Friday, January 18, 2008

Gadur tembaga warisan 7 keturunan......

Kali ni aku nak berkongsi info tentang Gadur Tembaga Warisan Keluarga 4 biji gadur tembaga, sebuah bekas sireh bersama 3 biji cembul berbentuk bulan sabit, sebuah dulang berkaki dan beberapa jenis perhiasan yang aku sendiri tidak pasti namanya. Anak-anak ku bertanyakan padaku berapakah usia kesemua barangan tembaga ini tapi aku hanya mengatakan yang aku mendapatkannya dari allahyarhamah ibuku dan allahyarhamah ibuku mendapatkannya dari moyangnya yang diperturunkan secara pusaka hanya untuk anak perempuan sahaja. Dipercayai Gadur Tembaga ini telah berada dalam keluarga kami selama 7 keturunan. Menurut cerita allahyarhamah nenek ku, gadur ini adalah lambang kebangsawan sesuatu keturunan. Hanya mereka yang datang dari keturunan bangsawan saja yang akan ada gadur tembaga ini. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini tapi apa yang aku ketahui dan saksikan, memang keturunan kami memiliki banyak peralatan-peralatan tembaga yang berusia ratusan tahun. Usia gadur ini yang sebenar-benarnya belum dapat kami pastikan. Sesiapa yang mempunyai info mengenai barang-barang antik tembaga, harap dapat mengongsikan info itu dengan aku.