Monday, April 12, 2010

MENZIARAHI MAKAM TUN TEJA

Laluan menuju ke Makam Tun Teja
11/04/2010 Ahad ~ Aku telah berkunjung ke Makam Tun Teja di Merlimau Melaka. Makam yang terletak di tengah bendang kelihatan tenang dan teduh dengan pohon-pohon yang merimbun seolah-olah memayungi pusara Tun Teja, menyejukkan pandangan mata. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa benar-benar mengasyikkan aku. Di pusara Tun Teja aku sempat menghadiahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Hati ku tersentuh bila membaca sejarah dan info mengenai Tun Teja....anak gadis Bendahara Seri Amar Diraja Inderapura yang cantik jelita ini dipikat oleh Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka sebagai menghapus kemurkaan Raja terhadap Hang Tuah. Tun Teja dijadikan sebagai alat untuk memenangi kembali hati Raja Melaka untuk memaafkannya. Tun Teja telah dipikat oleh Hang Tuah namun bila Tun Teja tidak memberikan sebarang tindak balas mengakibatkan Hang Tuah menggunakan ubat guna-guna untuk memikat hati Tun Teja. Usahanya berjaya bila ubat guna-guna itu menunjukkan hasil dan Tun Teja sanggup mengikutinya ke Melaka, malangnya cinta Tun Teja tidak kesampaian bila Hang Tuah menyerahkan dia kepada Raja Melaka untuk dijadikan Permaisuri.

Aku terkedu sebentar, dek kerana ingin mengambil hati Raja Melaka, Hang Tuah sanggup mengorbankan Tun Teja untuk di jadikan hadiah pada Raja Melaka. Aku simpati pada Tun Teja....Cintanya pada Hang Tuah ternyata sia-sia...Mungkinkah di zaman ini masih ramai lelaki yang bersikap sebegini....??? Allahu'alam bissawab.....


Makam Tun Teja
Perigi Portugis
Makam Tun Teja