Kali nih aku nak kongsikan resepi Spagetti lah pulak. Wah....selera itali kita yer. Yeye jer aku nih kan....hehehe.....alaaa....masa nih ler nak try skill memasak tu....Jom cuba resepi aku nih k...Senang jer....bahan-bahan dia pun mudah nak kita dapati.
Bahan-bahannya :
200 gram mee spagetti
250 gram daging hancur (minced meat)
1/2 tin tomato puri
3 ulas bawang putih
garam
gula
minyak zaitun (kalau x der...pakai minyak biasa pun bole)
parmesan cheese dan sedikit daun basil sebagai hiasan
Cara-cara membuatnya :
Rebuskan mee spagetti kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya mee x melekat2. Toskan.
Potong bawang putih menjadi kecil2. (cincangkan).
Panaskan kuali yang d bubuh minyak zaiton dan masukkan bawang putih tadi.
Apabila bawang putih mula menjadi kuning, masukkan daging dan goreng sehingga masak.
Kemudian tambahkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah mendidih.
Setelah siap, hidangkan mee d dalam pinggan dan tuangkan sos spagetti yang telah d masak tadi. Taburkan parmesan cheese dan daun basil menurut citarasa sendiri. Selamat mencuba. Sedap tau...hehe....