Saturday, March 10, 2012

Khasiat Nenas Batu

Inilah buah Nenas Batu
Adik aku bagi aku sebiji NENAS BATU
Rendam dlm air panas selama 1 jam
Peliknya buah nih akan kuncup bila
di rendam
Pertama kali aku nampak buah ni kat rumah adik aku. Bila aku tanya apa khasiatnya, dia kata untuk kesihatan dan sewaktu aku berjalan-jalan di TAMU (pasar minggu), aku terserempak dengan buah ni. Buah ni di kenali dengan nama NENAS BATU. Memula memang agak pelik bila aku melihat nenas batu nih.....yang pertama singgah dalam fikiran aku ialah, cantiknya buah nih kalau buat dekorasi di rumah. Letak dalam mangkuk kayu dan letak atas meja rendah di ruang tamu, tapi bila aku dengar tentang khasiat buah nih....aku terus teruja nak mencuba. Bila sampai rumah aku terus search kat GOOGLE tentang khasiat dan kegunaan NENAS BATU ni. Di sini aku kongsikan bersama khasiat yang terdapat dalam buah ni. Buah ni bila di rendam dengan air panas, dia akan mengecut dan bila di jemur di bawah cahaya matahari, buah ini akan mengembang.

Khasiat Nenas Batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
3. Melawaskan kencing.
4. Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan.
5. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
6. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
7. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.
8. Jika rajin diamalkan minum air nenas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.
9. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
10. Membuang toksin dalam badan.
11. Melancarkan perjalanan darah.
12. Mencantikkan bentuk badan.


Cara Penggunaan Nenas Batu
1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan selama satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan, penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah..


Nota:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world.
Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari. Selamat Mencuba !!!!