Wednesday, May 30, 2012

10 Manfaat senyum yang perlu d ketahui


Pada posting yang cukup menarik kali ini, yaitu Fakta Tentang Manfaat Tersenyum yang perlu Anda ketahui. Anda harus tahu manfaatnya, maka dari itu setelah membaca artikel Manfaat Senyum ini Anda harus sering-sering tersenyum. Berikut 10 Tips Manfaat Tersenyum :

1. Senyum membuat kita lebih menarik
Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, masam, membuat orang menjauhkan diri dari kita , tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik.

2. Senyum mengubah mood kita
Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.

3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum
Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka Kamu akan disukai oleh banyak orang.

4. Senyum dapat mengurangi stress
Jika tanda-tanda stress menyerang kamu, maka wajah Kamu akan menjadi suram untuk dipandang, sesegera mungkin untuk tersenyum kerana senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang stress, lelah atau merasa “down”. Jika Kamu sedang stress cubalah untuk tersenyum, maka stress Kamu akan berkurang dan Kamu akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh
Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika Kamu tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan Kamu menjadi lebih rileks.

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Ketika Kamu tersenyum, maka tekanan darahmu akan menurun. Jika Kamu x percaya, Kamu boleh mencubanya sendiri, jika Kamu memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah.

7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin
Beberapa kajian telah d buat dan telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang ubat yang mujarab.

8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat Kamu terlihat lebih muda
Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat Kamu terlihat lebih muda. Jika Kamu ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyummu sepanjang hari, maka Kamu akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik dan dapat Menghilangkan Jerawat juga. Senyum juga ubat untuk sentiasa awet muda.

9. Senyum membuat Kamu tampak suksess
Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cobalah tersenyum saat Kamu melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rekan-rekan kerja, sahabat, orang-orang terdekat Kamu akan merasakan sesuatu yang berbeda dan suksess.

10. Senyum membuat Kamu tetap positif
Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Kerana ketika Kamu tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan signal ke tubuh Kamu bahawa “hidup Kamu saat ini baik-baik saja”.

Maka jauhkan diri Kamu dari depressi, stress dan rasa khawatir dengan satu kata yaitu "senyum", tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap Kamu kurang waras.

#Selalulah berlatih d depan cermin bagaimana untuk mengukir senyuman yang manis......kerana ramai d antara kita yang masih x yakin untuk tersenyum. Aku percaya practice makes perfect. Kannnnn....!!!!

Monday, May 28, 2012

Merawat hati

"D saat orang Bicara Buruk mengenai kita,  padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka,  itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka"

Sunday, May 27, 2012

Satu lagi tips untuk sihat


Jom kita slimkan badan

FAKTA ~ GREEN FIT


Sihat, Langsing, Cantik & Muda dengan Green Fit
Sihat, langsing, cantik dan muda..saya percaya semua orang baik wanita mahupun lelaki pasti mendambakan ciri2 ini pada diri mereka. Mungkin anda boleh cuba minuman organik Green Fit. Bolehkah Green Fit jadikan kita sihat, langsing, cantik dan muda? Mungkin boleh kalau dilihat pada bahan2 yang ada di dalamnya.
Salah satu satu komponen dalam Green Fit ialah alfalfa. Rasanya semua orang tahu kelebihan alfalfa yang tinggi dengan protein, kalsium, mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin E dan vitamin K dan telah digunakan dalam dunia perubatan herba lebih 1500 tahun. Khasiatnya memang superb hingga tumbuhan ini digelar sebagai “bapa segala makanan”. Carilah di Internet, memang banyak artikel tentang alfalfa. Selain untuk merawat penyakit2 dan mengatasi masalah penghadaman yang paling menarik hati ialah alfalfa ini dikatakan mujarab untuk awet muda. Dikatakan juga alfalfa boleh menambahkan air susu ibu, merawat keputihan dan juga membantu dalam hubungan suami isteri serta mengatasi masalah nafas dan badan berbau.
Spirulina..semua orang tahu akan khasiat spirulina. Seperti alfalfa, spirulina juga kaya dengan pelbagai zat yang membolehkannya untuk membersihkan darah serta membuang toksin dalam badan. Spirulina juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan; jadi dapatlah membantu mereka yang ingin mengawal berat badan. Fungsi lain ialah seperti meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan kolestrol jahat.
Komponen lain dalam Green Fit ialah aloe vera. Keberkesanan aloe vera terutamanya untuk kecantikan kulit dan rambut memanglah cukup popular malahan Cleopatra, ratu Mesir terkenal itu juga dikatakan menggunakan aloe vera untuk kecantikan kulit dan rambutnya. Aloe vera dikatakan mampu merangsang penghasilan kolagen yang baik untuk mengekalkan kemudaan pada kulit (..awet muda lagi). Sebenarnya bukan setakat itu sahaja kebaikan aloe vera. Tumbuhan ini juga dikatakan dapat membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan bagi mengelakkan beberapa penyakit seperti gastrik dan ulser. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang merupakan punca kepada masalah sukar menghadamkan makanan.
Oligosakarida pula bermanfaat dalam pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Rangsangan pertumbuhan bakteria baik ini memberi kesan fisiologikal seperti melindungi reputan gigi, mengurangkan keletihan, meningkatkan peristalsis usus, mencegah sembelit, mempertingkatkan keimunan dan keracunan makanan.
Lain2 komponen yang ada dalam Green Fit ialah fiber iaitu lignin(terdapat dalam batang, kulit dan daun sayur2an), serbuk gandum, rumput gandum, serbuk epal dan sekam benih silium. Fiber atau serat memang tidak boleh dinafikan sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghindari sembelit, menurunkan kolestrol serta bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana serat membuatkan anda rasa kenyang.
Sekiranya diperhatikan kebanyakan khasiat Green Fit ini bertumpu di perut dan usus. Perut itukan punca datangnya penyakit; we are what we eat. Jadi isilah perut anda dengan benda2 yang menyihatkan.
Kesan meminum Green Fit ini pula ialah anda akan membuang isi perut anda dengan mudah (tidak sembelit) dan najisnya pula lembut. Apabila toksin dan benda2 tidak berguna sudah dinyahkan dari tubuh anda, nah dari situlah datangnya kesan sihat, langsing, cantik dan muda tadi.
Green Fit ni kalau dibancuh warnanya hijau pekat. Saya fikir rasanya tentu pahit. Tetapi saya silap rupanya minuman ini rasanya sedap terutama sekali bila dibancuh dengan air sejuk (bak kata orang rasa sekali pasti nak lagi). Minuman ni memang sesuai sangat untuk orang yang tidak berapa gemar makan sayur. Orang yang makan sayur pun boleh juga minum Green Fit kerana belum tentu jumlah sayuran yang anda ambil setiap hari mencukupi. Yang penting pastikan dulu anda tidak mempunyai alahan dengan sebarang tumbuhan yang ada dalam Green Fit dan jangan lupa banyakkan minum air putih ya...
# Saya mula mengambil Green Fit ini pada pertengahan Mei 2012. Saya amat menyukai rasa applenya yang sedap dan segar. Kini saya dapat merasakan berat badan saya semakin menurun dan saya kurang berasa lapar berbanding sebelum mengambilnya. Badan juga semakin ringan dan cergas.  Insyallah saya akan terus mengambil Green Fit demi untuk mendapatkan berat badan yang ideal disamping ingin sentiasa sihat.

Its just me...


Saturday, May 26, 2012

Jom kira kalori makanan kita

Pernah x anda semua mengira kalori makanan yang kita ambil setiap hari???
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. 


Makanan & kalori 
Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori

Kategori:Kuih Muih
Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

Kategori: Makanan Segera
Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
Minuman kotak 250g = 105 kal
Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
Aiskrim 2 skop= 390 kal
Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
Mentega 2 sudu teh = 75 kal
Keju chedar 1 keping =58 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
Menonton TV = 40 kalori
Berjalan pantas = 300 kalori
Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
Mengemas rumah = 240 kalori
Berkebun = 320 kalori
Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
Berbasikal statik = 380 kalori
Aerobik = 405 kalori
Ping Pong = 280 kalori

Semoga dengan adanya info yang berguna ini, kita bolehlah mengira sendiri berapa banyak kalori makanan yang kita ambil seharian.  Semoga kehidupan kita selepas ini akan lebih lebih sihat dan teratur.

Wednesday, May 23, 2012

AKU YANG TERSAKITI (aku jatuh hati dengan lagu nih))

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Tuesday, May 22, 2012

My new teddy bear

Nak kongsi satu citer happy....aku da ada teddy bear baru....comel sangat-sangat.  Nama dia DANIEL RIEZKY.  Anugerah yang tidak terhingga buat ku.  Nih aku share picture dia dengan korang.  Comel kan????









Daniel Riezky lahir pada 19 Mei 2012. Jam 7.00 pagi, hari Sabtu.  Berat dia 3.6 kg.  Inilah buah hati aku yang terbaru.  Daniel nih x banyak karenah.  Sedap d peluk dan d cium. Menggemeskan....hehehe....

Monday, May 21, 2012

Kehadiran yang d nanti-nanti

Sesuatu yang baik untuk kita kongsikan....hidup ini bukan sekadar mengejar kekayaan duniawi.....tapi juga bekalan untuk akhirat nanti.....

•**•.ï·².•*Bismillahirrahmannirrahim*•.ï·².•**•

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai


 Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadhan menyucikan rohnya

 Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

 Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti
hujan mencurah banyaknya

 Rejab di gandakan 70 pahala
Sya'ban di ganda 700 pahala
Ramadhan di ganda 1000 pahala
bicara hati buat renungan diri sendiri & semua yang ingin kan jannah♥ ♥ ♥

Keistimewaan Bulan Rejab (Bulan Islam yg ke7)

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Friday, May 18, 2012

Khasiat Jus Tembikai Laici


Jus Tembikai Laici merupakan minuman kegemaranku. Setelah aku membaca beberapa artikel akhirnya aku temui juga khasiat yang terdapat pada minuman yang sangat-sangat aku gemari ini.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


Laici dikatakan mempunyai persamaan disegi khasiat dengan buah longan dan buah rambutan. Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium. Ia mempunyai kandungan rendah kolestrol, sodium dan lemak. Pada keseluruhannya buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan. Ia juga kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kolagen. Kolagen adalah terdapat dalam kulit dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan. Elastin pula berperanan mengekalkan menegangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit. Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara dan untuk kesihatan akar rambut.

#Kesimpulannya minuman ini memang sesuai untuk aku memandangkan aku sering mengalami kekurangan potasium dalam darah kerana aku seorang manusia yang alegik pada pisang d mana kandungan potasium dalam pisang amat tinggi. Setiap kali aku membuat medical check up, doktor peribadiku selalu mengelengkan kepala kerana kadar potasium dalam darah aku amat-amat rendah. Jadi dengan meminum Jus tembikai laici selalu, insyallah akan meningkatkan kadar potasium dalam darah ku. Apa pula minuman kegemaran anda dan tahukah anda apa khasiatnya......????

♥Bila hati berbicara....♥

UMRAH.....Lately perkataan ini sering singgah d mindaku.  Entah kenapa.....mungkin juga kerana ada hari tu my bff ajak aku untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan mereka hujung tahun nanti.  Frankly speak belum terlintas sebenarnya d hati untuk mengerjakan umrah apa lagi aku merasakan yang aku ini terlalu jahil dalam agama. Masih banyak yang perlu aku pelajari.   Anak-anak ku pun selalu berkata "kenapa mama x g umrah....??" dan si dia pula menjawab begini bila aku utarakan soal mengerjakan umrah tapi hati belum bersedia.  "Nak tunggu bersedia bila...?? Syg da x der masalah da tu kalau nak mengerjakan umrah....anak-anak pun da besar semuanya lain ler kalau anak-anak masih kecil dan x der yang jaga.....pergilah, kalau ada kesempatan d saat tubuh badan masih kuat.....bila da mampu ertinya da sampai seru ler tu....." Seriously aku x tahu kenapa.....bila si dia mula buka mulut.....hati aku jadi tenang...jadi sejuk.  Kata-katanya masuk kedalam hati aku.  "Nantilah tengok keadaan dulu...insyallah ada rezeki....sampai ler orang tu ke sana....." selamba jer aku jawab.  Macam hari tu masa kami d Putrajaya, dia ajak singgah untuk menunaikan solat Zohor d Masjid Putrajaya sedangkan aku pula nak solat kat rumah jer bila balik nanti.  Dia tanya aku "Knapa x nak solat kat Masjid...?? Nak tanya bila last syg solat d Masjid...?" "Bulan puasa tahun lalu masa terawih dengan Kam" jawab ku laju.  "Da tu...?? x teringin nak solat kat masjid kut-kut dapat hidayah....kan da selalu solat kat rumah....g ler solat...abg pun nak solat gak nih....nanti kita jumpa kat sini lepas solat" lembut jer suaranya menyentuh telingaku.  Aku pun terus menuju ke masjid arah sebelah kiri tempat solat wanita.  Selesai menunaikan solat aku pun menuju ke tempat kami berpisah tadi.  Dia sudah menantiku dengan senyumannya.  "Lamanya solat....banyak berzikir ker...??" dia mengusik aku.  "X der ler...td lagi da selesai tp orang g ambik gambar dalam masjid jap" dia hanya tersenyum memandang aku.  Senyuman yang menyentuh sampai ketangkai hatiku ♥♥♥

♥ Petua Tenang Jiwa ♥

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian itu kecundang…

Ya.... Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah bahawa DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-NYA.

Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sebenarnya sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.


Senyum kerana ALLAH sesungguhnya masih mengasihi kita.

Gerhana matahari cincin dijangka 20 Mei

Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.

Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat.

Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Portal itu juga menyatakan satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang jaraknya beribu-ribu kilometer.


Thursday, May 17, 2012

Jenjalan ke Putrajaya

Hari nih seorang kawan baikku juga menyambut Hari Ulangtahunnya.  Sempena  hari jadinya hari ini, dia mengambil cuti khas untuk merayakannya  bersama ku. Sempatlah kami makan tengahari bersama d Restoran Ayam Kampung d Bangi.  Sebenarnya kami x der perancangan pun nak ke mana, nak tengok wayang kami x minat.  Nak ke Sunway Lagoon cuaca panas terik so akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Putrajaya untuk mengambil gambar sambil berjalan-jalan.  Kami menghabiskan masa d Taman Botani untuk melihat tasik dan lanskap yang terdapat d sana.  Sedang asyik memerhati    lanskap d sekitar taman tu, kawan ku mencuit lenganku dan menunjukkan seekor biawak tengah merayap dengan perlahan d antara pokok-pokok bunga d situ, mengenangkan aku pada seseorang yang sangat-sangat takutkan biawak.  Aku tersenyum sendiri mengenangkan kenangan-kenangan lucu aku bersama dia bila terserempak dengan biawak atau iguana. Ternyata kenangan-kenangan itulah yang sering membuatkan aku tersenyum dan ketawa.  Ahhh.....lupakanlah kenangan lalu aku tu.....kita balik ke cerita aku sekarang plak nih.  Aku memang suka mengabadikan gambar-gambar pemandangan sesuatu tempat dan dia dengan sabar menunggu aku yang sibuk snap sana snap sini.  Sempatlah juga kami menunaikan solat zohor d Masjid Putrajaya yang tersergam indah itu.  Ada satu kisah lucu yang aku nak kongsikan bersama korang sewaktu aku sibuk amik gambar kat Dataran Putrajaya tu.  Adalah dua orang awek nih sedang sibuk bergambar-gambar kemudian mereka meminta tolong pada kami untuk mengambil gambar mereka. 

Lady : Miss....can you please take our picture (katanya sambil menyerahkan kameranya pada aku)

Aku : Ok....no problem (so aku pun snap ler gambar dia dengan kawan dia)

Lady : One more please....Can you please take that building to be our picture back ground (katanya minta aku snapkan gambar dia berlatar belakangkan Pusat Pentadbiran Putrajaya) Actually Where r u from....?
Aku : Oh I'm from Sabah, how about u.....Where r u from...Miss...?? (Aku bertanya dengan ramah)
Lady : I'm from KL....
Aku : (cakap dalam hati : Hampeeehhhhhh tul berabuk aku speaking London...rupanya dia dr KL jer.....adoyaiiiiii.....) kawan aku gelak sakit perutttt.....!@#$%^&* lepas tu boleh pulak dia cakap melayu dengan aku.  Hahaha.....terkena sudah.....

Disini aku uploadkan gambar-gambar yang aku dan dia snap.  Memang da lama aku teringin untuk bergambar d Putrajaya tapi selalu tidak berkesempatan.  Beberapa kali datang ke Putrajaya tetapi tidak berkesempatan untuk mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar.  Alhamdulillah, kunjungan ku  kali ini d temani oleh seorang insan yang sudi membawa aku kesana dan dengan rela hati menjadi tukang amik gambar.  Thanx....sayang awak.
Aku suka suasana nih...redup
Aku suka tengok bunga nih walau aku x tahu namanya
Tasik Putrajaya pandangan dari Taman Botani
Jeti untuk cruise Putrajaya singgah agaknya
Suasana redup dan dingin
memula nak ambik pict tebuan....tp da terbang
Pokok yang tumbuh d pinggir tasik
satu lagi lanskap yang indah
Macam pokok mengkuang
sempat posing 
teringat Bukit Cina d Melaka
Nak gak mendaki tapi panas terik weh....
Pokok Orkid
kan....rajinnya mengatur kulit kerang sepanjang anak tangga
lagi satu pandangan yang cantik
dalam masjid Putrajaya
Ruang solat untuk wanita
masih dalam ruangan wanita
cantikkan lampu tu??
Warna bunganya yang kuning menambat hatiku
aku suka sangat dengan pemandangan nih
sangat2 menenangkan aku
how nice kalau aku bole tinggal d sini....hehehe....
posing berlatar belakangkan tasik
Menunaikan solat  Zohor d Masjid Putrajaya
Bangga menjadi anak Malaysia
Masjid Putrajaya yang indah
Cantikkan..??
Bangga melihat pembangunan d negara kita
Menghilangkan dahaga dgn REVIVE
Tumbuhan yg terdapat d TAMAN BOTANI
landskap d Taman Botani
Pemandangan d seberang tasik Putrajaya
Masjid Putrajaya yang indah & megah
ini pon aku snap jugak...adoiiii.....
Terkesima menatap cincin batu Mani Gajah kepunyaannya