Saturday, March 20, 2010

Akhirnya terlaksana juga........

Masa perasmian Makmal Latihan Komputer
19 MAC 2010 (Jumaat)~Tarikh perasmian dan pembukaan Makmal Latihan Komputer Jabatan kami akhirnya terlaksana juga....sebelum tu semua di buru kebimbangan juga...takut-takut Majlis Perasmian tidak dapat berjalan dengan baik....tapi alhamdulilah semuanya dah o.k. Berkat kerjasama kami satu ofis....rasa seronok kerana semua tahu tanggungjawab masing-masing. Kami bagaikan sebuah keluarga yang besar....bersama-sama bergotong royong membuat persediaan. Kalau di ikutkan kami nih tak lah ramai sangat...tak sampai pun 20 orang...tapi semangat kerja berpasukan kami sangat kuat. Itu yang aku suka pada sektor kami nih. 
Tahniah buat semua. Semoga permulaan ini akan terus menjadi pendorong pada kita semua di masa akan datang. Ada banyak program lagi yang sektor kami terlibat. Samaada sebagai pereka bentuk buku program atau pun sebagai host (tuan rumah) perhimpunan bulanan pada Ogos nanti.
Bilik Makan Makmal Latihan Komputer

Kami juga akan mengadakan hari keluarga untuk sektor kami. Sekarang tengah survey tempat yang sesuai untuk menganjurkan Hari Keluarga tersebut. Seronok juga rasanya sekali sekala 'outing' dengan kawan-kawan sepejabat. Semoga TUHAN akan selalu mempermudahkan segala urusan kami kearah kebaikan dan sentiasa memberkati kehidupan kami.... amin.

Kau TUHAN ku yang esa....

Jatuh cinta menjadikan aku lupa untuk memandang siapa aku sebenarnya,
Sedaya upaya aku berlari dan berkejaran untuk mengumumkan siapa kecintaanku,
apa kecintaanku,
dan dimana kecintaanku.
Ya Allah yang memegang hati-hati setiap insan ciptaanNYA
Bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima cintamu
Tunjukkanlah kepada mereka kehebatan cinta padamu
Perlihatkanlah kepada mereka hebatnya jalan-jalan berliku menujuMu
Dan alangkah
manisnya hidup ini
kerana
BERTUHANKANMU
Ya Allah
ya Rahman
ya Rahim

Wednesday, March 17, 2010

Apalah ada pada wajah yang cantik andainya......


Hari ini aku ingin bercerita tentang sikap dan perangai manusia.....Tuhan jadikan kita dari segumpal tanah...hakikatnya semua serupa....ada mata, hidung, mulut, telinga, 2 tangan, 2 kaki.....tapi mengapa punya sikap dan perangai yang berbeza-beza.....
Ada yang terpelajar....menuntut ilmu sampai menara gading....tapi tidak beradat sopan...suka menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata yang berbisa....menganggap dirinya lebih sempurna dan makanya dia menjadi angkuh dan ego...memandang orang dengan sebelah mata.....

Entahlah....aku kurang minat dan memang akan menjauhkan diri dari orang-orang yang sebegini. Mereka selalu menganggap mereka yang terbaik dan boleh dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan orang lain....

Bagi aku...bukanlah wajah yang cantik seperti bidadari atau ilmu yang menggunung tinggi jadi ukuran....tapi budi bahasa...adat sopan....ada seorang cleaner di jabatan tempat aku bekerja, setiap pagi bila saja dia melihat aku...dia akan menyapa aku dengan ucapan Selamat Pagi...atau assalamualaikum....kadang aku belum sempat menyapa dia...dia yang dulu menyapa aku...dengan senyumannya yang manis...dengan wajah yang ceria...aku sangat terharu pada makcik nih...dia tak berpelajaran tinggi...tapi dia kaya dengan budi bahasa. Walau aku tak berapa mengenali dia tapi sapaannya saban pagi membuatkan aku rasa selesa dan di hargai....

Berbanding dengan beberapa staff kat jabatan tempat aku bekerja yang hanya merenung dengan wajah yang sinis setiap kali aku tersenyum dan menyapa mereka. Namun aku sangat kagum pada seorang pegawai yang berjawatan tinggi kat jabatan aku tu.....dah lah di kurniakan dengan wajah yang manis, redup tatapan matanya, sangat mesra sikapnya dan bijak orangnya. Bila kita berurusan dengannya, kita akan berasa sangat selesa dan rasa hormatku terhadap dia semakin tinggi.....

Aku selalu tertanya-tanya...kenapa manusia suka bersikap sombong, benci dan irihati sesama manusia.....suka bila melihat orang lain dilanda kesusahan...sakit hati bila melihat orang lain bahagia....setahu aku Tuhan tidak pernah menjadikan umatnya untuk saling bermusuhan dan membenci antara satu sama lain...

Apalah gunanya wajah yang jelita, harta yang berjuta andai hati tak ikhlas berkata.....Bukan harta jadi ukurannya....tapi budi bahasa menjadi ingatan....biarlah kita tidak berharta....asalkan hati kita mulia.....


Sunday, March 14, 2010

Sehari lagi hari berlalu......

Pagi ini aku terjaga awal....entah kenapa mata enggan lena....banyak yang singgah di fikiran. Terbayang wajah anak-anakku seorang demi seorang....tetiba aku jadi rindu sangat kat dorang. Dah lama kami tak berkumpul satu keluarga. Wajah cucu aku pun aku terbayang-bayang. Bagaikan terdengar suaranya yang memanggil aku dengan panggilan NENDA. Dah nak masuk 3 tahun 3 bulan dah usia cucu aku tu....kepetahan dia bercakap membuatkan aku rindu sangat kat dia....Insyallah bulan Mei ini aku akan mendapat seorang lagi cucu...seronoknya. Tak sabar rasanya nak menunggu hari tu...Excited sangat...dulu menunggu kelahiran anak sendiri pun tak se excited ini. Teringat lagi masa Iman lahir dulu...Anak-anak ku seronok bukan main. Yer laa masa tu anak bungsu aku pun dah berusia 15 tahun. Nak timang-timang dia pun dah tak boleh. Kehadiran Iman memang membuatkan kami sekeluarga menjadi rapat. Rumah yang dah lama sunyi dari tangisan dan hilai tawa budak-budak kini jadi meriah semula. Semua dah mula bertutur menggunakan bahasa bayi...pantang Iman nangis sikit....satu rumah menjadi riuh sampaikan kucing-kucing aku pun meluru ke bilik Iman bila dengar suara dia menangis. Yer laa kan rumah aku dah lama sunyi sepi jadi bila dah ada suara bayi...tentulah jadi riuh. 
Anak aku 5 orang lelaki....bila Iman lahir...kami bagaikan mendapat bonus...satu anugerah yang tidak ternilai. Iman ni pompuan. Nama sebenarnya AMIRA RAIHANA, abah dan mama Iman menamakan Iman dengan nama pena yang aku gunakan bila aku menulis dan berkarya. AMIRA RAIHANA yang bermakna PUTERI YANG HARUM MEWANGI. Aku pula menamakan NUR IMAN AMIRA yang bermaksud CAHAYA KEIMANAN SEORANG PUTERI. Nama iman lekat pada dia. Bila cucu aku nih call aku, dia akan bahasakan dirinya IMAN. Kepetahan Iman kadang membuatkan aku ketawa. Bila Iman menyebut Amira, rumah, kereta dan perkataan yang ada huruf 'R', sebutannya sangat jelas hinggakan kedengaran seperti AMIRRRA...rrrrumah dan kerrrreta...hehe...
Iman ni rajin sangat menelefon aku. Dorang tinggal di dalam kawasan kem kayu balak. Tak ada talian telefon. Liputan untuk handphone pun tak dapat. Untuk mendapat liputan celcom untuk membuat panggilan, dorang kena naik ke sebuah bukit yang agak tinggi. Iman pun ikut sama coz dia nak bersembang dengan aku. Kadang sampai tercungap-cungap dia kepenatan. Walau pun kami dah lama tak jumpa....tapi ingatan Iman pada aku sangat kuat. Kata abah Iman, Iman selalu bagitahu yang dia rindu sangat kat Nenda...da lama tak jumpa nenda...Bila dia nakal dan mama dia pukul, dia siap ugut nak pegi KL nak tinggal dengan nenda....Alahai cucu aku....kehadiran NUR IMAN AMIRA benar-benar membahagiakan kami sekeluarga. Benarlah kata-kata....bila kita dah ada cucu..sayang kita pada cucu lebih mendalam dari sayang kita pada anak. Walaupun aku sangat sayangkan cucu aku tu tapi aku tegas pada Iman...dari kecil memang aku dah biasakan dia...masa sayang....sayang tapi bila Iman nakal tetap kena denda. Buatlah muka macamana pun...nenda tak akan bertolak ansur....
Tak sabar rasanya nak menunggu bulan Mei....nak balik Sabah nak sambut kelahiran cucu yang kedua...dan nak jumpa Iman buah hatiku. Terima kasih Tuhan kerana kau telah memberikan aku sebuah kehidupan yang sangat bermakna.

Saturday, March 13, 2010

Ketandusan idea.....


Sudah lama aku tidak berkarya....kesibukan rutin harian kadang membuatkan aku terlalu penat. Kerja dalam suasana dan bidang yang baru memang sangat mencabar. Terlalu banyak yang harus dipelajari dan diketahui....bidang akaun dan bidang IT....2 bidang yang sangat berbeza....kadang rasa nak give up jer...tapi bila mengenangkan untuk menjadi manusia yang hebat kita harus banyak belajar dan diajar....aku kuatkan semangat walau kadang hati dah tak tahan. Sejak aku sibuk dengan bidang tugas ku yang baru, aku juga sudah jarang menulis......sedangkan menulis adalah sesuatu aktiviti yang amat aku sukai...kerana dengan menulis aku dapat melahirkan apa yang aku rasakan dan apa yang aku fikirkan. Selalu juga aku bertekad untuk kembali aktif menulis seperti dulu namun tiap kali aku cuba untuk menumpukan perhatian pada penulisan....sering perkara lain yang datang singgah difikiran membuatkan aku kehilangan kata-kata untuk aku lahirkan dalam bentuk penulisan....
Mungkin aku harus lebih banyak memberi ruang pada diri ku sendiri....menulis dan merangkaikan kata-kata dalam bentuk puisi, sajak ataupun cerpen...dulu aku bercita-cita untuk menghasilkan sebuah novel....kalau pun bukan untuk tatapan ramai....tapi untuk koleksi peribadi...

Insyallah..aku akan kembali menulis.....semoga aku akan dapat banyak idea untuk aku paparkan dalam bentuk tulisan....