Saturday, March 20, 2010

Akhirnya terlaksana juga........

Masa perasmian Makmal Latihan Komputer
19 MAC 2010 (Jumaat)~Tarikh perasmian dan pembukaan Makmal Latihan Komputer Jabatan kami akhirnya terlaksana juga....sebelum tu semua di buru kebimbangan juga...takut-takut Majlis Perasmian tidak dapat berjalan dengan baik....tapi alhamdulilah semuanya dah o.k. Berkat kerjasama kami satu ofis....rasa seronok kerana semua tahu tanggungjawab masing-masing. Kami bagaikan sebuah keluarga yang besar....bersama-sama bergotong royong membuat persediaan. Kalau di ikutkan kami nih tak lah ramai sangat...tak sampai pun 20 orang...tapi semangat kerja berpasukan kami sangat kuat. Itu yang aku suka pada sektor kami nih. 
Tahniah buat semua. Semoga permulaan ini akan terus menjadi pendorong pada kita semua di masa akan datang. Ada banyak program lagi yang sektor kami terlibat. Samaada sebagai pereka bentuk buku program atau pun sebagai host (tuan rumah) perhimpunan bulanan pada Ogos nanti.
Bilik Makan Makmal Latihan Komputer

Kami juga akan mengadakan hari keluarga untuk sektor kami. Sekarang tengah survey tempat yang sesuai untuk menganjurkan Hari Keluarga tersebut. Seronok juga rasanya sekali sekala 'outing' dengan kawan-kawan sepejabat. Semoga TUHAN akan selalu mempermudahkan segala urusan kami kearah kebaikan dan sentiasa memberkati kehidupan kami.... amin.