Friday, February 4, 2011

SeLaMaT tAhUn BaRu CiNa 2011

03/02/2011~Khamis 
Sambutan Tahun Baru Cina dirayakan di Malaysia pada hari ini.  Tahun ini tahun Arnab dan  menurut pakar feng shui dari Good Feng Shui Geomantic Centre, Kenny Hoo, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.  Tiga elemen berkenaan, kata Kenny, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.
Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.
“Justeru, Anda juga digalak memakan lebih banyak buah-buahan selain membela arnab,” kata Kenny.
Suasana mungkin meriah tetapi memandangkan aku tinggal dikawasan yang tiada penghuni berbangsa Cina....tentulah aku tak dapat menggambarkan suasana meriah itu.  Namun sayup-sayup masih terdengar bunyi letupan mercun.  Anak sulung ku pulang bercuti selama 2 minggu sehari sebelum Perayaan Tahun Baru Cina.  Tak lah aku sunyi  sangat kerana sudah ada kawan berbual dan kawan bertekak...anak-anak yang lain tak dapat cuti.  Jadi berdua dengan Ian saja lah aku kat rumah.
Kami habiskan masa membersihkan rumah, online, bersembang, masak-masak, makan-makan, tengok tv dan keluar shopping.  Kami bershopping di JJ AEON dan kebetulan ada pertunjukan sempena perayaan Tahun Baru Cina.  Disini aku ada upload beberapa keping gambar.

SUaSaNa YaNg MeRiAh d JJ AEON

MiLo AiS utk Ian & StrawbeRRy HaPPineSS utk aku

IaN belanja 4 LuNcH...tHaNx YaH...sAyAnG...

Banyak LaUk...sEnAk...nak abeskan...

muka tgh LaPar Nih.....

Muka BiG bOss..cOOl JeR....

Arwah Arnab IaN