Sunday, January 13, 2008

2007 yang aku tinggalkan.

Blog ini terwujud kerana permintaan dari teman-teman di tagged yang selalu menanyakan aku kenapa tidak menghasilkan sebuah blog untuk tatapan mereka. Kini aku hasilkan sebuah blog yang aku namakan "As time passed by..."~Shida Myra Raihana~ untuk aku dan teman-teman juga sesiapa yang berminat dalam bidang penulisan untuk kita sama-sama berkongsi, bertukar pendapat tentang hal-hal yang berlaku di dalam atau di luar lingkungan kehidupan kita sehari-hari. 
Hari ini 13 Januari 2008....bermakna sudah 13 hari aku berada dalam tahun 2008. Terasa terlalu cepat masa berlalu. 2007 yang aku tinggalkan banyak mengajar aku tentang erti hidup, setiakawan, kesetiaan dan juga kecurangan. Dalam meniti hari-hari yang berlalu, aku banyak mengutip pengajaran yang berharga untuk aku jadikan panduan di hari muka....juga buat aku mengenal hati budi insan-insan yang ada di sekelilingku. Bukan mudah untuk kita mengharapkan orang untuk menerima dan menyukai kita sebagaimana kita menerima dan menyukai mereka. Inilah dia kehidupan.