Friday, November 26, 2010

KURSUS ASAS AKRAB JPM

25/11/2010~ Hari nih merupakan hari yang kedua dan hari terakhir bagi Kursus Asas AKRAB anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling JPM.  AKRAB bermaksud AKTIVITI MEMBIMBING RAKAN SEJAWAT.  Aku merasa bersyukur kerana terpilih diantara ratusan staff JPM untuk menjadi peserta dan perintis Briged AKRAB yang pertama untuk JPM.  Kursus yang berkaitan dengan Kaunseling ini memang satu kursus yang amat menyeronokkan kerana sepanjang kursus ini, rasanya aku banyak ketawa dan banyak belajar sesuatu yang baru.  Tiada istilah mengantuk atau bosan yang singgah dalam diri.  Tak seperti kursus-kursus perkhidmatan yang pernah aku hadiri.  Rasanya nak jer ambil pencungkil gigi untuk menyengkang mata tiap kali angin bosan melanda dan mata menjadi berat seolah-olah ada batu yang tergantung kat kelopak mata.
Kursus yang berjalan selama 2 hari nih banyak mengajar kami kaedah-kaedah yang bole digunakan untuk menghadapi rakan-rakan sejawat yang bermasalah.  Kami juga diajar bagaimana cara menangani kes,  bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang baik (power of listening), bagaimana untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah...kerana adakalanya masalah itu tak bole di selesaikan tapi apabila kita menjadi pendengar yang baik, tekanan perasaan dapat dikurangkan..
Setiap kali bila peserta dapat menjawab atau dapat membuat sesuatu yang disuruh dengan cepat....Kaunselor-kaunselor akan menghadiahkan buah oren sunkist jadi sepanjang masa kursus berjalan, kami banyak mendapat buah oren.  Memang menyeronokkan.  Aku dapat 5 biji oren.  3 biji hadiah sebagai peserta yang terawal bertindak. 2 biji dari secret admirer aku....hehehe.....tapi aku share dengan Diana sebiji dan Idayu sebiji.  Sharing is caring.


Masa buat bengkel, peserta diminta mengadakan sesi kaunseling untuk latihan.  Setiap seorang diminta menjadi Kaunselor kemudian beralih menjadi klien.  Memula aku berpasangan dengan peserta lelaki tapi akhirnya ditukarkan sesama wanita.  Hehehe....dorang takut bila berpandangan mata.....lain pulak jadinya....Akhirnya aku berpasangan dengan seorang staf dari Unit lain dan kami di pantau oleh Puan Rubiah, seorang Fasi yang sangat aku minati kerana cara dia berinteraksi sangat menarik perhatian ku.  Sesi kaunseling kami mendapat pujian dari Kaunselor yang memantau.  Dia kata aku da bole menyentuh hati klien dgn cara aku....hehehe...bahaya tu....

Oh ya aku lupa nak cite...sebenarnya dalam kursus ni....kita akan dapat seorang rakan AKRAB yang namanya kita dapat melalui cabutan  nama-nama peserta dan sepanjang masa kursus kita akan ditugaskan memerhati rakan AKRAB kita dari jauh dan kemudian menulis surat atau nota yang mengandungi kata-kata yang positif dan dorongan.  Aku pun tak terkecuali dari memiliki rakan AKRAB yang sering memerhatikan aku tapi yang aku tak kenal siapa.  Aku mendapat 2 nota dari rakan AKRAB ku :

Nota yang aku terima pada hari pertama
Nota yang aku terima pada hari kedua
Buah Oren & Atur Cara

Buah Oren yang aku dapat
Bersama Diana yang comel
Bersama Imah yang manis
Imah & Diana berposing
Ada gaya fasilitator tak...???
Paling menyeronokkan bila semua peserta di arahkan untuk menari THE CHICKEN DANCE (aku gunakan istilah diarahkan kerana memula semua malu tapi terpaksa gak menari...hehehe...), Menyanyi beramai-ramai lagu BILA BERPACARAN, TANGAN YANG MEMBERI (lagu tema AKRAB) dan berpeluang menyaksikan beberapa klip video yang lucu, sedih (hinggakan aku menangis), terharu, tetapi mempunyai mesej yang tertentu untuk kami kupaskan maksud yang tersirat.  Bermacam-macam perasaan yang hadir dalam diri sepanjang kursus ini dijalankan, berpeluang berkenal mesra dengan rakan-rakan satu Jabatan yang rasanya tak pernah aku nampak kat Jabatan...hehehe...aku nih kurang bergaul dengan staf dari Sektor atau Unit lain...bukannya sombong tapi aku jenis yang tak minat bercampur dengan orang lain selain staf kat Sektor aku sendiri....melainkan ada urusan yang mewajibkan aku pergi ke Unit atau Sektor lain.  Biasanya semua urusan berkaitan dengan tugas-tugas di pejabat aku lakukan dsengan menelepon atau meng"email" mereka sahaja.
Terasa sedih pulak bila kursus da sampai ke penghujungnya.....Terima kasih yang tak terhingga pada fasi-fasi yang sudi memberikan kami ilmu yang tidak ternilai.  Ilmu yang bole digunakan untuk jalan kebaikan...membantu teman-teman yang bermasalah, juga untuk memperbaiki diri sendiri.  Secara peribadi aku ingin mengatakan bahawa kursus ini banyak mengajar aku erti kesabaran.  Aku nih seorang yang panas baran dan alhamdulillah....sejak mengikuti kursus itu, aku dapat merasakan sedikit perubahan pada diri ku...Semoga akan bertambah sabar dan tenang.  
Terima kasih sekali lagi.