Showing posts with label Kesihatan dan kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan dan kecantikan. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Jom kira kalori makanan kita

Pernah x anda semua mengira kalori makanan yang kita ambil setiap hari???
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. 


Makanan & kalori 
Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori

Kategori:Kuih Muih
Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

Kategori: Makanan Segera
Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
Minuman kotak 250g = 105 kal
Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
Aiskrim 2 skop= 390 kal
Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
Mentega 2 sudu teh = 75 kal
Keju chedar 1 keping =58 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
Menonton TV = 40 kalori
Berjalan pantas = 300 kalori
Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
Mengemas rumah = 240 kalori
Berkebun = 320 kalori
Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
Berbasikal statik = 380 kalori
Aerobik = 405 kalori
Ping Pong = 280 kalori

Semoga dengan adanya info yang berguna ini, kita bolehlah mengira sendiri berapa banyak kalori makanan yang kita ambil seharian.  Semoga kehidupan kita selepas ini akan lebih lebih sihat dan teratur.

Monday, April 2, 2012

Rawatan Resdung

Pada 1 April 2012 yang lalu, abang aku telah menjemput sepasang suami isteri yang mahir dalam menjalankan rawatan resdung. Menariknya cara rawatan berlainan dengan cara yang selalu aku ambil d pusat2 kecantikan atau yang pernah aku buat sendiri d rumah.  D bawah ini aku uploadkan gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang rawatan tersebut.  Paling best, ULAT RESDUNG akan keluar dari hidung.  Memula geli juga aku tengok tapi last-last macam happy sangat bila lihat ulat resdung banyak keluar.  At least kurang gak kegatalan yang ada kat muka dan hidung aku.  Menurut abang yang membuat rawatan resdung ini, setiap manusia ada penyakit resdung cuma tahap teruk atau tak teruknya saja.  Rawatan ini juga bagus d amalkan kerana d samping merawat resdung, rawatan ini juga bole membuang toksin yang ada dalam badan.  Rawatan ini mengambil masa antara 20 hingga 40 minit.  Selepas membuat rawatan, kepala terasa ringan dan muka yang gatal2 terasa lega. Rawatan ini sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit resdung, migrain, ingin membuang toksin dalam badan dan gatal2 muka kerana alahan.

D antara peralatan yang d perlukan
Serpihan seramik yang telah d bakar
Tempurung jantan, corong buluh & herba
hembus nafas kita melalui corong buluh
Jeng...jeng...jeng....
Sang ulat pun kelihatan...eiiikkkkk....
boleh tahan gemuk ulat nih.....
Kalau selalu d amalkan.....paling kurang sebulan sekali....selama 4 bulan penghidap resdung akan sembuh sepenuhnya.  Rawatan ini boleh d ulang pengambilannya selepas itu.  Pantangnya tak boleh makan daging & limau pada satu masa.

Saturday, March 10, 2012

Khasiat Nenas Batu

Inilah buah Nenas Batu
Adik aku bagi aku sebiji NENAS BATU
Rendam dlm air panas selama 1 jam
Peliknya buah nih akan kuncup bila
di rendam
Pertama kali aku nampak buah ni kat rumah adik aku. Bila aku tanya apa khasiatnya, dia kata untuk kesihatan dan sewaktu aku berjalan-jalan di TAMU (pasar minggu), aku terserempak dengan buah ni. Buah ni di kenali dengan nama NENAS BATU. Memula memang agak pelik bila aku melihat nenas batu nih.....yang pertama singgah dalam fikiran aku ialah, cantiknya buah nih kalau buat dekorasi di rumah. Letak dalam mangkuk kayu dan letak atas meja rendah di ruang tamu, tapi bila aku dengar tentang khasiat buah nih....aku terus teruja nak mencuba. Bila sampai rumah aku terus search kat GOOGLE tentang khasiat dan kegunaan NENAS BATU ni. Di sini aku kongsikan bersama khasiat yang terdapat dalam buah ni. Buah ni bila di rendam dengan air panas, dia akan mengecut dan bila di jemur di bawah cahaya matahari, buah ini akan mengembang.

Khasiat Nenas Batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
3. Melawaskan kencing.
4. Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan.
5. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
6. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
7. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.
8. Jika rajin diamalkan minum air nenas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.
9. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
10. Membuang toksin dalam badan.
11. Melancarkan perjalanan darah.
12. Mencantikkan bentuk badan.


Cara Penggunaan Nenas Batu
1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan selama satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan, penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah..


Nota:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world.
Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari. Selamat Mencuba !!!!

Tuesday, March 8, 2011

Bermulalah satu aktiviti baru

Hari nih aku mulakan satu aktiviti yang baru.....aku da mula berjogging dan bersenam demi untuk mendapatkan kesihatan.  Bersama Syira, Cik Sherlyn, Kak Ani & Kak Nor....kami berjogging d Taman Botanikal Melaka.  Memula masa aku tukar baju dari baju kurung ke seluar track dan t.shirt, semua kawan kat ofis heran.  Yer laa...tak pernah d buat tetiba tukar baju kat ofis.  Bila aku bagitahu aku nak jogging....pun nampak muka mereka terkejut.  Hehehe.....klakar gak kawan-kawan aku kat ofis nih.
Memang best ler Taman Botanikal tu.  Kawasan hutan simpan yang d lengkapi dengan kemudahan laluan jogging dan peralatan-peralatan senaman d sepanjang laluan.  Sempat lah merasakan kehebatan berjogging d tengah hutan dengan d temani oleh bunyi kicauan burung dan unggas rimba.  Kadang terkejut gak tetiba ada monyet bergayut atas kepala.  Dak Syira bila nampak jer monyet terus pegang tanganku...hehehe takut dengan monyet rupanya anak dara sorang nih.  Aku pon takut gak sebenarnya tapi buat-buat berani jer.....Semoga aktiviti kami ini akan jadi rutin harian.  Dulu aku selalu bermain futsal sewaktu d Tawau bersama teman-teman sepejabat tapi sejak berpindah ke Melaka, aku sudah tak pernah bermain futsal.  Cuma senaman yang sering aku lakukan ialah berjalan kaki.  Boleh laa kan daripada tak der sama sekali.  Semoga dengan adanya aktiviti aku yang baru ini dapatlah membuatkan otak dan badan aku menjadi lebih cergas dan cerdas.

Friday, December 3, 2010

BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ) , brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan danmampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima
Hilangkan Masalah Cacing ~ Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.



Kurma
Hindar Gangguan Usus ~ Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidak serasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.


Pisang
Merawat Kudis dan Luka ~ Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.



Mangga
Penawar Penyakit Hernia ~ Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.



Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang ~ Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untukmengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.



Belimbing
Merawat Kencing Manis ~ Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jerukdan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.



Lemon
Berkesan Merawat Tonsilitis ~ Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untukkesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia .




Pala
Melegakan Kembung Perut ~ Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.





Pinang
Pinang dengan Pelbagai khasiat ~ Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.





Pisang kaki
Turunkan Tekanan Darah Tinggi ~ Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos daniodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungimanitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.



Sengkuang Cina
Penawar Bronkitis ~ Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah danbengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.



Ciku
Penawar Buang Air Berdarah ~ Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi – Pelbagai Khasiat



Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarabuntuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.



Avokado
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung ~ Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak. Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipo protein, sejenis kolesterol yang baik untuk menghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan. 




Betik 
Penawar Sembelit ~ Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah KESIMPULAN dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.





Monday, November 15, 2010

Mata Jendela Hati

Kata orang....mata adalah jendela hati.  Dari tatapan mata seseorang biasanya kita akan tahu apa yang tersimpan dalam hatinya.  Marah, sedih, bahagia, kecewa.....semua dapat kita baca dari sorotan matanya.  Mata juga bole menjadi lebih cantik, menarik dan dramatik bila kita pandai mengenakan solekan keatasnya. Aku peminat alat-alat solek terutama eye shadow.  Suka tengok macamana eye shadow bole merubah penampilan mata seseorang dari biasa ke anggun, seksi, lembut, garang dan sebagainya.  Apa kata kita kongsikan jenis-jenis solekan mata untuk tatapan kita bersama.










Semoga dari gambar-gambar yang aku ambil dari GOOGLE ini dapat ler sedikit sebanyak memberikan kita idea atau dijadikan sebagai bahan rujukan bagaimana untuk menyolek mata kita agar kelihatan lebih cantik, menarik dan bersinar.

Sunday, November 14, 2010

Ubat Batuk Yang Mudah


Limau yang telah dikukus selama 20 minit

Kali ini aku akan kongsikan satu tips untuk mengubati batuk.  Tips ini dikongsikan oleh Encik Aryf. Beberapa hari ini aku sering saja batuk.  Walau sudah minum ubat batuk yang diberikan oleh doktor.  Terharu bila melihat Encik Aryf mengambil buah oren sunkist dari dalam peti sejuk dan membawa bekas garam kepada ku sewaktu aku sedang duduk menonton tv....dia suruh aku memotong buah oren tu tapi aku sempat memotong bentuk bintang pada buah oren tu, saja-saja jer untuk kelihatan cantik...hehehe...kemudian masukkan sesudu teh garam tapi aku tak masukkan sesudu teh kerana aku mengunakan garam bukit yang sedikit saja sudah  terasa masinnya.  Aku hanya memasukkan suku sudu teh garam ke dalam buah oren itu dan kemudiannya buah oren itu dikukus selama 20 minit.  Setelah selesai masa 20 minit, buah oren itu pun menjadi lembut dan bolehlah dimakan sehingga habis.  Insyallah batuk akan berkurangan.  Terima kasih Encik Aryf  kerana bersusah payah mencari petua untuk mengubati batuk yang aku alami sekarang nih.....

Friday, October 29, 2010

Jom kita minum jamu....

Topik ari nih aku nak bercerita tentang JAMU....Sekarang kat ofis aku ramai da yang mula mengamalkan jamu...sume teruja nak cantik dan awet muda...salah satu cara merawat kesihatan badan dari luar dan dalam.  Satu peningkatan yang positif.  Macam juga aku.....aku mula mengamalkan jamu sejak berusia awal 20an lagi dan kebiasaan ini telah menjadi satu amalan pada diri ku semenjak itu.  

Dulu masa arwah mak mertua aku masih ada, setiap kali aku bersalin dia akan menyediakan segala titik bengek bermula dari air mandian, air rebusan untuk diminum, bedak panas, bedak sejuk, lulur, tapel, jamu, untal sejenis jamu rupanya seperti lumpur yang diperbuat dari bahan-bahan herba tapi sangat berkhasiat untuk memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah dan memecahkan angin-angin dalam badan.  Jamu ini diminum bersama telur ayam kampung yang mentah dan madu, berurut, bertungku, berbengkong (bengkong   aku dulu sepanjang 15 meter- bayangkan badan mulai dari bawah payu darah hingga ke bawah punggung dibalut dan diikat dengan kain sepanjang 15 meter, sampai nak berjalan pun macam orang jepun pakai kimono berjalan....terkepit-kepit) & bersengkak.  

Mak mertua aku adalah seorang bidan turun temurun dan dialah yang merawat aku dari anak pertama sehinggalah anak ke tujuh.  Terkejut yer aku ada 7 orang anak?  Anak aku memang 7 orang tapi 2 orang (sepasang kembar perempuan) meninggal sewaktu kecil kerana lahir premature (tak cukup bulan).

Aku mula mengamalkan jamu dan mula berpantang makan sejak bersalin anak pertama.  Aku sangat teruja setiap kali mak mertua aku merawat aku semasa dalam pantang.  Terasa diri nih macam puteri raja plak....yer laaa...bayangkanlah dari air mandi di sediakan dan aku amat menyukai air mandi yang terdiri dari rebusan daun-daun, akar-akar kayu dan herba-herba untuk merawat badan, badan diurut, perut disengkak, dipakaikan bengkong, bertungku sehingga 44 hari, diberi minum jamu, dipakaikan pilis, badan dibedakkan dengan bedak sejuk agar kulit berseri dan sentiasa kencang, kaki diurut dan sentiasa pakai stokin selama dalam pantang dan disapu dengan bedak panas agar tubuh badan tak dimasuki angin. Makan minum dijaga dan dalam pantang banyak makanan yang aku tak boleh sentuh, sehingga kini aku berpantang makan rebung, keladi dan nenas.  

Kebetulan aku ada menghidap asthma jadi aku tak boleh makan benda-benda nih.  Bila makan jer....tekak aku macam berangin dan gatal-gatal..aku akan mula batuk dan asthma pun akan menyerang.  Kebetulan plak bila kita mengambil jamu kita kena elakkan makanan sejuk, tajam dan bisa.   Bagi akulah kan....tiada jalan pintas untuk menjadi cantik....tapi kena berusaha dan rajin.  Alhamdulillah, aku bersyukur kerana pada usia yang muda aku sudah terbiasa mengamalkan jamu dan hingga kini jamu menjadi satu kemestian dalam rutin harian.  Kini dengan usia ku 44 tahun, dengan 7 orang anak dan 2 orang cucu, aku masih dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kuat.  

Semenjak duduk di Melaka nih, aku kurang minum jamu segar tapi masa kat Sabah setiap minggu aku akan berlanggan pada seorang bibik pembuat jamu.  Kini kalau ada masa terluang aku akan buat jamu yang mudah untuk kegunaan diri sendiri.  Nak belajar buat jamu yang mudah tak...?? Aku nih tak laa pandai sangat dalam hal-hal jamu nih...tapi boleh lah setakat untuk kegunaan sendiri...
bahan-bahannya senang jer...


JAMU ASAM KUNYIT

kunyit hidup (seelok-eloknya ibu kunyit)
halia
gula merah (1 ketul)
asam jawa secukup rasa

Kupas kulit dan cuci kunyit dan halia blend dengan air hingga lumat
Lepas tu tapis dan masukkan dalam periuk
Masukkan asam jawa dan gula merah
kacau sehingga sebati
masak dalam 10 minit
Selepas tu angkat dan tapis sekali lagi jamu kunyit tu 
dan sejukkan untuk diminum.

Jamu Asam Kunyit nih sesuai untuk diamalkan setiap hari terutama semasa datang bulan.  Jamu ini dapat mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan tubuh badan jika rajin mengamalkannya.

Jamu Asam Kunyit

AIR REBUSAN JAMU UNTUK MERAPATKAN


(Air untuk mencuci)
- 15 helai daun sirih 

- buah gambir 
- Kulit pinang muda secukupnya 
- Kapur sirih secukupnya
Racikkan kulit pinang, tumbuk gambir hingga halus dan ayak kapur sirih hingga merata. Semua bahan dicampur jadi satu dalam air mendidih. Diamkan beberapa jam hingga sejuk dan mendap.
Gunakan untuk membasuh area ‘V’ pada pagi, siang dan malam hari untuk merapatkan.


JAMU RAPAT 
(Untuk diminum)

Ambil sebiji buah pinang, kupas dan hancurkan. masukkan dalam gelas dan tuang dengan air panas setengah gelas. Tunggu sampai air hangat lalu diminum. Boleh ditambah dengan gula merah atau gula putih untuk mengurangi rasa kelatnya. Amalkan seminggu 3 kali.  Bagi mereka yang belum bernikah dilarang mengamalkan jamu ini.

Sebenarnya pada zaman sekarang susah kita nak jumpa wanita yang baru melahirkan yang betul-betul menjalani tempoh berpantang....rata-rata selepas bersalin 2 atau 3 minggu sudah mula keluar bershopping dan memandu kereta.  Mereka merasa bangga bila baru jer bersalin da kelihatan sihat dan kuat untuk berjalan-jalan.  Memang dari luar kelihatan sihat...tapi bayangkan rahim yang masih kembang, masih luka kerana selama hampir 10 bulan menjadi tempat bayi membesar dan tentulah memerlukan masa untuk merawat rahim agar kembali kecut dan sembuh seperti sedia kala.  Teringkat kata arwah mak mertua aku dulu "Nak...sayangi badan kamu...masa berpantang nih laa kamu kena jaga kesihatan betul-betul....urat badan semua kembang kerana bersalin, batu tian (sarung tempat bayi membesar dalam rahim) harus kecut dan balik pada saiz asal.  kalau kamu tak jaga badan kamu, kamu akan mudah masuk angin dan badan jadi lembik......baru berusia 30an atau 40an seri wajah akan mudah pudar badan akan mudah gemuk kerana lemak duduk dalam perut.  Badan tak kejap dan 'fit".  Cantik atau tidaknya seseorang perempuan itu terletak pada kesihatan dalamannya, bukan setakat kecantikan luaran....." itulah pesanan beliau yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila....Kini setelah 19 tahun aku melahirkan anak aku yang bongsu, aku dapat merasakan kebenaran dari kata-kata beliau itu.  Ambillah masa untuk merawat diri sendiri.....jangan terlalu teruja untuk bersuka-suka selepas bersalin.  Makan tak berpantang juga salah satu punca badan mudah kembang.
Sayangi diri kita sendiri...kalau bukan kita yang menjaganya....siapa lagi...????