Sunday, March 4, 2012

Kek Coklat Kukus yang mudahhhhhhhh.......& sedappppp....

Hari tu aku ada post gambar kek coklat yang aku buat kat wall FB aku....banyak feedback yang aku dapat.  Ada yang minta resepi dan tanya macamana nak buat.  So dengan rendah hati aku kongsikan kat sini untuk semua.  Bahan2nya pun x banyak dan cara buat kek tu pun tak complicated.  Da beberapa kali aku buat kek nih....ok jer x der masalah kek bantat ker...kek x jadi ker....kek rosak ker....

Bahan-bahannya :-

Tepung Gandum 2 cawan
Gula 2.5 cawan
Susu Cair 1.75 cawan
Baking powder 1 sudu teh
Bicarbonat of soda 2 sudu teh
Esen vanilla 1 sudu teh
Telur 3 biji
Minyak jagung 1.75 cawan 
Air panas 1 cawan
Serbuk koko 1.75 cawan
Suku sudu teh garam

Cara membuatnya :

Ayak tepung gandum, bicarbonat of Soda, Baking Powder, Serbuk Koko. Gaulkan dalam sebuah mangkuk dan masukkan susu cair, minyak jagung, esen vanilla dan garam. Gaul hingga sebati.
Pukul telur dan gula menggunakan hand mixer (kalau ada) sampai naik. Kalau x der hand mixer, gunakan saja hand energy (guna tangan daa) pukul hingga sebati telur dan gula.  Tuangkan dalam adunan tadi dan akhir sekali masukkan secawan air panas.  Adun rata, tuang dalam loyang yang telah d lenserkan dengan mentega/margerine. Kukus selama sejam atau sampai masak.

Topping :
Cooking coklat
Mentega atau susu cair

Cara membuatnya :
Dengan menggunakan kaedah 'double boiler', larutkan coklat masakan.  Masukkan mentega dan kacau perlahan hingga cair dan berkilat.  Ada sesetengah coklat masakan x perlu d letakkan gula kerana sudah manis.  Kalau dapat coklat masakan yang pahit tanpa gula...bolelah d letakkan sedikit gula.  Kek ini tidak menggunakan mentega so kek ni tak berminyak wokeyyyy.....

Tuangkan d atas kek yang telah masak d kukus dan hiaskan. Bole juga hiaskan dengan coklat rice atau kacang tanah yang d tumbuk kasar.

SELAMAT MENCUBA MY FRIEND !!!!!