Sunday, March 27, 2011

Pengalaman pertamaku menggunakan Terminal Bas BANDAR TASIK SELATAN (BTS)

25/03/2011 aku ke KL menaiki bas dari Melaka Sentral jam 8 malam.  Inilah kali pertama aku menaiki bas malam untuk ke KL.  Biasanya aku memilih untuk menaiki bas sebelah pagi atau tengahari.  Sepanjang perjalanan aku tak ler sunyi sangat kerana ramai kawan-kawan ku yang  rajin bersms  dengan aku dan ada juga masanya aku layan tidur jap.  Keadaan dalam bas yang agak sejuk membuatkan aku selesema dan kedinginan.  Setibanya d terminal bas Bandar Tasik Selatan kira-kira jam 11.00 malam, aku terkejut menyaksikan kehebatannya.  My first word is "WOW".....  Aku seolah-olah berada d airport dengan terminal yang sangat luas dan moden.  Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010 dengan kos yang menelan belanja RM570 juta. 
Begitu bas berhenti dan menurunkan penumpang d tempat parking, penumpang harus menaiki escalator untuk naik ke aras dua.  D aras dua ini terdapat kaunter-kaunter yang menjual tiket d mana kita hanya perlu menekan sendiri d touch skrin, bas yang kita hendak naiki dan tempat duduk yang kita pilih.  Kita akan d minta untuk menunjukkan kad pengenalan diri kerana nama kita akan tercatat d tiket itu.   Dah macam boarding pass nak naik kapal terbang. Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.  D aras dua ini juga terdapat jejantas yang menghubungkan terminal ini ke stesen KLIA Express Rail Link (ERL), STAR LRT dan KTM Komuter.  Terdapat banyak kedai-kedai dan outlet-outlet dalam bangunan terminal nih.....memang sangat-sangat selesa dan luas.  Aku yang baru pertama kali sampai memang agak panik dan teruja juga lah....aku nih mudah gabrah bila berada d tempat yang  asing dan bila aku bersendirian.  Aku jadi takut untuk bergerak kemana-mana kerana aku takut sesat.  Jadi aku 'play safe' dengan mencari satu tempat yang strategik, selesa dan selamat.  Aku memilih untuk duduk d barisan kerusi yang d sediakan berhadapan dengan kaunter menjual tiket.  Aku hanya duduk d sana dan menunggu untuk orang menjemputku.  Aku perhatikan semua muka yang ada kat terminal tu semua muka yang resah dan ketat....agaknya mereka pun macam aku juga tak reti nak cari arah tapi mereka terpaksa juga bergerak meneruskan perjalanan kearah destinasi masing-masing.  Aku sempat menyapa dan berbual dengan seorang pelajar UTEM yang juga dari Melaka tapi naik bas berasingan dengan aku, dia pun tengah menunggu keluarganya untuk menjemput dia dan dia juga tak berani nak berjalan takut sesat....hehehehe...ada juga kawan aku rupanya. 
Keesokan harinya setelah selesai urusan ku d KL, aku pun balik ke Melaka.  Aku memulakan perjalananku dari stesen LRT PWTC dengan menaiki LRT dengan tambang RM1.70 sen.  Perjalanan ke Bandar Tasik Selatan ini kalau aku  tak silap harus melalui 10 buah stesen LRT dan perjalanan selama hampir 45 minit itu amat selesa.  Setibanya d stesen LRT itu aku harus berjalan kaki lebih kurang dalam 10 minit untuk sampai ke Terminal Bas BTS.  Kali ini aku lebih yakin diri kerana pengalaman semalam mengajar aku untuk lebih memerhati dan fokus pada keadaan.  Sempat ler aku berjalan-jalan melihat-lihat kawasan terminal bas yang canggih dan moden ini.  Syabas untuk Kerajaan Malaysia kerana telah menyediakan sebuah prasarana yang lengkap, moden dan cukup selesa untuk kemudahan semua.  Memula tunggu bas d sini, aku merasakan seperti berada d sebuah lapangan terbang d mana ketibaan dan keberangkatan bas akan d umumkan dan kita akan d maklumkan harus melalui pintu gate nombor berapa dan tiket kita akan d scan menggunakan sistem komputer.  Bas  yang tiba akan parking d depan lobby menunggu dan kita boleh lihat bas yang hendak kita naiki.  Memang satu pengalaman yang sangat seronok dan bererti buat aku.   Pada bulan Februari  yang lalu sewaktu aku turun ke KL, terminal bas sementara d Bukit Jalil beroperasi  dan aku rasa amat tak selesa dengan keadaan yang bersesak-sesak, sempit dan agak kotor.  Kebetulan masa tu ada pengambaran drama tamil....da aku rasa macam berada d Tamil Nadu pulak.  Alhamdulillah kini keadaan perjalanan menjadi lebih selesa dan teratur.  Bersyukur kerana aku d antara jutaan rakyat Malaysia yang berpeluang menikmati arus kemodenan ini dan aku juga berjaya mengharungi ujian perjalanan ini seorang diri.....yeye.... (kredit untuk diri sendiri...well done Shida...!!!). Inilah hikmahnya bila berada dalam sebuah negara yang maju, aman dan damai.  Disini sempat aku upload beberapa keping gambar mengenai terminal bas BTS ini.  Gambar ini aku ambil dari google. Maaf hari tu aku tak bawa kamera pun.  Lain kali aku uploadkan gambar yang aku capture dari lensa kamera aku yer. Proud 2 b a MALAYSIAN !!!  There is no place like MALAYSIA....










Wednesday, March 23, 2011

Catatan buat seseorang.....

Kata-katamu membekas dalam jiwaku.  Kau mengibaratkan aku seperti jinak-jinak merpati.  Senang untuk d dekati tapi bila d tangkap lari.  Kau juga mengibaratkan aku terlalu peramah, terlalu penuh perhatian sehinggakan boleh membuat orang penasaran.  Kau menuduhku suka menghampakan harapan orang dengan caraku yang selalu mengundang perhatian. 
Aku terkedu seketika bila kau mengatakan semua ini.  Setelah merenung dan berfikir, aku ingin paparkan kisah ini d sini untuk renungan teman-teman blog yang sudi singgah d laman ku ini.  Aku ingin jelaskan sebenarnya aku ini seorang yang suka berteman, penuh perhatian dan mudah mesra.  Aku juga seorang yang peramah, simpatik dan  seorang pendengar yang baik.  Aku suka bertanya dan memiliki  sikap yang terlalu ingin tahu....tapi aku bukan penyibuk.  Sikap ku yang suka mengambil berat dan penuh perhatian inilah yang sering membuatkan orang salah anggap dan mudah jatuh hati kepadaku.  Bukan sekali dua aku  berhadapan dengan situasi begini.  Aku ingin meminta maaf kalau caraku membuatkan hatimu tertawan.....membuatkan fikiranmu tak karuan....membuatkan kau tak lena tidur malam.....aku sebenarnya hanya ingin berteman.....berkongsi fikiran dan pandangan....
Mungkin sikap ku agak keterlaluan memberikan kau harapan tapi fahamilah keadaan....adakalanya persahabatan lebih baik dan lebih bertahan dari percintaan....Biar kita jadi sahabat yang berkekalan dari menjalinkan percintaan tapi akhirnya kita saling menyakitkan....Aku harap kau akan mengerti.  Terima kasih aku ucapkan kerana kau faham keadaan ku walaupun pada mulanya kau mengutuk aku habis-habisan.  Aku tetap sabar kerana aku tahu kau tengah emosi dan aku tunggu saat kau tenang untuk aku menjelaskan keadaan yang sebenar.
Aku mengharapkan agar persahabatan kita ini akan berkekalan walau kita tidak dapat bersama dalam alam percintaan.  Maafkan aku untuk kesekian kali. Sesungguhnya keikhlasan ku menerima mu sebagai teman lebih bermakna dari menerima mu sebagai kekasih.

Aku ikhlas tau.....ngeeee........

Monday, March 21, 2011

Kenapa pilih Indon..???

Kawan-kawan selalu bertanya kenapa suka sangat dengar lagu Indon....???  Dalam handphone, dalam pc, dalam laptop, ringtone handphone, call me tone....semua lagu Indon...!!!  Ermmm....soalan yang sangat menarik....kenapa aku suka dengar lagu Indon...well.....aku suka dengar lagu Indon kerana lirik dan melodi lagu-lagu Indon memang best dan suara mereka juga enak banget d dengar...hehehe.  Lirik lagunya puitis, mampu menyentuh hati dan iramanya pula membuai perasaan....aku juga meminati cara sebutan mereka yang sangat jelas dan terang.  Bila aku meminati lagu-lagu dari Indon tak bermakna aku tak suka lagu dari Malaysia....ada banyak juga lagu dari Malaysia yang aku minat.  Cuma aku lebih dekat dengan lagu-lagu dari Indon mungkin kerana sejak aku d bangku sekolah rendah, aku sering mendengar lagu-lagu dari negara seberang itu.  Masa d sekolah menengah juga aku sering menonton cerita-cerita Indonesia.  Novel-novel cinta dari Indon juga aku minati.  Sehinggakan sudah sebati dengan jiwaku.  Lebih banyak tahu tentang lagu dan judul-judul lagu Indon yang sedap d dengar.   Kawan-kawan d ofis juga suka mendengarkan lagu-lagu indon yang selalu aku mainkan d pc ku . Kadang sampai ada yang perli aku suruh pindah ke Indon saja....hehehehe....bisa aja kalo ada yang sudi....bisa d atur......hehehe  :-)

HUJAN KEMARIN


Kemarin ku dengar
Kau ucap kata cinta
Seolah dunia
Bagai dimusim semi

*
Kau datang padaku
Membawa luka lama
Ku tak ingin seolah
Semua seperti dulu

**

Tak ingin lagi rasanya ku bercinta
Setelah ku rasa perih
Kegagalan ini membuat ku tak berdaya

***

Tak dapat lagi rasanya ku tersenyum
Setelah kau tinggal pergi
Biar ku sendiri tanpa hadirmu kini lagi

Saturday, March 19, 2011

FENOMENA "SUPERMOON" 19/03/2011

Fenomena 'SUPERMOON' ini bermaksud bulan akan berada dekat dengan bumi dari jarak biasa orbit.   Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon".  Kejadian ini jarang berlaku.  Kira bernasib baik ler kalau kita dapat menyaksikannya.  Ada sumber mengatakan kedudukan bulan yang dekat menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Seperti mana kita tahu, tarikan graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut di bumi. Adakah akan terjadi kejadian tsunami pada masa itu? Beberapa bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi diramal akan berlaku pada masa tersebut tetapi menurut ahli astronomi fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam.  Kita berdoa semoga fenomena SUPERMOON ini tidak akan mencetuskan bencana alam yang akan menggugat keselamatan kita semua.
*p/s : aku sempat menyaksikan bulan penuh yang tersangat indah ini dari tingkap bilik tidurku d tingkat 4 pada jam 9.30 malam.....memang sangat-sangat cantik....bulat dan jelas sekali.....bagaikan boleh di sentuh dengan tangan.  Alangkah indahnya andai kehidupan ini sentiasa seindah bulan penuh yang memancarkan sinarannya keserata alam....... ;-) 

Friday, March 18, 2011

Mengawal Emosi Tahap Dewa.....

Aku da lama tak marah dan da lama tak mengamuk....tapi semalam aku betul-betul marah dan mengamuk....darjah kepanasan aku meningkat hinggakan aku hampir-hampir lupa diri....tapi syukur aku cepat sedar dan berbanyak istighfar.....aku heran sebenarnya kenapalah ada manusia-manusia yang berpelajaran tinggi tapi mind setnya macam orang tak berpelajaran sama sekali....entah ler...aku da lama tak membebel dan aku malas nak membebel sebenarnya, kerana apa bila aku membebel..tekanan darah aku akan naik dan kesihatan aku akan terganggu.....so lately aku terlalu banyak mendiamkan diri sehingga orang suka ambil kesempatan diatas ketenangan ku.....tapi jangan lupa bahawa di sebalik ketenangan aku itu tersimpan satu sikap yang sangat-sangat "brutal"...hanya orang yang pernah melihat kemarahan ku akan faham apa yang aku maksudkan.  Orang selalu berkata "kenapa awak nih cool sangat...??" "suara awak nih lembut sangat ler....macamana ler orang nak takut..." "tegas ler sikit...cc nih lembut nau ler..." " ermmm....strict ler sket....asyik lembut jer..." itu diantara kata-kata yang selalu aku dengar.  Mungkin bila lihat dari riak wajah dan cara aku bercakap.....aku nampak terlalu tenang, lembut dan selalu mengalah.....tapi jangan sangka air yang tenang tak ada buaya.....semalam 17/03/2011...untuk pertama kali aku mengamuk dalam tahun 2011 nih.....memang sangat-sangat mengamuk.  Mungkin aku terlalu emosi tapi itulah tahap kesabaran yang aku ada apabila harga diri ku di pijak-pijak.  Aku paling pantang bila ada orang suka tikam dari belakang....dan aku akan memberontak.  Semalam aku da "muntahkan" semua apa yang aku pendam selama ini dan bila aku da puas meluahkan apa yang tersimpan dalam hatiku....aku akan menangis.  Menangis sepuas-puasnya sehinggakan semua yang terbuku di hatiku keluar.  Hingga mata naik sembab.  Aku harapkan kejadian sebegini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.....Please respect me if u want to be respected.....Aku juga manusia biasa....punya hati dan perasaan....jangan sewenang-wenangnya aku dianiaya.....aku berpegang pada kata-kata "aku tak kacau orang.....tapi kalau orang kacau aku.....aku makan orang...." huahahaha...(ketawa jahat ko).....sekarang emosi aku da stabil dan normal balik....aku da "muntahkan"...da puas nangis.....kini hati aku jadi tenang kembali.... Semoga Tuhan akan memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi manusia-manusia sebegini kerana aku yakin sehebat-hebat mereka, hebat lagi kuasa Allah S.W.T.  Semoga ketenangan aku tak akan di ganggu gugat lagi......

Tuesday, March 15, 2011

Rindu, sayang, cinta, risau, bimbang, serba salah....semua berbaur menjadi satu,  Itulah yang aku rasakan saat ini.  Terlalu sukar untuk aku luahkan.  Perasaan ini berbaur menjadi satu beban d fikiranku.  Apa yang mampu aku lakukan hanyalah menghela nafas panjang memohon keadaan akan pulih seperti sediakala.  Berilah aku ruang dan peluang untuk menunaikan segala apa yang pernah aku janjikan.  Bukan niatku untuk menghampakan mu tapi aku terpaksa....aku harap kau akan mengerti.  Bila segalanya telah pulih...aku akan menyusul mu d sana......Nantikan kehadiran ku d sisimu.  Aku janji.  Maafkan aku.  Aku akan selalu menyayangimu selama hayatku ada.
Always loving U....

Sunday, March 13, 2011

MENCINTAIMU SAMPAI MATI (Buat seseorg yg sgt2 aku cintai)



Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
tuk bertahan

Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya

Reff:

Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya

Back to Reff: 3x

Seperti itu ku mencintai mu
Sampai mati...

Gurls Day Out

Hari sabtu adalah hari untuk bersenang lenang setelah 5 hari penat bekerja, so minggu ini aku, Syira dan Fiza nak abeskan masa dengan menonton wayang.  Memula nak menonton wayang HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.....dengan penuh semangat nih kami menuju ke MBO CINEPLEX, MELAKA MALL nak menonton.....sekalinya wayang da bermula jam 12.30 tengahari dan masa tu jam da menunjukkan jam 1.25 petang.  Huhu....nak gak beli tiket tapi adik penjual tiket tu kata....rugi ler kak.....wayang da dekat sejam main....uwaaaa....last-last pujuk ati tengok wayang ANGRY DRIVE jam 1.45 petang.  Best gak wayang tu, terjerit-jerit jugalah kami dalam panggung tu...hehehe....ngeri dan ada adegan XXX sket....Syira siap tutup mata tau....hehehe.  Selepas wayang tu tamat, kami cari surau kat Melaka Mall nak solat Zohor, kemudian Syira & Fiza kekelas photography dan aku meneruskan perjalananku ke Melaka Sentral untuk menjemput kawan FB aku El Manja dari Penang.  Masa tunggu dia datang sempat ler aku ke salon potong rambut.  Hehehe...sebelum nih rambut ku panjang lepas bahu dan bila potong paras bahu rasa macam muka budak sekolah tingkatan 5 plak (bukan perasan yer...adik yang potong rambut aku tu siap tanya usia aku berapa....bila aku kata dah 45 tahun dia terkejut....huhu...dia kata dengan rambut pendek macam nih nampak macam budak sekolah tingkatan 5 jer....).  Lepas potong rambut, aku ronda-ronda satu Melaka Sentral sambil tunggu kawan aku datang, sempatlah aku beli perfume dan hampir jam 7 malam kawan aku pun sampai.  Kami g makan jap sambil borak-borak dan akhirnya aku bawa dia balik ke Mahligai Syahdu aku.  Sempat aku upload beberapa keping gambar aktiviti kami sepanjang hari sabtu tu.  Layaaannnnn....
Sempat berposing dgn Fiza d jejantas Parkson
Fiza & Syira pon nak posing gak....
Ishhh...Dorang nihkan...asyik posing lerr....ermmm....
Actually....aku pon suka posing gak...huhu...
Wajah ceria kanak-kanak Ribena...Miss Syira..
Muka orang tengah kesejukan...ggggg....sejuk weiiii....
Huhu...lupa bawa jaket..sejuk nyeeee....
Sempat posing lagi dlm panggung dgn pop corn gedabak
Fiza dgn trademark yang tak boleh tinggal....aduyaiiii....
Sejuk ker takutttt....weiiii...???
My BFF...EL MANJA dari Penang...comel jer orgnyaaa....

Friday, March 11, 2011

Jom Jogging D Taman Botanikal

Kali ini aku ingin kongsikan info mengenai Taman Botanikal Melaka nih.  Aku sudah beberapa kali berjogging d sini dan tak keterlaluan aku katakan kalau aku sudah jatuh hati pada tempat nih.  Rasa selesa sangat berjogging d kawasan ini.  Walau pun pada mulanya aku agak takut juga melihat keadaannya yang semak samun seperti hutan yang terbiar tapi lama kelamaan aku merasakan keselesaan itu kerana tempat jogging ini tenang, aman dan sejuk.  Sesuai untuk mereka-mereka yang tak sukakan cahaya matahari yang terik (macam aku ler).  Ada ketikanya ramai sangat orang yang berjogging kat sini sampaikan seolah-olah ada acara berjogging beramai-ramai plak.  Seriously aku nak kongsikan pengalaman berjogging, memula memang ler sakit-sakit badan terutama lutut dan kaki tapi dah beberapa kali jogging alhamdulillah badan dah boleh terima keadaan.  Tidur malam pun nyenyak dan bangun dengan jiwa yang sangat segar d pagi hari.  Badan terasa ringan dan mula ketagih untuk berjogging. Sebenarnya tujuan nak berjogging nih, selain dari nak menguruskan badan dengan cara yang sihat, juga nak kan minda yang cerdas.  Kengkawan d ofis pun da mula pandai mengingatkan aku "C...da jam 5 tu.....tak tukar baju lagi ker....ari nih x g jogging ker..??" atau kalau hari hujan dorang akan berkata "abeslaaa...ari nih CC x dapat ler nak berjogging...." hehehe....sayang kat korang semua.  Selalu penuh perhatian dan ambil berat.  Di bawah ini ada aku uploadkan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan bersama teman jogging ku Miss Nur Syahirah.  Sambil berjogging, Syira sudi menjadi photographer ku.  Terima kasih yah Syira...tanpa ko siapa lah aku...huhu....pada kengkawan dan pembaca blog aku nih...apa kata kita luangkan sedikit masa kita untuk beriadah dan bersenam.....kerana otak yang cerdas datang dari badan yang sihat.

Posing d pintu masuk
binaan air terjun buatan manusia
Miss Syira tengah pakai kasut
Comel ler kawan aku nih...seriously...
Posing jap atas batu kat air terjun pertama
air terjun buatan manusia...cantik siot
siap posing ala-ala TITANIC lagi...
Sanggup panjat batu nak posing atas nih
depan kampung buku Malaysia Melaka
Laluan jogging yang cantik
aku suka tengok tempat nih...
landskap bunga d depan kampung buku Malaysia
laluan jogging & buggy car
budak comel tengah berjogging
cantik dan tenang
berbual dgn Cik Tupai d STORYLAND
Cerita Dongeng Buaya & Sang Kancil &
Shida Myra Raihana hehehe.....
satu dua tiga lekuk..
jantan betina aku ketuk...
terrornya aku pijak menatang nih
amik ko...jahat sangat..kan da kena pijak ngan aku....huhu..
aku suka pict nih...mcm ala-ala tarzan..ahaksss...
posing dgn burung pra sejarah
amboi...posing abes yek...
ewaahhhh...mcm iye iye jer...
sweetnya kura-kura gergasi nih...
Lagi posing maut
banyak betul binatang pra sejarah kat sini tau
nih lagi satu
dan lagi
dan lagi....
satu lagi....
yang nih wat aku seram....
nih kaki aku tau....bukan kaki dinosour....
cara-cara menggunakan alat senaman ada disediakan
ini favourite aku..utk mengencangkan peha
cara2 menggunakan alat senaman untuk
merangsang otot d lengan, bahu & pinggang
tengah mencuba....besttt....
cantik tempat nih
sejuk, nyaman dan tenang
release tension jap
memang happening
pintu keluar....da abes sessi lawatan kita
Cafe Botanikal
Bole bersantai-santai d sini
Di sebelah Taman Botanikal nih juga ada cafe untuk mereka yang nak bersantai-santai menikmati suasana yang indah dan tenang.  Tempat letak kereta juga d sediakan dan memang sangat-sangat selesa untuk beriadah d sini samada bersama teman. keluarga atau sendiri.  Disediakan juga kemudahan menyewa basikal dan kereta buggy untuk mereka yang kurang minat untuk berjogging.  Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat kita jaga dengan sebaiknya dan dapat memberikan kebaikan untuk kita semua.