Friday, June 29, 2012

9 jenis makanan untuk kulit yang cerah berseri


Makanan sangat mempengaruhi kepada kesihatan dan berat kita. Namun tahukah anda, makanan juga jika diambil dengan tepat dan jumlah yang mencukupi boleh mempengaruhi kecantikan kulit seseorang? Di sini disenaraikan 9 jenis makanan terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah secara menyeluruh. Bukan sahaja enak tapi boleh menjadikan kulit anda sihat dan cantik.

1. Tomato~Tiada makanan yang lebih baik dari tomato untuk kulit. Selain memberi kesan kecerahan, tomato yang kaya dengan beta karotin hebat dalam melawan kesan penuaan. Tomato bertindak meningkatkan kelembapan kulit, pengeluaran kolagen dan menguatkan sel-sel tisu kulit anda. Tomato enak di makan segar, sebagai salad atau di dalam masakan lain. Biasakan diri dengan makan separuh buah tomato dan separuh lagi digosok ke muka atau bahagian kulit yang lain. Mudah bukan?
2. Avocado~Buah avocado juga disenaraikan sebagai makanan untuk pencerahan kulit. Kandungan lemak yang tinggi di dalam buah menjadikan kulit lembap manakala vitaminnya sebagai anti radang. Tambahkan avocado di dalam salad atau hiris nipis-nipis untuk sandwich anda.
3.Teh hijau~Teh hijau sangat terbaik untuk kulit. Ia penuh dengan kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral. Dikatakan meminum teh hijau setiap hari menggantikan kopi mampu mencerahkan kulit dan mencegah kanser.
4. Salmon~Salmon mengandungi omega-3 dan 6. Asid lemak ini menolong melawan inflamasi pada kulit dan mempercepatkan proses pemyembuhan kulit terbakar dari sinar matahari. Apa kata cari resepi masakan salmon yang menggunakan lemon untuk menghilangkan bau salmon yang hanyir.
5. Telur~Telur merupakan sumber zink yang menjadikan ia makanan utama untuk kulit cerah. Sekiranya diet anda tidak mencukupi khasiat zink, anda cenderung untuk memiliki kulit yang kusam dan tidak bersinar. Zink juga bertindak menghalang kesan kulit oren dan jerawat.
6. Kacang walnut~Seperti salmon, walnut juga berkhasiat dengan lemak dan minyak yang meningkatkan kecerahan dengan menjadikan kulit anda lembut dan terpelihara. Manjakan diri anda selalu dengan scrub mandian walnut atau masukkan walnut dalam bijirin sarapan pagi anda.
7. Kacang~Kacang mengandungi serat yang tinggi dan penuh dengan selenium dan vitamin E. Kacang menghalang kulit menjadi kering dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
8. Strawberi~Strawberi kaya dengan anti oksidan dan menolong memperbaiki sel membran kulit. Sekiranya kulit anda mempunyai jerawat, kesan kulit terbakar dan kemerahan, jangan lupa masukkan strawberi dalam menu diet anda. Mungkin selepas ini anda bakal penggemar strawberi shortcake?
9. Dadih~Selain membantu pencernaan, dadih juga boleh digunakan sebagai masker sekiranya muka anda kusam. Memakai dadih sebagai masker selama 15 minit sudah mencukupi untuk mencerahkan muka anda sehingga 100 kuasa mentol! Bayangkan bersinar-sinarnya kulit muka dan badan anda nanti.
Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan cerah bukanlah satu tugas mudah. Namun dengan amalan rutin harian dan makanan yang mengandungi semua kebaikan vitamin dan mineral menjadikan impian anda tidak mustahil.