Wednesday, May 16, 2012

Salad Macaroni Buah2an

Sedap d makan sejuk2......
Hari nih aku nak kongsi cara nak buat Salad Macaroni Buah2an.  Ini salah satu makanan favorite aku dan family aku.  Memang sangat mudah untuk menyediakannya dan sangat sedap.  Sesuai sangat d makan musim panas macam nih.  Jom kita cuba sediakan bersama2 ok.

Bahan2 :
250 gm makaroni d rebus selama 10 minit dan toskan
4 sudu makan mayonaise
Buah2an tropika dalam tin
ataupun
buah2an segar seperti anggur, apple, pear, strawberry, kiwi dan lain2 yang korang fikirkan sesuai (potong kiub).  Sila pastikan yang korang rendam buah2an segar yg da d potong kiub tu dalam air sejuk yang d perahkan lemon.  Ini untuk menjamin buah itu x lebam dan sentiasa rangup.
Nata de coco perasa laici
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh air perahan lemon
setengah cawan kismis (aku suka campurkan kismis kuning & hitam)

Cara menyediakannya :
Mayonaise, susu pekat manis & perahan lemon d gaul bersama dalam sebuah bekas, aku suka memukulnya hingga menjadi ringan dan gebu.  Makaroni yang telah d toskan tadi d masukkan kedalam sebuah bekas dan campurkan dengan buah2an dalam tin yang telah d toskan atau buah2an segar yang telah d potong dan nata de coco yang telah d toskan. Masukkan mayonaise kedalam bekas macaroni tadi dan gaul hingga mesra. Akhir sekali taburkan kismis dan masukkan kedalam peti sejuk selama sejam.  Bila dah sejuk bolehlah d hidangkan.  
Selamat Mencuba.
# p.s : Kalau korang x suka salad korang nih masam, korang bolehlah kurangkan kuantiti perahan lemon tu.