Monday, February 27, 2012

Selamat datang IZZARA SOFEA JOHNLET ABDULLAH

27/02/2012 bersamaan dengan hari Isnin, jam 12.30 tengahari bertempat di Majlis Agama Papar, Sabah Gwenevy Johnlet telah selamat memeluk agama islam dengan mengucap dua khalimah syahadah dan memilih nama IZZARA SOFEA JOHNLET ABDULLAH.  Kini Izzara Sofea menjadi saudara islam kami. Syukur alhamdulillah.  Semoga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Friday, February 24, 2012

Broken Angel (First time I heard this song, I kindly like it)


Broken Angel lyrics (ft. Helena)

I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
man dooset daram:
be cheshme man gerye nade
na, nemitoonam
bedoone to halam bade:
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
On n' lonley, broken angel
Come n' save me before i fall apart
to harja ke bashi kenaretam:
ta akharesh divoonatam:
to , to nemidooni , ke joonami , bargard pisham :
la la leyli , la la leyli , la laaa :I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
man dooset daram:
be cheshme man gerye nade
na, nemitoonam
bedoone to halam bade:
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
On n' lonley, broken angel
Come n' save me before i fall apart
to harja ke bashi kenaretam:
ta akharesh divoonatam:
to , to nemidooni , ke joonami , bargard pisham :
la la leyli , la la leyli , la laaa :I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
man dooset daram:
be cheshme man gerye nade
na, nemitoonam
bedoone to halam bade:
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
On n' lonley, broken angel
Come n' save me before i fall apart
to harja ke bashi kenaretam:
ta akharesh divoonatam:
to , to nemidooni , ke joonami , bargard pisham :
la la leyli , la la leyli , la laaa :

Colours of the beautiful places


























Beza antara kawan dan kekasih

Satu topik yang sering di perkatakan disaat ini.  Antara kawan lelaki dan kekasih....mana yang lebih dekat di hati......Kalau soalan itu ditanyakan pada aku, aku akan jawab begini "kawan di hati...kekasih dijiwa...." nak tahu kenapa...??  Bagi akulah kan...aku lagi suka berkawan dari berkasih...kerana bila berkawan, kita tak ler terikat sangat pada seseorang atau sesuatu.  Pernah dengar tak dari kawan boleh jadi kekasih tapi dari kekasih tak mungkin akan jadi kawan....percaya atau tak teori aku nih...???  Aku lagi selesa berkawan kerana bila berkawan kita rasa bebas untuk meluahkan apa yang kita fikirkan, boleh tanya pendapat dan kadang-kadang boleh buat perangai bodoh tanpa rasa bersalah....TETAPI bila dengan kekasih kenalah jaga hati, jaga jiwa, jaga gaya...adoiiii...letih tau.  Dengan kawan bila nak keluar jumpa dia tak ada nya nak bersiap bagai....nak pakai cantik-cantik.... nak bermekap sakan....kadang tak pakai mekap pun...selamba jer jumpa dia dan dia tak komplen apa-apa pun tapi cuba keluar dengan kekasih dengan hanya berselipar jepun, jeans dan t.shirt tanpa memakai mekap....mesti muka dia macam muka nampak alien dan paling koman pun dia akan berkata "sayang ok ker nih...macam tak sihat jer...." Bila keluar dengan kawan, aku lebih selesa untuk bersembang apa saja... even perkara personal pun boleh kami kongsikan.  Kalau dengan kekasih tak semua benda boleh kita kongsi....kadang ada part-part sensitif yang harus kita simpan demi menjaga keamanan sejagat.
Kalau aku dibagi pilihan, aku nak berkawan sampai bila-bila tapi kalau disuruh bercinta....aku kena ambil masa untuk berfikir masak-masak.  Bila berkawan, kemungkinan untuk bertengkar, cemburu, terasa hati, merajuk....amat berkurangan bahkan kemungkinan juga tiada sama sekali tapi bila bercinta....jeng..jeng..jeng...bersedialah untuk makan hati dan berendam airmata.  Makan hati berulam jantung kau.
Bila bersama kawan, aku boleh gelak kuat-kuat, boleh buat muka bodoh atau muka selenge tapi bila dengan kekasih.....kena jaga tatacara, bersopan santun budaya kita.  Bukanlah hipokrit tapi memang macam tu ler istilah bercinta.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai kawan baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik. Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang sama, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Tetapi.....
Kita kenalah pastikan jenis lelaki manakah yang kita ingini dalam hidup ini? Kawan? Kekasih?  Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan mereka itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada kita untuk membentuknya bersama mereka- selagi kita tahu di mana kita mahu mula meletakkan garisan.  Apa yang aku tuliskan ini berdasarkan pandangan dan fikiran ku saat ini.  Memandangkan blog ini blog aku...jadi sukati aku lah nak tulis apa pon....kan..????


Wednesday, February 22, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Yg ke 28

22/02/1984 jam 11.30 pagi anak ku yang sulung lahir. Mohd Nur Abda nama diberi membawa erti YANG TERPUJI CAHAYA HAMBA ALLAH. Terlalu cepat masa berlalu.  Macam baru semalam aku memeluknya dalam pelukanku di saat kali pertama aku menatapnya, kini dia da berusia 28 tahun.  Macam baru semalam aku mula mengajarnya bertatih kini dia dah boleh memimpin aku bila berjalan. Tak terasa masa berlalu begitu pantas.  Kini dia dah dewasa dan menjadi kebanggaan keluarga.  Semoga dia akan terus menjadi anak yang soleh, membimbing adik-adiknya kejalan yang benar dan menjadi anak yang bertanggungjawab pada keluarganya. Doaku agar Mohd Nur Abda akan menjadi tumbuh menjadi anak yang soleh, baik, bertanggungjawab dan menjadi kebanggaan keluarga. Aminnnn.




Tuesday, February 21, 2012

Tiada duka yang abadi

Aku pernah merasakan bahawa hidup ini tiada lagi berguna dan aku seolah-olah kehilangan arah tujuan di saat keringat yang tertitis tidak lagi memberikan apa-apa erti. 
Aku juga pernah merasakan hidup ini kelam, tiada yang bercahaya, hati yang sebak, titisan air mata yang tidak lagi boleh dikawal mengalir bagaikan arus sungai lajunya. 
Harapan dan impian ku selama ini hancur dan berkecai satu persatu. Namun aku tak patah semangat......aku tak hilang keyakinan untuk terus berjuang kerana aku tahu Tuhan menguji ku kerana DIA yakin aku dapat mengharunginya. 
Memang sakit...memang perih namun di sebalik semua itu aku temui kekuatan dan dari situ juga aku kenali sifat-sifat manusia yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan. 
Mungkin itu juga ujian Tuhan untuk menguatkan hati ku. Masaku banyak aku habiskan dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengan motivasi dan buku-buku agama. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat merawat hatiku sendiri selain aku mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Aku temui kata-kata penawar ini melalui pembacaan-pembacaanku. Ayat yang sangat ringkas tapi begitu bererti buatku.

"Hatimu itu tidak perlulah terlampau sensitif. Andai ada yang melukaimu dengan bicaranya dan perbuatannya, maafkan sahajalah dan berlapang dada dengan kekurangannya.  Dengan memaafkan dia, ia sebenarnya mengubat hatimu sendiri malah menjauhkan hatimu dengan segala perasaan dendam & busuk hati. Forgive & forget . 
Berterima kasihlah kepada setiap cebisan pengalaman yang pernah dilalui. Yakinilah apa yang terjadi itu adalah yang terbaik buat diri. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya…
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu;  sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan;  segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.
Setiap ujian yang datang itu adalah berdasarkan kekuatan kita. Malah hadirnya juga bukan sia-sia. Seribu satu hikmah yang terlindung di sebaliknya, yang bakal memajukan kita ke hadapan selangkah demi selangkah andai kita mengambil pengajaran dan ikhtibar darinya".

“ Tidak ada orang yang paling menderita melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh tidak menjadi jasadnya sendiri dan tidak menjadi fikirannya sendiri ”


SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM



Yang berlegar dalam fikiran ku di saat ini

Innamal usri yusra

Says the Holy Quran (s.94V5) "With every suffering, there comes relief. Truly, with every suffering there comes relief".

Sesungguhnya dengan kesusahan akan datang kemudahan.  Itu janji Allah dan janji Allah itu pasti.

Hanya sepotong ayat tapi amat berkesan di dalam hati.

Friday, February 17, 2012

RUMAH TERBALIK.....biar betul....Daya tarikan baru untuk pelancong ke Sabah.

Aku nak kongsi sedikit cerita tentang satu daya tarikan baru untuk pelancong yang datang bercuti di Sabah, khasnya di Kota Kinabalu. Di Kg Telibong, Tamparuli yang terletak lebih kurang 20 - 40 minit jika memandu dari Bandaraya Kota Kinabalu. Satu lagi tarikan pelancong yang popular buat masa nih. oh yah.....bayaran sebanyak RM10 utk dewasa (pemegang My Card) dan RM 18 untuk pelancong asing d kenakan pada pelawat yang nak mengambil gambar dan melawat rumah yang unik ini. Memang unikkan...??? Pembinaan rumah yang unik ini mengambil masa hampir 6 bulan untuk menyiapkan semuanya termasuk bumbung, dinding, lantai yang membuatkannya tergantung (terbalik).
Rumah Terbalik ni Mr Alexander Yee yang punya.....
macam dialog dlm filem Ahmad Albab lah pulak...
Mr Alexander Yee, seorang pemilik firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong , beliau telah membelanjakan hampir setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik ini yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, Tamparuli, Tuaran.
Kata Mr Yee lagi, rumah terbalik ini dibina dengan membawa maksud, "jika kita terus mengekploitasikan sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia 'terbalik' (musnah)". Bagus gak teori dia nih kan......mabelesssss.........








Tadaaaa....akhirnya sampai gak aku ke sini
 Rumah terbalik ini dilengkapi dengan ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan dapur yang menampilkan ciri-ciri tradisional orang Sabah. Kesemua barangan seperti peti sejuk, meja makan, mesin jahit, perhiasan dalaman juga diletakkan secara terbalik. Termasuklah kereta kancil yang terdapat di halaman rumah tersebut.
Di sini aku attachkan gambar-gambar mengenai RUMAH TERBALIK tu..... jangan sampai otak dan mata kita jadi terbalik melihat dan memikirkannya.
Semoga kewujudan Rumah Terbalik ini akan menambahkan lagi keunikan yang ada di Malaysia, khususnya d Sabah Negeri D Bawah Bayu.
SO PROUD 2 B A SABAHAN......