Aku suka dengan kata-kata ini....hati adalah otot...apa otot akan buat bila telah cedera...??, Otot akan tumbuh dengan lebih kuat. Jadi x perlulah sedih bila hati terluka kerana dengan kelukaan itu akan tambah menjadikan kita lebih kuat dan lebih tabah. Inilah yang d namakan kehidupan, suka dan duka silih berganti. Kadang apa yang d genggaman belum tentu jadi milik kita yang hakiki. Kadang bila kita menyukai atau menyayangi seseorang atau sesuatu, berhati-hatilah kerana kemungkinan yang kita sayangi itu akan menyakiti dan melukakan hati kita suatu masa kelak dan tidak mustahil sesuatu yang pernah kita sayang akan menjadi sesuatu yang akan kita benci. Tiada yang kekal d dunia ini. Berpada-padalah bila menyayangi dan berpada-padalah bila mencintai.......sekadar untuk renungan kita bersama.
Showing posts with label cinta dan kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label cinta dan kasih sayang. Show all posts
Monday, April 9, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Puisi tanpa tajuk
Ku jejaki lagi pantai ini
untuk kesekian kalinya
namun tiada lagi keramahan
dan belai mesra sang bayu
yang menyapa
yang ada hanya ombak sepi
yang memecah pantai yang sunyi
tiada lagi tawa mesra
dan gurau senda
yang dulu sering mengiringi kita
tiada lagi puisi cinta
dan kata kata indah
yang dulu sering kita nyanyikan bersama
Istana pasir yang megah berdiri
kini hancur berderai menyembah bumi
mewakili cinta kita yang terlalu rapuh
tiada mampu untuk bertahan
menghadapi gelombang dan ujian
Kini aku berdiri dipantai ini melihat
ombak yang ganas bergulung dilautan
berebut berlari untuk mencecah pantai
pecah menjadi buih-buih yang memutih
seperti juga cinta yang tidak kesampaian
Pantai Melinsung
5.22 pm
Monday, February 27, 2012
Selamat datang IZZARA SOFEA JOHNLET ABDULLAH
27/02/2012 bersamaan dengan hari Isnin, jam 12.30 tengahari bertempat di Majlis Agama Papar, Sabah Gwenevy Johnlet telah selamat memeluk agama islam dengan mengucap dua khalimah syahadah dan memilih nama IZZARA SOFEA JOHNLET ABDULLAH. Kini Izzara Sofea menjadi saudara islam kami. Syukur alhamdulillah. Semoga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.
Tuesday, February 21, 2012
Yang berlegar dalam fikiran ku di saat ini
Innamal usri yusra
Says the Holy Quran (s.94V5) "With every suffering, there comes relief. Truly, with every suffering there comes relief".
Sesungguhnya dengan kesusahan akan datang kemudahan. Itu janji Allah dan janji Allah itu pasti.
Hanya sepotong ayat tapi amat berkesan di dalam hati.
Says the Holy Quran (s.94V5) "With every suffering, there comes relief. Truly, with every suffering there comes relief".
Sesungguhnya dengan kesusahan akan datang kemudahan. Itu janji Allah dan janji Allah itu pasti.
Hanya sepotong ayat tapi amat berkesan di dalam hati.
Tuesday, April 26, 2011
Saat jauh dari mu.....
Aku tidak pernah meninggalkan mu walau untuk sekelumit waktu....meski raga kita terpisah jauh namun hati kita dekat selalu...kekuatan cinta kita tak akan pernah rapuh....terhapus ruang dan waktu....
Kau tak pernah luput dari ingatanku....sentiasa hadir menemani aku dalam setiap keadaan....aku tahu jarak memisahkan kita....namun ingatan ku tetap bersama mu. Kasih sayangmu tetap menghangatkan hidupku dan kerinduan ku selalu menemanimu. Itulah buktinya keteguhan kasih kita. Kau pernah mengatakan kalau kekuatan cinta kita bertahan selama ini kerana kita memang di takdirkan untuk bersama.
Aku tahu ada ketika-ketika kita di uji dengan berbagai keadaan. Ada waktu-waktunya aku bagai hilang keyakinan diri untuk terus menunggu dan mengharap kehadiranmu. Kejauhan mengajar kita untuk menjadi lebih tabah dan lebih kuat....kerana di sebalik ujian yang getir ini ada kebahagiaan yang sedang menanti kita di hujung waktu.
Friday, April 22, 2011
Bila rasaku ini rasamu
Di celah kepulan awan
di antara deruan angin
rinduku menghiris jiwa
lalu singgah menyentuh lubuk
hati yang paling dalam
hati yang paling dalam
Terbayang senyummu
yang kau simpan dalam diam
saat kau selit duka mu dalam tawa
saat kau tenang dalam gundah
kau kekasih terpilih
tempat ku berbagi cinta
Kini seiringnya waktu
yakinlah aku
hadirmu satu anugerah
kerana engkau lah yang ku
pinta dalam setiap doa-doaku....
Monday, April 18, 2011
Kenangan Terindah.....
Satu yang akan terus kekal dan abadi dalam diri seseorang ialah ingatan yang d namakan KENANGAN. Meski masa akan berlalu dan musim akan berganti, namun kenangan tetap akan tinggal dalam kotak fikiran. Begitu jugalah dengan perjalanan hidup ku ini. Terlalu banyak yang d namakan kenangan.....silih berganti mewarnai kehidupan....meski akan berlalu namun tetap akan bersemadi dalam lubuk memori yang paling dalam. Hanya kenangan saja yang akan ku bawa kemana-mana. D sini aku abadikan detik-detik bahagiaku d samping insan-insan yang aku sayangi dan kasihi. Insan-insan yang tetap akan menerimaku dalam apa juga situasi. Mereka tidak akan meletakkan sebarang syarat untuk menerima aku. Mereka menerima segala kekurangan dan keterbatasanku dan menyayangi aku apa adanya. Setiapkali aku menatap gambar-gambar ini, aku tersenyum dalam tangisan.....aku rindu akan detik-detik indah d kelilingi oleh insan-insan yang menyayangi aku. Insan-insan inilah yang akan setia bersama ku dalam apa juga keadaan....yang akan menangis bila aku sedih dan akan sama tertawa bila aku bahagia. Tuhan....terima kasih kerana KAU telah melengkapi kehidupanku dengan anugerah yang terindah dan tidak ternilai ini. Walau hanya beberapa hari aku bersama mereka namun cukup untuk menghilangkan kerinduan yang bermukim d dalam jiwa. Sempat aku berjumpa sanak saudara, adik beradik, anak dan menantu serta cucu-cucuku yang tersayang. Walau waktu bersama sangat singkat tapi cukup membahagiakan aku. Semoga akan ada kesempatan lagi untuk aku bersama-sama mereka dan akan ada lagi hari-hari indah yang menjanjikan bahagia untukku....Jutaan terima kasih buat adikku dan suaminya serta keluarga yang bersusah payah melayan aku sewaktu aku berada d KK.....Sanggup mengambil cuti selama 2 hari agar dapat menemankan aku. Segala apa yang aku inginkan sedaya upaya dia cuba dapatkan....sebut jer teringin nak makan apa....dia berusaha mengadakannya....terharu rasanya hati.....aku teringin nak makan nasi kuning....sebut jer...keesokan harinya da tersedia d atas meja....teringin nak makan mee rojak.....besok pagi da tersedia masa sarapan.....nak sangat makan kuih penjaram....masa jenjalan kat tamu tetiba jer dia hulurkan bungkusan kuih penjaram yang dia belikan untukku. Aku jadi rindu pada arwah mama ku. Sikap adik ku sudah seperti sikap arwah mama ku yang akan selalu mengadakan apa saja yang kami teringin nak makan. Terima kasih juga buat abang-abangku yang bersusah payah meluangkan waktu untuk datang berjumpa dan berkumpul adik beradik......terima kasih buat anak, menantu dan cucu-cucuku yang mewarnai kehidupan ku dengan kehadiran mereka. Sepanjang waktu hari-hariku terisi dengan kebahagiaan dan keriangan bila menatap wajah dua insan kecil yang memanggil aku dengan sebutan NENDA. Terima kasih juga buat anak-anak saudara, adik-adik sepupuku dan juga makcik ku yang sudi meluangkan masa bersama ku....Semoga akan ada lagi kesempatan untuk kita berjumpa d lain ketika. Aku pulang ke Melaka sarat dengan kenangan yang manis....Terima kasih Tuhan kerana telah mengizinkan aku untuk mengecapi betapa bahagianya memiliki keluarga. Aku sayang korang semua...... :-) + :'(
Satu-satunya adikku
|
![]() |
Iman & Aleesya ANUGERAH TERINDAH buat ku |
Aksi Iman suka bergaya |
Happy moment |
![]() |
Alalala.....Aleesya nanges erkkk.. |
![]() |
My cute baby doll... Aleesya |
![]() |
My sweet princess....Iman Amira |
Iman yang suka bergaya |
Anak ku bersama keluarga dan adik sepupunya Ayu |
![]() |
Menantu ku sempat berposing |
![]() |
Dekorasi utk bunga telur majlis bergunting rambut anak pada adik sepupuku |
Sempat posing sebelum g kenduri |
Bunga telur |
Adik sepupuku Jiah dgn anak daranya |
Menantu ku yang ayu |
Adat bertimbang kerana baby lahir bulan Muharam |
Sempat snap gambar kucing nih |
Diantara barang2 yang akan d timbang bersama bayi |
![]() |
Alisya anak adik sepupu |
![]() |
Jiah & Ella, adik sepupuku |
![]() |
Bersama anak menantu, anak sedara dan cucu |
Wahhhh...menantu aku ada FERRARI yan.... |
Masa jenjalan kat tamu aku tertarik dgn pokok2 nih |
Kalau ler Melaka tu dekat, memang aku borong bawak balik |
Pokok kaktus |
Gerai kristal & mutiara |
![]() |
kuih penjaram versi hijau (perasa pandan)... tapi aku prefer yang original...my favorite |
![]() |
Kuih kelupis...nyaman ehhh |
Adik aku siap beli kek coklat lagi..... |
![]() |
aduyaiii...Iman suka sangat sakat Aleesya |
Bersama adik2 sepupuku...sama tak muka kami..?? |
D one & only....makcik ku.... pengganti arwah mama ku |
![]() |
Majlis bergunting rambut anak adik sepupuku |
![]() |
Adik2 sepupuku yang cun |
![]() |
Nenda tgh tekun mengurus cucu |
![]() |
Anak saudaraku bersama suami dan babynya |
Menantu ku bersama cucu ku Aleesya |
Yang baju kelabu tu abang aku yang no 3 |
Seronok dapat kumpul ramai-ramai |
Bersama anak sedara ku yang comel....IIN |
Abang ku yang sulung dan isterinya |
![]() |
Sempat bergambar walau tak semua ada masa nih |
D apit oleh 2 dari 5 hero ku |
Bersama anak dan menantuku... Mama syg kamu |
Anak no 5 dan anak no 2 |
Mama gonna miss u two....jaga diri bebaik |
![]() |
Nenda love u so much Iman...... |
![]() |
Bersama Ayu. Aleesya & Iman |
My cute baby doll...Aleesya |
![]() |
Nenda sayang Aleesya sangat2...sayang cucu Nenda nih... |
![]() |
Bersama adikku, anak2 ku & cucu2 ku |
![]() |
One happy family |
Nenda dengan cucu2nya... |
Bersama menantu tersayang a.k.a my bff |
Aleesya & Aniq...love u both |
suka tengok gambar nih..... |
Subscribe to:
Posts (Atom)