Sunday, June 10, 2012

Bandung Oh Bandung.....Paris Van Java

"Wilujueng Sumping"
bererti 
SELAMAT DATANG DALAM BAHASA SUNDA

3 Jun 2012~ Aku telah bercuti ke Bandung, Cirebon & Jakarta. Tiket penerbangan dengan air asia da d beli sejak tahun lalu lagi. Flight kami berangkat pada jam 11.30 malam. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam 5 minit dari Kuala Lumpur ke Bandung. Kami tiba d Bandara Husein Sastranegara pada jam 12.45 malam waktu Indonesia. Masa d Indonesia lewat sejam dari waktu kita d Malaysia. Suasana d Kota Bandung memang agak sejuk berbanding dengan kota-kota yang lain yang terdapat d Indonesia. Kota yang juga d kenali sebagai PARIS VAN JAVA ini kelihatan tenang dan sunyi pada sebelah malamnya. Serasa jalan dalam suasana yang berhawa dingin jer. Setelah melalui pemeriksaan Imigresen Indonesia, kami pun keluar dari ruangan ketibaan dan d luar sudah ada banyak travel agen, driver teksi yang menunggu penumpang dan x kurang yang memegang kertas yang tertulis nama tetamu dari Malaysia. D antaranya tertulislah nama my bff, kami segera menuju ke travel agen tu dan dia membawa kami ke mobilnya.  Pada perjanjian awalnya, kami meminta travel agen itu menempahkan kami bilik hotel selama kami d Bandung tapi x tahu d mana silapnya, kami tidak d tempahkan bilik hotel. So kami pun bersama travel agen tu mula mencari bilik hotel yang masih kosong. Kebetulan pula masa kami datang tu bertepatan dengan musim cuti sekolah so ramailah orang Malaysia yang membanjiri Kota Bandung. Ada beberapa hotel yang kami tujui tapi semuanya penuh akhirnya kami pun menginap d Hotel Trio. Bayaran yang d kenakan berserta extra bed agak mahal iaitu Rp547.000 (lebih kurang  Rm160) untuk sebuah bilik yang kurang selesa tetapi memandangkan sudah lewat pagi dan kami pun sudah letih dan mengantuk so kami pun check in jer kat sana. 
Bandara Bandung kecik jer....
Hotel Trio

4 Jun 2012~ Seawal jam 9 pagi Pak Amin telah datang untuk menjemput kami di Hotel Trio. Kami bercadang untuk check out memandangkan hotel yang kurang selesa. Pak Amin membawa kami ke Hotel Marciella d Jalan Sukajadi. Hotel Marciella ratenya agak murah hanya Rp393.000 (lebih kurang Rm 115.00) termasuk extra bed dan sarapan pagi. Suasana hotelnya pun tenang, bersih dan ala-ala dekorasi Bali. Setelah selesai membuat pembayaran d hotel kami pun melanjutkan perjalanan kami yang seterusnya menuju ke Tangkuban Perahu Sebuah kawasan pariwisata d daerah pergunungan. Tiket masuk ke Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu itu ialah sebanyak Rp15.000 untuk kenderaan Roda Empat Mancanegara dan Rp50.000 seorang untuk pengunjung Mancanegara. Sepanjang perjalanan menuju ke Tangkuban Perahu, kami d hidangkan oleh pemandangan alam semula jadi yang sangat indah, cantik dan dingin. Asal-usul Gunung Tangkuban Perahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk mengagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Perahu.  Setibanya kami d atas gunung Tangkuban Perahu, pelancung sudah mulai membanjiri tempat pariwisata itu. Kami mula mengambil gambar yang menarik yang terdapat d sekitar kawasan itu. Satu pesanan yang aku nak kongsikan dengan korang yang akan berkunjung ke Tangkuban Perahu, berhati-hati dengan penjual-penjual cenderamata yang cuba untuk menjual bermacam barangan kerana harga yang mereka tawarkan adalah  sangat-sangat mahal dan mereka menggunakan bermacam-macam taktik untuk memujuk kita agar membeli barangan mereka. D sana juga ada d jual strawberry segar. Aku ada membeli satu pek. Ternyata buah strawberry itu sangat-sangat manis dan segar. Kami berada d Tangkuban Perahu x lama sekitar 4 jam jer kerana kami nak menuju ke Factory Outlet. Sempat juga kami singgah d Ciater Spa & Resort (tiket untuk memasuki SPA CIATER ini ialah sebanyak Rp50.000 permobil) untuk mengambil gambar dan singgah makan d warung tepi jalan. Dapatlah kami menikmati Pisang Keju Bakar, Ketan Bakar (pulut), Jagung Bakar Berkeju, STMJ(Susu telur madu & jahe (halia) dan soda susu. Factory Outlet atau F.O adalah satu kawasan tempat membeli belah yang terkenal dengan barangan berjenama. Terdapat banyak F.O d Kota Bandung nih tetapi kena berhati-hati juga, kadang barangan yang ori d campurkan dengan yang tiruan). Memang x sempat nak meronda dalam masa sehari. Aku sempatlah mengunjungi beberapa buah F.O dan sempat membeli beberapa helai jeans & t.shirt berjenama. Akhirnya kami menuju ke Kartika Sari sebuah gedung yang menjual ole-ole dari Bandung yang terkenal dengan snack, makanan ringan atau cemilannya. 

Kawah Ratu
Sempat posing dengan kuda yang pemalu nih
Berlatabelakangkan Kawah Ratu
Bersama my bff
Bersama my bff & familynya
Kerajinan tangan yg ada d Tangkuban Perahu
Mmg unik hasil kerajinan tangan mereka ini
Pisang bakar  d tabur dgn keju & coklat rice
Ketan bakar (Pulut bakar) makan dgn sambal
Jagung bakar dan d tabur dengan parutan keju
STMJ ~ Susu Telur Madu & Jahe (Halia)
Tapi kena hati2 bila nak makan sate kat sini
Sempat bergambar dgn kuda d Ciater
Ciater Spa & Resort
Lepak d warung tepi jalan
My bff & bunda yang tercinta
Pemandangan dari Lembang
Nampak kota Bandung 
Ikan yang jinak kat Grande F.O
Jinak sangat ikan nih
Bila d panggil ikan nih akan datang
FO Heritage
Cupcake & Macaroons dari Kartika Sari
D antara minuman & makanan yg sempat aku beli
Air Jeruk hangat~perahan limau manis
5 Jun 2012~kami sudah tidak menggunakan lagi khidmat pak supir kerana kami ingin ke Pasar Baru untuk shopping dan tidak memerlukan kenderaan. Kami memesan teksi blue bird (Syarikat Teksi yang menawarkan harga tambang yang jauh lebih murah dari syarikat teksi yang lain), memandangkan kami akan ke Jakarta pada 6 jun 2012 dengan menaiki kereta api (orang d Indonesia menyebut kereta api sebagai Kereta) so kami harus ke Stesen Kereta Api Bandung untuk membeli karcis (tiket) kereta api. D sini untuk membeli tiket, kita harus mengisi formulir (borang) terlebih dahulu setelah mengisi borang barulah kita bole membeli tiket. Tiket dari bandung Ke Jakarta ialah sebanyak Rp60.000  seorang dengan menaiki kereta api Argo Parahyangan. Setelah membeli tiket kereta api, kami menaiki angkot (van) untuk menuju ke Pasar Baru dengan bayaran sebanyak Rp2.000 seorang. Begitu menjejakkan kaki ke Pasar Baru yang mempunyai 7 lantai (ertinya 7 tingkat daa), mata kami mulalah rambang. terlalu banyak pilihan dan murah-murah pulak tu. Setiap kedai yang kita masuki dan bertanyakan harga pasti mereka akan berkata harga pecah telur.  Memula aku x faham apa yang mereka maksudkan dengan harga pecah telur, rupa-rupanya harga permulaan saat kedai baru menjalankan perniagaan.  My bff & bundanya bukan main lagi memborong barang seperti sandal, telekung & beg tangan: aku cuma shopping mata saja kerana tujuan aku ke Bandung kali pertama nih hanya untuk meninjau-ninjau saja....insyallah aku akan repeat lagi untuk kali kedua. Bunda my BFF terpaksa membeli sebuah koper (beg pakaian) lagi untuk menampung barangan yang semakin banyak d beli. Aku pun terbabit sama membeli sebuah beg pakaian untuk menyimpan barangan yang d beli kerana dari Malaysia aku hanya berjalan dengan membawa sebuah tote bag sahaja. Kami berada d Pasar Baru tu sehinggalah lewat petang. Memang seronok berbelanja kat Pasar Baru. Rasa macam nak borong semua tapi apakan daya kemampuan tidak dapat mengatasi keinginan, namun sempatlah juga memborong beberapa helai telekung yang memang sangat-sangat murah dan cantik. beg tangan, t.shirt dan sandal yang murah dan cantik. Sebelum pulang kehotel, kami sempat makan tengahari d food court yang terdapat d Pasar Baru.  Makanannya memang sedap dan murah.  Pastikan kalau datang ke Pasar Baru, cuba Jus Sirsak (durian belanda) & jus alpukat.  Memang sangat2 sedap, pekat & murah.  Hanya Rp10.000 saja bersamaan lebih kurang Rm3.00 duit kita.  Petang itu kami pulang menaiki teksi blue bird. Malamnya kami keluar lagi untuk ke apotik kerana adik my bff x berapa sihat. Kami mengalami satu kejadian yang agak lucu kerana kami menaiki angkot dan minta d hantarkan ke APOTIK (farmasi), agaknya pendengaran driver angkot tu x berapa jelas kut, ada ker patut dia hantar kami ke OPTIK. Sudah lah dia salah hantar, bila kami bagitahu yang kami mahu ke Apotik dia bole kata ada d bawah sana apotik. kami pun pergi lah ke tingkat bawah optik tu ingatkan ada ler Apotik kat situ, rupanya x ada dan kami harus berjalan kaki sejauh 300 meter untuk mencari Apotik. Marah juga dalam hati tetapi nasib baiklah udara Bandung yang dingin membuatkan kami x merasa letih berjalan dan x berpeluh. Setelah membeli ubat d Apotik, kami meneruskan perjalanan kami dengan berjalan kaki untuk mencari gerai makan. Akhirnya kami bertemu sebuah warung yang menjual seafood. Kami pun makan kat gerai tu. Aku tertarik dengan minuman Air Jeruk hangat, d buat dengan memerah buah limau manis dan d campurkan air suam dan gula. Rasanya berbeza dengan perahan air limau kasturi atau perahan air lemon seperti mana yang terdapat d Malaysia. Aku memesan sampai dua gelas. Sedap sangat. Kami pulang dengan menaiki angkot dan kali ini pula kami bertemu driver angkot yang x tahu d mana Hotel Marciella dan kami tersesat lama juga kerana mencari jalan nak balik ke hotel. Memang kelakar bila mengingatkan kenangan itu. Perjalanan ke Jakarta akan aku sambung d entry yang berikutnya o.k. Jom jamu mata dengan gambar2 yang sempat aku upload.
# Aku suka dengan Kota Bandung bukan hanya suasananya yang dingin tapi juga penduduknya yang ramah, lemah lembut dan berbudi bahasa.  Sepanjang berada d Kota Bandung belum pernah aku mendengar mereka meninggikan suara bila bercakap dengan kita.  Anak2 remajanya juga tidak ada yang melepak.  Bahkan d setiap food court boleh d katakan anak-anak remaja inilah yang mengendalikan perniagaan sepenuhnya dari tukang masak sampai ke pelayannya.  Sesuatu yang harus d banggakan dan d contohi oleh masyarakat Malaysia.
Ada 7 lantai semuanya (7 tingkat)
Pasar Baru 
Memang letih berjalan kat Pasar baru nih
Harga kita dalam rm6 ke rm7 jer
Ayam penyet, Ikan Penyet & Daging penyet
Timbunan beg yang berharga 50 ribu rupiah satu
Shopping mata jer
Rambang mata d buatnya
Jubah yang cantik-cantik
Sempat jadi model x berbayar
Jubah putih siffon nih murah jer
Stesen Kereta Api Bandung
Nak beli tiket kereta api  harus isi formulir (borang)
Selamat tinggal Bandung ada jodoh pasti akn dtg lagi