Monday, November 29, 2010

3 Majlis dalam sehari

Pada hari Sabtu 27/11/2010 yang lalu, Boss aku telah mengundang kami satu ofis ke Majlis Perkahwinan adiknya di Merlimau, Melaka.  Aku terpaksa pergi seorang kerana hari nih Encik Aryf tak dapat menemani aku kerana dia pun terpaksa menghadiri Majlis pernikahan dua pupunya kat Tampin.  Dia membantu adik sepupunya sebagai back up photographer untuk majlis tersebut.  Dia ada mengajak aku untuk bersamanya ke Majlis Perkahwinan sepupunya tapi aku dah awal-awal berjanji dengan kengkawan kat Sektor nak pegi rumah boss kami dan lepas tu ke satu lagi Majlis Perkahwinan di Bukit Baru.

Meja pengantin makan beradab
Lauk pengantin
Sempat posing kat pintu gerbang

Bersama Iezah, Haris & Boss
Kuih Bakar Berempah.....sedapppp....
Tapai Pulut
Masa nak balik terserempak dgn pengantin
Pelamin yang simple tapi menarik
 Bersama boss kami (bertudung biru)
Sempat posing dlm keta iezah
Minggu nih minggu cuti sekolah bermula dan memang sana sini terdapat Majlis Perkahwinan, Majlis Berkhatan dan Majlis Pertunangan.  Aku telah menumpang kereta Iezah bersama Encik Ramlan dan anak Iezah iaitu Haris.  Sewaktu kami tiba di rumah pengantin di Merlimau, tetamu belum ramai lagi dan kami sempat menyantap juadah Nasi Biryani bersama lauk pauknya yang sangat sedap.  Memang wajar kalau aku katakan Makanan yang dihidangkan sangat sedap dan aku bagi 5 bintang.  Kuih muih tradisional pun ada....termasuklah kuih bakar berempah, tapai dan cendol.
Kami bertamu tak lama di rumah boss kerana terpaksa bergerak untuk menghadiri satu lagi Majlis Perkahwinan sepasang juruteknik JPM kat Bukit Baru.  Kami berkonvoi sebanyak 4 kereta.  Sebelum pergi rumah pengantin kat Bukit Baru, sempat lagi singgah pejabat kerana nak ambil hadiah untuk pengantin yang terlupa dibawa balik.  Huhu...nasib baik aku ada bawa kunci ofis...dan nasib baik rumah pengantin dengan ofis kami dekat sahaja.

D rumah pengantin Naza & Ain
Sempat berposing dgn Baby Ramadhan
Gambar ramai-ramai
Malamnya pula kami ada dinner di Seri Negeri sempena Majlis Ulangtahun ke 50 Sekolah Tinggi Perempuan Melaka.  Boss kami bekas pelajar sekolah ini dan beliau telah membeli sebuah meja untuk Majlis Makan Malam tapi tak dapat menghadiri majlis kerana masa yang sama, adiknya melangsungkan perkahwinan.  Jadi kami pun datang sebagai memenuhi undangan sekali gus mewakili Ketua Sektor kami.  Malam tu semuanya dress up lawa-lawa...hehehe...da macam selebriti plak.  Majlis makan malam yang biasa jer dan Majlis Makan bermula agak lewat dan kami sume da kelaparan.
Sempat juga aku amik beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan kami sume.

Cantiknya lampu nih
suke tengok
Glamer gitu
Hobby suka posing
Sue cantik sangat malam tu....
Antara candid yg sempat aku amik
Jijah, Anum & Efa
No meja kami tapi tak der "ong"
We r family....
Ada gaya diva tak...?
Sempat berposing sebelum balik
Malam tu ada cabutan bertuah tapi kami sume tak bertuah kerana tak der satu pun dari nombor kami yang menyangkut.  Huhu...tak der peluang nak bawa balik hamper....tak per...next time masih ada peluang lagi (memujuk hati sendiri).  Malam tu kami balik jam 11 malam.  Sangat-sangat letih dan minggu ini minggu yang happening untuk kami sume.  Hehe....jumpa lagi di lain entry k...babai...

Sunday, November 28, 2010

FRIENDSHIP AWARD


Apa khabar semua...??  Hujung minggu begini, tengah buat apa kat rumah....??  Tak der plan nak kemana-mana ker...??  Musim cuti sekolah nih bole ler bawa anak-anak dan keluarga pergi bercuti atau berjalan-jalankan..??  Tak semestinya keluar negara....dalam Malaysia nih pon banyak tempat-tempat yang menarik yang bole kita kunjungi.  
Well...saya nak cite sedikit tentang FRIENDSHIP AWARD nih.....Adik angkat aku Shizan yang bagi.  Dia nih memang baik sangat.  Selalu updatekan aku tentang award-award atau apa-apa info yang terbaru.  Dia juga rajin   mengingatkan aku agar update resepi masakan macam yang selalu aku buat dulu-dulu (dulu-dulu macam bunyik berkurun-kurun lamanya kan.....).  Yer laa kerajinan aku nih macam air laut...ada pasang dan surutnya.  Kadang tu bila da masak resepi yang baru, lupa plak nak amik gambar...iskkk itulah masalah utama aku....Sebenarnya bukan lupa cuma tak ingat....hehehe....apa-apa jer laa....
Actually aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Shizan kerana sudi menganugerahkan aku FRIENDSHIP AWARD nih.  Aku nih kurang faham sangat tentang award-award kat blog nih....yang aku tahu tulis jer apa yang aku nak luahkan atau event-event atau function-function yang aku pergi untuk dikongsikan bersama.  
Ada 2 undangan perkahwinan & satu majlis makan malam yang telah aku hadiri dan akan aku update dalam blog aku nanti.  Sabar yer...
Apa aku nak buat dengan FRIENDSHIP AWARD nih...??  Ada sesiapa bole bagitahu...??  Kalau aku tengok kat blog Shizan,  Bila da terima award nih kena jawab soalan ek....??
OKlah aku cuba jawab soalan yang dorang bagi nih..


1. Apa pandangan anda tentang Blog JADIKANLAH AKU ISTERI YANG TERBAIK UNTUKNYA...??? 
AKU SUKA BLOG NIH KERANA PADA PENDAPAT AKU, BLOG NIH DI ANTARA BLOG YANG PALING COOL, PALING BERSAHAJA.....OWNERNYA  SEORANG YANG SANGAT MERENDAHKAN DIRI (WALAU PUN  HAKIKATNYA DIA TINGGI)....SUKA BERJENAKA, MUDAH MESRA & SEORANG SAHABAT YANG BAIK.

1. List down your Friends?
AKU BARU JER MASUK DALAM DUNIA BLOG NIH WALAU BLOG AKU TELAH WUJUD SEJAK TAHUN 2008.  LATELY AKU MULA RAJIN MENG "UPDATE" BLOG AKU.  KAWAN BLOG AKU TAK DER LAA RAMAI SANGAT....ADA BEBERAPA ORANG JER TAPI AKU CUBA LIST OUT KAN LAA YER.  AKU TAK BERANI LER NAK LETAK SUKA-SUKA JER NAMA ORG YANG NTAH SUKA AKU LETAK NAMA DRG KER TIDAK....ADA GAK BEBERAPA BLOG YANG AKU SELALU SINGGAH UTK BACA ENTRY TERBARU MEREKA...TAPI NEXT TIME BILA AKU DA DAPAT LAMPU HIJAU DR DRG AKU AKAN UPDATE....


Friday, November 26, 2010

KURSUS ASAS AKRAB JPM

25/11/2010~ Hari nih merupakan hari yang kedua dan hari terakhir bagi Kursus Asas AKRAB anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling JPM.  AKRAB bermaksud AKTIVITI MEMBIMBING RAKAN SEJAWAT.  Aku merasa bersyukur kerana terpilih diantara ratusan staff JPM untuk menjadi peserta dan perintis Briged AKRAB yang pertama untuk JPM.  Kursus yang berkaitan dengan Kaunseling ini memang satu kursus yang amat menyeronokkan kerana sepanjang kursus ini, rasanya aku banyak ketawa dan banyak belajar sesuatu yang baru.  Tiada istilah mengantuk atau bosan yang singgah dalam diri.  Tak seperti kursus-kursus perkhidmatan yang pernah aku hadiri.  Rasanya nak jer ambil pencungkil gigi untuk menyengkang mata tiap kali angin bosan melanda dan mata menjadi berat seolah-olah ada batu yang tergantung kat kelopak mata.
Kursus yang berjalan selama 2 hari nih banyak mengajar kami kaedah-kaedah yang bole digunakan untuk menghadapi rakan-rakan sejawat yang bermasalah.  Kami juga diajar bagaimana cara menangani kes,  bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang baik (power of listening), bagaimana untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah...kerana adakalanya masalah itu tak bole di selesaikan tapi apabila kita menjadi pendengar yang baik, tekanan perasaan dapat dikurangkan..
Setiap kali bila peserta dapat menjawab atau dapat membuat sesuatu yang disuruh dengan cepat....Kaunselor-kaunselor akan menghadiahkan buah oren sunkist jadi sepanjang masa kursus berjalan, kami banyak mendapat buah oren.  Memang menyeronokkan.  Aku dapat 5 biji oren.  3 biji hadiah sebagai peserta yang terawal bertindak. 2 biji dari secret admirer aku....hehehe.....tapi aku share dengan Diana sebiji dan Idayu sebiji.  Sharing is caring.


Masa buat bengkel, peserta diminta mengadakan sesi kaunseling untuk latihan.  Setiap seorang diminta menjadi Kaunselor kemudian beralih menjadi klien.  Memula aku berpasangan dengan peserta lelaki tapi akhirnya ditukarkan sesama wanita.  Hehehe....dorang takut bila berpandangan mata.....lain pulak jadinya....Akhirnya aku berpasangan dengan seorang staf dari Unit lain dan kami di pantau oleh Puan Rubiah, seorang Fasi yang sangat aku minati kerana cara dia berinteraksi sangat menarik perhatian ku.  Sesi kaunseling kami mendapat pujian dari Kaunselor yang memantau.  Dia kata aku da bole menyentuh hati klien dgn cara aku....hehehe...bahaya tu....

Oh ya aku lupa nak cite...sebenarnya dalam kursus ni....kita akan dapat seorang rakan AKRAB yang namanya kita dapat melalui cabutan  nama-nama peserta dan sepanjang masa kursus kita akan ditugaskan memerhati rakan AKRAB kita dari jauh dan kemudian menulis surat atau nota yang mengandungi kata-kata yang positif dan dorongan.  Aku pun tak terkecuali dari memiliki rakan AKRAB yang sering memerhatikan aku tapi yang aku tak kenal siapa.  Aku mendapat 2 nota dari rakan AKRAB ku :

Nota yang aku terima pada hari pertama
Nota yang aku terima pada hari kedua
Buah Oren & Atur Cara

Buah Oren yang aku dapat
Bersama Diana yang comel
Bersama Imah yang manis
Imah & Diana berposing
Ada gaya fasilitator tak...???
Paling menyeronokkan bila semua peserta di arahkan untuk menari THE CHICKEN DANCE (aku gunakan istilah diarahkan kerana memula semua malu tapi terpaksa gak menari...hehehe...), Menyanyi beramai-ramai lagu BILA BERPACARAN, TANGAN YANG MEMBERI (lagu tema AKRAB) dan berpeluang menyaksikan beberapa klip video yang lucu, sedih (hinggakan aku menangis), terharu, tetapi mempunyai mesej yang tertentu untuk kami kupaskan maksud yang tersirat.  Bermacam-macam perasaan yang hadir dalam diri sepanjang kursus ini dijalankan, berpeluang berkenal mesra dengan rakan-rakan satu Jabatan yang rasanya tak pernah aku nampak kat Jabatan...hehehe...aku nih kurang bergaul dengan staf dari Sektor atau Unit lain...bukannya sombong tapi aku jenis yang tak minat bercampur dengan orang lain selain staf kat Sektor aku sendiri....melainkan ada urusan yang mewajibkan aku pergi ke Unit atau Sektor lain.  Biasanya semua urusan berkaitan dengan tugas-tugas di pejabat aku lakukan dsengan menelepon atau meng"email" mereka sahaja.
Terasa sedih pulak bila kursus da sampai ke penghujungnya.....Terima kasih yang tak terhingga pada fasi-fasi yang sudi memberikan kami ilmu yang tidak ternilai.  Ilmu yang bole digunakan untuk jalan kebaikan...membantu teman-teman yang bermasalah, juga untuk memperbaiki diri sendiri.  Secara peribadi aku ingin mengatakan bahawa kursus ini banyak mengajar aku erti kesabaran.  Aku nih seorang yang panas baran dan alhamdulillah....sejak mengikuti kursus itu, aku dapat merasakan sedikit perubahan pada diri ku...Semoga akan bertambah sabar dan tenang.  
Terima kasih sekali lagi.

Thursday, November 25, 2010

Ketam Masak Lemak

Hari nih sebenarnya aku nak tulis tentang Kursus AKRAB yang aku ikuti selama 2 hari tapi bila terbaca kat Shoutbox, adik angkat aku Shizan nak aku kongsi resepi masakan....aduyaaiiii sayangku izan....lately...kakak angkat ko nih da malas nak main masak-masak....tapi ko langkah kanan ari nih...balik jer dari Kursus AKRAB, aku singgah Mydin untuk beli barang dapur...dan aku ternampak ketam....jeng..jeng...jeng...my favorite masa kat Sabah coz kat sana...ketam murah giler.....kat Semenanjung nih...aduyaiiii...sekilo RM20 ++....tapi kerana keinginan yang da melampau (macam lain jer bunyiknyee) aku pon beli ler ketam tu 2 ekor....sekali timbang....harganya RM9.80.....ermmmm......kalau kat Tawau bole beli ketam sekilo atau 2 kilo dengan harga nih.....tapi terkenang kata kawan-kawan kat pejabat, kalau asyik membandingkan harga Sabah dengan Semenanjung...sampai bila pon tak akan dapat makan...yer laa kan...dok asyik membandingkan harga sana murah sini mahal....hehehe...so kita sambung cerita....selain beli ketam, aku juga beli nenas....jeng..jeng..jeng...bila sampai rumah aku terus ke dapur dan mula membersihkan ketam dan nenas....dan terciptalah resepi aku malam ini......


KETAM MASAK LEMAK 
Bahan-bahannya :
2 ekor ketam 
2 batang serai
sebiji kecil nenas yang masak, bersihkan dan potong ikut suka
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sm kunyit
4 sm halia
2 biji cili merah
asam keping 2 keping
garam
bahan perasa
minyak makan
sedikit lada putih
2 cawan santan


cara-caranya menyediakannya :
Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah ditumbuk hingga lumat.  Dalam periuk masukkan santan cair, bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat, nenas, asam keping dan serai.  Didihkan di api yang sederhana dan bila mendidih kecilkan api dan masukkan ketam bila ketam telah bertukar warna, masukkan santan pekat dan rasa asam garamnya.  Masukkan serbuk lada putih dan biarkan mendidih.  Matikan api dan boleh lah dihidangkan.

Ketam masak lemak bersama nenas

Tuesday, November 23, 2010

Konvensyen Inovatif dan Kreatif 2010

23/11/2010 (Selasa)~ Hari nih hari Inovasi JPM.  Semua da excited dan tak sabar nak ke Auditorium Seri Negeri kat Ayer Keroh untuk event tahunan JPM nih.  Jam 8 lebih aku da gerak dulu dengan Encik Zali coz Sektor kami handle Buku Program dan semalam last minute ada perubahan dan kena buat sedikit kerja tampal menampal.  Sempat ler siap dan segera menuju ke Seri Negeri untuk menyerahkan Buku Program tu pada urusetia yang bertugas.  Setibanya kami di Bangunan Laksmana,  staff JPM pun da mula memenuhi ruang legar.  Setelah menandatangani Attendance List, aku pun menunggu sambil berposing-posing ambil gambar dengan staff-staff dari unit lain.  tak lama kemudian, geng-geng Sektor aku anum, jijah, sue & iezah pun sampai.  Kami terus masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk berhampiran dengan pentas.  Sambutan Hari Inovasi JPM tahun nih meriah ler juga sama seperti tahun-tahun yang sudah.  Cuma tahun nih pertama kali mengunakan istilah HARI INOVASI.....kalau tahun-tahun sudah JPM menggunakan istilah HARI KUALITI.  Sempat ler ambil gambar (macam biasaler) sesama kami.  Da memang namanya kaki bergambar.  Hehehe...memetik kata KS kami....kerja kat Sektor Maklumat harus sentiasa ada info.

Buku Program Hari Inovasi
Sue, Jijah, Anum & Aku
Anum, Jijah, Sue & Iezah
Aku tengah mencatat ucapan Pengarah
Anum & Aku tengah berposing
Iezah & Sue...kat belakang tu En Ramlan
Lepas tu ada break jap untuk kudapan (breakfast ler).  So berbondong-bondong ler kami keluar menuju ke canopy yang telah disediakan.  Lupa plak nak amik gambar masa makan.....hehehehe....da terlalu lapar coz tak sempat breakfast pun tadi.
Selepas acara mengenyangkan perut....kami masuk semula ke dalam ruang legar dan sempat ler berposing jap.  Masa nih jijah dan anum dah masuk ke dalam auditorium.

Sue 
Iezah
Ada hati nak jadi Personaliti Bulanan...
Seronok yer ....
Kami excited sangat kerana pada hari inilah keputusan Konvensyen Kreatif Dan Inovatif yang kami sertai pada 10/11/2010 akan diumumkan.  Kumpulan IXORA iaitu Kumpulan kami telah terpilih sebagai TOP 3.  Tahun ini merupakan tahun pertama Sektor kami menyertai Konvensyen ini.  Terus terang kami pun tak ler mengharapkan sangat untuk menang tapi kalau diberikan kesempatan memang ler nak merasa jugak jadi Johan...hehehe....

Di akhir acara barulah diumumkan penerima-penerima anugerah untuk Hari Inovasi.  Bila diumumkan Sektor kami mendapat tempat yang ketiga, kami tetap happy dan naik ke pentas untuk menerima anugerah berupa cendera hati untuk semua peserta, sijil dan plak.  Seronok sangat bila terdengar suara dari penonton "wahhhh...semuanya perempuan...hebat (melainkan Encik Zali sebagai Ketua Kumpulan)...." hehehe...yerlaa....saingan kami semuanya lelaki dan otai-otai plak tu.  Kami juga membuat presentation untuk Inovasi kami tau.  Jadi kami terima ini sebagai satu pengalaman dan pendorong agar kami dapat berusaha dengan lebih giat lagi di tahun hadapan.  Sempat bergambar dengan Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang baru iaitu Puan Hajah Juliah binti Haji Leman.  Terasa macam selebriti jap....bila flash camera berkerdipan menyilaukan mata...hehe.  Pengarah Pelajaran sempat mengucapkan tahniah untuk Kumpulan kami.  Sempat terpandang wajah Ketua Sektor tengah tersenyum gembira.  Harap-harap dia gembira dan bangga 'anak-anak'nya dapat meraih tempat ketiga (dari 20 buah Kumpulan yang menyertai K.I.K).

Di akhir majlis, kami bergambar sekali lagi di pentas dengan mengajak Ketua Sektor kami sekali.  Terharu mendengar kata-katanya.  "Tahniah....ok ler dah dapat no 3...tahun depan  kena perbaiki lagi kedudukan...." ngeeee....semua tersengih.  Nasib baik KS tak marah.

Bila balik ke pejabat petang tadi pun setelah tamat Hari Inovasi tu, KS tetap memberikan kami semangat dan dorongan agar terus berusaha untuk mencapai ke tahap yang lebih baik.  Agaknya KS risau kalau kami patah semangat.....hehehe....dont worry boss...tiada istilah patah semangat dalam Kumpulan Ixora....melawan dan terus melawan.....itu kata-kata yang paling sesuai.
Bersyukur sangat kerana dalam 2010 nih, Sektor kami memenangi 3 buah anugerah. I believe we made a good start and the atmosphere in the team is very good certainly for all of us.  It's not winning that's important, it's how you play the game. Tentu pernah dengar kata-kata nih kan....well...tahun nih merupakan tahun pertama....insyallah...Next year kami akan membuktikan kesungguhan kami demi menaikkan imej Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) yang kami sayangi....go...go..SPM ICT..... 


Berdebar menunggu keputusan
Ngeee....Tempat ke-3 K.I.K Peringkat JPM
Bersama Pengarah & Timbalan Pengarah

Monday, November 22, 2010

Alahai sayang cucu nenda nih....

"Assalamualaikum nenda....nenda apa khabar...?? Mira rindu sama nenda...." suara serak-serak basah cucu ku Nur Iman Amira yang baru berusia 3 tahun 11 bulan menyapa aku di talian.  Air mata ku tergenang kerana sayu mendengarkan kata-katanya.  "Waalaikumsalam...Iman apa khabar..??" sapa ku sambil menahan sebak.  Aku membahasakan dia Iman tapi memandangkan hanya aku seorang saja yang memanggil dia Iman, sedangkan baba dan mamanya memanggil dia Mira, jadi dia da terbiasa membahasakan dirinya Mira.  "Bagus....tapi Mira rindu nenda laa...." Aku pon sangat merindui cucu sulung ku ini.  "Nanti Iman datang KL sama baba, mama & baby aleesya ya....datang jumpa nenda" "o.k...tapi nenda belikan Mira patung barbie yah...." lancar jer dia menyebut barbie...aku tergelak.  Demikian ler tadi sedikit petikan diantara perbualan aku dengan cucu ku yang berada kat Sabah.  Rindu sangat kat dia.  Tentu dia da bertambah tinggi dan bertambah comel.  Masa aku tinggalkan dia usia dia baru 2 tahun lebih, cakap pon belum lancar tapi sekarang percakapannya da jelas dan dia seorang budak yang sangat bijak.  Campuran 2 jenis darah yang mengalir dalam tubuhnya menjadikan dia seorang anak yang comel.  Mamanya berasal dari Negara Filipina dan berbangsa Visaya dan babanya iaitu anak kandungku berdarah Tidung (dari sebelah abahnya dan Bajau Brunei dari sebelah aku).  Iman       memang cerdik dan petah bercakap.  Sementara cucu aku yang kedua pulak, Nur Amira Aleesya da berusia 6 bulan.  Menurut anak dan menantu ku, rupa Aleesya mirip dengan wajah ku sewaktu aku masih kecil (berdasarkan photo-photo aku yang mereka lihat di rumah arwah kakak ku).  Tentu sekarang Aleesya da pandai duduk atau mula nak merangkak.  Tak sabar nak jumpa dorang berdua nih...

Tuhan aku pohon pada mu, berikan aku kesempatan agar dapat bertemu dengan cucu-cucu ku ini.  Rindu sangat nak peluk dan cium Iman & Aleesya.  Lindungilah mereka dari segala kejahatan dan malapetaka.  Jadikan mereka anak-anak yang baik dan solehah.
Counting days nak jumpa Iman & Aleesya.


Aleesya da pandai ketawa
Belahan jiwa nenda

Sunday, November 21, 2010

Hujung Minggu Yang Kelabu

Minggu nih minggu yang paling boring....semua yang diplan tak menjadi.  Ahhhh...agaknya ada hikmah di sebalik semua ini.  Memula plan hari Sabtu nak g main bowling kebetulan besday Iezah.  Tak jadi gak coz sume kawan-kawan yang nak di ajak main bowling sume ada program masing-masing.  Yer laa kan nak buat macamana.  Pas tu plan kedua nak buat foto shoot kat Taman 1000 Bunga tapi ada plak yang request buat kat Zoo (bergembira di situ) ada juga bagi cadangan g Theme Park...main air...splash..splash...pon tak jadi jugak.....Tak per....jangan sedey-sedey.....it is not the end of the world.....masih banyak hari lagi....

Sepatutnya hari nih aku ada appointment nak buat beauty treatment dari hujung kaki hingga ke hujung rambut (jangan jeles tau...ngeeee)....tapi malangnya tak jadi gak coz kawan yang sama-sama nak wat treatment tapi dia nak buat treatment untuk rambut wokey...demam pulak...siannya...so terpaksa ler postpone lain minggu....

So untuk memenuhkan masa yang sangat banyak terluang di hujung minggu nih.....tadi aku g ler Jaya Jusco...beli barang dapur untuk penuhkan peti ice kat umah aku untuk bekalan seminggu....dan aku pun singgah ke kedai buku Popular,  memula tu nak gak beli buku Novel tapi tetiba hati tertarik untuk membeli 2 buah buku nih....

buku yang aku beli tadi

Ada juga kebaikan bila menghabiskan masa di hujung minggu dengan membaca.....tak ler rasa boring atau sunyi....at least ada ilmu yang dapat kita kutip untuk kita kongsikan.

Kadang terlintas difikiran nak menulis Novel...tapi sejak draf Novel yang aku buat hampir 70% siap....hilang dalam PC aku gara-gara anak aku main game online dan hardisk kena attack virus.....rasa nak jer mengamuk tapi nak buat macamana....benda da nak jadi...sejak kejadian itu aku da tak izinkan anak-anak aku sentuh pc atau lap top yang mengandungi kerja-kerja aku.  

Nak memulakan balik mengarang dan menyusun ayat-ayat dan sinopsis cerita,  rasanya da tak mampu lagi....tak tahu ler nanti bila tiba-tiba mood rajin aku datang.  Menulis nih memerlukan suasana dan mood yang tenang.  Draf-draf kasar da aku sediakan cuma untuk mencanaikan menjadikan satu situasi berdasarkan gambaran penulisan masih belum dapat diwujudkan.  I think i have to polish back my writting skill & my mood.....harap-harap satu hari kelak mood itu akan datang dan akan lahirnya karya yang aku nanti-nantikan selama ini....Insyallah....