Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

1 Muharam 1435 genap 11 tahun aku memakai tudung/hijab. Tak terasa cepatnya masa berlalu. Aku d antara kawan-kawanku yang agak lewat memakai tudung/hijab namun aku bersyukur kerana  hidayah itu sampai juga kepadaku walau pun lambat. Ada kejadian yang berlaku yang menyebabkan aku "terbuka atau terpaksa" memakai tudung/hijab.  Kejadian ini berlaku sewaktu aku berjalan kaki d tepi jalanraya dan seorang pemandu 4wheel drive yang sedang memandu asyik menoleh kearahku, dia tak nampak kereta d depannya dan dia telah terlanggar belakang kereta tersebut. Aku amat terkejut & terus terfikir : secara tidak langsung aku telah mengundang bencana pada orang yang memandangku kerana auratku yang terdedah. Mengenakan skirt labuh dan blazer yang menampakkan bentuk tubuh dengan rambut yang terhurai melepasi bahu pasti mengundang setiap mata untuk memandang. Astaghfirullah alazim.....ampunkan aku Ya Allah. Berikan aku hidayahMu. Tunjukkan aku jalan yang benar. Semoga dapat aku memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang sejati. Bukan hanya pada penampilan tapi juga pada sikap & pemikiran. SALAM MAAL HIJRAH 1435.