Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Yg ke-27...sayang....

Hari ini 22/02/2011 genap anak sulungku Mohd Nur Abda berusia 27 tahun.  Sudah besar rupanya dia.  Terasa macam baru jer semalam aku memeluk dia dalam pelukan ku sewaktu membawa dia balik dari hospital.  Tak terasa masa terlalu cepat berlalu.  Mohd Nur Abda nama yang kami pilih untuk dia yang membawa erti YANG TERPUJI CAHAYA HAMBA ALLAH.  Nama panggilannya ialah IAN....Semasa kecil Ian adalah seorang anak yang sangat cergas dan cerdas.  Bijak, comel dan menjadi kesayangan atuk dan neneknya.  Dia pandai mengambil hati dan sangat rapat dengan bapa dan mamaku.  Sewaktu di bangku sekolah dia merupakan pelajar yang sangat pintar.  Sesungguhnya dia merupakan anugerah yang paling bermakna yang Tuhan  berikan untuk kami.  Selamat Hari Jadi sayang...semoga Ian akan jadi anak yang soleh...menjadi kebanggaan keluarga dan menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik Ian.  Mama sayang sangat dengan Ian.