Monday, July 30, 2012

Peria Goreng Rangup

Nak kongsi satu resepi baru nih. Senang nak buat dan sedap pula tu.  Jom try resepi nih.

Peria Katak (x tahu ler aku naper peria nih d namakan peria katak...)
Serbuk Kunyit
Garam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk mengoreng

Cara membuatnya :
Peria d basuh dan d keringkan.  Lepas tu d hiris membulat. Boleh juga d biarkan bahagian tengahnya tapi aku suka pulak tengok peria tu bulat2 macam ring....hehehe.....lumur dengan garam, kunyit & serbuk perasa.  Panaskan minyak dalam kuali....mestilah dalam kuali...x kan dalam baldi pulak....pastu goreng sehingga garing.  toskan minyaknya.  Hidangkan dengan segera.  Selamat Mencuba.

Peria yang d hiris membulat
lumur dgn garam, serbuk kunyit & serbuk perasa, goreng
tadaaaa....siap d goreng rangup....nyummm...nyummm....

Khasiat Biji Selasih

Assalamualaikum....kita berjumpa lagi.....lama juga aku menyepikan diri.  Bukan apa...kesibukan benar2 membuatkan aku x cukup masa nak menulis untuk blog aku nih.....yer laa tu...banyak jer alasan kan.....hehehe.....
O.k hari nih aku nak bercerita pasal Biji Selasih....aku kadang asyik terkonpius nak sebut Biji Selasih ker atau Biji Sawi....hehehe.....korang tahukan biji selasih tu macamana...?? Alaaa...yang macam bijan hitam tu tapi bila d rendam dia akan kembang macam telur katak......
Nak kongsi dengan korang khasiat biji selasih nih.
1. Dapat mengurangkan panas badan.
2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3  Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan  cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.
Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Resipi mudah yang aku nak kongsikan dengan korang semua nih menggunakan biji selasih.  Resepinya mudah jer iaitu : 

Sirap Bandung Selasih Terbaik
Bahan2nya :
½ cawan sirap ros/sirap grenadine
½ gelas susu cair
1 gelas soda aiskrim
½ cawan selasih
1 cawan cincau
 Kiub ais secukupnya

Cara-cara menyediakannya :
1. Rendam biji selasih hingga kembang setaman
2. Cincau d potong comel-comel
3. Campur semua bahan dan kacau sebati
4. Masukkan ice kiub, hiaskan dalam gelas berkaki yang seksi dan bolehlah d hidangkan.



Sunday, July 22, 2012

Ramadhan kali ini

Hari nih merupakan hari kedua umat islam menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah rezeki tahun nih lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ramadhan bermula lagi tempahan biskut raya sudah mula d buat. 3 jenis kuih raya yang kami buat/promosikan hangat d pasaran. Kuih Makmur Shikam, Tart Nenas Shikam & Manisan Shikam (kurma bersalut coklat & berinti kacang badam) mula d tempah. Tempahan mula d terima dari seluruh Malaysia & Brunei. Alhamdulillah rezeki ramadhan kali ini. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan biskut raya, masih sempat juga melaksanakan solat terawih d Masjid yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah Allah memudahkan perjalananku.
Semoga tahun ini akan lebih bermakna berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Apa pun keadaan yang mendatang....hidup harus d jalani seadanya. Redha dengan segala apa ketentuan yang Allah berikan kerana aku yakin d setiap musibah yang d turunkan tersembunyi hikmah d sebaliknya untuk menguji aku agar menjadi lebih tabah dan lebih kuat dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Insyallah.
Sebelum ramadhan tempahan mula d terima
Manisan yang sedap & menyihatkan
Tart Nenas Shikam
Kuih Makmur Shikam
Manisan Shikam


Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bulan ramadhan akan menjelang tiba dan kita d Malaysia akan mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Ketibaan bulan yang penuh dengan keberkatan ini memang sangat-sangat d nantikan.
"Awalnya RAHMAT....pertengahannya MAGHFIRAH dan akhirnya PEMBEBASAN API NERAKA". Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini akan dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah S.W.T. Inilah kesempatan emas untuk kita meraih pahala sebanyak mungkin dan mendapat keampunan atas dosa-dosa yang pernah kita buat dengan memperbanyak ibadah / amalan sunnah tanpa meninggalkan yang wajib. Dengan mengerjakan ibadah puasa diharapkan dapat mensucikan diri, melakukan peleburan jiwa untuk menemukan kembali jati diri. Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.


Tuesday, July 17, 2012

Hari Kehilangan & Berduka Cita

Hari ini 17/07/2012 aku kehilangan seorang pakcik iaitu SYARIF AMIRULLAH BIN SYARIF MATAHIR yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi tadi.  Kebetulan hari ini juga merupakan hari pertemuan tahun ke10 kembalinya bonda ku ke rahmatullah. Semoga Allah akan menempatkan mereka d kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta d ampunkan semua dosa-dosa mereka. Innalillahiwainnalillahirajiun.....al~fatihah.

Wednesday, July 4, 2012

Mitos Mandi Malam

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.
Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau.
Kebaikan mandi
Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.
Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.
Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.

- Bernama

Tuesday, July 3, 2012

Selamat Datang Bulan Syaaban



Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Berpuasa sunat.
Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
Perbanyakkan amalan takwa.
Solat lima waktu secara berjemaah.
Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
Melakukan amal kebajikan.
Memohon keampunan ibu bapa.
Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

Puasa Syaaban Dan Fadilatnya
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:

1. Berpuasa sehari.
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan Nabi Daud a.s.

2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredhaan Allah SWT. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita dan menempatkan kita d dalam JANNAH. AAMIIN....

Sunday, July 1, 2012

Khasiat Kayu Manis



CINNAMON atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.
Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.
Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.
Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.
Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.
Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.
Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.
Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.
Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.
Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.
Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.
Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.
Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.
Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan.
Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi.
Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.
Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.
Penyelidik di Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E. coli dalam jus yang tidak dipasteur.
Jika dicampur bersama teh hijau, kayu manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara semula jadi.
Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.
Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimbangi hormon.
Kayu manis dipercaya dapat mengubati radang sendi, penyakit kulit, jantung dan perut kembung. Untuk mengatasi sakit perut, campurkan serbuk kayu manis dengan madu di dalam air suam lalu diminum. Sakit perut akan beransur-ansur hilang, cara ini juga boleh digunakan untuk menyembuhkan bisul.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.
Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.
Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya.
Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.
Kayu manis juga di kenali sebagai pengempur lemak yang paling efektif sekali.