Saturday, May 4, 2013

Pilihan Raya Umum 2013 semakin menghampiri

Tik tok tik tok tik tok.....masa terus beredar seperti biasa, namun degup jantung rentaknya berbeza dari biasa.  Ada rasa teruja, ada rasa galau, ada rasa kalut, ada rasa risau...semuanya bercampur menjadi satu.  Wahhh lain bunyi entry aku malam nih kan..??? Suspen sekejap.  Sebenarnya aku nih sedang menghitung detik masa untuk masuk ke 5/5/2013. A very big day for us Malaysian.  Masih ada 40 minit lagi ( saat ini jam d lappy ku menunjukkan jam 11.10 malam). Dulukan sewaktu aku masih bertugas sebagai penjawat awam, saat-saat begini aku dah masuk tidur coz selama hampir 24 tahun aku bertugas aku merupakan salah seorang petugas setiap kali ada Pilihanraya Umum. Kalau tak silap ada 5 atau 6 kali aku pernah bertugas d hari pengundian.
Walau apa pun.....Aku mengharapkan kita sebagai rakyat Malaysia walau berlainan agama, adat, budaya & fahaman, kita tetap rakyat Malaysia dan bersama-samalah kita memohon pada Allah agar Pilihan Raya Ke 13 nih berlangsung secara aman.  Walau apa pun keputusannya yang akan d umumkan pada malam esok, kita terima dengan hati yang terbuka & ikhlas. Starting  hari Isnin... Parti apa pun yang akan memerintah samada parti yang menjadi favorite kita ataupun bukan, sama-samalah kita berikrar untuk berusaha memajukan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Kita doakan yang terbaik untuk negara kita kerana apabila negara kita maju, aman, damai & stabil, kita sebagai rakyat dapat merasakannya keamanan & kemakmuran.  So malam ini sebelum tidur, apa kata kita pakat beramai2 mendoakan semoga tiada kejadian yang tidak d ingini berlaku. Buat pilihan yang bijak.  Satu undi yang kita miliki mampu mengubah segalanya. 

*May the best Party Wins ! .... 05 May 2013 - Malaysia 13th General Election - Jom Kita Undi !