Sunday, October 31, 2010

Bila diri d sayangi.....

BUAT PEDOMAN BERSAMA 
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga umpamanya .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU...HARGAILAH  kasih sayangnya dan JAGALAH hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menakungnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...DAN MENERIMA MU APA ADANYA.... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.... Kamu juga yang akan MENYESAL......renung-renungkanlah.....

 
Hati yang kau sayangi

Friday, October 29, 2010

Jom kita minum jamu....

Topik ari nih aku nak bercerita tentang JAMU....Sekarang kat ofis aku ramai da yang mula mengamalkan jamu...sume teruja nak cantik dan awet muda...salah satu cara merawat kesihatan badan dari luar dan dalam.  Satu peningkatan yang positif.  Macam juga aku.....aku mula mengamalkan jamu sejak berusia awal 20an lagi dan kebiasaan ini telah menjadi satu amalan pada diri ku semenjak itu.  

Dulu masa arwah mak mertua aku masih ada, setiap kali aku bersalin dia akan menyediakan segala titik bengek bermula dari air mandian, air rebusan untuk diminum, bedak panas, bedak sejuk, lulur, tapel, jamu, untal sejenis jamu rupanya seperti lumpur yang diperbuat dari bahan-bahan herba tapi sangat berkhasiat untuk memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah dan memecahkan angin-angin dalam badan.  Jamu ini diminum bersama telur ayam kampung yang mentah dan madu, berurut, bertungku, berbengkong (bengkong   aku dulu sepanjang 15 meter- bayangkan badan mulai dari bawah payu darah hingga ke bawah punggung dibalut dan diikat dengan kain sepanjang 15 meter, sampai nak berjalan pun macam orang jepun pakai kimono berjalan....terkepit-kepit) & bersengkak.  

Mak mertua aku adalah seorang bidan turun temurun dan dialah yang merawat aku dari anak pertama sehinggalah anak ke tujuh.  Terkejut yer aku ada 7 orang anak?  Anak aku memang 7 orang tapi 2 orang (sepasang kembar perempuan) meninggal sewaktu kecil kerana lahir premature (tak cukup bulan).

Aku mula mengamalkan jamu dan mula berpantang makan sejak bersalin anak pertama.  Aku sangat teruja setiap kali mak mertua aku merawat aku semasa dalam pantang.  Terasa diri nih macam puteri raja plak....yer laaa...bayangkanlah dari air mandi di sediakan dan aku amat menyukai air mandi yang terdiri dari rebusan daun-daun, akar-akar kayu dan herba-herba untuk merawat badan, badan diurut, perut disengkak, dipakaikan bengkong, bertungku sehingga 44 hari, diberi minum jamu, dipakaikan pilis, badan dibedakkan dengan bedak sejuk agar kulit berseri dan sentiasa kencang, kaki diurut dan sentiasa pakai stokin selama dalam pantang dan disapu dengan bedak panas agar tubuh badan tak dimasuki angin. Makan minum dijaga dan dalam pantang banyak makanan yang aku tak boleh sentuh, sehingga kini aku berpantang makan rebung, keladi dan nenas.  

Kebetulan aku ada menghidap asthma jadi aku tak boleh makan benda-benda nih.  Bila makan jer....tekak aku macam berangin dan gatal-gatal..aku akan mula batuk dan asthma pun akan menyerang.  Kebetulan plak bila kita mengambil jamu kita kena elakkan makanan sejuk, tajam dan bisa.   Bagi akulah kan....tiada jalan pintas untuk menjadi cantik....tapi kena berusaha dan rajin.  Alhamdulillah, aku bersyukur kerana pada usia yang muda aku sudah terbiasa mengamalkan jamu dan hingga kini jamu menjadi satu kemestian dalam rutin harian.  Kini dengan usia ku 44 tahun, dengan 7 orang anak dan 2 orang cucu, aku masih dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kuat.  

Semenjak duduk di Melaka nih, aku kurang minum jamu segar tapi masa kat Sabah setiap minggu aku akan berlanggan pada seorang bibik pembuat jamu.  Kini kalau ada masa terluang aku akan buat jamu yang mudah untuk kegunaan diri sendiri.  Nak belajar buat jamu yang mudah tak...?? Aku nih tak laa pandai sangat dalam hal-hal jamu nih...tapi boleh lah setakat untuk kegunaan sendiri...
bahan-bahannya senang jer...


JAMU ASAM KUNYIT

kunyit hidup (seelok-eloknya ibu kunyit)
halia
gula merah (1 ketul)
asam jawa secukup rasa

Kupas kulit dan cuci kunyit dan halia blend dengan air hingga lumat
Lepas tu tapis dan masukkan dalam periuk
Masukkan asam jawa dan gula merah
kacau sehingga sebati
masak dalam 10 minit
Selepas tu angkat dan tapis sekali lagi jamu kunyit tu 
dan sejukkan untuk diminum.

Jamu Asam Kunyit nih sesuai untuk diamalkan setiap hari terutama semasa datang bulan.  Jamu ini dapat mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan tubuh badan jika rajin mengamalkannya.

Jamu Asam Kunyit

AIR REBUSAN JAMU UNTUK MERAPATKAN


(Air untuk mencuci)
- 15 helai daun sirih 

- buah gambir 
- Kulit pinang muda secukupnya 
- Kapur sirih secukupnya
Racikkan kulit pinang, tumbuk gambir hingga halus dan ayak kapur sirih hingga merata. Semua bahan dicampur jadi satu dalam air mendidih. Diamkan beberapa jam hingga sejuk dan mendap.
Gunakan untuk membasuh area ‘V’ pada pagi, siang dan malam hari untuk merapatkan.


JAMU RAPAT 
(Untuk diminum)

Ambil sebiji buah pinang, kupas dan hancurkan. masukkan dalam gelas dan tuang dengan air panas setengah gelas. Tunggu sampai air hangat lalu diminum. Boleh ditambah dengan gula merah atau gula putih untuk mengurangi rasa kelatnya. Amalkan seminggu 3 kali.  Bagi mereka yang belum bernikah dilarang mengamalkan jamu ini.

Sebenarnya pada zaman sekarang susah kita nak jumpa wanita yang baru melahirkan yang betul-betul menjalani tempoh berpantang....rata-rata selepas bersalin 2 atau 3 minggu sudah mula keluar bershopping dan memandu kereta.  Mereka merasa bangga bila baru jer bersalin da kelihatan sihat dan kuat untuk berjalan-jalan.  Memang dari luar kelihatan sihat...tapi bayangkan rahim yang masih kembang, masih luka kerana selama hampir 10 bulan menjadi tempat bayi membesar dan tentulah memerlukan masa untuk merawat rahim agar kembali kecut dan sembuh seperti sedia kala.  Teringkat kata arwah mak mertua aku dulu "Nak...sayangi badan kamu...masa berpantang nih laa kamu kena jaga kesihatan betul-betul....urat badan semua kembang kerana bersalin, batu tian (sarung tempat bayi membesar dalam rahim) harus kecut dan balik pada saiz asal.  kalau kamu tak jaga badan kamu, kamu akan mudah masuk angin dan badan jadi lembik......baru berusia 30an atau 40an seri wajah akan mudah pudar badan akan mudah gemuk kerana lemak duduk dalam perut.  Badan tak kejap dan 'fit".  Cantik atau tidaknya seseorang perempuan itu terletak pada kesihatan dalamannya, bukan setakat kecantikan luaran....." itulah pesanan beliau yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila....Kini setelah 19 tahun aku melahirkan anak aku yang bongsu, aku dapat merasakan kebenaran dari kata-kata beliau itu.  Ambillah masa untuk merawat diri sendiri.....jangan terlalu teruja untuk bersuka-suka selepas bersalin.  Makan tak berpantang juga salah satu punca badan mudah kembang.
Sayangi diri kita sendiri...kalau bukan kita yang menjaganya....siapa lagi...????  


Wednesday, October 20, 2010

Sekadar untuk renungan bersama.....

Sepasang kekasih bercadang untuk menikah dan hidup bersama namun sebelum mereka melangsungkan majlis pernikahan itu, pemuda tersebut menemui kekasihnya dan berkata "Sayang, sejak akhir-akhir nih abang lihat kita selalu jer selisih faham....ada jer yang tak kena...abang ada terbaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan kasih sayang di antara kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita, kemudian  kita akan membincangkan bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perhubungan kita menjadi lebih harmonis.....".

Kekasihnya bersetuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya masing-masing yang tidak disukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk mula mencatatkan apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika mereka keluar untuk bersarapan bersama,  mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya...." kata pemuda itu dan dia pun mulai mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar dua muka surat.

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri kekasihnya, ia memperhatikan bahawa airmata kekasihnya mulai mengalir membasahi pipi ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab kekasihnya.

Lalu si pemuda melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senarai yang sayang tulis...".

Dengan suara perlahan kekasihnya berkata, "Saya tidak mencatat suatu pun pada kertas saya. kerana bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah diri abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap pada segala kekurangan saya..Dan jika ada pun kekurangan abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan abang ..."

Si pemuda tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta yang tulus serta isi hati kekasihnya.

Dia kemudian tertunduk, menangis dan mengenggam erat tangan kekasihnya tanda meminta maaf di atas ketelanjurannya.

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA hingga sanggup mengatakan orang lain banyak kekurangan...???

*Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYALLAH..



Yeye....hari nih hujan.... :-)

Saat aku menulis blog nih...hujan tengah turun dengan lebatnya kat luar......Alhamdulillah..syukur...doaku dan doa warga Melaka di dengar Tuhan.  Hujan turun untuk mengurangkan kesan jerebu yang mula menyesakkan nafas.  Ngeeee.....happy....

Sejuk dan berangin....



Hujan mula reda
Pandangan dari depan pejabat aku......
Gambar ehsan dari camera hp Cik Azey's Life......

Tuesday, October 19, 2010

Melaka berkabus....wow.....

19/10/2010 ~ Aku dari pagi asyik bergerak dalam ruangan ofis jer tak keluar-keluar...bila aku keluar tengahari untuk ke kantin, makkkk aiiihhhhh......aku terkejut kerana jerebu yang amat teruk


Bau asap memang kuat sangat sampai sesak nafas.  Dalam keriuhan keadaan yang penuh jerebu, aku terbayangkan pulak alangkah indahnya andai jerebu tu sebenarnya kabus...
sejuk..nyaman...dingin...segar...hehehe...apa ler aku melalut nih....


Apa-apa pon aku nak kongsikan dengan korang semua beberapa keping gambar yang sempat aku snap keadaan semasa jerebu nih....sangat tak seronok..baju pon jadi bau asap tau...nak bernafas susah...dah ler aku nih ada asthma....adoyaiiii....


Tolong la...turun la hujan...basahi la bumi dan hilangkan jerebu ini....lagi pon kan besok pengisytiharan Melaka Maju...tak nak ler g dalam keadaan berjerebu macam ni...huhu...Harap-harap malam ni hujan...kurangkan jerebu...biar esok suasana ceria...dan selesa untuk kita semua....yeye...

Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras 74 di sekitar Bandaraya Melaka setakat jam 5.00 petang.


Aku ingin jadi diri sendiri....

Hari nih aku nak kongsi satu isu.....

tapi isu apa ek.....

jap nak fikir.....

ermmm......

apa ek.....

oh yer..

.

*******

******

*****

****

***

**

*


Tentang menjadi diri sendiri....

Aku selalu perhatikan zaman sekarang nih ramai yang berminat nak jadi orang lain
dari jadi diri sendiri....
Bangga bila dapat meniru cara dan gaya orang lain...

Tapi bagi aku ler kan.....
Kenapa perlu menjadi 'orang lain', hanya kerana nak memuaskan hati orang....?
Kenapa perlu jadi 'orang lain' , hanya untuk memudahkan segala urusan..? 
Kenapa perlu jadi 'orang lain,' sampai kita bergolok bergadai membeli di luar kemampuan...???

Bagi aku ler kan..lebih baik jadi diri sendiri.
Lebih jujur dan tidak menyusahkan di kemudian hari.
Jujur dengan diri supaya orang boleh terima kita sejujurnya bukan kerana 'orang lain' yang kita cuba tiru!

Buat yang terbaik dan termampu.
Hasilnya lebih baik daripada usaha kita untuk menjadi 'orang lain' yang lebih banyak berpura-pura dari realitinya!!!!


Aku adalah aku.....ngeee,,,,,

Thursday, October 14, 2010

RAHSIA KELAHIRAN DI BULAN JUN

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan Jun (6)

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai idea @ mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya. 

Muka orang yang lahir
dalam bulan Jun...ngeeee..


Tuesday, October 12, 2010

ANUGERAH UNTUK ZON 5 KUMPULAN IXORA, SPM (ICT)

12/10/2010 (SELASA) ~ Hari nih aku nak kongsi satu berita gembira untuk kawan-kawan yang membaca blog aku nih.
Pepagi nih kan, masa nak g kerja.... tetiba terasa nak pakai baju baru (actually baju raya, baru pakai sekali ) dan kebetulan hari nih ada acara Perhimpunan Bulanan yang dibuat di Dataran Hikmah kat Jabatan tempat aku bertugas tu ler.  Aku pergi ler dengan ofismate aku Efa, Anum & Jijah dan duduk plak sekumpulan dengan dorang betul-betul kat kawasan tengah dan berhadapan dengan pentas Dataran Hikmah.  Biasa ler kami kalau dah berkumpul kat situ ada jer agenda kami...bergambar ler...bersms ler...mengusik orang ler...cuba tengok gambar-gambar kami yang sempat aku uploadkan.   
Masa tu adalah pengumuman mengenai Pertandingan 5S.  Kami pun mendengar acuh tak acuh jer kerana kami tahu Sektor kami mana lah boleh menang kerana Sektor-sektor yang lain sanggup perabih duit untuk mencantikkan pejabat masing-masing.  Kami hanya buat seperti apa yang di syaratkan jer.  Masa pengumuman di umumkan dan kategori SIGNAGE TERBAIK....bila di umumkan Sektor kami menang, kami tergamam.  Yerlah mana ler kami jangka.  Masa tu pulak Ketua Sektor & Ketua Unit tak der coz menghadiri Kursus kat Putrajaya.  Bila pengacara majlis mengumumkan dan meminta wakil untuk naik kepentas menerima anugerah tersebut....semua mula kalut...tolak punya tolak...last-last aku yang kena naik ke pentas.  Berderau darah aku kejap...hehehe...memang kelakar bila di ingat.


Ceria d pagi hari
En Zali Penyelia Maklumat

Anum & Jijah

Menerima Anugerah utk SPM(ICT) dari 
Datuk Pengarah
"Tahniah...c" Datuk Pengarah ucapkan sewaktu aku menerima Sijil Anugerah bagi pihak sektor.  "Terima kasih Datuk..."  Dup dap dup dap...jantung berdegup....
Ngeee....Perasaan...?? Tentu ler seronok dan rasa happy....bersyukur sangat-sangat...at least menyangkut gak satu anugerah untuk sektor kami.

ANUGERAH KATEGORI 
SISTEM PENGURUSAN SIGNAGE
Masa balik ke tempat duduk....sempat lagi budak 3 orang tu perli aku..."tak sia-sia CC pakai lawa-lawa ari nih kan???....nak naik pentas terima anugerah rupanya..." siot betul ler dorang nih.  Nak jer aku cubit sorang-sorang.  

Syukur Alhamdulillah......Semoga anugerah itu akan menjadi penyuntik semangat bagi staff SPM (ICT) untuk berusaha lebih tekun lagi untuk meraih anugerah-anugerah yang lebih berprestij di masa akan datang...Insyallah.  Terima kasih pada semua staff SPM (ICT)....Terima kasih kerana semua bagi kerjasama...Sektor tempat aku bertugas tu memang best..happening, sporting dan berkerjasama.

KS, KU, Encik Zali, Puan Khadijah, Anum, Jijah, Kak Sally, Kak Lela, Zaini, Zaki, Fieza, Encik Azizi, Fazlin, Sue, Efa, Encik Ramlan dan CC (aku ler tu...itu gelaran aku kat opis)...Anugerah nih untuk kita semua tau (macam ucapan menang anugerah festivel filem ler plakkkk).....Go..Go...SPM (ICT)....hehehe layan jer lerrr.... :-)

sayang awak semua.....
                 SPM (ICT)...I LIKE.....