Sunday, June 17, 2012

Aku & G6PD

Apakah G6PD?
G6PD adalah singkatan daripada Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase.

G6PD ialah sejenis enzim yg memang wujud dalam sel darah merah manusia. Sel darah merah, seperti yang kita ketahui, akan mengalami proses oksidasi, iaitu proses penggabungan oksigen dengan sel darah merah. Enzim G6PD ni sangat penting untuk mengelakkan sel darah merah daripada pecah akibat daripada proses oksidasi ni. Proses pemecahan sel darah merah ini dipanggil haemolysis. Haemolysis kebiasaannya berlaku apabila sel darah merah mencapai life span (jangka hayatnya), pecah dan membebaskan haemoglobin. Pecahan sel darah merah ini turut menghasilkan bilirubin.

Pecahan sel darah merah (haemolysis)

Dalam kes G6PD Deficiency ni, kekurangan enzim tersebut menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidapnya terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu serta makanan tertentu. Serius atau tidak G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim G6PD tersebut.
Bagaimana G6PD Deficiency dikesan
Masalah G6PD ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik sahaja bayi dilahirkan. Di Malaysia, ujian darah sudah menjadi satu amalan setiap kali seseorang bayi dilahirkan sebab G6PD sering menyebabkan masalah di kalangan bayi yg baru lahir. Kebiasannya, bayi yang menghidap G6PD akan ditahan di wad selama sekurang-kurangnya 5 hari.
Kesan G6PD Deficiency
Untuk bayi baru lahir, G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning).
Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan.
Secara umumnya, penghidap G6PD seperti saya akan menjalani kehidupan normal. Namun, mereka (dan saya juga) boleh mengalami Haemolytic Anaemia jika terdedah kepada bahan ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang menyumbang kepada proses haemolysis.
Haemolytic anaemia
Juga dikenali sebagai "acute hemolysis". Merupakan pemecahan sel darah merah yang berlaku secara tidak normal dan terlalu banyak. Haemolytic anaemia akan menyebabkan kebolehan sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan menurun. Sebab tu orang yg mengalami Haemolytic Anaemia ini akan kelihatan penat je.... sebab badan diorang x dapat bekalan oksigen yang cukup.
Mereka yang mengalami Haemolytic Anaemia akan mengalami tanda2 berikut:
- Berasa kepenatan
- Nafas pendek/ sesak nafas
- Dalam keadaan tertentu, mereka akan kelihatan pucat.
- Air kencing berwarna gelap (akibat kewujudan haemoglobin dalam air kencing).
Kaedah Rawatan
Masalah G6PD tidak dapat dirawat sepenuhnya. Apa yang penting, seseorang yang menghidap G6PD perlulah mengambil langkah berjaga-jaga berikut:
- Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan komplikasi (disenaraikan di bawah).
- Elakkan daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan komplikasi.
Adalah sangat penting untuk memberitahu doktor atau pakar perubatan bahawa anda merupakan penghidap G6PD untuk mengelakkan kemungkinan tindakbalas yang berbahaya daripada rawatan yang akan diberikan (mungkin ada ubatan yang tidak boleh diambil, tetapi diberi oleh doktor kerana beliau tidak tahu status G6PD anda).  Sebaik-baiknya, pastikan ada seseorang di sekitar anda yang tahu status G6PD anda supaya beliau dapat memberitahu kepada doktor apabila kita tidak dapat berbuat demikian. Kalau kat negara luar, mereka ada tag atau kad tertentu yang menandakan mereka ni penghidap G6PD, so doktor akan memberikan rawatan yang sewajarnya dan mengelakkan ubatan yang dilarang.

Penghidap G6PD tidak boleh dan tidak dibenarkan menderma darah. Mungkin disebabkan sel darah mereka (dan saya) yang lemah. Kalau derma pun, ia x boleh digunakan dan menjadi pembaziran... baik simpan sendiri kan?

Berapa kerapkah berlakunya kes kekurangan enzim G6PD?
Dianggarkan seramai 400 juta manusia seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD. Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian-bahagian tertentu Afrika, Asia dan Mediterranean.

Kawasan yang biasanya berlaku malaria juga mempunyai kes kekurangan enzim G6PD yang tinggi.

Di Malaysia pula dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah ini.

Bahan Yang Perlu Dielakkan:

Makanan:
- Gambar kiri iaitu Fava Beans (kacang parang)... ini termasuk tumbuhannya kerana pollen grain pada pokok kacang parang juga boleh menyebabkan komplikasi. 
Sesetengah penghidap turut menjauhi wine merah, blueberi (dan juga yogurt mengandungi blueberi), produk soya, minuman tonik dan kapur barus.
Bahan kimia:
Yang paling ketara tapi selalu kita jumpa ialah Naphthalene, iaitu ubat gegat. 
Seelok-eloknya, cuba jauhi ubat gegat dan elakkan tempat yg mempunyai unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Penghidap mungkin akan sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.
Sesetengah kandungan asap rokok juga boleh menyebabkan komplikasi kepada penghidap G6PD. So, hisap ler rokok jauh2 daripada mereka dan saya ye. =)
Ubat-ubatan: (Ubatan bertanda # adalah selamat diambil dalam dos yg minimum)
Analgesics/antipyretics:
Acetanilid
Phenacetin
Probenecid
Pyramidone
Amidopyrine
Aminopyrine #
Antipyrine #
Aspirin #
Cytotoxic/Antibacterial:
Chloramphenicol
Co-trimoxazole
Furazolidone
Furmethonol
Nalidixic acid
Neoarsphenamine
Nitrofurantoin
Nitrofurazone
Para-aminoslicylic acid
Sulfonamides / Sulfones: 
Dapsone,
Sulfacetamide,
Sulfamethoxyprimidine,
Sulfanilamide,
Sulfapyridine,
Sulfasalazine,
Sulfisoxazole
Cardiovascular drugs: 
Procainamide #
Quinidine #
Miscellaneous:
Alpha-methyldopa,
Ascorbic acid #
Dimercaprol (BAL),
Hydralazine,
Mestranol,
Methylene blue,
Nalidixic acid,
Naphthalene (ubat gegat)
Niridazole,
Phenylhydrazine,
Toludine blue,
Trinitroluene,
Urate oxidase,
Vitamin K (water soluble) #
Pyridium,
Quinine #
Antimalarials (but fortunately, penghidap G6PD mempunyai ketahanan kepada jangkitan malaria): 
Chloroquine #
Hydroxchloroquine,
Mepacrine (quinacrine),
Pamaquine,
Pentaquine,
Primaquine,
Quinine #
Quinocide
# Info ini aku dapat dari blog http://man91blog.blogspot.com terima kasih untuk info ini.  Semoga dapat memberi manafaat kepada penghidap G6PD seperti aku.