Thursday, January 27, 2011

Catatan perjalanan sepanjang kursus

Mentari mula menampakkan wajah

sayup-sayup dari kejauhan

pandangan dari tingkap bilik tidur bilik 1207 tingkat 12
24/01/2011~ISNIN
Aku telah diarahkan untuk mengikuti Kursus Pembangunan Individu & Organisasi Dalam Perkhidmatan Awam bermula 23-26/01/2011.  Rombongan seramai 35 orang peserta dari Jabatan Pelajaran Melaka.  kami bertolak dengan menaiki bas Jabatan pada jam 5.00 petang dan sampai ke Institut Integriti Malaysia lebih kurang dalam jam 8.30 malam.  Keadaan di KL ketika itu dingin kerana hujan baru saja turun.  Aku berkongsi bilik dengan Kak Hanim dan bilik kami bernombor 1207 di tingkat 12.  Malam itu aku sukar untuk melelapkan mata kerana sudah menjadi kebiasaan ku setiap kali berkursus, aku akan menghadapi masalah perubahan tempat membuatkan aku susah untuk melelapkan mata.  Akhirnya aku tertidur juga walau pun tak lena.  Keesokan harinya, awal pagi aku dah terjaga.  Jam 4.30 pagi mata da celik dan aku segera bangun untuk mandi dan bersiap.  Kursus bermula jam 8.30 pagi.  Isi kandungan kursus memang best dan banyak ilmu dan pengajaran yang boleh di timba.  Penceramah pun hebat-hebat dan hari nih aku banyak sangat ketawa.  Video clip yang di tayangkan mengandungi banyak pengajaran.  Setelah makan tengahari, aku dan Kak Hanim naik kebilik untuk rehat sekejap dan turun semula ke lobby kerana bas sudah menunggu untuk membawa kami membuat lawatan ke Penjara Wanita Kajang.  Bagi aku inilah satu-satunya peluang yang aku nanti-nantikan.  Bukan mudah untuk kita sebagai orang awam melawat penjara dan perjalanan memakan masa hampir 45 minit dan sewaktu sampai di kawasan Penjara Wanita Kajang, hati ku mula berdebar.  Teruja sangat nak tahu macamana kehidupan disebalik tirai besi.  Selalu aku hanya melihat melalui drama-drama yang disiarkan di television.  Lama juga kami menunggu untuk masuk kedalam penjara kerana ada beberapa prosidur tertentu yang harus diselesaikan terlebih  dahulu.  Setelah menunggu hampir sejam akhirnya kami dibenarkan masuk kedalam penjara tepat jam 3.15 petang.  Sebelum masuk kedalam penjara, kami diberi sedikit taklimat mengenai kes-kes banduan dan prosidur yang harus dipatuhi sebelum melangkah masuk kekawasan penjara.  Semua barang yang kami bawa seperti beg tangan, wallet, handphone dan  kamera harus ditinggalkan dalam loker dikaunter pemeriksaan kerana barang-barang tersebut tidak boleh dibawa masuk.  Terkilan juga kerana kamera dilarang sama sekali dalam kawasan penjara.  Setelah itu kami menjalani pemeriksaan menggunakan alat pengesan untuk memastikan yang kami tidak membawa barang-barang terlarang seperti senjata atau benda-benda yang merbahaya.  Setelah menjalani pemeriksaan, pintu besi menuju ke penjara pun di buka....jantungku berdebar kencang.  Takut, risau, teruja & seram semua bergabung menjadi satu dan sepanjang perjalanan melalui pintu demi pintu, aku genggam erat tangan Kak Hanim.  Ada 3 lapis pintu besi yang harus di lalui sebelum masuk kedalam kawasan penjara wanita.
Setibanya kami dipintu yang ketiga, pintu besi yang berat dan tinggi itu dibuka dan kami mula melangkahkan kaki masuk kekawasan penjara, terlihat sekumpulan "pesalah" sedang duduk bersila di laluan ke bilik tahanan.  Difahamkan mereka baru sahaja disabitkan dengan kesalahan dan sedang menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman,  Setiap dari penghuni penjara ini akan mengenakan baju seragam tahanan yang berlainan warna seperti warna ungu, hijau, merah, biru dan putih. Difahamkan setiap warna baju mempunyai pengertian kategori kes masing-masing.  Sewaktu kami lalu di hadapan mereka, perasaan ku mula berbaur...kesian sangat bila melihat wajah-wajah yang sedang muram dan mereka sebolehnya cuba untuk mengelakkan muka mereka dari dilihat oleh rombongan kami.  Kami dibawa masuk kedalam sebuah bangunan yang menempatkan beberapa ruangan diantaranya Taska, Bilik 3M, Bilik Rawatan, Bilik Kemurungan dan lain-lain.  Sewaktu melalui ruangan itu, aku tertarik pada kata-kata motivasi yang tertulis didinding bangunan tu....TIADA MANUSIA YANG TAK PERNAH JATUH DALAM HIDUP, TETAPI BANGKIT SEMULA DARI KEJATUHAN ITU LAH YANG PALING UTAMA. Banyak kata-kata yang hikmah dan motivasi yang tertera di sepanjang dinding laluan bangunan itu dan membuatkan diri rasa termotivasi bila membaca ungkapan-ungkapan itu.
Tempat pertama yang kami tuju ialah taska yang menempatkan anak-anak pesalah yang ibunya menjalani hukuman dan anak itu lahir semasa dalam tahanan. Kami difahamkan yang anak-anak itu akan berada dalam tahanan bersama ibu mereka sehinggalah mereka mencapai usia 3 tahun dan setelah itu akan diserahkan kepada keluarga pesalah untuk dijaga.   Usia bayi yang ada dalam taska itu dari usia 3 bulan hingga lah keusia 2 tahun (masa lawatan ini dibuat).  Air mata ku gugur bila melihat wajah-wajah yang polos dan bersih tanpa sebarang noda dan dosa.  Wajah bayi-bayi itu juga sangat comel dan mencuri perhatianku. Bayi dan kanak-kanak ini dijaga oleh pesalah-pesalah wanita yang terlatih dan pengasuh anak-anak ini mengenakan pakaian seragam tahanan berwarna merah.  Hati kecil ku bertanya macamanalah agaknya masa depan anak-anak ini nanti...??  Sepanjang aku berada diruangan penjara wanita ini, perasaan ku amat sensitif sekali, air mata selalu tergenang di tubir mata kadang jatuh mengalir membasahi pipi.  Terasa sangat insaf dan sayu...sesungguhnya tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini selain KEBEBASAN....disini pesalah-pesalah ini tidak bebas untuk bergerak.  Sentiasa dikawal dan dijaga, jauh sekali untuk menikmati kehidupan seperti orang lain,  sesekali mata mereka melihat kearah kami, aku yakin mereka pasti rasa terkilan dan sedih.  Kebanyakan yang mendiami penjara ini adalah gadis-gadis remaja dan masih dibawah umur.
Disini mereka diajar kemahiran seperti menjahit cadar, menyulam manik, pemprosesan makanan sejuk beku, dobi, kek & pastri, rawatan SPA, mencanting batik dan membuat kraftangan.  Sekurang-kurangnya bila mereka dibebaskan kelak, mereka ada ilmu kemahiran untuk meneruskan hidup mereka diluar sana.  Sepanjang lawatan ini aku banyak bertanya dan merujuk kepada Inspektor Norma, Pegawai penjara yang bertanggung jawab membawa dan memberikan kami taklimat mengenai kehidupan para banduan dalam penjara.  Banyak info yang aku dapat mengenai kehidupan dan pengajaran disebalik tirai besi ini.  Semoga lawatan ini akan menjadi pengalaman yang paling mahal dalam hidupku dan dapat aku kongsikan cerita ini untuk dijadikan pengajaran untuk diriku, anak-anak dan teman-temanku.  Hargailah kebebasan yang kita miliki sekarang...berpada-padalah menjalani kehidupan jangan sampai terjerumus kelembah yang akan merosakkan kehidupan kita dan keluarga kita. Aku nak kongsikan kata-kata ini untuk renungan kita bersama.

U lose money, U lose NOTHING
U lose your HEALTH
then U lose SOMETHING
But if U lose your INTERGRITY
U lose EVERYTHING
U lose it once U will lose it FOREVER....
 
Sepanjang perjalanan balik dari Penjara Wanita Kajang ke Institut tempat kami berkursus, sewaktu dalam bas aku tak habis-habis berfikir mengenai nasib dan kehidupan para banduan dalam penjara. 
Teringat kata-kata....kita tak akan menghargai apa yang kita miliki kalau kita tak lihat kesusahan dan kesengsaraan orang lain. 
Disini ada aku uploadkan gambar yang sempat aku ambil sepanjang kursus itu berjalan.  Maaf gambar didalam penjara tidak dapat dirakam kerana menjadi kesalahan bila mengambil gambar mereka. 


Papan tanda di pintu masuk

sempat posing bersama kak hanim

kak hanim yang sporting

SPA yang dikendalikan oleh banduan wanita

Sempat berposing sambil menunggu bas nak balik ke KL

Opppss..ada paparazi candid kami

Sempat posing di luar Penjara

Baru jer selesai melawat penjara

Gerak kerja berkumpulan...ni aku yang tulis tau..

minum jam 10....D.I.Y...good idea

gambar ramai-ramai depan SPA penjara

Institut Integriti Malaysia