Wednesday, April 11, 2012

Roda kehidupan kini berputar

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku ceritakan d sini tapi aku kehilangan kata-kata.  Banyak benda yang bermain d fikiran, tentang kehidupan, tentang kemanusiaan dan tentang kasih sayang.  Aku selalu berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menilai dan melabel seseorang dari kacamata mereka sendiri.  Mereka selalu merasakan kehidupan mereka terlalu sempurna sehinggakan mereka suka memandang rendah dan mencemuh pada orang lain.   Dalam hidup ini  kita jangan suka menghina seseorang hanya kerana kita merasakan kehidupan kita cukup selesa dan lengkap.  Jangan suka menilai seseorang hanya kerana seseorang itu tidak menepati citarasa kita.  Jangan suka melabel seseorang itu hina hanya kerana jalan hidup yang berbeza.  Siapalah kita untuk menilai sesama manusia kerana d atas segalanya ALLAH S.W.T lebih berkuasa.  Ingatlah bahawa kuasa Tuhan mengatasi segalanya.  Mungkin orang yang kita pandang rendah atau hina itu sebenarnya lebih mulia dan tinggi kedudukannya d sisi Tuhan kerana ketulusan hatinya menerima segala penghinaan dan cemuhan.  Harus kita ingat bahawa doa orang yang d zalimi d makbulkan Tuhan.

Doa Orang Yang Dizalimi

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ

مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا

وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim.
Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, beliau memberikan beberapa pesanan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.

Semoga kita akan mendapat pengajaran dan ikhtibar dari apa yang berlaku.  Jangan riak dan takabur kerana Allah itu Maha Berkuasa. 

Monday, April 9, 2012

Tentang HATI

Aku suka dengan kata-kata ini....hati adalah otot...apa otot akan buat bila telah cedera...??, Otot akan tumbuh dengan lebih kuat.  Jadi x perlulah sedih bila hati terluka kerana dengan kelukaan itu akan tambah menjadikan kita lebih kuat dan lebih tabah. Inilah yang d namakan kehidupan, suka dan duka silih berganti.  Kadang apa yang d genggaman belum tentu jadi milik kita yang hakiki.  Kadang bila kita menyukai atau menyayangi seseorang atau sesuatu, berhati-hatilah kerana kemungkinan yang kita sayangi itu akan menyakiti  dan melukakan hati kita suatu masa kelak dan tidak mustahil sesuatu yang pernah kita sayang akan menjadi sesuatu yang akan kita benci.  Tiada yang kekal d dunia ini.  Berpada-padalah bila menyayangi dan berpada-padalah bila mencintai.......sekadar untuk renungan kita bersama.

Monday, April 2, 2012

Rawatan Resdung

Pada 1 April 2012 yang lalu, abang aku telah menjemput sepasang suami isteri yang mahir dalam menjalankan rawatan resdung. Menariknya cara rawatan berlainan dengan cara yang selalu aku ambil d pusat2 kecantikan atau yang pernah aku buat sendiri d rumah.  D bawah ini aku uploadkan gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang rawatan tersebut.  Paling best, ULAT RESDUNG akan keluar dari hidung.  Memula geli juga aku tengok tapi last-last macam happy sangat bila lihat ulat resdung banyak keluar.  At least kurang gak kegatalan yang ada kat muka dan hidung aku.  Menurut abang yang membuat rawatan resdung ini, setiap manusia ada penyakit resdung cuma tahap teruk atau tak teruknya saja.  Rawatan ini juga bagus d amalkan kerana d samping merawat resdung, rawatan ini juga bole membuang toksin yang ada dalam badan.  Rawatan ini mengambil masa antara 20 hingga 40 minit.  Selepas membuat rawatan, kepala terasa ringan dan muka yang gatal2 terasa lega. Rawatan ini sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit resdung, migrain, ingin membuang toksin dalam badan dan gatal2 muka kerana alahan.

D antara peralatan yang d perlukan
Serpihan seramik yang telah d bakar
Tempurung jantan, corong buluh & herba
hembus nafas kita melalui corong buluh
Jeng...jeng...jeng....
Sang ulat pun kelihatan...eiiikkkkk....
boleh tahan gemuk ulat nih.....
Kalau selalu d amalkan.....paling kurang sebulan sekali....selama 4 bulan penghidap resdung akan sembuh sepenuhnya.  Rawatan ini boleh d ulang pengambilannya selepas itu.  Pantangnya tak boleh makan daging & limau pada satu masa.