Tuesday, April 12, 2011

Hari ini dalam sejarah II

Pagi nih aku bangkit dari tidur dengan keadaan demam.  Semalaman aku meracau. Badan panas sangat.....hidung ku bengkak, lutut ku lebam dan jariku luka.  Masa nak mandi pagi pedihnya luka bila terkena air sehinggakan aku menangis kesakitan.  Bila sampai ke pejabat semua hairan melihat muka ku.  Siap ada yang kata "kena pukul ker...?" hehehe....bila aku jelaskan yang aku jatuh tersembam kat tangga semua muka berkerut.  Ngilu mendengar pengalaman ku jatuh.  Semua kata macamana boleh jadi gitu....hehehe...da nasib nak jatuh....nak wat macamana....
Sepanjang hari aku tak dapat nak mengalihkan pandangan orang dari melihat ku dan aku buat muka selamba bila mereka bertanya kenapa sampai hidung ku boleh luka dan bengkak.  Sehingga ada yang menyuruh aku membuat rawatan xray kerana bimbang tulang hidung ku akan retak. Alhamdulillah masih ada yang sayang dan ambil berat keadaan ku.  Rasa terharu sangat.
Besok aku da nak balik ke Sabah untuk bercuti.  Agaknya apalah pandangan keluargaku kat Sabah bila melihat keadaanku....huhu,.....tapi aku tetap anggap seperti biasa jer....tak menjadi masalah padaku....tadi aku bole pergi shopping sendirian dan makan berseorangan....aku tahu aku jadi perhatian orang kerana "kecacatan" yang aku alami ini.  Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku di uji sekurang-kurangnya aku sedar selama ini aku asyik mengharapkan kesempurnaan pada penampilan tanpa aku sedari bila Tuhan ingin menguji....sekelip mata DIA bole menghilangkan kecantikan yang kita bangga-banggakan. I've learn a lesson now.