Tuesday, January 28, 2014

Apa beza SUKA, SAYANG & CINTA

Aku pernah bertanyakan pada seseorang apa beza Suka, Sayang & Cinta? Jawapannya sangat ringkas tapi terkesan dalam hatiku. Memetik kata-katanya :
SUKA : Suka pada seseorang, selesa berkawan dengannya.  
SAYANG : Sayang pada Ibu bapa atau pada anak-anak kita 
sementara 
CINTA : Hadir bersama sayang, bermula dengan suka.
Lama aku merenung kata-katanya dan aku temui kebenaran dalam kata-kata itu.  Kadang bila kita mula menyukai seseorang tanpa kita sedari kita mula menyayanginya dan perlahan-lahan cinta akan hadir akhirnya.  Sesuatu yang kita rencanakan jarang menjadi kenyataan tetapi sesuatu yang tidak kita jangkakan akan selalu datang menyapa.  Mungkin inilah yang d namakan jodoh pertemuan tanpa d sangka dan tanpa d duga, datang bersahaja dalam satu keadaan yang sangat sederhana. Tiada kata-kata yang berkias indah penuh puitis hanya hati yang bercerita dalam satu nada yang sama. Semoga semuanya akan indah pada waktunya.
In sha allah.

Wednesday, January 8, 2014

ANUGERAH d tahun 2014

 Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu….
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA Ingin mengujimu….
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu….
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

YAKINLAH !!!


Tuesday, December 31, 2013

Puisi d akhir 2013

Kita telah melewati akhir dunia dan aku masih di sini untukmu selalu...

"SELAMAT TAHUN BARU 2014" 
Untuk awal yang baru..... 
untuk kita yang baru...... 
♥♥♥














Saturday, December 21, 2013

Just thinking of someone....

Find someone who isn't afraid to admit that they miss U. Someone who knows U aren't perfect but treats U as if U are. Someone who's bigger fear of losing U. One who give their heart completely. Someone who says I LOVE U and means it.
Lastly but not least,
Find someone who wakes up every day and falls for U all over again.

Friday, December 20, 2013

Puisi dari Langkawi


Dari sungai, pantai & gunung
ku cuba untuk terus melangkah
ku selusuri lembah-lembah duka
ku ingati lorong-lorong luka
ku jelajahi ruang-ruang derita
namun sungai tetap mengalir lesu
pantai tetap setia menanti ombak
gunung tetap gagah tanpa berubah
sejenak aku mula memahami
hidup ini bukanlah sekadar mimpi
janji-janji juga bukanlah sebuah sumpah
dari seorang lelaki yang bergelar kekasih
lafaz yang terlahir dari bibirnya
bukanlah itu penghujung bicara
tentang sebuah cinta
kerana kata-kata indah itu
hanya sekadar singgah dihujung lidah
kala perasaan bertaut mesra
meski hanya sekelip mata

kini aku berdiri dipantai ini
merenung jauh ketengah lautan
ku lemparkan semuanya yang bernama harapan
biar tenggelam terbenam menjadi batu karang.


Pantai Teluk Pancur,
Langkawi.
24/11/2013

Saturday, November 9, 2013

Relakan Jiwa ~ HAZAMA (My favourite song ever)


Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

1 Muharam 1435 genap 11 tahun aku memakai tudung/hijab. Tak terasa cepatnya masa berlalu. Aku d antara kawan-kawanku yang agak lewat memakai tudung/hijab namun aku bersyukur kerana  hidayah itu sampai juga kepadaku walau pun lambat. Ada kejadian yang berlaku yang menyebabkan aku "terbuka atau terpaksa" memakai tudung/hijab.  Kejadian ini berlaku sewaktu aku berjalan kaki d tepi jalanraya dan seorang pemandu 4wheel drive yang sedang memandu asyik menoleh kearahku, dia tak nampak kereta d depannya dan dia telah terlanggar belakang kereta tersebut. Aku amat terkejut & terus terfikir : secara tidak langsung aku telah mengundang bencana pada orang yang memandangku kerana auratku yang terdedah. Mengenakan skirt labuh dan blazer yang menampakkan bentuk tubuh dengan rambut yang terhurai melepasi bahu pasti mengundang setiap mata untuk memandang. Astaghfirullah alazim.....ampunkan aku Ya Allah. Berikan aku hidayahMu. Tunjukkan aku jalan yang benar. Semoga dapat aku memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang sejati. Bukan hanya pada penampilan tapi juga pada sikap & pemikiran. SALAM MAAL HIJRAH 1435.


Monday, November 4, 2013

D ambang 1435

Hari nih hari terakhir dalam tahun islam 1434. Menjelang maghrib nanti kita mula melangkah ke tahun baru Hijrah 1435. Terasa pantas masa berlalu. Semoga Hijrah ini tambah menginsafkan kita pada dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. Pada amalan-amalan yang tak pernah kita lakukan sebelum ini. Apa kata kita mulakan menyambut tahun Hijrah 1435 ini dengan membacakan doa akhir tahun & doa awal tahun. Semoga doa ini menjadi awalan yang baik untuk kita memulakan kehidupan yang penuh dengan keberkatan menjelang tahun baru hijrah ini. In sha allah.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Barangsiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Bismillaahirrahmaanirraahiim, 
wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa’amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii’anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu ‘alayya ba’da qudrotika ‘uquubati wa da’autanii ilattaubati minhu ba’da jiroo-atii ‘alaa ma’shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa’amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho’ rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meredhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu. Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka redhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.”

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. 

Bismillaahirohmaanirrohiim. 
wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ‘adliimi wujuudikal mu’awwali wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal ‘ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal ‘auni ‘alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya dengan anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kemungkaran dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.” 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3).

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday, August 5, 2013

Bila Tiba (UNGU) (Lagu ini yang sering membuatkan aku menitiskan airmata)

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013

Untuk semua yang mengenali ku d mana saja berada
ingin aku kongsikan sebuah bingkisan hati.....
sambil menyusun sepuluh jari merendahkan diri......

Untuk LISAN yang tak TERJAGA 
Untuk JANJI yang TERABAIKAN 
Untuk HATI yang BERPRASANGKA
Untuk SIKAP yang MENYAKITKAN 
Dalam KERENDAHAN HATI ada KETULUSAN BUDI 
Dalam KEKHILAFAN ada KEINSAFAN 

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H"
MAAF ZAHIR & BATIN
Minal Aidin Wal Faidzin 
Taqabalallahu minnaa wa minkum

***********************

Saturday, June 15, 2013

Ungkapan rasa hati


12 Jun datang lagi


12 Jun datang lagi melengkapi usiaku 47 tahun. Alhamdulillah d usia yang begini, aku masih d berikan kesihatan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti harianku.  Sempat merayakan bersama insan-insan yang mencintaiku.  Ucapan d terima melalui sms, whatsapp, email, ym, skype, Fb ,Twitter & panggilan telefon. Sangat-sangat teruja. Aku juga mendapat banyak hadiah d hari Ulangtahunku. Ada yang menghadiahkan aku jubah, tudung, kain pasang, minyak wangi, gelang rantai, Jam tangan, coklat, jambangan bunga, cincin & yang mengajakku untuk makan malam bersama. Terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai ini. Aku sangat menghargainya. Aku sayang korang semua.  Doaku d hari lahirku : Semoga Allah meluaskan pintu rezeki untukku & menjadikan aku seorang jutawan agar aku dapat membantu orang lain. Memberikan kebahagiaan buatku melalui insan2 yang mencintaiku dan menjadikan aku umatNya yang beriman & beramal soleh. Memberikan aku kehidupan yang penuh dengan keberkatan d dunia hingga ke akhirat kelak.





Tuesday, May 28, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Pertama "DANIEL RIEZKY"

19 Mei 2013 My lil sweet boyfriend menyambut ulangtahunnya yang pertama. DANIEL RIEZKY yang handsome, pintar & lasak. Kehadirannya benar-benar menceriakan hidup kami sekeluarga. Semoga Daniel Riezky akan menjadi anak yang soleh berbakti pada keluarga, agama & negara. 





Love U sayang !!!!!

Sunday, May 5, 2013

Mei bulan Hari Jadi

Bulan Mei ramai dalam family aku yang menyambut Hari Ulangtahun kelahiran. Anak sedara aku Muhd Nur Eilmaq menyambut hari lahirnya pada 3/5 (21 tahun), anak bujang aku Ameng Meng pada 17/5 (24 tahun), Cucu aku yang no 2 Amira Aleesya 20/5 (3 tahun) & Cucu aku yang no 3 Daniel Riezky 19/5 (1 tahun). In sha allah kalau ada rezeki nak buat majlis sambutan hari kelahiran buat mereka nih, sekali nak buat majlis kesyukuran. Semoga d permudahkan segala urusan ke arah kebaikan.

Saturday, May 4, 2013

Pilihan Raya Umum 2013 semakin menghampiri

Tik tok tik tok tik tok.....masa terus beredar seperti biasa, namun degup jantung rentaknya berbeza dari biasa.  Ada rasa teruja, ada rasa galau, ada rasa kalut, ada rasa risau...semuanya bercampur menjadi satu.  Wahhh lain bunyi entry aku malam nih kan..??? Suspen sekejap.  Sebenarnya aku nih sedang menghitung detik masa untuk masuk ke 5/5/2013. A very big day for us Malaysian.  Masih ada 40 minit lagi ( saat ini jam d lappy ku menunjukkan jam 11.10 malam). Dulukan sewaktu aku masih bertugas sebagai penjawat awam, saat-saat begini aku dah masuk tidur coz selama hampir 24 tahun aku bertugas aku merupakan salah seorang petugas setiap kali ada Pilihanraya Umum. Kalau tak silap ada 5 atau 6 kali aku pernah bertugas d hari pengundian.
Walau apa pun.....Aku mengharapkan kita sebagai rakyat Malaysia walau berlainan agama, adat, budaya & fahaman, kita tetap rakyat Malaysia dan bersama-samalah kita memohon pada Allah agar Pilihan Raya Ke 13 nih berlangsung secara aman.  Walau apa pun keputusannya yang akan d umumkan pada malam esok, kita terima dengan hati yang terbuka & ikhlas. Starting  hari Isnin... Parti apa pun yang akan memerintah samada parti yang menjadi favorite kita ataupun bukan, sama-samalah kita berikrar untuk berusaha memajukan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Kita doakan yang terbaik untuk negara kita kerana apabila negara kita maju, aman, damai & stabil, kita sebagai rakyat dapat merasakannya keamanan & kemakmuran.  So malam ini sebelum tidur, apa kata kita pakat beramai2 mendoakan semoga tiada kejadian yang tidak d ingini berlaku. Buat pilihan yang bijak.  Satu undi yang kita miliki mampu mengubah segalanya. 

*May the best Party Wins ! .... 05 May 2013 - Malaysia 13th General Election - Jom Kita Undi !

Thursday, May 2, 2013

Kau yang terindah


Duhai Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan kehilangan kewarasanku,
Maka biarlah aku menjadi begini seumur hidupku.

Duhai Tuhan,
Andai mampu aku meminta padaMu saat ini,
Kau ambillah seluruh cinta yang ada pada diriku biarlah aku hidup tanpanya.

Duhai Tuhan,
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna,
Biarkanlah cintaku tumbuh,
Biarkanlah dia semakin merekah dan mekar,

Meskipun aku telah layu dan mati.

Kek Lemon kegemaranku

Salah satu kek yang menjadi kegemaran aku ialah Lemon Cake. Suka akan rasanya yang masam dan haruman lemon yang menyegarkan. Jadi d sini aku ingin kongsikan resepi yang mudah ini untuk pembaca yang ingin mencubanya.

BAHAN-BAHAN yg d perlukan
260 gm tepung
200 gm gula castor
230 gm butter -suhu bilik
4 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil baking powder
parutan kulit dari 1 biji buah lemon 

50 ml jus lemon 

CARA MEMBUATNYA :
1-Panaskan oven pada suhu 180'C . Parut kulit sebiji buah lemon sampai nampak kulit putih dan perah ambil jusnya . Ayak tepung bersama baking powder.
2-Pukul gula bersama butter sehingga menjadi ringan , gebu dan bertukar menjadi warna pucat . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati . Masukkan parutan kulit lemon serta esen vanilla.
3-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan jus lemon sedikit demi sedikit . Gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Masak untuk 45 minit hingga 1 jam.

Sediakan TOPPING LEMON FROSTING
1 cawan gula icing
2 sudu besar jus lemon- Gaulkan gula dengan lemon jus

Sediakan pula TOPPING CREAM CHEESE:

200gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 sudu kecil jus lemon 
*Pukul cream cheese bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi gebu sebati kemudian boleh la d sapu ke atas kek yang telah pun sejuk.
Selamat menikmati Kek Lemon yang sedap.....yummyyyy...... :-)


Wednesday, May 1, 2013

Monday, April 29, 2013

Lakaran-lakaran seni





Aku adalah aku


Aku belajar diam dari banyak berbicara
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan
Aku belajar mengalah dari satu kesombongan
Aku belajar menangis dari satu kebahagiaan
Aku belajar redha dari sebuah kehilangan

Saturday, April 27, 2013

Ujian dari Allah

26/04/2013~ Anak ku yang nombor 4 mengalami kemalangan.  Jatuh sewaktu menjalankan tugasnya dari ketinggian lebih dari 15 kaki.  Bersyukur kepada Tuhan dia selamat cuma lengannya mengalami kecederaan. Otot lengan sebelah kanan terhempas dan koyak.  Darah mengalir tanpa henti.  Sewaktu dia d bawa ke hospital dia d beritahu yang dia boleh balik selepas d xray tetapi setelah mendapati ada masalah dengan ototnya maka dia d tahan untuk rawatan lanjut.  Semalaman aku tak dapat tidur mengenangkan anak ku yang sedang sakit.  Awal pagi aku sudah bangun dan bersiap, aku mengajak anak ku yang nombor 3 untuk menemani aku melawat anak ku yang cedera d hospital.  Setelah hampir sejam dalam perjalanan menaiki keretapi, kami pun sampai ke tempat yang d tuju.  Setelah menaiki teksi dari stesen keretapi yang mengambil masa hampir 15 minit, akhirnya kami sampai d hospital yang tersergam gagah d atas bukit ini.  Menaiki lif untuk sampai ke tingkat 5 terasakan lambat.  Setelah lif terbuka, kami menuju ke wad tempat anak ku mendapat rawatan.  Sewaktu kami sampai, dia tengah d 'dressing' oleh seorang jururawat lelaki. Darah masih mengalir dari luka d lengannya.  Sayu dan pilu melihatkan keadaannya.  Ternyata dia sedang menahan sakit. Sempat dia menegurku tak payah ler datang tengok dia, besok dia dah nak balik ke rumah juga.  Aku jawabler macamana ler aku nak tenang sedangkan keadaan dia macam nih. Dia gelakkan aku....dia kata dia ok. Dia tak nak aku risau.  Kemudian aku pun pergi berjumpa jururawat yang bertugas kerana aku nak tahu keadaan anak aku nih. Mula lah jururawat tu sibuk nak cari file. Kemudian seorang doktor berketurunan Mamak datang dan aku bertanya pada doktor yang handle kes anakku ini. Doktor muda itu sempat menjelaskan situasi yang anak aku hadapi saat ini. Itu pun setelah aku speaking london dengan berhabuk. Memula dia orang nak cakap sambil lewa jer tapi aku minta untuk d semak file medicalnya before jelaskan secara detail pada aku coz I'm his mom and I need to know my son's condition....pherrgghhh...terus doktor tu terangguk2 dan cari file anak aku....hehehe...menurut doktor tu lengan anak aku yang berdarah tak henti dari semalam d khuatiri mengalami otot koyak dan kalau tidak d ubati dengan segera bimbang akan ada infection. Jadi dia orang nak buat pembedahan untuk lihat dan kalau ada otot yang rosak....harus d bersihkan dan d buang. Aku tanya bila d jangka operationnya, dia jawab tak pasti lagi coz banyak emergency case sedang d handle sekarang nih. Aku cakaplah...anak aku dah puasa dari semalam lepas tu tak pasti bila nak operation....so macamana dengan anak aku...lapar...dahaga....dia kata dia org tak dapat nak buat apa...just wait. Pas tu anak aku dah mengadu lapar & haus...kesian tengok dia...dah ler menahan sakit...tak dapat makan & minum dan operation pula tak tahu bila...
Aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan kesabaran & kekuatan pada anakku untuk menghadapi dugaan ini dan semoga Allah mempermudahkan urusannya untuk segera sembuh.  Sesungguhnya aku tak kuat untuk menghadapi keadaan begini,  melihat anakku terbaring menahan kesakitan dan kelaparan.  Namun aku sedar Tuhan tidak akan menguji ku d luar batas kemampuan ku untuk menerima.  Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.  Sentiasa bersangka baik....in sha allah yang baik-baiklah yang akan datang kepada kita.

B strong yer sayang.
Mama akan sentiasa doakan kesembuhan ameng.

Friday, April 26, 2013

Terang Bulan yang penuh nostalgia

Aku nak kongsi satu nostalgia sewaktu aku masih kecil. Ketika aku dalam darjah 5 (tahun 1976). Kami sekeluarga menetap d Daerah Tawau dan arwah bapa aku bertugas sebagai seorang Pegawai Bomba d sana. Kehidupan kami boleh d katakan senang dan mewah. Salah satu makanan yang menjadi kesukaan ku ialah kuih terang bulan atau d semenanjung lebih d kenali sebagai Apam Balik. Waktu aku kecil kuih ini d buat dalam bentuk yang sangat besar. Selebar talam yang selalu d gunakan untuk kenduri2 d kampung dan harganya cuma RM1 sahaja. Aku & abang ku selalu bergaduh berebut kuih nih. Kadang sampai menangis-nangis aku d buatnya. Arwah mak & bapa ku selalu pening kepala bila kami sudah mula berebut kuih nih. Last-last arwah mak aku belikan kami seorang satu kuih nih & adik beradik yang lain d larang ikut makan. Hehehe....kelakar bila kami d paksa untuk menghabiskan kuih tu sorang setalam. Sampai nak muntah rasanya terlalu kenyang. Sejak hari tu kami da serik da nak berebut kuih terang bulan. Lagi pun da muak bila tengok kuih tu. Hingga kini setiap kali terpandang kuih tu aku tersenyum sendiri. :-)


Wednesday, April 24, 2013

Assalamualaikum.....
Pherghhhh....lamanya aku tak berblog....alhamdulillah kini aku kembali lagi untuk mengaktifkan blog aku ini.  Masih ingat lagi ker dengan aku...??
Lama juga aku menyepi diri kan...??? Bukan apa...ada ketikanya kita kehilangan ilham untuk berkarya.  Kesibukan meneruskan kehidupan kadang membataskan kemampuan untuk berkarya.
Ramai juga kawan2 yang bertanya kenapa dah lama tak update blog.  Jawapan aku...kesibukan membatasi aku untuk aktif menulis.  Apa lagi sekarang aku sudah berhijrah kesuatu ruang yang baru.  Tolong doakan yer.  Laaaa.....aku bukannya berkahwin....tapi aku kini dah ada perniagaan sendiri.  Baru mencuba untuk menghasilkan produk kecantikan sendiri dan kini alhamdulillah da ada d pasaran.  Nantilah bila da d lancarkan secara rasmi aku akan update kat sini.  Sekarang baru test market dan alhamdulillah banyak permintaan sehinggakan tak cukup tangan nak menyediakan.
Ok ler...sampai sini dulu....nanti aku update lagi yer.
Tatatititutu.......


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Pada 15 November 2012 bersamaan dengan 1 Muharram 1434.  Pantasnya masa berlalu. kalau d kira dan d hitung, hari ini genaplah 10 tahun aku berjilbab/bertudung.  Tak terasa, namun aku bersyukur kerana mendapat hidayah dari Allah SWT.
Setiap orang pasti mempunyai azam d tahun baru ini, azam ku sama seperti tahun2 yang sudah.  Insyallah menjadi yang terbaik kerana Allah SWT. Sempena cuti Maal Hijrah nih, aku juga mencutikan diri ku dari menjalani rutin harianku.  Aku benar-benar merehatkan diri & mindaku hari ini.

Tuesday, October 16, 2012

Kehilangan

Pada 13 Oktober 2012yang lalu kami kehilangan ADONG BIN LAMING, adik iparku (suami pada adikku).  Beliau meninggal dunia kerana LIVER CIRRHOSIS (penyakit hati) pada usia 41 tahun.  Kali terakhir aku berjumpa beliau ialah pada bulan September 2012 yang lalu.  Beliau telah lama menderita sakit ini tapi semangat beliau untuk terus berubat sangat aku kagumi.  Arwah seorang yang sangat sangat sangat baik, bersopan santun, lembut bila bercakap, penyayang, sangat hormat dan pemurah.  Anak-anakku semuanya rapat dengan beliau dan bila mengingati yang beliau telah tiada pasti airmata ku akan menitik.  Masih teringat lagi kata-kata akhir beliau sewaktu kami berbual melalui handphone sewaktu aku dan anak-anakku d airport KK tengah menunggu penerbangan untuk balik ke KL pada 6/9/2012 yang lalu, beliau meminta maaf kerana tak sempat nak menghantar kami.  Minta d halalkan segala yang termakan, terminum, andai ada kata2 yang menyinggung selama kami tinggal d rumah mereka, manalah tahu kita tak sempat berjumpa lagi.  Aku mula terasa aneh dengan kata-katanya dan mataku mula merah.  Rupanya itulah kata-kata beliau yang terakhir yang aku dengar.  Aku tak sempat pulang ke KK pada masa beliau koma dan menghembus nafasnya yang terakhir.  Aku hanya dapat balik ke KK pada 14 Oktober.  Penerbangan ku ke KK sepatutnya pada jam 9.30 pagi tapi kerana kesilapan teknik terpaksa membatalkan penerbangan tersebut dan mengambil penerbangan awal pada jam 6.30 pagi.  Seperti telah d atur sahaja, sesampainya aku d tanah perkuburan (dari airport terus ketanah perkuburan d kampung kami), jenazah beliau baru saja d turunkan ke liang lahat.  Sempatlah aku menyaksikan sehinggalah habis acara pengkebumian.  Memang ketika itu suasana d tanah perkuburan penuh denga kesedihan.  Pada hayatnya beliau seorang Pensyarah Geologi d Universiti Malaysia Sabah dan pada hari pengkebumiannya student2nya dan staff UMS datang berziarah memberikan penghormatan terakhir buat beliau. Penuh sesak kawasan perkuburan jadinya. Arwah d semadikan d antara pusara kaum keluarga kami.  Semoga roh allahyarham ADONG BIN LAMING d tempatkan d kalangan mereka yang beramal soleh.  Al-Fatihah.
Adikku bersama arwah suaminya

Saturday, October 6, 2012

Catatan perjalanan yang terindah

17/09/2012 yang lalu sekali lagi aku terbang ke Bandung d temani oleh kawan baikku. Kali ini kepergianku ke Bandung bukanlah semata-mata untuk bershopping tapi lebih kepada berehat dan bersantai serta bersilaturrahim. Penerbangan kami dari LCCT ialah pada jam 6.25 minit petang waktu Malaysia dan penerbangan yang mengambil masa 2 jam 5 minit itu tiba d Bandara Husein Sastranegara International Airport tepat pada jam 7.30 waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Malaysia dengan Indonesia ialah satu jam. Setelah melalui pemeriksaan Kastam & Imigeresen dan mengambil bagasi, kami pun keluar dari balai ketibaan. Mataku tercari-cari pada seseorang yang seharusnya menunggu kedatangan kami. Dalam pada aku tercari-cari, terdengar sebuah suara "Lagi cari siapa buk.." bila aku menoleh rupanya orang yang aku cari itu telah berada d depan mata dengan senyumannya yang manis.
Kali ini kedatangan ku ke Bandung d tunggu dan d sambut oleh seorang teman bersama sepupunya. Kali ini sepanjang perjalananku akan d temani oleh Imron & sepupunya Supri sebagai pemandu & penunjuk jalan. Setibanya kami d Kota Bandung, kami d bawa muter-muter (berpusing-pusing) melihat Kota Bandung d waktu malam sambil mencari tempat untuk makan malam. Setelah beberapa kali memilih tempat akhirnya kami memilih Rumah Makan Dapur Bebek untuk makan malam. Restoran ini 2 tingkat dan kami memilih tingkat atas untuk makan malam dan d sediakan ruangan lesehan (ruangan bersila). Melihat pada menu yang d sediakan memang restoran nih menghidangkan makanan yang sedap dan restoran nih agak terkenal d Kota Bandung cuma mungkin nasib yang tidak menyebelahi kami kerana semua lauk & makanan sudah habis melainkan nasi putih, telur dadar, chicken fillet goreng dan nasi goreng. Maka bersantaplah kami dengan lauk yang tidak sepertinya itu. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan kami membelah kegelapan malam untuk ke Tegal, Jawa Barat. Tujuan untuk kesana ialah ingin beristirehat d Wisata Permandian Air Panas Guci. Guci Indah adalah Objek wisata yang berada di Desa Guci Kecamatan Bumijawa Kabupaten Tegal. Aku terpanggil untuk melawat ketempat ini apabila Imron sering menceritakan betapa menariknya tempat ini kerana memiliki Permandian Air Panas yang sangat baik untuk merawat sakit lenguh-lenguh, reumatik, penyakit kulit dan sebagainya. Aku tertarik setelah membaca wikipedia mengenai tempat ini dimana, diceritakan air panas Guci adalah air yang diberikan Walisongo kepada orang yang mereka utus untuk menyiarkan agama Islam ke Jawa Tengah bagian barat di sekitar Tegal kerana air itu ditempatkan di sebuah guci (poci), dan berkhasiat mendatangkan berkat, masyarakat menyebut lokasi pemberian air itu dengan nama Guci. Tapi kerana air pemberian wali itu sangat terbatas, pada malam Jumat Kliwon, salah seorang sunan menancapkan tongkat saktinya ke tanah. Atas izin Tuhan, mengalirlah air panas tanpa belerang yang penuh rahmat ini. 
Entahlah lately aku macam berminat pula untuk membaca dan melawat tempat-tempat yang ada kaitannya dengan perubatan Islam walau kadang agak mistik.
Perjalanan menuju ke Tegal memakan masa agak lama juga. Kalau tak silap dalam 4 atau 5 jam. Aku tak dapat memastikan berapa jam sebenarnya kerana kami banyak singgah. Memula singgah d Sumedang untuk merasakan ubi manis madu yang d kukus. Dalam suasana malam yang dingin memang sangat sesuai meratah ubi manis madu kukus yang sangat manis, lemak dan hangat itu, Salah satu hasil pertanian Sumedang yang terkenal dengan Ubi manis madu dan tapai ubi kayu. Ubi manis madu kukus itu d jual sangat-sangat murah hanya rp7.000 sekilo. Tapai ubikayunya pula dalam bentuk sebatang-sebatang dan d gantung serumpun. Cuma malam itu aku tak berkesempatan untuk mencicipinya kerana mata yang mula mengantuk dan badan yang letih. Setibanya kami d Cirebon, Imron mengajak kami untuk singgah makan Nasi Jamblang. Nasi Jamblang ini ialah makanan khas dari Cirebon d mana nasinya d bungkus menggunakan daun jati dan lauk yang d sediakan pula amat banyak dan kita bole memilih lauk yang mana satu. Memang sedap dan menyelerakan. http://id.wikipedia.org/wiki/Sega_Jamblang. Sekali lagi aku tak mampu nak makan dengan penuh selera. Sebungkus pun payah untuk aku habiskan. Rasanya memang sedap cuma perut aku da d latih untuk tidak menerima makanan selepas jam 12 malam. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. D pertengahan perjalanan aku sudah mulai tertidur dan aku hanya terdengar Imron bertanya "kamu sudah tidur, Raihana...?" Tak lama kemudian, Imron pun memarkir kereta Xenia yang d pandunya d sebuah stesen minyak dan meminta izin untuk melelapkan mata sebentar. Akhirnya kami berempat tertidur dalam kereta. Malangnya aku pula da terjaga dan tak dapat tidur kerana keadaan yang agak panas dalam kereta. Aku hanya melayan mata sambil melihat kawasan persekitaran. Setelah hampir sejam melelapkan mata, Imron pun bangun dan kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Tegal. Sempatlah kami berhenti untuk menunaikan solat subuh yang d imamkan oleh Imron. Sepanjang perjalanan menuju ke Tegal, kami d sajikan dengan pemandangan yang indah suasana perkampungan yang aktiviti mereka sebagai penanam tebu, jagung, bawang dan sayur-sayuran. Memang indah pemandangan lereng-lereng bukit yang telah mereka tereskan untuk membuat batas-batas tanaman.
Kami sampai ke Guci pada sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Setelah melihat-lihat homestay yang ada d sana, kami memilih sebuah rumah yang agak besar dengan 5 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, ruang tamu & ruang dapur yang luas, Sewanya hanya Rp500.000 sehari semalam bersamaan RM150.00. Setelah menyimpan barang, kami terus keluar dengan hanya berjalan kaki kerana jarak d antara rumah dengan Permandian Air Panas tu sangat dekat. Sebelum mandi, kami makan d sebuah gerai yang berdekatan. Sempatlah aku merasa pecal yang sedap namun agak pedas dan meminum teh manis. Satu keistimewaan yang terdapat d kawasan ini ialah tehnya yang harum mewangi kerana d campurkan dengan bunga melati. Malangnya kawan baikku pula tak lalu nak minum teh yang menurutnya terlalu wangi sedangkan aku amat menyukai haruman bunga yang terdapat dalam teh tersebut. Terasa segar dan nyaman bila menghirup teh panas d tempat yang dingin ini. Setelah itu kami pun menuju ke tempat permandian air panas Guci. Walau pun hari itu bukan hujung minggu tapi ternyata ramai pengunjung yang mengambil kesempatan untuk menikmati mandi air panas d sebuah kolam yang telah d simenkan dan terdapat 13 buah pancuran yang d perbuat dari simen fero yang kelihatan seperti dahan pokok. Dari pancuran itu mengalir keluar air panas yang sangat nyaman. Aku cuba untuk menghidu andai terdapat bau belerang d air panas itu namun ternyata tiada terhidu bau belerang. Air panas yang mengalir itu air panas semata. Sempatlah aku merendamkan diri dalam kolam besar tu sambil menadah kepala d pancuran air yang mengalir hangat itu, memang nikmat sekali dan terasa nyaman bila badan kita d siram oleh limpahan air panas yang deras. Ada terdapat 13 buah pancuran air panas dan fungsi setiap pancuran berlainan. Pancuran pertama air yang keluar memang panas dan berikutnya pancuran kedua, ketiga dan seterusnya semakin berkurangan panasnya. Sambil mandi mata ku sempat memerhatikan keadaan d sekeliling. memang tempat itu indah cuma kurang terjaga. Pengunjung-pengunjung yang datang untuk mandi d pancuran air panas itu siap mandi dengan bersyampu rambut dan bersabun badan. Satu pemandangan yang pelik tapi bila aku tanyakan pada Imron, dia berkata itu sudah biasa d sana. Aku juga melihat ada seorang ibu muda sambil mandi selamba jer menyusukan anaknya. Satu pandangan yang mungkin biasa bagi mereka tapi tidak bagi aku, menyusukan bayi d tempat terbuka tanpa menghiraukan orang yang asyik mandi dan lalu lalang.
Lama juga aku berendam d kolam itu.  Memang benar-benar terasa relax.  Kemudian kami keluar dari kolam itu dan turun kesungai yang berhampiran.  Air sungai itu terasa hangat dan bila semakin dekat menuju ke air terjun, mula terasa dingin.  Sempatlah aku mengabadikan kenangan dalam bentuk potret.  Setelah puas mandi sampai jari-jariku naik kecut semuanya dan puas ambil gambar, kami pun kembali ke homestay.  Aku pun segera membilas badan dan bila selesai mandi, aku pun keluar dengan kawan baik ku ke warung depan homestay kami itu untuk membeli nasgor (nasi goreng), strawberry dan cemilan-cemilan untuk d jadikan ole-ole bila balik ke Malaysia nanti. Setelah membeli kami pun pulang dan menikmati nasi goreng yang sedap tapi pedas.  Selesai makan aku pun tidur dalam bilik tanpa kipas dan aircond kerana udara pergunungan sangat sejuk. Semalaman dalam perjalanan kurang tidur dan kurang rehat dan setelah tidur dengan lena hampir 2 jam akhirnya aku terjaga bila terdengar suara azan dari musollah yang berhampiran.  Badan terasa segar. Kemudian kami pun berjalan-jalan d sekitar kawasan pergunungan itu sambil melawat ladang strawberry, merakamkan pemandangan yang cantik dan akhirnya Imron mengajak kami bertamu d rumah saudaranya d Kampung Bojong.  Tuan rumah yang sangat ramah, baik hati dan kami d pelawa untuk makan malam bersama mereka.  Kami d hidangkan dengan nasi yang d masak dari beras baru.  Harum dan sedap sekali.  Tuan rumah juga menghidangkan kami tempe penyet, tahu goreng, keropok dan sambal.  Memang benar-benar membuka selera cuma aku yang tak tahan makan pedas.  Lama juga kami bertamu dan berbual-bual d rumah mereka.  Kemudian kami meminta diri untuk kembali ke homestay. Sebelum balik sempat singgah d pekannya untuk membeli martabak manis.  Suasana mula dingin dan angin yang bertiup sangat-sangat sejuk.  Malam itu Imron mengajak aku  ke tempat permandian air panas dan memang suasana d malam hari sangat meriah kerana ramai orang yang berkunjung sambil mandi manda. Kami duduk d lesehan sambil memakan siomay (sejenis makanan seperti "Dimsum" yang d campur dengan telur rebus, dan tauhu goreng dan d makan dengan kuah kacang seperti kuah gado-gado).  Memang nikmat menikmati makanan yang panas d malam yang dingin.  Sambil memerhatikan orang yang asyik mandi manda d malam yang dingin itu, telinga ku sempat  menangkap lagu Siti Nurhaliza yang berkumandang d udara yang datangnya dari radio pengawal keselamatan yang bertugas d pondok jaga pada malam itu. terasa seperti aku berada d Malaysia....hehehe.  Malam itu aku berbual-bual dengan Imron berkenaan dengan tempat Permandian Air Panas itu dan perancangan perjalanan kami seterusnya.  Selesai menghabiskan siomay kami pun mula berjalan pulang dalam kegelapan malam dan kedinginan udara malam yang bertiup kencang. 
Malam itu aku tidur dengan lena dan kedinginan malam tidak terasa kerana selimut tebal yang membungkus tubuhku berserta jaket dan stokin yang aku pakai.  Keesokan harinya kami mula berkemas kerana perjalanan kami akan d teruskan lagi ke Cirebon untuk melawat adik kepada kawan baikku yang sedang belajar agama d Buntet Pesantren.  Catatan perjalanan ku ke Cirebon akan bersambung d lain entri.  Pada kunjungan ku kali ini aku berkesempatan melawat Keraton Kesepuhan dan melayat (menziarahi) ke makam Pengeran Raja Mochammad.  
 Dapur Bebek nama Restoran nih
Ubi Manis Madu yang telah d jual panas-panas
Dalam perjalanan menuju Tegal sempat aku 'snap" 
Tengah bersiap-siap nak g mandi kat Air Panas
Kami jalan kaki jer dr Homestay ke Sungai Air Panas
Sempat posing walaupun udara sangat sejuk
sempat singgah untuk mengalas perut
Pecal yang sedap tapi pedas
Sempat lagi berposing
Semoga aku berkesempatan utk datang kesini lagi
Merakamkan saat2 yang manis
Nikmatnya mandi air panas d sini...speechless!!!
Sempat posing lagi tu...alahai...
Memang sangat nyaman mandi air panas d sini
Air sungai tu hangat tapi air terjun tu sejuk giler.....grrr
berendam d sungai yang hangat...bestnyeee....
Rombongan Cik Kiah baru abes mandi...hehehe.....
Air Terjun Guci
Sejuk sangat....
Berendam d air sungai yang hangat...nyaman
Landmark tempat ini
Nama homestay tempat kami menginap
Petang tapi suasana tetap sejuk berangin
Aku suka picture nih....so sweet
Posing dengan Sang Gajah...korang ada...???
Bertamu d rumah seorg teman d Kg Bojong.
Ruang tamu Homestay yang kami tempati. Luas & bersih.
Ada 5 bilik tidur tapi d ruang tamu ada tilam lagi d sediakan.
Sempat lagi berposing d depan homestay
Bersama seorang teman
sempat mengabadikan kenangan
Pemandangan indah sepanjang perjalanan
Aku tak akan melupakan tempat ini.
Kawasan lembah yang sangat indah
Sempat posing sebelum berangkat ke Cirebon
Indah, nyaman & dingin.
Kau yang terindah.
Posing dekat ladang strawberry.
Memang cantik tempat nih
posing...posing...dan posing....
Berlatarbelakangkan ladang kobis
Cotel....lebih kurang motel...hotel kecil.
Berlatar belakangkan pintu gerbang Guci.
Inilah siomay....ada telur rebus, tahu, dimsum & kuah kacang
Nasi Jamblang
Lauk untuk nasi jamblang