Saturday, January 29, 2011

Merawat Kekecewaan Hati

Patah hati atau kekecewaan adalah satu pengalaman duka yang pasti pernah dilalui oleh semua orang. Bagi mereka yang positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan sebaris lagu yang biasa didengar atau pun satu bab dalam sebuah buku cerita yang mereka baca. Benarkah ada dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati?”. Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan atau berakhirnya sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami.
Cinta sememangnya kejam, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau menghiris hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti…seperti dalam lirik lagu Dana~All kind of everything reminds me of you.
Jika anda membaca artikel ini untuk mencari sebuah ketenangan daripada kehancuran mahupun kekecewaan, yakinlah bahawa setinggi manapun gunung kekecewaan itu, selaut mana pun dalamnya kesedihan itu, anda mampu mengatasinya! Banyak orang telah melalui kesedihan dan kekecewaan….dan mampu mengatasinya.
Jadi, bagaimana mengatasi kekecewaan atau patah hati?
Pertama sekali, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir. Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan sidia kembali kepada anda, kecuali sidia merasa simpati terhadap anda – jadi apa yang ada lakukan hanyalah menangguhkan perpisahan itu dan menambahkan risiko anda untuk lebih merasa kecewa di kemudian hari. Oleh itu, cubalah untuk teruskan saja hidup anda tanpa sidia!  Memanglah amat menyakitkan apa lagi kalau sidia merupakan agenda pertama dalam kehidupan kita.  Belajar untuk 'melepaskan' adalah lebih baik dari kita cuba pertahankan sesuatu yang tidak 'wujud'....Yakinlah bahawa apa pun yang berlaku, kita masih memiliki TUHAN...dan dalam apa keadaan sekali pun DIA tidak pernah meninggalkan kita.  Mengadulah dan merintihlah kepada NYA dan memohon agar kita diberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui ujian yang getir ini.

Cuba fokus kepada tujuan hidup anda. Dapatkan kembali kestabilan emosi. Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa anda dipenuhi dengan melayan perasaan sedih. Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada sidia..…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan anda lebih cepat melupakan sidia!  Untuk merawat hati bukanlah mudah tapi bila kita telah berhasil melakukannya, kita akan rasa sangat lega dan bersyukur.
Usah menaruh harapan. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati anda. Usah percaya apabila sidia berjanji akan menghubungi anda kerana itu biasanya hanya mainan kata-kata. Usah menyeksa diri sendiri. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati anda sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu.
Sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik, cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah anda. Anda akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan anda.
Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru.  Kaedah ini sangat berkesan kerana dengan 'mengizinkan' orang baru datang dalam hidup kita akan dapat merawat kesedihan, kesunyian dan kekosongan.
Menangislah walaupun anda seorang lelaki….jangan malu untuk menangis. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati anda. Anda akan merasa lega selepas itu.  Ingatlah, walau sebesar manapun kesedihan anda.…anda pasti dapat melaluinya…….

Berilah peluang pada diri sendiri.  Adakalanya kita mengambil masa yang lama untuk melupakan sesuatu atau seseorang,  yakinlah disetiap kesedihan, disetiap kelukaan ada hikmah dan ada pengajaran yang boleh kita kutip.

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal......Tetapi mereka yang tetap tabah ketika mereka jatuh.

MENCINTAI....
bukanlah bagaimana kita melupakan, melainkan bagaimana kita MEMAAFKAN.
bukanlah bagaimana kita mendengarkan, melainkan bagaimana kita MENGERTI.
bukanlah apa yang kita lihat, melainkan apa yang kita RASAKAN.
bukanlah bagaimana kita melepaskan, melainkan bagaimana kita BERTAHAN.
Tapi ingatlah…
Melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba.

TUHAN meletakkan kita ditempat kita sekarang bukan kerana  kebetulan..!!  Akan tetapi DIA punya maksud yang TERINDAH untuk kita...!!

Thursday, January 27, 2011

Catatan perjalanan sepanjang kursus

Mentari mula menampakkan wajah

sayup-sayup dari kejauhan

pandangan dari tingkap bilik tidur bilik 1207 tingkat 12
24/01/2011~ISNIN
Aku telah diarahkan untuk mengikuti Kursus Pembangunan Individu & Organisasi Dalam Perkhidmatan Awam bermula 23-26/01/2011.  Rombongan seramai 35 orang peserta dari Jabatan Pelajaran Melaka.  kami bertolak dengan menaiki bas Jabatan pada jam 5.00 petang dan sampai ke Institut Integriti Malaysia lebih kurang dalam jam 8.30 malam.  Keadaan di KL ketika itu dingin kerana hujan baru saja turun.  Aku berkongsi bilik dengan Kak Hanim dan bilik kami bernombor 1207 di tingkat 12.  Malam itu aku sukar untuk melelapkan mata kerana sudah menjadi kebiasaan ku setiap kali berkursus, aku akan menghadapi masalah perubahan tempat membuatkan aku susah untuk melelapkan mata.  Akhirnya aku tertidur juga walau pun tak lena.  Keesokan harinya, awal pagi aku dah terjaga.  Jam 4.30 pagi mata da celik dan aku segera bangun untuk mandi dan bersiap.  Kursus bermula jam 8.30 pagi.  Isi kandungan kursus memang best dan banyak ilmu dan pengajaran yang boleh di timba.  Penceramah pun hebat-hebat dan hari nih aku banyak sangat ketawa.  Video clip yang di tayangkan mengandungi banyak pengajaran.  Setelah makan tengahari, aku dan Kak Hanim naik kebilik untuk rehat sekejap dan turun semula ke lobby kerana bas sudah menunggu untuk membawa kami membuat lawatan ke Penjara Wanita Kajang.  Bagi aku inilah satu-satunya peluang yang aku nanti-nantikan.  Bukan mudah untuk kita sebagai orang awam melawat penjara dan perjalanan memakan masa hampir 45 minit dan sewaktu sampai di kawasan Penjara Wanita Kajang, hati ku mula berdebar.  Teruja sangat nak tahu macamana kehidupan disebalik tirai besi.  Selalu aku hanya melihat melalui drama-drama yang disiarkan di television.  Lama juga kami menunggu untuk masuk kedalam penjara kerana ada beberapa prosidur tertentu yang harus diselesaikan terlebih  dahulu.  Setelah menunggu hampir sejam akhirnya kami dibenarkan masuk kedalam penjara tepat jam 3.15 petang.  Sebelum masuk kedalam penjara, kami diberi sedikit taklimat mengenai kes-kes banduan dan prosidur yang harus dipatuhi sebelum melangkah masuk kekawasan penjara.  Semua barang yang kami bawa seperti beg tangan, wallet, handphone dan  kamera harus ditinggalkan dalam loker dikaunter pemeriksaan kerana barang-barang tersebut tidak boleh dibawa masuk.  Terkilan juga kerana kamera dilarang sama sekali dalam kawasan penjara.  Setelah itu kami menjalani pemeriksaan menggunakan alat pengesan untuk memastikan yang kami tidak membawa barang-barang terlarang seperti senjata atau benda-benda yang merbahaya.  Setelah menjalani pemeriksaan, pintu besi menuju ke penjara pun di buka....jantungku berdebar kencang.  Takut, risau, teruja & seram semua bergabung menjadi satu dan sepanjang perjalanan melalui pintu demi pintu, aku genggam erat tangan Kak Hanim.  Ada 3 lapis pintu besi yang harus di lalui sebelum masuk kedalam kawasan penjara wanita.
Setibanya kami dipintu yang ketiga, pintu besi yang berat dan tinggi itu dibuka dan kami mula melangkahkan kaki masuk kekawasan penjara, terlihat sekumpulan "pesalah" sedang duduk bersila di laluan ke bilik tahanan.  Difahamkan mereka baru sahaja disabitkan dengan kesalahan dan sedang menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman,  Setiap dari penghuni penjara ini akan mengenakan baju seragam tahanan yang berlainan warna seperti warna ungu, hijau, merah, biru dan putih. Difahamkan setiap warna baju mempunyai pengertian kategori kes masing-masing.  Sewaktu kami lalu di hadapan mereka, perasaan ku mula berbaur...kesian sangat bila melihat wajah-wajah yang sedang muram dan mereka sebolehnya cuba untuk mengelakkan muka mereka dari dilihat oleh rombongan kami.  Kami dibawa masuk kedalam sebuah bangunan yang menempatkan beberapa ruangan diantaranya Taska, Bilik 3M, Bilik Rawatan, Bilik Kemurungan dan lain-lain.  Sewaktu melalui ruangan itu, aku tertarik pada kata-kata motivasi yang tertulis didinding bangunan tu....TIADA MANUSIA YANG TAK PERNAH JATUH DALAM HIDUP, TETAPI BANGKIT SEMULA DARI KEJATUHAN ITU LAH YANG PALING UTAMA. Banyak kata-kata yang hikmah dan motivasi yang tertera di sepanjang dinding laluan bangunan itu dan membuatkan diri rasa termotivasi bila membaca ungkapan-ungkapan itu.
Tempat pertama yang kami tuju ialah taska yang menempatkan anak-anak pesalah yang ibunya menjalani hukuman dan anak itu lahir semasa dalam tahanan. Kami difahamkan yang anak-anak itu akan berada dalam tahanan bersama ibu mereka sehinggalah mereka mencapai usia 3 tahun dan setelah itu akan diserahkan kepada keluarga pesalah untuk dijaga.   Usia bayi yang ada dalam taska itu dari usia 3 bulan hingga lah keusia 2 tahun (masa lawatan ini dibuat).  Air mata ku gugur bila melihat wajah-wajah yang polos dan bersih tanpa sebarang noda dan dosa.  Wajah bayi-bayi itu juga sangat comel dan mencuri perhatianku. Bayi dan kanak-kanak ini dijaga oleh pesalah-pesalah wanita yang terlatih dan pengasuh anak-anak ini mengenakan pakaian seragam tahanan berwarna merah.  Hati kecil ku bertanya macamanalah agaknya masa depan anak-anak ini nanti...??  Sepanjang aku berada diruangan penjara wanita ini, perasaan ku amat sensitif sekali, air mata selalu tergenang di tubir mata kadang jatuh mengalir membasahi pipi.  Terasa sangat insaf dan sayu...sesungguhnya tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini selain KEBEBASAN....disini pesalah-pesalah ini tidak bebas untuk bergerak.  Sentiasa dikawal dan dijaga, jauh sekali untuk menikmati kehidupan seperti orang lain,  sesekali mata mereka melihat kearah kami, aku yakin mereka pasti rasa terkilan dan sedih.  Kebanyakan yang mendiami penjara ini adalah gadis-gadis remaja dan masih dibawah umur.
Disini mereka diajar kemahiran seperti menjahit cadar, menyulam manik, pemprosesan makanan sejuk beku, dobi, kek & pastri, rawatan SPA, mencanting batik dan membuat kraftangan.  Sekurang-kurangnya bila mereka dibebaskan kelak, mereka ada ilmu kemahiran untuk meneruskan hidup mereka diluar sana.  Sepanjang lawatan ini aku banyak bertanya dan merujuk kepada Inspektor Norma, Pegawai penjara yang bertanggung jawab membawa dan memberikan kami taklimat mengenai kehidupan para banduan dalam penjara.  Banyak info yang aku dapat mengenai kehidupan dan pengajaran disebalik tirai besi ini.  Semoga lawatan ini akan menjadi pengalaman yang paling mahal dalam hidupku dan dapat aku kongsikan cerita ini untuk dijadikan pengajaran untuk diriku, anak-anak dan teman-temanku.  Hargailah kebebasan yang kita miliki sekarang...berpada-padalah menjalani kehidupan jangan sampai terjerumus kelembah yang akan merosakkan kehidupan kita dan keluarga kita. Aku nak kongsikan kata-kata ini untuk renungan kita bersama.

U lose money, U lose NOTHING
U lose your HEALTH
then U lose SOMETHING
But if U lose your INTERGRITY
U lose EVERYTHING
U lose it once U will lose it FOREVER....
 
Sepanjang perjalanan balik dari Penjara Wanita Kajang ke Institut tempat kami berkursus, sewaktu dalam bas aku tak habis-habis berfikir mengenai nasib dan kehidupan para banduan dalam penjara. 
Teringat kata-kata....kita tak akan menghargai apa yang kita miliki kalau kita tak lihat kesusahan dan kesengsaraan orang lain. 
Disini ada aku uploadkan gambar yang sempat aku ambil sepanjang kursus itu berjalan.  Maaf gambar didalam penjara tidak dapat dirakam kerana menjadi kesalahan bila mengambil gambar mereka. 


Papan tanda di pintu masuk

sempat posing bersama kak hanim

kak hanim yang sporting

SPA yang dikendalikan oleh banduan wanita

Sempat berposing sambil menunggu bas nak balik ke KL

Opppss..ada paparazi candid kami

Sempat posing di luar Penjara

Baru jer selesai melawat penjara

Gerak kerja berkumpulan...ni aku yang tulis tau..

minum jam 10....D.I.Y...good idea

gambar ramai-ramai depan SPA penjara

Institut Integriti Malaysia

Sunday, January 23, 2011

Dalam kekalutan
aku mencari bayangmu
kemana menghilang
kau bagaikan kabus yang hadir
di dini hari...
memutih dan mengaburkan pandangan mata
kala hinggap di pipiku terasa basah
namun bila mentari mula menunjukkan wajah
kau mula hilang begitu saja
yang tinggal aku dalam kebingungan
mencari dan terus mencari

aku tak ingin menjadi penunggu
pada sesuatu yang tak pasti....
aku ingin cinta yang nyata
seperti setianya mentari bersinar setiap pagi
seperti setianya sang malam melabuhkan tirai

berjanjilah yang kau akan selalu bersama ku
berjanjilah untuk selalu setia
kerana aku tak ingin sekadar cinta
tapi aku ingin kehidupan yang nyata

(1207, Integriti, KL)

Saturday, January 22, 2011

* SHIO KUDA

1906, 1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014.

Kononnya orang yang lahir pada tahun ini bersifat periang, cukup populer di lingkungannya, dan memiliki daya tangkap kilat. Meskipun wajahnya belum tentu tampan/cantik menurut penilaian umum, Kuda memiliki daya tarik tersendiri yang terletak pada semangat hidup yang dipancarkannya. Pendekatannya hangat dan “membumi”. Di samping itu ia suka berbicara dan biasanya mudah bergaul. Ia adalah pribadi yang suka mengandalkan diri sendiri. Segi negatifnya, wataknya yang berubah-ubah kadangkala menjadikannya suka naik darah, bertindak gegabah atau bersikap semau gue. Kuda yang sukar ditebak bisa saja jatuh cinta secara serampangan dan kemudian mengakhirinya begitu saja.

Warga Kuda condong buat meninggalkan rumah orang tuanya sejak masih muda-belia. Andaikata ia tetap tinggal dengan orang tua, semangatnya yang cinta kebebasan pasti akan mendorongnya buat segera mulai bekerja atau memulai karirnya pada usia muda. Pada dasarnya, Kuda adalah orang mandiri yang tak mau tunduk pada norma-norma sosial. Ia tak dapat mematuhi jadwal yang tidak dibuatnya sendiri dan kurang menghormati presedur-prosedur yang telah ditentukan oleh angkatan lama.

Kuda kerap mempunyai jam-jam kerja yang tidak menentu. Kalau sedang mendapat ide, ia bisa bekerja siang-malam tanpa makan dan tidur. Sebaliknya, kalau di kantor kebetulan sedang tidak banyak pekerjaan, ia tidak segan-segan melarikan diri untuk bersenang-senang. Untuk menghindari kesulitan di sini, semua warga Kuda sebaiknya mencari pekerjaan yang penuh variasi untuk memperlihatkan kemampuannya. Meski berjiwa petualang, ia juga terkenal berotak tajam dan sering pandai dalam mengelola keuangan. Kuda yang gesit dan luwes dapat mencium situasi dengan tajam dan sanggup memanfaatkan orang maupun kejadian demi kepentingannya.

Kuda juga terampil dalam bercinta. Ia kerap dijuluki “playboy” atau “playgirl”, mungkin dikarenakan adanya beberapa di antara warga ini yang menganut pola pikiran “Bila tak dapat berdampingan dengan orang yang dicintai, mengapa tidak mencintai orang yang ada di depan mata?” Namun, hal ini bukan berarti semua Kuda tidak bisa setia, terutama bila pasangannya dapat memahami kebutuhan dasarnya akan kebebasan. Kebanyakan Kuda dapat belajar untuk setia asalkan mereka tidak terlalu dikekang oleh pasangannya. Masalahnya, Kuda menyenangi keramaian dan tidak mau ketinggalan kalau ada pawai atau yang sebangsanya. Ia juga senang menyanjung orang, di samping menerima sanjungan orang lain. Segi baiknya, Kuda sendiri biasanya cukup fair terhadap pasangannya. Ia bukan tipe orang yang posesif, curiga atau iri hati.

Kalau suasana hatinya sedang buruk, orang bershio Kuda bisa menjadi keras kepala dan hanya mau tunduk pada dorangan hatinya sendiri. Hatinya mudah terbakar, tetapi meski ia bisa cepat melupakan ledakan amarahnya, belum tentu orang lain dapat cepat memulihkan rasa sakit hati yang disebabkan oleh perlakuan yang diterimanya. Acapkali tingkah yang seperti ini dapat menyebabkan Kuda kehilangan respek dan kepercayaan orang. Ia condong mengajak orang bertindak buru-buru dan tidak sabar melihat mereka kerja tidak secepat dan seefisien dirinya sendiri. Ia doyan menuntut tapi hanya mau mengorbankan sedikit dari pihaknya, terutama kalau itu sudah menyangkut kebebasannya yang dinilainya paling penting. Tak jarang ia bersikap kekanak-kanakan dan adakalanya berpikiran sempit dalam memuaskan lagak-lagunya dan kehendaknya yang tak menentu.
(Dipetik dari artikel SHIO KUDA)





What in for the horse in 2011

Born in year : 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002

Characteristics of a horse : Those born under the year of horses loved to be free and are energetic. They are also self reliant and enjoy travelling.  They are impatient but enjoy being loved and is a great friend for life.

Love
Horses will enjoy luck in love ! For singles this is a good year to meet The One.  For those attached but yet to be married, wedding bells might sound soon!  Married couples will enjoy a beautiful year filled with love.  But watch out for third party interference.  Be honest with your partner and do not let small conflicts affect your relationship. 

Health
Horses should mindful of their health this year.  You are prone to cold and older Horses should pay attention to joint problems and spend some time on exercise to strengthen your bones.  Also keep note of your eating habits as you are also prone to digestive problems.  Do not delay visits to the doctor if you feel ill.



Sunday, January 16, 2011

10 tips menjadi pasangan lebih baik

1.Realistiklah terhadap satu sama lain
Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan anda menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan. Janganlah harapkan pasangan anda jadi Angelina Jolie ataupun Brad Pitt. Cintai pasangan anda apa adanya. Ada sesuatu yang lebih yang dimiliki oleh pasangan anda yang tak dimiliki oleh siapa pun di dunia ini! 

2.Selalu berbincang secara terbuka namun tetap dengan rasa hormat 
Lelaki selalunya lebih memilih untuk diam ketika berhadapan dengan masalah berbanding dengan wanita yang mahukan kepastian dan penyelesaian ketika memecahkan masalah. Janganlah membuat penilaian sendiri mengenai perasaan pasangan anda. Belajarlah untuk meluahkan perasaan anda dengan tepat sehingga pasangan anda menjadi makin mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung ataupun bahagia. Wanita inginkan agar Lelaki dapat menerangkan apa sebenarnya kehendak mereka. Sedangkan lelaki pula menginginkan wanita mencari sendiri apa penyebabnya. Jika anda berhenti berkomunikasi dari hati ke hati itulah awal dari sebuah perpisahan.

3.Lakukan sesuatu yang menarik bersama 
Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama pasangan anda. Anda boleh berjoging berdua ataupun melakukan suatu hobi yang menjadi kegemaran anda bersama seperti menonton wayang atau pergi bersiar-siar . Nikmati ketika melakukan hal itu atau jalan berpegangan tangan di mall seperti ketika masih bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak waktu dengan sahabat anda daripada dengan pasangan anda. Itu sebuah tanda yang kurang baik. 

4.Jangan terlalu perfectionist (Mementingkan kesempurnaan) 
Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun itu hanyalah separuh dari yang anda ingin dia lakukan. Seringkali kita menuntut pasangan kita untuk selalu melakukan perkara-perkara yang penuh dengan kesempurnaan. Belajarlah untuk menerima bahawa dalam sesebuah perhubungan ada beberapa hal dimana kita harus saling memberi dan menerima (give & take). 

5.Tunjukkan rasa cinta anda 
Berikan kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga kesukaan isteri anda. Hadiahkan cokelat atau makan malam romantis berdua atau apa pun yang dia sukai. Bagi wanita pula, cubalah manjakan pasangan anda dengan memasakkan makanan kegemarannya atau berikan kejutan dengan menghadiahkan puisi-puisi cinta atau sesuatu yang dia inginkan tetapi belum sempat dibeli. Ada 5 jenis bahasa cinta dimana salah satu adalah bahasa cinta dominan kita. Kelima-limanya adalah sentuhan fizikal, kata-kata pendorong, masa berkualiti, layanan dan hadiah. Menunjukkan perhatian pada orang yang kita sayang merupakan satu kebahagiaan untuk si dia. 

6.Saling menghargai dan menghormati satu sama lain 
Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan sentiasa peka terhadap perasaan pasangan kita. Elakkan dari menyinggung perasaan pasangan kita. Mungkin kita beranggapan apa yang kita buat itu seperti menegur atau bergurau hanya perkara kecil tapi bagi pasangan kita cukup untuk membuat dia berjauh hati dan tersinggung. 

7.Kuburlah masa lalu 
Berhentilah mengungkit-ungkit masa lalu yang negatif. Tak ada seorang pun yang ingin diingatkan tentang segala sesuatu yang membuatnya merasa malu. Apapun yang sudah terjadi biarlah berlalu. Hidup untuk hari ini dan hari esok. Semalam adalah sejarah. 

8.Hilangkan rasa cemburu
Setiap dari kita memiliki rasa cemburu dan rasa takut disisihkan oleh pasangan dalam sesebuah perhubungan. Cemburu seperti racun yang secara perlahan akan merosakkan sesebuah perhubungan. Percayalah pada pasangan anda. Mencintai adalah memiliki rasa percaya pada pasangan. 

9.Jaga komitmen satu sama lain 
Janganlah suka mungkir janji. Menjaga kepercayaan, kesetiaan dan saling menghormati adalah bentuk komitmen dari sebuah perhubungan yang sihat. Jika pasangan kita mulai merasakan bahwa kita sudah tidak mementingkan dirinya, bersedialah untuk memujuk dan jelaskan tentang perasaan anda terhadapnya. Dalam sesebuah perhubungan kita harus banyak berkomunikasi bukan sekadar mendiamkan diri dan mengharapkan semuanya akan normal kembali. 

10.Jujurlah
Jujurlah pada pasangan anda. Maksud dari kejujuran di sini adalah kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terdalam kita. Jika merasa marah katakan bahawa kita sedang merasa marah. Jika merasa terluka katakan bahwa kita merasa terluka. Sampaikan dalam keadaan yang tenang agar pasangan kita memahami bahawa ada yang harus diperbetulkan dalam perhubungan ini. Mencintai adalah tentang menjadi jujur pada diri sendiri dan pasangan. Sayangi dan cintailah pasangan anda seolah-olah itulah cinta pertama dan terakhir anda didunia ini.

Bisik Rinduku untuk mu

Saat aku membuka mata
wajahmu menerpa
dengan bisikan indah
bersama hangatnya cinta

ku sapa hadirmu
ku rengkuh dalam dakapku
ku hirup haruman kasihmu
ku sematkan dalam jiwaku

meski dari kejauhan
meski tak mampu untuk selalu bertatapan
namun kehadiranmu aku rasakan
kerana kau tak pernah hilang dari ingatan

berjanjilah kasih
kau akan selalu di sisi
agar aku mampu menghadapi
betapa pun pahitnya hidup ini






Tuesday, January 11, 2011

Rinduku indah namun terhalang ruang & waktu.....
jaga selalu hatimu
karena aku akan mencintaimu
 hingga akhir hayat ku
 @};-------

Mencintaimu, aku bahagia
Mengenangimu, aku ceria
Berjanjilah yang kau akan setia
tetap bersama dalam suka dan duka

Tiap waktu yang kita lewati
tiap hari yang berganti
mendekatkan kau di hati
Tak akan mungkin aku mungkiri
Setiap janji janji
yang telah
kita lakarkan.


Sunday, January 9, 2011

Untuk renungan bersama

Ketika Kerja kita tidak diHargai
 saat itulah kita Belajar tentang
KETULUSAN
 Ketika Usaha kita diNilai tidak Penting
 saat itulah kita Belajar tentang
KeIKHLASAN
 Ketika Hati kita Terluka Sangat Dalam,
saat itulah kita Belajar tentang
MEMAAFKAN
Ketika kita Lelah ϑαπ kecewa
 saat itulah kita Belajar tentang
KESUNGGUHAN
 Ketika kita Merasa Sepi ϑαπ Sendiri
saat itulah kita belajar tentang
keTANGGUHAN
Ketika kita harus Membayar Biaya yang sebenarnya tidak perlu kita Tanggung
 saat itulah kita sedang belajar tentang
BERMURAH HATI
Tetaplah Sabar
Teruslah Semangat...!!
Selalulah tersenyum...!!
 Teruslah Belajar...!!
Karena kita sedang Menimba
 ILMU KeHIDUPAN....
 اَللّهُ
menaruh kita di-Tempat kita sekarang bukan kerana KebetuLan..!!
 Akan tetapi DIA Punya Maksud yang
 TERINDAH
 untuk Kita...!!

 
(Dikirim melalui YM oleh Alharits Arsyad Poetra pada 07/01/2011)

KU INGIN SELAMANYA



Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Reff:

Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku

Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Back to Reff

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s'luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s'luruh kasih dan sayangku

Back to Reff

Catatan rindu

9/1/2011(3.30 am)~
 Malam terus bergulir menyusuri gulita dlm sepi......
namun bayangmu terus
 mencumbui kesendirianku membuncahkan
kerinduan ŷƍ tak tertahan...
 Kasih....dalam lelap
 tidurmu ku ingin
 bisikan semua tentang rinduku
bersama angin
malam....


Jawapan rinduku :
Meski mataku terpejam.....hati ku tetap bersama mu
membelaimu dengan penuh kerinduan menatap nanar matamu
 yang tajam aku tersenyum kala melihat kau merenung wajahku
aku malu kala kau menyibak rambutku ketahuilah
olehmu kasih merasakan kehadiranmu
walau dari kejauhan
adalah kebahagiaan
buatku...


Saturday, January 8, 2011

Puisi dari hati buat seseorang yang mengerti

Barangkali
kaulah pelangi yang hadir sesudah hujan
memercikkan warna-warna
 keindahan sepanjang pesisir hati yang
 rawan

Barangkali
kaulah bulan yang terang dimalam kelam
memancarkan sinar ke serata alam
menerangi hati yang
 suram

Barangkali
kaulah kejora yang bersinar terang
memberikan aku sekelumit sinaran
untuk aku menyuluh
 jalan

Siapa pun kau
aku tak pernah persoalkan
kerana cinta yang kau berikan adalah
kekuatan kerana rindu yang kau hulurkan
adalah ketenangan teruslah bersamaku
temani aku dalam setiap langkah
genggam tanganku setiap ketika
agar aku tahu bahawa cinta
mengatasi
segala.....


Friday, January 7, 2011

Puisi Rindu IV dari Alharits Arsyad Poetra

Ku lewati jalan terjal dan berliku
untuk bisa bahagia dengan mu
tak akan ku sesali sedetik pun kerana hadir
mu dan cintamu adalah hal
yang terbesar
 untuk
ku
di terima melalui kiriman sms pada 06/01/2011

Thursday, January 6, 2011

Majlis Perpisahan untuk Anum

06.01.2011 (Khamis) kami telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk salah seorang staff yang akan berpindah tempat bertugas. Kami mengadakan majlis perpisahan ini di Makmal Latihan Komputer. Majlis yang sederhana tapi meriah ini berjalan lancar. Sekali lagi aku menjadi MC (pengacara majlis) dan alhamdulillah semua berjalan mengikut perancangan. Sempat aku upload beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenangan bersama. Semoga Anum akan gembira bertugas di tempat yang baru. Jangan lupa kami yer...calling calling kalau nak g mamam...huhu....


bersama sue sambil buat talking point
sempat posing

sebelum majlis bermula...dak zaki da kebulur
ni meja VIP
Nasi Minyak ditaja oleh Encik Azizi
bersama geng satu sektor....happy
KS (Ketua Sektor)  & tetamu2nya
happy macam nak celebrate besday plak
anum dgn cake hadiahnya
KS tgh bagi ucapan
Meraikan yang diraikan
langit yg suram d waktu pagi
sempat candid gambar nih


JAGA SELALU HATIMU


kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
mencintaimu aku tenang
memilikimu aku ada
di setiap engkau membuka mata


merindukanmu selalu ku rasakan
selalu memelukmu penuh cinta
itu yang selalu aku inginkan


kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti


reff:


kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata


kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti


repeat reff [2x]


kau, kau jaga selalu hatimu

Tuesday, January 4, 2011

Puisi Dari Hati Untuk Alharits Arsyad Poetra

Benarkah CINTA itu buta...??
Benarkah CINTA itu mengasyikkan....??
Benarkah CINTA itu membahagiakan...??

Benarkah cinta itu cuma PERASAAN...
Hadir saat kita merasa KEHILANGAN....
dan bila diri dilanda KESEPIAN.........

Salahkah andai cinta itu HADIR...
mengubat luka hati yang masih BERDARAH...
merawat jiwa yang masih MERANA.....

Kaukah itu insan yang MULIA...
Yang sudi menghulur tangan kala aku REBAH...
Memimpin aku BERDIRI semula....

Sayang....
Maaf andai aku selalu merahsiakan...
tentang perasaan aku terhadapmu...
aku tahu kau sering terasa bila aku sering berkata
kau hanya kawan istimewa....

Aku mencintaimu sekian lama...
dan kau tak pernah aku lupa....

Sayang....
kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir

 menutup mata

Monday, January 3, 2011

Puisi Rindu III dari Alharits Arsyad Poetra

Rindu yang berdentum dijantungku
semakin menyeruak dalam relung yang sepi
tak bisa ku hindari semakin ku lepaskan
semakin melekat mengalir dalam darahku
bagaikan angin kau hadir memberiku kesejukan 
hingga ku terbuai dan terbang bersama bayangmu
ingin ku rengkuh erat indah bayangmu
bayangan yang terus bermain dalam anganku
ingin ku gapai indah jemarimu dan ku
genggam erat hatimu
agar kau tahu
bahawa
ku sangat merinduimu



* Puisi indah ini dihantar melalui sms pada 03.01.2011.  Menatap puisi ini membuatkan aku terkesima.

Sunday, January 2, 2011

Saat aku mencintaimu





mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta