Tuesday, October 16, 2012

Kehilangan

Pada 13 Oktober 2012yang lalu kami kehilangan ADONG BIN LAMING, adik iparku (suami pada adikku).  Beliau meninggal dunia kerana LIVER CIRRHOSIS (penyakit hati) pada usia 41 tahun.  Kali terakhir aku berjumpa beliau ialah pada bulan September 2012 yang lalu.  Beliau telah lama menderita sakit ini tapi semangat beliau untuk terus berubat sangat aku kagumi.  Arwah seorang yang sangat sangat sangat baik, bersopan santun, lembut bila bercakap, penyayang, sangat hormat dan pemurah.  Anak-anakku semuanya rapat dengan beliau dan bila mengingati yang beliau telah tiada pasti airmata ku akan menitik.  Masih teringat lagi kata-kata akhir beliau sewaktu kami berbual melalui handphone sewaktu aku dan anak-anakku d airport KK tengah menunggu penerbangan untuk balik ke KL pada 6/9/2012 yang lalu, beliau meminta maaf kerana tak sempat nak menghantar kami.  Minta d halalkan segala yang termakan, terminum, andai ada kata2 yang menyinggung selama kami tinggal d rumah mereka, manalah tahu kita tak sempat berjumpa lagi.  Aku mula terasa aneh dengan kata-katanya dan mataku mula merah.  Rupanya itulah kata-kata beliau yang terakhir yang aku dengar.  Aku tak sempat pulang ke KK pada masa beliau koma dan menghembus nafasnya yang terakhir.  Aku hanya dapat balik ke KK pada 14 Oktober.  Penerbangan ku ke KK sepatutnya pada jam 9.30 pagi tapi kerana kesilapan teknik terpaksa membatalkan penerbangan tersebut dan mengambil penerbangan awal pada jam 6.30 pagi.  Seperti telah d atur sahaja, sesampainya aku d tanah perkuburan (dari airport terus ketanah perkuburan d kampung kami), jenazah beliau baru saja d turunkan ke liang lahat.  Sempatlah aku menyaksikan sehinggalah habis acara pengkebumian.  Memang ketika itu suasana d tanah perkuburan penuh denga kesedihan.  Pada hayatnya beliau seorang Pensyarah Geologi d Universiti Malaysia Sabah dan pada hari pengkebumiannya student2nya dan staff UMS datang berziarah memberikan penghormatan terakhir buat beliau. Penuh sesak kawasan perkuburan jadinya. Arwah d semadikan d antara pusara kaum keluarga kami.  Semoga roh allahyarham ADONG BIN LAMING d tempatkan d kalangan mereka yang beramal soleh.  Al-Fatihah.
Adikku bersama arwah suaminya