Tuesday, May 8, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012 telah pun melabuhkan tirainya pada 6 Mei 2012.  Kali nih aku nak kongsi cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa 2012.  Dalam keriuhan kesibukan ku dapat juga aku selitkan sedikit waktu untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang berlangsung d PWTC.  Aku pergi pada 3 Mei 2012 bersama seseorang yang teristimewa.  Kami  mula gerak ke KL dalam jam 12 tengahari.  Memula nak park kete kat stesen komuter Serdang dan naik komuter turun KL, pastu ubah fikiran pula dan terus driving ke KL.  Kami park kete kat area PWTC then kami naik pula LRT ke Taman Jaya, memula ada urusan nak wat kat sana tapi memandangkan ada benda yang x settle, so kami pun duduk ler melepak sambil mentekedarah (makan daaa) kat A&W.  Makan sampai x ingat dunia kau.  Selepas makan singgah kat surau stesen LRT Taman Jaya untuk menunaikan solat Zohor & Asar, pas tu baru ler kami gerak semula ke PWTC. Kami sampai kat Pesta Buku da jam 5.15 petang sedangkan pesta buku itu akan tutup pada jam 7.00 malam.  Hehe.....bayangkanlah dengan masa yang sebegitu limited......macamanalah nak cari buku....tapi apa pun aku bersyukur at least aku sampai juga ke pesta buku tu kan??? Korang ada...???
Begitu punya besar tempat & banyak booth2 yang d buka.....fokus ku tertumpu pada KARYA BESTARI kerana aku memang meminati buku-buku Penerbitan Karangkraf.  Hampir satu jam setengah masa yang kami luangkan d sana dan akhirnya setelah tawaf 4 kali memilih dan membelek buku-buku yang d jual, akhirnya aku membeli 6 buah buku.  2 buah buku motivasi, 2 buah buku novel dan 2 buah buku cerita untuk cucuku yang tersayang.  Memang rasa macam menyesal juga kerana tak sempat datang awal.  Terlalu banyak pilihan yang ingin d miliki apa lagi dengan tawaran harga diskaun sehingga 40% membuatkan aku jadi rambang mata.   Bahkan ada buku motivasi yang d jual dengan hanya  RM3.  Semoga d tahun hadapan aku masih punya kesempatan untuk mengunjungi Pesta Buku.  Insyallah.
asal ler comotnya minuman nih....tp sedapppppp wehhhhh
Teruja nak mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa 2012.
Buku cerita 4 my lil princess
Buku Motivasi ini untuk aku
Buku Novel nih pun untuk aku juga....tamaknya kan...
Happy sangat dapat memiliki buku nih
Sempat posing bersama buku2 yang d jual
Ikutkan hati satu dewan nih aku nak borong ...ngeeeee....
Otw balik, sempat capture gambar nih dr dlm kete....huhu
Kwn aku geleng kepala jer tengok gelagat aku amik gambar