Thursday, April 22, 2010

Bila CINTA tak lagi untuk ku....

~ Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN kerana kita menyadari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kita benar-benar mencintai seseorang, kita inginkan agar orang itu juga dapat sama merasakan aura kebahagiaan yang kita ciptakan, namun bila mana setiap perkataan yang terlahir lebih merupakan ayat-ayat yang mengguris perasaan....dan perbuatan yang ditunjukkan lebih kepada tingkah yang melukakan...rasanya CINTA sudah tak perlu dipertahankan. Memang untuk melepaskan sesuatu yang sangat kita sayangi merupakan satu perkara yang amat menyakitkan namun akan lebih sakit bila mana kita bertahan dan keadaan menjadi semakin kritikal dari hari ke hari. Walaupun kadang kala, orang yang kita cintai adalah orang yang PALING menyakiti hati dan kadang kala, teman yang setia bersama kita disaat suka dan duka adalah cinta yang tidak kita sadari...tetapi sejauh manakah hati mampu bertahan..??


MENCINTAI.....bukanlah bagaimana kita melupakan, melainkan bagaimana kita MEMAAFKAN. bukanlah bagaimana kita mendengarkan, melainkan bagaimana kita MENGERTI. bukanlah apa yang kita lihat, melainkan apa yang kita RASAKAN. bukanlah bagaimana kita melepaskan, melainkan bagaimana kita BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi akan tambah mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.  Akan sentiasa meninggalkan parut yang tak akan pernah sembuh sampai bila-bila. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang, tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kita TETAP MENANG hanya kerana kita berbahagia dapat mencintai seseorang...LEBIH dari kita mencintai diri kita sendiri.

 
Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKANLAH diri.....biarkan hati kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kita mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya. Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Sesungguhnya dalam meniti perjalanan kehidupan, kita harus belajar menghargai dan mencintai diri kita sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya hadir.  Bersyukur kerana pernah MENCINTAI dan DICINTAI....
Itu adalah kerana hal yang terindah di dunia selalunya TIDAK TERLIHAT.....hanya dapat dirasa dengan MATAHATI......Ketika kita menemui seseorang yang kita rasakan serasi dengan kita, kita akan selalu mengharapkan kehadirannya. Ingin rasanya berkongsi segala apa yang kita rasakan agar dia menjadi sebahagian dari hidup kita.


Namun....Bila CINTA tak lagi untuk ku....Perpisahan adalah jalan yang terbaik.
Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba,
Kerana hanya MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…
Renung-renungkanlah....

Monday, April 19, 2010

Jalan-jalan di Jonker Walk, Melaka.


17 & 18 April 2010 ~ Aku memulakan langkah kaki dengan menjejaki jonker walk Melaka. Aku nih sebenarnya seorang yang kurang gemar berada di tempat yang dipenuhi oleh orang ramai. Nafas ku cepat menjadi sesak dan aku mudah bosan. Faizal sudah lama mengajak aku untuk menemaninya berjalan-jalan ke jonker walk tapi aku selalu mengelak dengan mengatakan aku letih nak menapak dan tak suka berjalan di lorong-lorong yang di kerumuni oleh ribuan manusia. Kadang aku kesian juga bila dia mula membuat muka sedih kerana aku tak berminat langsung nak kesana. Aku akhirnya tak dapat mengelak bila dia minta aku temankan dia untuk melihat barang-barang yang terdapat di jonker walk terutamanya barang-barang antik dan yang punya nilai sejarah. Hati ku terbuka untuk pergi bersamanya ke jonker walk kerana aku ingin mencari info mengenai barang-barang antik yang menjadi pusaka keluarga kami sejak berkurun lamanya.

Satu saja tempat di mana aku boleh mendapatkan info itu ialah di jonker walk. Sebuah tempat yang popular dengan bahan artifak dan peninggalan sejarah yang berusia lebih 300 tahun boleh ditemui di sini di antara pelbagai jenis barangan lama yang setiap satu mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri. Bila aku mula memasuki kawasan jonker walk, aku jadi tertarik dengan bermacam-macam jenis kraftangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Terlalu banyak barang yang menarik perhatian ku. Mataku melilau mencari kedai yang menjual barang-barang antik yang di perbuat dari tembaga namun malangnya kedai itu tidak dibuka pada waktu malam. Jonker walk di waktu malam adalah seperti sebuah pasar malam yang menjual beranika jenis barang seperti pakaian, selipar, kasut, perhiasan diri, perhiasan rumah, permainan kanak-kanak, kraftangan, berjenis-jenis makanan dan minuman (tentunya untuk yang bukan beragama Islam) dan buah-buahan.
Walau pun aku tidak dapat info yang aku cari mengenai barangan antik tembaga, namun aku berpuas hati kerana telah sampai ke jonker walk dan dapat merasakan sendiri berada di sebuah tempat yang penuh dengan sejarah masa silam.

Pemandangan Jonker walk di waktu malam


Taiwan candy stick

Saturday, April 17, 2010

Suratan atau Kebetulan

 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
Kadang-kadang apa yang kita suka itu belum tentu baik untuk kita. Dan apa yang kita benci itu belum tentu buruk untuk kita. Mungkin perkara tersebut mendatangkan 1001 keburukan di sebalik 1 kebaikan, dan mungkin 1001 kebaikan muncul di sebalik 1 keburukan. kadang kala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Allah datangkan awan mendung, guruh dan kilat, puas kita menangis mencari dimanakah matahari, ternyata Allah ingin hadiahkan kita PELANGI....

Adakalanya sebagai manusia kita menyesali takdir, nasib atau apa saja kejadian yang buruk yang menimpa kita tanpa kita sedari di sebalik kejadian itu Tuhan sebenarnya ingin menguji sejauh mana kekuatan dan ketabahan kita dalam menghadapi dugaan yang DIA berikan. Bersyukur kerana orang yang sentiasa diuji oleh Allah adalah orang yang disayangiNYA......Mintalah kekuatan dan ketabahan hati setiap kali kita di duga dengan bermacam-macam dugaan.....Ingatlah Tuhan tidak akan mempersia-siakan umatnya yang teraniaya.

JAGA HATI, JAGA DIRI... RAIH REDHA ILAHI



Kau bagaikan pelangi yang menghiasi pesisir hati

Monday, April 12, 2010

MENZIARAHI MAKAM TUN TEJA

Laluan menuju ke Makam Tun Teja
11/04/2010 Ahad ~ Aku telah berkunjung ke Makam Tun Teja di Merlimau Melaka. Makam yang terletak di tengah bendang kelihatan tenang dan teduh dengan pohon-pohon yang merimbun seolah-olah memayungi pusara Tun Teja, menyejukkan pandangan mata. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa benar-benar mengasyikkan aku. Di pusara Tun Teja aku sempat menghadiahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Hati ku tersentuh bila membaca sejarah dan info mengenai Tun Teja....anak gadis Bendahara Seri Amar Diraja Inderapura yang cantik jelita ini dipikat oleh Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka sebagai menghapus kemurkaan Raja terhadap Hang Tuah. Tun Teja dijadikan sebagai alat untuk memenangi kembali hati Raja Melaka untuk memaafkannya. Tun Teja telah dipikat oleh Hang Tuah namun bila Tun Teja tidak memberikan sebarang tindak balas mengakibatkan Hang Tuah menggunakan ubat guna-guna untuk memikat hati Tun Teja. Usahanya berjaya bila ubat guna-guna itu menunjukkan hasil dan Tun Teja sanggup mengikutinya ke Melaka, malangnya cinta Tun Teja tidak kesampaian bila Hang Tuah menyerahkan dia kepada Raja Melaka untuk dijadikan Permaisuri.

Aku terkedu sebentar, dek kerana ingin mengambil hati Raja Melaka, Hang Tuah sanggup mengorbankan Tun Teja untuk di jadikan hadiah pada Raja Melaka. Aku simpati pada Tun Teja....Cintanya pada Hang Tuah ternyata sia-sia...Mungkinkah di zaman ini masih ramai lelaki yang bersikap sebegini....??? Allahu'alam bissawab.....


Makam Tun Teja
Perigi Portugis
Makam Tun Teja

Saturday, April 3, 2010

Apa kah yang dinamakan KESETIAAN...

Kesetiaan barangkali mempunyai erti yang berbeza antara lelaki dan wanita. Penjelasan dan pengertian lelaki dan wanita selalunya tidak pernah seiring. Setidak-tidaknya pada wanita kesetiaan lebih mudah dirumuskan, semacam 'fokus' dan ‘tidak tergoda oleh sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang telah dimiliki’. Bagi lelaki pula kesetiaan itu ialah keikhlasan dia untuk mengorbankan waktunya untuk bersama-sama kita. Itulah kata-kata yang sering kita dengar setiapkali kita tanyakan apa erti Kesetiaan....pada kaum lelaki....

Kemungkinan besar kesetiaan adalah masalah kejujuran. Kalau kita sudah mempunyai keberanian untuk mengakui apapun yang kita rasakan pada saat itu, mungkin kita akan lebih memahami apa ertinya kesetiaan.

God created both men and women

To men He entrusts justice

To women He entrusts loyalty

From a man justice is demanded

From a woman loyalty is expected

The greatest honour a man can receive

Is the loyalty of his wife

A woman’s most expensive ornament

Is the justice shown by her husband