Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Jadi Sayang yang ke 22 tahun

17 Mei 1989 tepat 8.00 pagi MOHD NUR AFIQ lahir kedunia.  Namanya membawa erti YANG TERPUJI CAHAYA YANG MULIA.  Lahir sebagai baby yang terbesar dan terberat d antara adik beradiknya.  Kelahiran anak keempat ku ini memang aku tunggu-tunggu memandangkan masa mengandungkan dia, perut ku besar sangat.  Ternyata proses kelahirannya sangat mudah dan aku tak menanggung kesakitan yang lama.  Aku masih ingat lagi saat aku bangun tidur, aku sudah mula merasa gesa nak bersalin.  Masa tu abah mereka sibuk nak hantar aku ke hospital tapi memandangkan pengasuh anak-anak belum sampai terpaksalah menunggu namun hampir jam 7.45 minit pagi pengasuh belum datang juga dan kami mengambil keputusan untuk membawa ketiga-tiga orang anakku bersama ke hospital.  Setibanya d hospital, abah anak-anak baru nak mengambil beg d bahagian tempat duduk belakang kereta, aku terus meluru ke hospital....hehehe kelakar bila aku ingatkan.  Anak-anak terpaksa kami tinggalkan dalam kereta kerana abah mereka nak hantar aku dan turun semula mengurus anak-anak.  Saat abah anak-anak menekan butang lif...aku da meluru naik tangga.  Sempat dia panggil aku tapi aku meluru mendaki anak tangga ke tingkat 3 wad bersalin.  Sesampainya d sana aku terus memberitahu yang aku sakit gesa nak bersalin.  Jururawat kelam kabut suruh aku masuk ke bilik bersalin dan suruh aku baring, tak sampai 5 minit Mohd Nur Afiq pun lahir kedunia dengan mukanya yang tembam dan bulat.  Beratnya hampir 4 kg menjadikan dia anak yang suka melalak kerana sering menjadi mangsa ciuman dan pelukan abang-abangnya.  D mana saja dia selalu jadi perhatian dengan pipinya yang tembam dan hidungnya yang mancung.  Kulitnya yang cantik dan bersih.  Dia anak yang tak banyak karenah.  Bijak, sewaktu kecil suka bertanya macam-macam tapi bila dah semakin dewasa dia jadi pendiam namun senang berurusan.  Dia nih kurang manja dengan aku tidak seperti abang-abangnya mungkin kerana dia anak tengah.  Dia agak perahsia orangnya namun sangat menyayangi adik beradik dan teman-temannya.  Sanggup berkorban demi keluarga dan bertanggungjawab orangnya.  Pernah menitiskan airmata bila melihat aku sakit.  Hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh.
Semoga Mohd Nur Afiq akan jadi anak yang soleh dan baik, menjadi kebanggaan keluarga, menjadi cahaya yang mulia yang akan menerangi dirinya dan juga diri orang lain.  Selamat Hari Lahir sayang...semoga d panjangkan umur dan d murahkan rezeki. Mama bangga memiliki anak seperti ameng.  Mama sayang ameng.