Topik ari nih aku nak bercerita tentang JAMU....Sekarang kat ofis aku ramai da yang mula mengamalkan jamu...sume teruja nak cantik dan awet muda...salah satu cara merawat kesihatan badan dari luar dan dalam. Satu peningkatan yang positif. Macam juga aku.....aku mula mengamalkan jamu sejak berusia awal 20an lagi dan kebiasaan ini telah menjadi satu amalan pada diri ku semenjak itu.
Dulu masa arwah mak mertua aku masih ada, setiap kali aku bersalin dia akan menyediakan segala titik bengek bermula dari air mandian, air rebusan untuk diminum, bedak panas, bedak sejuk, lulur, tapel, jamu, untal sejenis jamu rupanya seperti lumpur yang diperbuat dari bahan-bahan herba tapi sangat berkhasiat untuk memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah dan memecahkan angin-angin dalam badan. Jamu ini diminum bersama telur ayam kampung yang mentah dan madu, berurut, bertungku, berbengkong (bengkong aku dulu sepanjang 15 meter- bayangkan badan mulai dari bawah payu darah hingga ke bawah punggung dibalut dan diikat dengan kain sepanjang 15 meter, sampai nak berjalan pun macam orang jepun pakai kimono berjalan....terkepit-kepit) & bersengkak.
Mak mertua aku adalah seorang bidan turun temurun dan dialah yang merawat aku dari anak pertama sehinggalah anak ke tujuh. Terkejut yer aku ada 7 orang anak? Anak aku memang 7 orang tapi 2 orang (sepasang kembar perempuan) meninggal sewaktu kecil kerana lahir premature (tak cukup bulan).
Aku mula mengamalkan jamu dan mula berpantang makan sejak bersalin anak pertama. Aku sangat teruja setiap kali mak mertua aku merawat aku semasa dalam pantang. Terasa diri nih macam puteri raja plak....yer laaa...bayangkanlah dari air mandi di sediakan dan aku amat menyukai air mandi yang terdiri dari rebusan daun-daun, akar-akar kayu dan herba-herba untuk merawat badan, badan diurut, perut disengkak, dipakaikan bengkong, bertungku sehingga 44 hari, diberi minum jamu, dipakaikan pilis, badan dibedakkan dengan bedak sejuk agar kulit berseri dan sentiasa kencang, kaki diurut dan sentiasa pakai stokin selama dalam pantang dan disapu dengan bedak panas agar tubuh badan tak dimasuki angin. Makan minum dijaga dan dalam pantang banyak makanan yang aku tak boleh sentuh, sehingga kini aku berpantang makan rebung, keladi dan nenas.
Kebetulan aku ada menghidap asthma jadi aku tak boleh makan benda-benda nih. Bila makan jer....tekak aku macam berangin dan gatal-gatal..aku akan mula batuk dan asthma pun akan menyerang. Kebetulan plak bila kita mengambil jamu kita kena elakkan makanan sejuk, tajam dan bisa. Bagi akulah kan....tiada jalan pintas untuk menjadi cantik....tapi kena berusaha dan rajin. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana pada usia yang muda aku sudah terbiasa mengamalkan jamu dan hingga kini jamu menjadi satu kemestian dalam rutin harian. Kini dengan usia ku 44 tahun, dengan 7 orang anak dan 2 orang cucu, aku masih dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Semenjak duduk di Melaka nih, aku kurang minum jamu segar tapi masa kat Sabah setiap minggu aku akan berlanggan pada seorang bibik pembuat jamu. Kini kalau ada masa terluang aku akan buat jamu yang mudah untuk kegunaan diri sendiri. Nak belajar buat jamu yang mudah tak...?? Aku nih tak laa pandai sangat dalam hal-hal jamu nih...tapi boleh lah setakat untuk kegunaan sendiri...
bahan-bahannya senang jer...
JAMU ASAM KUNYIT
kunyit hidup (seelok-eloknya ibu kunyit)
halia
gula merah (1 ketul)
asam jawa secukup rasa
Kupas kulit dan cuci kunyit dan halia blend dengan air hingga lumat
Lepas tu tapis dan masukkan dalam periuk
Masukkan asam jawa dan gula merah
kacau sehingga sebati
masak dalam 10 minit
Selepas tu angkat dan tapis sekali lagi jamu kunyit tu
dan sejukkan untuk diminum.
Jamu Asam Kunyit nih sesuai untuk diamalkan setiap hari terutama semasa datang bulan. Jamu ini dapat mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan tubuh badan jika rajin mengamalkannya.
Jamu Asam Kunyit |
AIR REBUSAN JAMU UNTUK MERAPATKAN
(Air untuk mencuci)
- 15 helai daun sirih
- buah gambir
- Kulit pinang muda secukupnya
- Kapur sirih secukupnya
Racikkan kulit pinang, tumbuk gambir hingga halus dan ayak kapur sirih hingga merata. Semua bahan dicampur jadi satu dalam air mendidih. Diamkan beberapa jam hingga sejuk dan mendap.
Gunakan untuk membasuh area ‘V’ pada pagi, siang dan malam hari untuk merapatkan.
JAMU RAPAT
(Untuk diminum)
(Untuk diminum)
Ambil sebiji buah pinang, kupas dan hancurkan. masukkan dalam gelas dan tuang dengan air panas setengah gelas. Tunggu sampai air hangat lalu diminum. Boleh ditambah dengan gula merah atau gula putih untuk mengurangi rasa kelatnya. Amalkan seminggu 3 kali. Bagi mereka yang belum bernikah dilarang mengamalkan jamu ini.
Sebenarnya pada zaman sekarang susah kita nak jumpa wanita yang baru melahirkan yang betul-betul menjalani tempoh berpantang....rata-rata selepas bersalin 2 atau 3 minggu sudah mula keluar bershopping dan memandu kereta. Mereka merasa bangga bila baru jer bersalin da kelihatan sihat dan kuat untuk berjalan-jalan. Memang dari luar kelihatan sihat...tapi bayangkan rahim yang masih kembang, masih luka kerana selama hampir 10 bulan menjadi tempat bayi membesar dan tentulah memerlukan masa untuk merawat rahim agar kembali kecut dan sembuh seperti sedia kala. Teringkat kata arwah mak mertua aku dulu "Nak...sayangi badan kamu...masa berpantang nih laa kamu kena jaga kesihatan betul-betul....urat badan semua kembang kerana bersalin, batu tian (sarung tempat bayi membesar dalam rahim) harus kecut dan balik pada saiz asal. kalau kamu tak jaga badan kamu, kamu akan mudah masuk angin dan badan jadi lembik......baru berusia 30an atau 40an seri wajah akan mudah pudar badan akan mudah gemuk kerana lemak duduk dalam perut. Badan tak kejap dan 'fit". Cantik atau tidaknya seseorang perempuan itu terletak pada kesihatan dalamannya, bukan setakat kecantikan luaran....." itulah pesanan beliau yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila....Kini setelah 19 tahun aku melahirkan anak aku yang bongsu, aku dapat merasakan kebenaran dari kata-kata beliau itu. Ambillah masa untuk merawat diri sendiri.....jangan terlalu teruja untuk bersuka-suka selepas bersalin. Makan tak berpantang juga salah satu punca badan mudah kembang.
Sayangi diri kita sendiri...kalau bukan kita yang menjaganya....siapa lagi...????