Friday, December 20, 2013

Puisi dari Langkawi


Dari sungai, pantai & gunung
ku cuba untuk terus melangkah
ku selusuri lembah-lembah duka
ku ingati lorong-lorong luka
ku jelajahi ruang-ruang derita
namun sungai tetap mengalir lesu
pantai tetap setia menanti ombak
gunung tetap gagah tanpa berubah
sejenak aku mula memahami
hidup ini bukanlah sekadar mimpi
janji-janji juga bukanlah sebuah sumpah
dari seorang lelaki yang bergelar kekasih
lafaz yang terlahir dari bibirnya
bukanlah itu penghujung bicara
tentang sebuah cinta
kerana kata-kata indah itu
hanya sekadar singgah dihujung lidah
kala perasaan bertaut mesra
meski hanya sekelip mata

kini aku berdiri dipantai ini
merenung jauh ketengah lautan
ku lemparkan semuanya yang bernama harapan
biar tenggelam terbenam menjadi batu karang.


Pantai Teluk Pancur,
Langkawi.
24/11/2013