Sunday, February 6, 2011

Hari ini hari untuk aku merindukan seseorang....

Entah kenapa hari ini aku terasa sunyi pula.  Aku terkenangkan seseorang.  Seseorang yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati dan ingatanku.  Kami tak pernah bersua muka tapi selalu chatting, webcam, email, sms & berhubung melalui handphone.  Seseorang yang terlalu baik, yang selalu mengingatkan aku pada Tuhan, selalu mengingatkan aku untuk melakukan puasa sunat setiap isnin & khamis, mengingatkan aku agar jangan lupa solat, solat dhuha, solat istikharah, sms aku ditengah malam hanya untuk mengingatkan aku agar solat malam.  Aku sesungguhnya tersentuh dengan kebaikan hati dan pekertinya.  Setiap pesan dan kata-katanya masih tersemat dalam hatiku dan sentiasa aku kenang.  
Tuhan kalau memang dia adalah untuk ku...KAU dekatkanlah hati kami....dekatkanlah jodoh kami.  Aku redha YA ALLAH.