan barang-barang peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang, peralatan perang dan baju Siti Fatimah. Jelas kelihatan air mata tergenang d sudut mata Pak Kiai saat beliau menceritakan betapa sebaknya hati bila melihat peninggalan yang sangat bererti itu. Selesai solat maghrib sebelum kami makan malam sempatlah kami mendengar kemerduan suara Ibu Nyai Afida isteri Pak Kiai yang sedang mengajar pelajar-pelajar puteri mengalunkan marhaban dan selawat. Kemudian acara makan malam beramai-ramai dengan duduk bersila dan menu istimewa ialah satay kambing Cirebon, rendang daging sapi (lembu), kari kambing Cirebon & sambal terasi (belacan) yang enak hasil air tangan Ibu Nyai Afida. Aku nih dah ler x reti nak makan kambing tapi bila bff ku mencicipi satay kambing tersebut, dia memuji kesedapan satay itu dan menyuruh aku merasa sedikit. Memula aku menolak tapi bila dia kata sedap dan x der bau hamis kambing, aku pun mengambil secucuk dan mula makan 2 hiris daging kambing tersebut. Memang sedap coz satay itu mereka bubuh kicap manis dan sambal kacangnya pun x sama macam sambal satay kita kat Malaysia. Aku mampu menghabiskan dua hiris sahaja dan satay yang masih ada sehiris lagi daging itu, aku beri pada bff aku untuk menghabiskannya. Selesai jer makan nasi, aku mula rasa sesuatu yang x kena. Mula terasa mual, perut mula senak dan aku mula berpeluh. Aku cuba juga untuk mententeramkan diriku dengan membasuh muka dan berkumur-kumur. Aku tahu yang aku sudah mula mabuk kerana makan daging kambing. Selesai jer makan kami pun bersiap nak ke Makam Sunan Gunung Jati. Kami pergi berlapan. Imron (anak saudara merangkap supir), Pak Kiai, aku, my bff, 2 orang adik bff, bunda bff dan Helmi. Perjalanan menuju ke Makam Sunan Gunung Jati tu mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Sewaktu kami singgah d CIMB Niaga untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM, aku sudah terhuyung hayang, peluh keluar x henti-henti. Mual semacam. Bff aku perasan kut coz kata mereka muka aku dah pucat lesi. Masa tu aku pakai t.shirt, jeans dan jaket, dia orang menyuruh aku buka jaket ku kerana mereka tengok aku macam orang nak pengsan jer. Aku bertahan lagi sampai lah kami tiba d kaki bukit Makam Sunan Gunung Jati tu, aku meminta diri untuk ke tandas awam yang banyak d sediakan. Setelah aku masuk ke tandas awam tu, aku terus basuh muka dan paksa diri untuk muntah. Dengan mudah jer aku termuntah dan masa tu aku rasa nak pitam dah...tapi aku kuatkan semangat aku dan melangkah keluar dari toilet tu. Mereka kat luar semua menunggu aku dengan muka risau, semua tanya "ok ker?". Setelah muntah baru aku rasa lega sikit dan mulalah kami mendaki anak tangga yang terdapat d bukit yang menuju ke makam tersebut. Imron anak saudara pada Pak Kiai itu selalu mengingatkan kami agar hati-hati dengan beg tangan kami kerana ramai pencopet (penyeluk saku) d kawasan itu. Aku yang berjalan beriringan dengan Imron sempat menanyakan bolehkah aku mengambil gambar? Dia berkata nanti setelah selesai menziarahi makam, dia akan tolong aku untuk mengambil gambar. Makam Sunan Gunung Jati terletak di Desa Astana Kecamatan Cirebon. Lokasinya berada sekitar 6 km ke arah utara Kota Cirebon. Luas kawasan objek wisata Makam Sunan Gunung Jati kurang lebih 20 hektar. Di dalamnya terdapat ratusan makam keturunan Sunan Gunung Jati. Letak Makam Sunan berada d atas bukit. Untuk mencapainya kita harus menaiki ratusan anak tangga. Setiap pelawat yang ingin menziarahi makam Sunan Gunung Jati, tidak d benarkan beralas kaki harus berkaki ayam. Sewaktu menghampiri pintu untuk memasuki kawasan ke makam, ramai peminta sedekah yang menunggu d muka pintu gerbang. Aku tak kisah kalau mereka cuma menadah tangan, ini siap wang recehan (syiling) yang ada d genggaman kita d ambil secara paksa. Mereka akan terus mengikuti kita selagi kita x bagi sedekah. Kami bersyukur kerana kedatangan kami ke Makam d temani oleh Pak Kiai Djaelani Imam, salah seorang dari generasi keturunan Sunan Gunung Jati. Laluan kami untuk terus ke makam ulama tersebut d permudahkan. Kalau datang bersendirian, kita hanya akan sampai ke ruangan bawah sahaja (ruangan terbuka d mana banyak terdapat makam-makam kaum keluarga Sunan Gunung Jati). kebetulan malam itu malam jumaat dan ramailah yang bertahlil sehinggakan kawasan menjadi sesak oleh ramainya pengunjung. Ada yang datang membawa air dan ada yang datang membawa bunga. Aku perhatikan ada terdapat beberapa buah patung seperti patung berhala d tingkat bawah ruangan yang terdapat ramai orang itu. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah beristighfar banyak-banyak melihat keadaan ini. Kedatangan kami menjadi perhatian ramai, mungkin kerana kami orang luar dan datang pula bersama Pak Kiai seorang ulama yang d segani d kawasan itu. Kami terus meniti anak tangga menuju ke ruangan paling atas. Ruangan itu x ramai orang dan untuk memasuki ke ruangan itu bukannya mudah. Aku x sabar untuk segera sampai d makam tersebut. Tak sampai 15 minit, kami sudah sampai d anak tangga teratas. D sana terdapat pintu gerbang besar berwarna cokelat. D sebalik pintu itulah makam Sunan Gunung Jati berada. Bukan sebarangan orang dapat masuk ke dalamnya, kecuali para Sultan Cirebon. Pengunjung hanya diperbolehkan sampai di depan pintu sahaja dan menurut Pak Kiai untuk memasuki makam Sunan Gunung Jati harus mendapat kebenaran bertulis dari pemerintah sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal. Mungkin kerana kedatangan kami pada waktu malam membuatkan mata ini x puas untuk melihat kawasan persekitaran makam. Semoga Allah akan memberikan aku kesempatan untuk menziarahi sekali lagi makam ini d siang hari.
Pak Kiai menyuruh kami duduk d satu ruangan berhadapan dengan dinding yang berwarna jingga. Pak Kiai memberitahu bahawa d sebalik dinding itu adalah Makam Sunan Gunung Jati bersama kaum keluarga terdekat beliau. Pak Kiai meminta kami agar sama-sama bertahlil untuk almarhum Sunan Gunung Jati, selesai bertahlil Pak Kiai menyuruh kami berdoa memohon apa yang kami inginkan tapi dia mengingatkan kami agar meminta kepada Allah dan bukan kepada wali itu. Banyak doa yang aku pohonkan, untuk diri ku sendiri, keluarga ku, teman-temanku dan orang yang berada d sekelilingku. Selesai berdoa, kami sempat mengambil gambar d kawasan makam tersebut dan imron lah yang setia menjadi jurugambar kami. Sempatlah juga kami singgah untuk membeli buah salak yang gede-gede (besar-besar) dan membeli minuman. Sebelum pulang ke rumah Pak Kiai, kami sempat singgah d sebuah kedai yang menjual martabak manis yang agak terkenal d Cirebon. Pak Kiai belanja kami martabak manis berisikan keju dan martabak daging & telur. Sementara menunggu martabak manis siap d masak, sempatlah kami berbual-bual dengan Pak Kiai tentang keturunan Syarif Hidayatullah.
Memandangkan keturunan dari datuk sebelah mama ku juga berketurunan Syarif, Pak Kiai begitu berminat untuk mengetahuinya kerana kata Pak Kiai berkemungkinan kami datang dari satu jalur yang sama kerana Syarif Hidayatullah punya ramai saudara yang merantau keseluruh pelusuk nusantara untuk mengembangkan agama islam. Pak Kiai meminta kalau aku datang lagi ke Cirebon, ajaklah saudara mara yang da berusia agar dapat Pak Kiai bertanya asal usul keturunan Syarif yang ada pada keturunan kami. Insyallah kalau ada rezeki, aku teringin sekali untuk mengajak satu-satunya ibu saudara ku yang masih ada (adik pada arwah mak aku) untuk berkunjung ke Cirebon. Aku juga teringin untuk mengikuti pakej pelancongan (Pelancongan Islamik) yang d anjurkan oleh Pak Kiai selama 3 hari 4 malam yang akan membawa kita keseluruh tanah jawa untuk melayat (menziarahi) makam ulama-ulama seperti makam-makam yang terdapat d seluruh tanah jawa yang d kenali sebagai WALISONGO. Rujukan : http://id.wikipedia.org/wiki/Walisongo.
Sepanjang lawatan itu, pengisian rohani juga akan d buat. Ermm...macam menarik....insyallah kalau d izinkan Allah dan ada rezeki aku akan datang lagi untuk mengikuti pakej pelancongan dan pengisian rohani itu. Pak Kiai juga merupakan seorang peminat Allahyarham P.Ramlee dan beliau sempat menyanyikan lagi "jiwa rasa gelora.....kasih pada adinda....." hehehe....Pak Kiai nih memang seorang yang boleh d ajak bersembang & sporting orangnya.
Malam itu kami tidur dengan nyenyak kerana terlalu keletihan. Sesungguhnya kenangan menjejakkan kaki ke Kota Cirebon memang satu kenangan yang sangat manis dan x mungkin akan terlupakan selama hayat d kandung badan. Sesungguhnya sehari semalam x mencukupi untuk terus menjelajah Kota Cirebon yang penuh dengan tinggalan sejarah tentang kemasukan Islam ke tanah jawa. Keesokan harinya seawal jam 5 pagi kami sudah berada d Stasiun Kereta Api Cirebon untuk kembali ke Jakarta dengan menaiki keretapi yang pertama yang akan bertolak pada jam 6.15 pagi. Sempatlah menunaikan solat subuh yang d imamkan oleh Imron anak saudara pada Pak Kiai.  Terkesima sebentar bila mendengar merdunya alunan suaranya mengalunkan surah.  Sebelum kami berangkat, sempatlah kami mengabadikan gambar beramai-ramai d stasiun itu.  Cuma aku agak terkilan kerana tidak sempat untuk melawat ke Keraton Kesepuhan dan Keraton Kanoman. Masa terlalu suntuk memandangkan kami akan berangkat pulang ke tanah air pada 9 Jun 2012.  Semoga akan ada kesempatan d lain kali. Selamat Tinggal Kota Cirebon....Kota yang penuh dengan kenangan.
Saujana mata memandang
Pemandangan yang mengasyikkan
Selesai bertahlil sempat berposing...huhu....
Kenangan bersama Pak Kiai Djaelani Imam
Dihadapan makam Sunan Gunung Jati
Bergambar d pertengahan jalan ke makam
Ramainya peminta sedekah kat sini
Sewaktu turun dari makam
Sempat bergambar dengan Kiai Djaelani Imam
gambar yang sempat d rakam sepanjang perjalanan
Kota Cirebon d malam hari
Pintu gerbang menuju ke surau d stasiun kereta api
Gambar Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati
Kedai yang menjual martabak manis
"Selalu bikin ketagihan".....tagline yg x boleh belah
Kenangan bersama Kiai Muda
Kotak pembungkus martabak manis
Martabak Manis berintikan keju...sedapppp.
Bergambar sebelum kembali ke Jakarta
Sempat bergambar dgn Kiai Muda yang ganteng
Wajah sembab d subuh hari...hehehe....
Sempat posing dengan Imron