Saturday, March 19, 2011

FENOMENA "SUPERMOON" 19/03/2011

Fenomena 'SUPERMOON' ini bermaksud bulan akan berada dekat dengan bumi dari jarak biasa orbit.   Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon".  Kejadian ini jarang berlaku.  Kira bernasib baik ler kalau kita dapat menyaksikannya.  Ada sumber mengatakan kedudukan bulan yang dekat menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Seperti mana kita tahu, tarikan graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut di bumi. Adakah akan terjadi kejadian tsunami pada masa itu? Beberapa bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi diramal akan berlaku pada masa tersebut tetapi menurut ahli astronomi fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam.  Kita berdoa semoga fenomena SUPERMOON ini tidak akan mencetuskan bencana alam yang akan menggugat keselamatan kita semua.
*p/s : aku sempat menyaksikan bulan penuh yang tersangat indah ini dari tingkap bilik tidurku d tingkat 4 pada jam 9.30 malam.....memang sangat-sangat cantik....bulat dan jelas sekali.....bagaikan boleh di sentuh dengan tangan.  Alangkah indahnya andai kehidupan ini sentiasa seindah bulan penuh yang memancarkan sinarannya keserata alam....... ;-)