Monday, March 26, 2012

Cerita tentang awan

Awan yang berarak atau tahi angin
benarkah cerita ini atau dongeng semata2...???
Langit temaram kala senja menyapa
Kali ini aku nak berkongsi satu cerita yang aku anggap menarik sekali walaupun sedikit dongeng untuk aku kongsikan bersama pembaca blog aku nih.  Hari tu aku, ibu (makcikku) dan kakak ipar ku pergi kepantai yang berdekatan dengan rumah ku.  Disana kami duduk d tepi pantai sambil memerhatikan air laut yang sedang pasang. Kami bercerita mengenai kehidupan dan persekitaran kami.  Lantas aku ternampak awan yang sedang berarak dan memuji kecantikan awan itu.  Makcik ku memberitahu padaku sebenarnya awan atau tahi angin itu adalah roh orang mati kufur atau mati bunuh diri.  Makcik ku menceritakan, kisah ini d ceritakan oleh datuk moyangnya sewaktu dia masih kecil.  Mula-mula aku dan kakak ipar ku ketawa kerana menyangkakan makcik ku hanya bergurau.  Makcikku dengan serius menceritakan tentang ruginya orang yang mati dengan membunuh diri kerana roh mereka tidak akan d terima oleh bumi. Mereka akan jadi awan atau tahi angin yang sentiasa berarak apabila d tiup oleh angin.  Begitulah roh mereka akan sentiasa bertebaran hingga hari kiamat.  Makcik ku juga mengatakan ada juga roh yang tak d terima bumi akan menjelma menjadi binatang liar.  Bila binatang itu d tembak atau d bunuh oleh manusia maka roh itu d kira mati syahid kerana terbunuh.  Aku tak tahulah d mana kebenaran cerita ini tapi aku tertarik mendengarnya.  Aku beranggapan cerita itu hanya cerita dongeng yang d ciptakan penuh dengan pengajaran.  Bila aku mendongak dan melihat awan yang berarak, aku terfikir betapa malangnya menjadi awan atau tahi angin kerana sentiasa terbang tanpa haluan. Hingga kini bila aku menatap awan yang berarak......hati kecilku selalu berbisik : roh siapakah yang bertebaran d atas angin itu...??? Kata-kata makcikku membekas d fikiranku.....d mana kebenarannya aku sendiri tak tahu.......Allahu A'lam Bissawab.

Monday, March 19, 2012

HARGA DIRIKU

                                                 
Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu
Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Tuesday, March 13, 2012

Puisi tanpa tajuk



Ku jejaki lagi pantai ini
untuk kesekian kalinya
namun tiada lagi keramahan
dan belai mesra sang bayu
yang menyapa

yang ada hanya ombak sepi
yang memecah pantai yang sunyi

tiada lagi tawa mesra
dan gurau senda
yang dulu sering mengiringi kita
tiada lagi puisi cinta
dan kata kata indah
yang dulu sering kita nyanyikan bersama

Istana pasir yang megah berdiri
kini hancur berderai menyembah bumi
mewakili cinta kita yang terlalu rapuh
tiada mampu untuk bertahan
menghadapi gelombang dan ujian

Kini aku berdiri dipantai ini melihat
ombak yang ganas bergulung dilautan
berebut berlari untuk mencecah pantai
pecah menjadi buih-buih yang memutih
seperti juga cinta yang tidak kesampaian


Pantai Melinsung
5.22 pm
Kita ada didunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk di cintai TETAPI.... untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna....

Apricot Seed (B 17)


Pernah dengar tentang B 17 tak? Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakannya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap. 
Pengalaman memula aku makan apricot seed ni, rasanya pahit dan meruap. Rasanya macam kekacang tapi pahit namun khasiat yang terkandung didalamnya sangat banyak.  Sekarang ini merupakan rutin harian makanan tambahan yang aku ambil.


Diantara khasiat yang terdapat dalam Apricot Seed B17
1. Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, Kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, Kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi.
2. Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.

3. Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah.
4. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
5. Meningkatkan kesihatan mental & memori.
6. Membersihkan arteri.
7. Mengurangkan masalah sakit sendi.
8. Membantu masalah buasir.
9. Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
10. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
11. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan.
12. Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
13. Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung.
14. Menghaluskan kulit.
15. Anti penuaan.

Oleh itu cadangan memakan 7 - 15 Biji Aprikot setiap hari insyaallah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri

Saturday, March 10, 2012

Khasiat Nenas Batu

Inilah buah Nenas Batu
Adik aku bagi aku sebiji NENAS BATU
Rendam dlm air panas selama 1 jam
Peliknya buah nih akan kuncup bila
di rendam
Pertama kali aku nampak buah ni kat rumah adik aku. Bila aku tanya apa khasiatnya, dia kata untuk kesihatan dan sewaktu aku berjalan-jalan di TAMU (pasar minggu), aku terserempak dengan buah ni. Buah ni di kenali dengan nama NENAS BATU. Memula memang agak pelik bila aku melihat nenas batu nih.....yang pertama singgah dalam fikiran aku ialah, cantiknya buah nih kalau buat dekorasi di rumah. Letak dalam mangkuk kayu dan letak atas meja rendah di ruang tamu, tapi bila aku dengar tentang khasiat buah nih....aku terus teruja nak mencuba. Bila sampai rumah aku terus search kat GOOGLE tentang khasiat dan kegunaan NENAS BATU ni. Di sini aku kongsikan bersama khasiat yang terdapat dalam buah ni. Buah ni bila di rendam dengan air panas, dia akan mengecut dan bila di jemur di bawah cahaya matahari, buah ini akan mengembang.

Khasiat Nenas Batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
3. Melawaskan kencing.
4. Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan.
5. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
6. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
7. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.
8. Jika rajin diamalkan minum air nenas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.
9. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
10. Membuang toksin dalam badan.
11. Melancarkan perjalanan darah.
12. Mencantikkan bentuk badan.


Cara Penggunaan Nenas Batu
1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan selama satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan, penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah..


Nota:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world.
Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari. Selamat Mencuba !!!!

TERUKIR D BINTANG


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday, March 5, 2012

Suatu petang ditepi pantai
























Mee Rojak Daging


Aku nih seorang peminat tegar mee rojak.  Terutama mee rojak KK (Kota Kinabalu daaa).  Mee rojak KK nih totally lain dari mee rojak mamak.  Dah berapa kali aku cuba makan mee rojak mamak untuk menyamakan rasa dia tapi tetap tak sama.  Mee rojak KK nih ada dua jenis, satu mee rojak daging dan satu mee rojak ayam.  Mee rojak nih merupakan makanan favorite aku sejak kecil lagi.  Aku masih teringat sewaktu aku berumur 8 atau 9 tahun, aku selalu makan mee rojak yang dijual di pasar yang berdekatan dengan rumah ku.  Aku sanggup pergi ke pasar tu bersendirian dan berjalan kaki (yer laa.....tak akan aku nak drive keta plak) hanya semata-mata nak membeli mee rojak.  Waktu tu harga mee rojak hanya 10 sen sepinggan.  Memang sangat-sangat sedap rasanya.  Dulu arwah mak aku juga ada menjual mee rojak di kedai makan kepunyaan kami.  Aku selalu membantu pekerja-pekerja kedai makan untuk mengisar kacang tanah menggunakan mesin kisar tangan.  Aroma kacang yang sangat wangi akan terhidu apabila kacang dikisar halus dan mengeluarkan minyak.
Pernah beberapa kali aku mencuba resepi untuk membuat rojak sama seperti yang selalu aku makan dulu tapi hingga kini aku tak pernah menemui rasa yang sama macam mee rojak yang babu joyah (nama makcik penjual rojak)  tu buat dan yang arwah mak aku buat.
Mee rojak nih simple jer bahan-bahannya.  Mee kuning yang di celur dengan kuah sup, kemudian diletakkan hirisan daging lembu atau daging ayam yang telah dihiris nipis. Daging atau ayam itu hendaklah di rebus terlebih dahulu mengunakan rempah sup. Kemudian diletakkan telur yang telah di rebus, timun yang di hiris halus, taugeh yang telah dicelur dan tauhu goreng.  Sedapnya mee rojak ini terletak pada kekuatan sambal kacangnya.  Cara memasak sambal kacang mee rojak ini tak sama dengan cara kita memasak sambal kacang untuk dimakan dengan nasi impit tu.  Kuah sambal kacang yang wangi, lemak, manis dan pedas dicurah ke atas mee dan rencah-rencahnya tadi.  Dihidangkan juga bersama semangkuk kuah sup yang ditaburkan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng untuk dimakan bersama mee rojak nih.  Memang sedap.....I tell u.....kecur air liur aku tau....so bila datang berkunjung ke Sabah terutamanya Kota Kinabalu, jangan lupa try MEE ROJAK wokeyyyyy....

Sunday, March 4, 2012

Kek Coklat Kukus yang mudahhhhhhhh.......& sedappppp....

Hari tu aku ada post gambar kek coklat yang aku buat kat wall FB aku....banyak feedback yang aku dapat.  Ada yang minta resepi dan tanya macamana nak buat.  So dengan rendah hati aku kongsikan kat sini untuk semua.  Bahan2nya pun x banyak dan cara buat kek tu pun tak complicated.  Da beberapa kali aku buat kek nih....ok jer x der masalah kek bantat ker...kek x jadi ker....kek rosak ker....

Bahan-bahannya :-

Tepung Gandum 2 cawan
Gula 2.5 cawan
Susu Cair 1.75 cawan
Baking powder 1 sudu teh
Bicarbonat of soda 2 sudu teh
Esen vanilla 1 sudu teh
Telur 3 biji
Minyak jagung 1.75 cawan 
Air panas 1 cawan
Serbuk koko 1.75 cawan
Suku sudu teh garam

Cara membuatnya :

Ayak tepung gandum, bicarbonat of Soda, Baking Powder, Serbuk Koko. Gaulkan dalam sebuah mangkuk dan masukkan susu cair, minyak jagung, esen vanilla dan garam. Gaul hingga sebati.
Pukul telur dan gula menggunakan hand mixer (kalau ada) sampai naik. Kalau x der hand mixer, gunakan saja hand energy (guna tangan daa) pukul hingga sebati telur dan gula.  Tuangkan dalam adunan tadi dan akhir sekali masukkan secawan air panas.  Adun rata, tuang dalam loyang yang telah d lenserkan dengan mentega/margerine. Kukus selama sejam atau sampai masak.

Topping :
Cooking coklat
Mentega atau susu cair

Cara membuatnya :
Dengan menggunakan kaedah 'double boiler', larutkan coklat masakan.  Masukkan mentega dan kacau perlahan hingga cair dan berkilat.  Ada sesetengah coklat masakan x perlu d letakkan gula kerana sudah manis.  Kalau dapat coklat masakan yang pahit tanpa gula...bolelah d letakkan sedikit gula.  Kek ini tidak menggunakan mentega so kek ni tak berminyak wokeyyyy.....

Tuangkan d atas kek yang telah masak d kukus dan hiaskan. Bole juga hiaskan dengan coklat rice atau kacang tanah yang d tumbuk kasar.

SELAMAT MENCUBA MY FRIEND !!!!!