Kata-katamu membekas dalam jiwaku. Kau mengibaratkan aku seperti jinak-jinak merpati. Senang untuk d dekati tapi bila d tangkap lari. Kau juga mengibaratkan aku terlalu peramah, terlalu penuh perhatian sehinggakan boleh membuat orang penasaran. Kau menuduhku suka menghampakan harapan orang dengan caraku yang selalu mengundang perhatian.
Aku terkedu seketika bila kau mengatakan semua ini. Setelah merenung dan berfikir, aku ingin paparkan kisah ini d sini untuk renungan teman-teman blog yang sudi singgah d laman ku ini. Aku ingin jelaskan sebenarnya aku ini seorang yang suka berteman, penuh perhatian dan mudah mesra. Aku juga seorang yang peramah, simpatik dan seorang pendengar yang baik. Aku suka bertanya dan memiliki sikap yang terlalu ingin tahu....tapi aku bukan penyibuk. Sikap ku yang suka mengambil berat dan penuh perhatian inilah yang sering membuatkan orang salah anggap dan mudah jatuh hati kepadaku. Bukan sekali dua aku berhadapan dengan situasi begini. Aku ingin meminta maaf kalau caraku membuatkan hatimu tertawan.....membuatkan fikiranmu tak karuan....membuatkan kau tak lena tidur malam.....aku sebenarnya hanya ingin berteman.....berkongsi fikiran dan pandangan....
Mungkin sikap ku agak keterlaluan memberikan kau harapan tapi fahamilah keadaan....adakalanya persahabatan lebih baik dan lebih bertahan dari percintaan....Biar kita jadi sahabat yang berkekalan dari menjalinkan percintaan tapi akhirnya kita saling menyakitkan....Aku harap kau akan mengerti. Terima kasih aku ucapkan kerana kau faham keadaan ku walaupun pada mulanya kau mengutuk aku habis-habisan. Aku tetap sabar kerana aku tahu kau tengah emosi dan aku tunggu saat kau tenang untuk aku menjelaskan keadaan yang sebenar.