Monday, April 19, 2010

Jalan-jalan di Jonker Walk, Melaka.


17 & 18 April 2010 ~ Aku memulakan langkah kaki dengan menjejaki jonker walk Melaka. Aku nih sebenarnya seorang yang kurang gemar berada di tempat yang dipenuhi oleh orang ramai. Nafas ku cepat menjadi sesak dan aku mudah bosan. Faizal sudah lama mengajak aku untuk menemaninya berjalan-jalan ke jonker walk tapi aku selalu mengelak dengan mengatakan aku letih nak menapak dan tak suka berjalan di lorong-lorong yang di kerumuni oleh ribuan manusia. Kadang aku kesian juga bila dia mula membuat muka sedih kerana aku tak berminat langsung nak kesana. Aku akhirnya tak dapat mengelak bila dia minta aku temankan dia untuk melihat barang-barang yang terdapat di jonker walk terutamanya barang-barang antik dan yang punya nilai sejarah. Hati ku terbuka untuk pergi bersamanya ke jonker walk kerana aku ingin mencari info mengenai barang-barang antik yang menjadi pusaka keluarga kami sejak berkurun lamanya.

Satu saja tempat di mana aku boleh mendapatkan info itu ialah di jonker walk. Sebuah tempat yang popular dengan bahan artifak dan peninggalan sejarah yang berusia lebih 300 tahun boleh ditemui di sini di antara pelbagai jenis barangan lama yang setiap satu mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri. Bila aku mula memasuki kawasan jonker walk, aku jadi tertarik dengan bermacam-macam jenis kraftangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Terlalu banyak barang yang menarik perhatian ku. Mataku melilau mencari kedai yang menjual barang-barang antik yang di perbuat dari tembaga namun malangnya kedai itu tidak dibuka pada waktu malam. Jonker walk di waktu malam adalah seperti sebuah pasar malam yang menjual beranika jenis barang seperti pakaian, selipar, kasut, perhiasan diri, perhiasan rumah, permainan kanak-kanak, kraftangan, berjenis-jenis makanan dan minuman (tentunya untuk yang bukan beragama Islam) dan buah-buahan.
Walau pun aku tidak dapat info yang aku cari mengenai barangan antik tembaga, namun aku berpuas hati kerana telah sampai ke jonker walk dan dapat merasakan sendiri berada di sebuah tempat yang penuh dengan sejarah masa silam.

Pemandangan Jonker walk di waktu malam


Taiwan candy stick