Wednesday, April 11, 2012

Roda kehidupan kini berputar

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku ceritakan d sini tapi aku kehilangan kata-kata.  Banyak benda yang bermain d fikiran, tentang kehidupan, tentang kemanusiaan dan tentang kasih sayang.  Aku selalu berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menilai dan melabel seseorang dari kacamata mereka sendiri.  Mereka selalu merasakan kehidupan mereka terlalu sempurna sehinggakan mereka suka memandang rendah dan mencemuh pada orang lain.   Dalam hidup ini  kita jangan suka menghina seseorang hanya kerana kita merasakan kehidupan kita cukup selesa dan lengkap.  Jangan suka menilai seseorang hanya kerana seseorang itu tidak menepati citarasa kita.  Jangan suka melabel seseorang itu hina hanya kerana jalan hidup yang berbeza.  Siapalah kita untuk menilai sesama manusia kerana d atas segalanya ALLAH S.W.T lebih berkuasa.  Ingatlah bahawa kuasa Tuhan mengatasi segalanya.  Mungkin orang yang kita pandang rendah atau hina itu sebenarnya lebih mulia dan tinggi kedudukannya d sisi Tuhan kerana ketulusan hatinya menerima segala penghinaan dan cemuhan.  Harus kita ingat bahawa doa orang yang d zalimi d makbulkan Tuhan.

Doa Orang Yang Dizalimi

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ

مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا

وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim.
Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, beliau memberikan beberapa pesanan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.

Semoga kita akan mendapat pengajaran dan ikhtibar dari apa yang berlaku.  Jangan riak dan takabur kerana Allah itu Maha Berkuasa.