|
Ini adalah Masjid |
Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah, lahir sekitar
1450 M, namun ada juga yang mengatakan bahwa ia lahir pada sekitar
1448 M. Sunan Gunung Jati adalah salah satu dari kelompok
ulama besar di
Jawa bernama
walisongo. Sunan Gunung Jati merupakan satu-satunya Walisongo yang menyebarkan Islam di
Jawa Barat.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang tersurat dan tersirat. Sewaktu bff ku menempah tiket penerbangan Air Asia ke Bandung tahun lalu, dia memilih tarikh penerbangan kami pada 3 Jun 2012 dan tarikh kembali pada 9 Jun 2012. Aku pada mulanya tertanya-tanya juga jangka waktu yang lama berada d Bandung & Jakarta, apa pengisian yang kami akan lakukan kerana kalau hanya setakat pergi makan angin dan shopping, rasanya 5 hari sudah mencukupi. Tanpa kami sedari sesungguhnya Tuhan telah merencanakan sesuatu untuk kami. Kami juga tidak menyangka yang Ibu & adik kepada bff ku akan menyertai percutian kami kali ini. Sebenarnya adik kepada bff ku teringin untuk melanjutkan pengajian agamanya d Buntet Pesantren Cirebon. Kebetulan K.H Djaelani Imam yang menjadi Pengasas Pesantren itu sedang mengerjakan umrah bersama isteri beliau dan tarikh mereka kembali ke Cirebon ialah pada 5 Jun 2012. Pada 6 Jun 2012 kami melanjutkan lagi perjalanan kami ke Jakarta dari Bandung. Kali ini kami menaiki kereta api, kalau d Indonesia : kereta api d sebut kereta dan kereta d sebut mobil. Sepanjang perjalanan kami d sajikan oleh pemandangan alam yang sangat indah. Penanaman sayur-sayuran & padi d lereng-lereng bukit yang d tarah sangat-sangat menarik perhatian. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu akhirnya tiba d Stasiun Keretapi Gambir, Jakarta. Setelah menunaikan Solat Jama' d musollah (surau) stasiun itu, kami menaiki teksi blue bird untuk menuju ke Hotel Amaris d Mangga Dua dengan bayaran sebanyak Rp70.000. Hati-hati bila menaiki teksi Blue Bird d Kota Jakarta. Bila waktu-waktu macet elakkan penggunaan argo (meter). Harus pandai menawar harga. Kota Jakarta adalah sebuah kota yang sentiasa macet (jem). Kalau kita da terserempak dengan waktu macet......alamat tersengguk-sengguk ler kita dalam teksi.
Setelah sampai d Hotel Amaris, kami pun terus check in dan kami d tempatkan d lantai 7 (tingkat 7) dan nombor bilik kami 7026. Bilik hotel kami d Jakarta ini, sepenuhnya d taja oleh adik kepada my bff selama 3 hari dan dia menempah 3 bilik untuk rombongan kami yang seramai 6 orang. Adik my bff bersama Helmi anak saudara suaminya yang juga akan jadi penunjuk jalan untuk menemani kami sepanjang penjelajahan kami ke Cirebon, Helmi dulu juga merupakan seorang pelajar d Buntet Pesantren dan kini telah menjadi seorang Ustaz. Mereka sampai agak lewat kerana penerbangan dari Malaysia ke Jakarta menghadapi sedikit masalah sewaktu nak mendarat d sebabkan hujan lebat. Setelah check in aku dan bff ku terus meronda-ronda d mall bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap. Sempatlah menapaukan nasi goreng untuk ibunda my bff yang sedang berehat d bilik hotel. Malam itu aku tidur dengan lena sekali hingga x sedar dah pagi. Sarapan pagi termasuk dalam pakej penginapan dan sarapan yang d sediakan juga boleh tahan sedapnya. Selesai bersarapan, kami menaiki teksi ke Stasiun Kereta Api Gambir dan membeli karcis (tiket) keretapi untuk menuju ke Cirebon. Tiket keretapi ke Cirebon berharga Rp85.000 seorang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam itu kami habiskan dengan tidur. Sesekali aku terjaga d kejutkan oleh bffku yang meminta aku mengambil gambar pemandangan sepanjang perjalanan yang sangat cantik dan penuh kehijauan, pandangan mata d hidangkan dengan pemandangan indah kawasan perkampungan yang d hiasi dengan sawah-sawah padi yang saujana mata memandang. Keretapi yang kami naiki sampai d Stasiun Kereta api Cirebon lebih kurang pada jam 3.30 sore/petang waktu tempatan. Stesen kereta api Cirebon kelihatan moden dengan laluan d bawah tanah. Kami menaiki mobil Avanza (kereta sewa) untuk menuju ke Buntet Pesantren Cirebon yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai dengan bayaran sebanyak Rp70.000. Aku sempat bertanyakan pak supir apakah maksudnya "Cirebon", pak supir menjelaskan "Ci" itu bermaksud air dan "Rebon" adalah udang kecil. Cirebon terletak d pesisir laut Jawa dan kotanya agak panas d bandingkan dengan Kota Bandung.
Berdasarkan catatan sejarah, pada abad ke-15 dan 16 Masehi, Cirebon merupakan pangkalan penting dalam jalur perdagangan dan pelayaran antarpulau. Akibatnya, Cirebon menjadi "Jembatan" antara kebudayaan Jawa dan Sunda, sehingga tercipta suatu kebudayaan yang khas. Bukan Jawa dan bukan pula Sunda.
Dengan dukungan pelabuhan yang ramai dan sumber daya alam dari pedalaman, Cirebon kemudian menjadi sebuah kota besar. Cirebon pun pernah menjadi salah satu pelabuhan penting di pesisir utara Jawa untuk kegiatan pelayaran dan perdagangan, baik di Kepulauan Nusantara maupun bahagian dunia lainnya. Dalam naskah Carita Purwaka Caruban Nagari, disebutkan bahwa pendiri Kota Cirebon adalah Raden Walangsungsang, putra dari Prabu Siliwangi dan Nyi Mas Subalarang. Namun sumber lain menyebutkan bahwa Cirebon didirikan oleh Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah pada awal abad ke-16 dan berkembang menjadi kesultanan yang paling disegani di Pulau Jawa dan sekitarnya. Sampai akhirnya Kesultanan Cirebon terpecah menjadi tiga, sepeninggalan Sunan Gunung Jati.
Kami sampai ke Buntet Pesantren Cirebon yang terletak dalam sebuah kampung yang tenang dan aman damai. D sini terdapat banyak pesantren dan d naungi oleh sebuah Yayasan yang bernama Yayasan Al Hidayah. Kami d sambut oleh isteri Pak Kiai iaitu Ibu Nyai Afida. Kebetulan mereka baru sahaja kembali dari mengerjakan umrah. Pak Kiai Djaelani Imam & isteri sangat-sangat peramah dan kami d hidangkan dengan bermacam-macam juadah termasuklah buah kurma ajwa (kurma nabi), buah-buahan, cemilan, coklat, kacang, kismis & air zam-zam yang d bawa dari Tanah Suci. Memang langkah kanan kami hari tu. Pak Kiai & Isteri yang sangat ramah itu memujuk kami agar mahu bermalam d rumah mereka dan sudah tentulah kami menerima dengan tangan yang terbuka. Rumah Pak Kiai ini agak besar dan dapat menempatkan 40 orang pelajar (20 pelajar lelaki & 20 pelajar perempuan) yang datang dari seluruh tanah jawa semata-mata untuk mendalami pengajian agama islam. Rumah Pak Kiai ini juga menempatkan sebuah madrasah yang bersambung dengan ruang belakang rumah beliau d mana d madrasah inilah mereka mengerjakan solat berjemaah, ceramah-ceramah agama dan kelas-kelas mengaji. D rumah pak kiai itu aku terlihat gambar Sunan Gunung Jati dan gambar alMarhum Abdurrahman 'Gus Dur' Wahid. Sewaktu kami duduk bersembang aku sempat mengutarakan (memang akulah orang yang paling banyak bertanya kepada Pak Kiai) tentang keinginan ku untuk menziarahi (atau bahasa orang d Indonesia MELAYAT) makam Sunan Gunung Jati. Pak Kiai sedikit terkejut kerana dia tidak menyangka yang aku tahu tentang sejarah ulama besar itu. Pak Kiai berkata yang kami datang pada tempat yang betul kerana Pak Kiai merupakan generasi ke 10 kepada Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah ini. Pak Kiai berjanji akan membawa kami melayat ke makam tersebut selesai solat isyak nanti. Aku yang sedang dalam keadaan uzur itu bertanya kepada Pak Kiai boleh ker aku menziarahi dalam keadaan yang tidak bersih (uzur)? Pak Kiai menjelaskan sebenarnya tidak menjadi masalah menziarahi makam dalam keadaan uzur kerana yang penting adalah nawaitu kita dan sesuatu yang wajib kita ingat, bila kita menziarahi makam para ulama atau wali, berdoalah dan memintalah kepada Allah dan bukan kepada ulama atau wali tersebut. Jangan sampai kita tersilap akidah. Memohon dan meminta hanya pada Allah dan para wali atau ulama akan mengaminkan doa kita itu. Berbual dengan Pak Kiai ini memang sangat-sangat seronok. Pak Kiai ini seorang yang berfikiran terbuka dan suka bercanda (bergurau). Beliau banyak menceritakan tentang pengalaman mereka mengerjakan umrah kali ini kerana mereka memilih pakej lawatan ke Istanbul d mana mereka berpeluang melawat sebuah muzium yang menempatkan barang-barang peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang, peralatan perang dan baju Siti Fatimah. Jelas kelihatan air mata tergenang d sudut mata Pak Kiai saat beliau menceritakan betapa sebaknya hati bila melihat peninggalan yang sangat bererti itu. Selesai solat maghrib sebelum kami makan malam sempatlah kami mendengar kemerduan suara Ibu Nyai Afida isteri Pak Kiai yang sedang mengajar pelajar-pelajar puteri mengalunkan marhaban dan selawat. Kemudian acara makan malam beramai-ramai dengan duduk bersila dan menu istimewa ialah satay kambing Cirebon, rendang daging sapi (lembu), kari kambing Cirebon & sambal terasi (belacan) yang enak hasil air tangan Ibu Nyai Afida. Aku nih dah ler x reti nak makan kambing tapi bila bff ku mencicipi satay kambing tersebut, dia memuji kesedapan satay itu dan menyuruh aku merasa sedikit. Memula aku menolak tapi bila dia kata sedap dan x der bau hamis kambing, aku pun mengambil secucuk dan mula makan 2 hiris daging kambing tersebut. Memang sedap coz satay itu mereka bubuh kicap manis dan sambal kacangnya pun x sama macam sambal satay kita kat Malaysia. Aku mampu menghabiskan dua hiris sahaja dan satay yang masih ada sehiris lagi daging itu, aku beri pada bff aku untuk menghabiskannya. Selesai jer makan nasi, aku mula rasa sesuatu yang x kena. Mula terasa mual, perut mula senak dan aku mula berpeluh. Aku cuba juga untuk mententeramkan diriku dengan membasuh muka dan berkumur-kumur. Aku tahu yang aku sudah mula mabuk kerana makan daging kambing. Selesai jer makan kami pun bersiap nak ke Makam Sunan Gunung Jati. Kami pergi berlapan. Imron (anak saudara merangkap supir), Pak Kiai, aku, my bff, 2 orang adik bff, bunda bff dan Helmi. Perjalanan menuju ke Makam Sunan Gunung Jati tu mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Sewaktu kami singgah d CIMB Niaga untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM, aku sudah terhuyung hayang, peluh keluar x henti-henti. Mual semacam. Bff aku perasan kut coz kata mereka muka aku dah pucat lesi. Masa tu aku pakai t.shirt, jeans dan jaket, dia orang menyuruh aku buka jaket ku kerana mereka tengok aku macam orang nak pengsan jer. Aku bertahan lagi sampai lah kami tiba d kaki bukit Makam Sunan Gunung Jati tu, aku meminta diri untuk ke tandas awam yang banyak d sediakan. Setelah aku masuk ke tandas awam tu, aku terus basuh muka dan paksa diri untuk muntah. Dengan mudah jer aku termuntah dan masa tu aku rasa nak pitam dah...tapi aku kuatkan semangat aku dan melangkah keluar dari toilet tu. Mereka kat luar semua menunggu aku dengan muka risau, semua tanya "ok ker?". Setelah muntah baru aku rasa lega sikit dan mulalah kami mendaki anak tangga yang terdapat d bukit yang menuju ke makam tersebut. Imron anak saudara pada Pak Kiai itu selalu mengingatkan kami agar hati-hati dengan beg tangan kami kerana ramai pencopet (penyeluk saku) d kawasan itu. Aku yang berjalan beriringan dengan Imron sempat menanyakan bolehkah aku mengambil gambar? Dia berkata nanti setelah selesai menziarahi makam, dia akan tolong aku untuk mengambil gambar. Makam Sunan Gunung Jati terletak di Desa Astana Kecamatan Cirebon. Lokasinya berada sekitar 6 km ke arah utara Kota Cirebon. Luas kawasan objek wisata Makam Sunan Gunung Jati kurang lebih 20 hektar. Di dalamnya terdapat ratusan makam keturunan Sunan Gunung Jati. Letak Makam Sunan berada d atas bukit. Untuk mencapainya kita harus menaiki ratusan anak tangga. Setiap pelawat yang ingin menziarahi makam Sunan Gunung Jati, tidak d benarkan beralas kaki harus berkaki ayam. Sewaktu menghampiri pintu untuk memasuki kawasan ke makam, ramai peminta sedekah yang menunggu d muka pintu gerbang. Aku tak kisah kalau mereka cuma menadah tangan, ini siap wang recehan (syiling) yang ada d genggaman kita d ambil secara paksa. Mereka akan terus mengikuti kita selagi kita x bagi sedekah. Kami bersyukur kerana kedatangan kami ke Makam d temani oleh Pak Kiai Djaelani Imam, salah seorang dari generasi keturunan Sunan Gunung Jati. Laluan kami untuk terus ke makam ulama tersebut d permudahkan. Kalau datang bersendirian, kita hanya akan sampai ke ruangan bawah sahaja (ruangan terbuka d mana banyak terdapat makam-makam kaum keluarga Sunan Gunung Jati). kebetulan malam itu malam jumaat dan ramailah yang bertahlil sehinggakan kawasan menjadi sesak oleh ramainya pengunjung. Ada yang datang membawa air dan ada yang datang membawa bunga. Aku perhatikan ada terdapat beberapa buah patung seperti patung berhala d tingkat bawah ruangan yang terdapat ramai orang itu. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah beristighfar banyak-banyak melihat keadaan ini. Kedatangan kami menjadi perhatian ramai, mungkin kerana kami orang luar dan datang pula bersama Pak Kiai seorang ulama yang d segani d kawasan itu. Kami terus meniti anak tangga menuju ke ruangan paling atas. Ruangan itu x ramai orang dan untuk memasuki ke ruangan itu bukannya mudah. Aku x sabar untuk segera sampai d makam tersebut. Tak sampai 15 minit, kami sudah sampai d anak tangga teratas. D sana terdapat pintu gerbang besar berwarna cokelat. D sebalik pintu itulah makam Sunan Gunung Jati berada. Bukan sebarangan orang dapat masuk ke dalamnya, kecuali para Sultan Cirebon. Pengunjung hanya diperbolehkan sampai di depan pintu sahaja dan menurut Pak Kiai untuk memasuki makam Sunan Gunung Jati harus mendapat kebenaran bertulis dari pemerintah sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal. Mungkin kerana kedatangan kami pada waktu malam membuatkan mata ini x puas untuk melihat kawasan persekitaran makam. Semoga Allah akan memberikan aku kesempatan untuk menziarahi sekali lagi makam ini d siang hari.
Pak Kiai menyuruh kami duduk d satu ruangan berhadapan dengan dinding yang berwarna jingga. Pak Kiai memberitahu bahawa d sebalik dinding itu adalah Makam Sunan Gunung Jati bersama kaum keluarga terdekat beliau. Pak Kiai meminta kami agar sama-sama bertahlil untuk almarhum Sunan Gunung Jati, selesai bertahlil Pak Kiai menyuruh kami berdoa memohon apa yang kami inginkan tapi dia mengingatkan kami agar meminta kepada Allah dan bukan kepada wali itu. Banyak doa yang aku pohonkan, untuk diri ku sendiri, keluarga ku, teman-temanku dan orang yang berada d sekelilingku. Selesai berdoa, kami sempat mengambil gambar d kawasan makam tersebut dan imron lah yang setia menjadi jurugambar kami. Sempatlah juga kami singgah untuk membeli buah salak yang gede-gede (besar-besar) dan membeli minuman. Sebelum pulang ke rumah Pak Kiai, kami sempat singgah d sebuah kedai yang menjual martabak manis yang agak terkenal d Cirebon. Pak Kiai belanja kami martabak manis berisikan keju dan martabak daging & telur. Sementara menunggu martabak manis siap d masak, sempatlah kami berbual-bual dengan Pak Kiai tentang keturunan Syarif Hidayatullah.
Memandangkan keturunan dari datuk sebelah mama ku juga berketurunan Syarif, Pak Kiai begitu berminat untuk mengetahuinya kerana kata Pak Kiai berkemungkinan kami datang dari satu jalur yang sama kerana Syarif Hidayatullah punya ramai saudara yang merantau keseluruh pelusuk nusantara untuk mengembangkan agama islam. Pak Kiai meminta kalau aku datang lagi ke Cirebon, ajaklah saudara mara yang da berusia agar dapat Pak Kiai bertanya asal usul keturunan Syarif yang ada pada keturunan kami. Insyallah kalau ada rezeki, aku teringin sekali untuk mengajak satu-satunya ibu saudara ku yang masih ada (adik pada arwah mak aku) untuk berkunjung ke Cirebon. Aku juga teringin untuk mengikuti pakej pelancongan (Pelancongan Islamik) yang d anjurkan oleh Pak Kiai selama 3 hari 4 malam yang akan membawa kita keseluruh tanah jawa untuk melayat (menziarahi) makam ulama-ulama seperti makam-makam yang terdapat d seluruh tanah jawa yang d kenali sebagai WALISONGO. Rujukan :
http://id.wikipedia.org/wiki/Walisongo.
Sepanjang lawatan itu, pengisian rohani juga akan d buat. Ermm...macam menarik....insyallah kalau d izinkan Allah dan ada rezeki aku akan datang lagi untuk mengikuti pakej pelancongan dan pengisian rohani itu. Pak Kiai juga merupakan seorang peminat Allahyarham P.Ramlee dan beliau sempat menyanyikan lagi "jiwa rasa gelora.....kasih pada adinda....." hehehe....Pak Kiai nih memang seorang yang boleh d ajak bersembang & sporting orangnya.
Malam itu kami tidur dengan nyenyak kerana terlalu keletihan. Sesungguhnya kenangan menjejakkan kaki ke Kota Cirebon memang satu kenangan yang sangat manis dan x mungkin akan terlupakan selama hayat d kandung badan. Sesungguhnya sehari semalam x mencukupi untuk terus menjelajah Kota Cirebon yang penuh dengan tinggalan sejarah tentang kemasukan Islam ke tanah jawa. Keesokan harinya seawal jam 5 pagi kami sudah berada d Stasiun Kereta Api Cirebon untuk kembali ke Jakarta dengan menaiki keretapi yang pertama yang akan bertolak pada jam 6.15 pagi. Sempatlah menunaikan solat subuh yang d imamkan oleh Imron anak saudara pada Pak Kiai. Terkesima sebentar bila mendengar merdunya alunan suaranya mengalunkan surah. Sebelum kami berangkat, sempatlah kami mengabadikan gambar beramai-ramai d stasiun itu. Cuma aku agak terkilan kerana tidak sempat untuk melawat ke Keraton Kesepuhan dan Keraton Kanoman. Masa terlalu suntuk memandangkan kami akan berangkat pulang ke tanah air pada 9 Jun 2012. Semoga akan ada kesempatan d lain kali. Selamat Tinggal Kota Cirebon....Kota yang penuh dengan kenangan.