Friday, May 18, 2012

♥ Petua Tenang Jiwa ♥

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian itu kecundang…

Ya.... Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah bahawa DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-NYA.

Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sebenarnya sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.


Senyum kerana ALLAH sesungguhnya masih mengasihi kita.