Pagi ini aku terjaga awal....entah kenapa mata enggan lena....banyak yang singgah di fikiran. Terbayang wajah anak-anakku seorang demi seorang....tetiba aku jadi rindu sangat kat dorang. Dah lama kami tak berkumpul satu keluarga. Wajah cucu aku pun aku terbayang-bayang. Bagaikan terdengar suaranya yang memanggil aku dengan panggilan NENDA. Dah nak masuk 3 tahun 3 bulan dah usia cucu aku tu....kepetahan dia bercakap membuatkan aku rindu sangat kat dia....Insyallah bulan Mei ini aku akan mendapat seorang lagi cucu...seronoknya. Tak sabar rasanya nak menunggu hari tu...Excited sangat...dulu menunggu kelahiran anak sendiri pun tak se excited ini. Teringat lagi masa Iman lahir dulu...Anak-anak ku seronok bukan main. Yer laa masa tu anak bungsu aku pun dah berusia 15 tahun. Nak timang-timang dia pun dah tak boleh. Kehadiran Iman memang membuatkan kami sekeluarga menjadi rapat. Rumah yang dah lama sunyi dari tangisan dan hilai tawa budak-budak kini jadi meriah semula. Semua dah mula bertutur menggunakan bahasa bayi...pantang Iman nangis sikit....satu rumah menjadi riuh sampaikan kucing-kucing aku pun meluru ke bilik Iman bila dengar suara dia menangis. Yer laa kan rumah aku dah lama sunyi sepi jadi bila dah ada suara bayi...tentulah jadi riuh.
Anak aku 5 orang lelaki....bila Iman lahir...kami bagaikan mendapat bonus...satu anugerah yang tidak ternilai. Iman ni pompuan. Nama sebenarnya AMIRA RAIHANA, abah dan mama Iman menamakan Iman dengan nama pena yang aku gunakan bila aku menulis dan berkarya. AMIRA RAIHANA yang bermakna PUTERI YANG HARUM MEWANGI. Aku pula menamakan NUR IMAN AMIRA yang bermaksud CAHAYA KEIMANAN SEORANG PUTERI. Nama iman lekat pada dia. Bila cucu aku nih call aku, dia akan bahasakan dirinya IMAN. Kepetahan Iman kadang membuatkan aku ketawa. Bila Iman menyebut Amira, rumah, kereta dan perkataan yang ada huruf 'R', sebutannya sangat jelas hinggakan kedengaran seperti AMIRRRA...rrrrumah dan kerrrreta...hehe...
Iman ni rajin sangat menelefon aku. Dorang tinggal di dalam kawasan kem kayu balak. Tak ada talian telefon. Liputan untuk handphone pun tak dapat. Untuk mendapat liputan celcom untuk membuat panggilan, dorang kena naik ke sebuah bukit yang agak tinggi. Iman pun ikut sama coz dia nak bersembang dengan aku. Kadang sampai tercungap-cungap dia kepenatan. Walau pun kami dah lama tak jumpa....tapi ingatan Iman pada aku sangat kuat. Kata abah Iman, Iman selalu bagitahu yang dia rindu sangat kat Nenda...da lama tak jumpa nenda...Bila dia nakal dan mama dia pukul, dia siap ugut nak pegi KL nak tinggal dengan nenda....Alahai cucu aku....kehadiran NUR IMAN AMIRA benar-benar membahagiakan kami sekeluarga. Benarlah kata-kata....bila kita dah ada cucu..sayang kita pada cucu lebih mendalam dari sayang kita pada anak. Walaupun aku sangat sayangkan cucu aku tu tapi aku tegas pada Iman...dari kecil memang aku dah biasakan dia...masa sayang....sayang tapi bila Iman nakal tetap kena denda. Buatlah muka macamana pun...nenda tak akan bertolak ansur....
Tak sabar rasanya nak menunggu bulan Mei....nak balik Sabah nak sambut kelahiran cucu yang kedua...dan nak jumpa Iman buah hatiku. Terima kasih Tuhan kerana kau telah memberikan aku sebuah kehidupan yang sangat bermakna.